Wednesday, October 31, 2012

Guangzhou Business Trip 2013 Daftar Sekarang!


 

   

Saya tidak pasti bila lagi akan adakan program seperti ini lagi. Jika anda baru sahaja melayari blog ini dan teruja untuk menyertai kami... sila baca info ini dengan teliti...

Bagi anda yang mencari group bisnes trip ke GuangZhou pada 2013, kami dari NS Consultation And Management bakal mengadakan trip pada musim cuti sekolah iaitu pada 3hb Jun 2013 hingga 8hb Jun 2013.

Jika anda tidak pernah menjejakkan kaki ke Guangzhou, China, ingin mendalami ilmu bisnes borong buat pertama kali, trip ini adalah sesuai untuk anda. Lihat contoh video di atas yang sempat kami rakam semasa berada di Guangzhou.

Untuk memastikan bisnes trip ini berjaya dan berjalan lancar, kami meminta kerjasama kepada anda yang SERIUS untuk mengikuti trip ini untuk segera hubungi kami kerana kebiasaannya, group kami akan bergerak seramai 6-10 orang dalam satu kumpulan. Ini group kecil.

Sehingga post ini ditulis, hanya tinggal 4 kekosongan sahaja lagi. Jika ada keluarga atau kawan-kawan anda (lebih dari 4 orang) yang nak join juga, sila maklumkan dengan kami segera. Kami tak boleh bawa ramai-ramai, nanti susah nak handle.

Di Guangzhou nanti, kita akan buat sesi Mastermind untuk hari pertama dan kedua. Anda akan belajar banyak perkara di sana, macam mana nak memborong di sana. Next time anda boleh pergi sendiri atau bawa orang pergi sana pula. :)

So, program ini lebih kepada nak buat minda anda yang pertama kali jejak kaki ke Guangzhou sambil belajar, sambil memborong.

InsyaAllah, saya akan berada di GuangZhou pada bulan Jun 2013 ini selama 7 hari, namun bagi anda yang plan nak join saya mungkin hanya nak stay 4 hari atau 5 hari sahaja pun boleh. Takda masalah.

Untuk menyertai group ini kos untuk bisnes trip ini hanya RM1350 seorang sahaja. Ini termasuk:


1 x pengangkutan GZ Airport - Hotel - Airport
Pengangkutan Domestik GZ (3 hari pertama)
Pengurusan Visa Single entry
Penginapan Hotel 3 Bintang (5 Hari 4 Malam)
Makan Malam (Hari Pertama)
Sesi Group Mastermind (Santai)

Perhatian: Tiket penerbangan tidak termasuk di dalam pakej. Peserta boleh menempah sendiri tiket atau pihak kami sedia membantu menguruskan pembelian tiket tersebut.

Bayaran tambahan hotel seperti laundry, kemudahan hotel lain dan panggilan telefon perlu dibayar oleh peserta sendiri.

Peserta mestilah bebas darripada masalah penyakit kritikal.


Sepanjang program (cadangan, bergantung kepada sebarang perubahan)

Day 1
- Arrived at GuangZhou
- Check in Hotel
- Ke Plaza Barangan Kulit (Beg) - Pusat Borong BegLelaki/Wanita Berjenama
- Back to Hotel at 4.30 pm
- 6.30 p.m: Dinner
- 8.00 p.m To Pearl River - Night Cruise (yang nih memang best)
- 10.00 pm - Sesi Group Mastermind

Day 2
- 9.00 a.m: Go to Zhong Da - Textiles Wholesales Centre
- 2.30 p.m: Go to Huang Sha - Plaza Borong Alat tulis
- 5.30 p.m: Back To Hotel
- 7.00 p.m: Go to Abdullah Restaurant
- 8.30 p.m: To Beijing Lui
- 10.00 p.m: Sesi Group Mastermind

Day 3
- 9.00 a.m: Go to Plaza Borong Pakaian Kanak-Kanak (Ramai yang suka lubuk ni)
- 1.00 p.m: Go to Plaza Borong Cenderamata (1001 macam idea, memang best)
- 3.00 p.m: Plaza Borong Barangan Elektronik (banyak item hot)
- 5.00 p.m: Go Back Hotel
- 8.00 pm: Aktiviti Bebas

Day 4
 - 9.00 a.m - 5.00 pm - Aktiviti Bebas, Memborong Sampai Penat

Day 5
- Go to Baiyun Airport
- Departure to Kuala Lumpur

Sekali lagi, peserta yang follow group saya tak ramai. Kalau nak rasai pengalaman seperti kawan-kawan kita dalam video di atas, anda perlu bertindak sekarang.

Buat bayaran RM1350 selewat-lewatnya sebelum 30hb April 2013. Terbaik ialah lock tempat anda dalam group bisnes trip ini segera. Jangan tunggu last minit.

Untuk lock tempat anda, anda boleh bayar deposit RM350 dahulu dan baki RM1000 bayar sebelum tarikh tutup.

Anda boleh buat kaedah bayaran melalui online banking, cash deposit atau ATM transfer ke salah satu akaun bank berikut:

MAYBANK
CIMB BANK

Untuk dapatkan nombor akaun bank, sila sms ke nombor 06-6407479 dengan kod sms seperti berikut:

<TRIP GZ> <BIL PESERTA> <CIMB BANK NO> hantar ke 0166407479


Kouta kekosongan masih ada 4 tempat kosong sahaja lagi! Bertindak sekarang atau anda bakal terlepas peluang mengikut trip hebat ini selama-lamanya!

Jumpa lagi,


Noorizam Shah
www.noorizamshah.com


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search