Thursday, October 4, 2012

Mesej Emel Hong Leong Bank Scam




Kami ingin memberi peringatan dan amaran kepada semua pengguna emel supaya berhati-hati dari sebarang bentuk penipuan terancang. Kali ini sasaran utama mereka adalah pengguna akaun bank Hong Leong.

Modus operandi mereka masih sama. Mereka akan menghantar emel secara rambang kepada anda dengan memberi paparan ia seakan-akan mesej dari pihak bank. Mereka ini memiliki software khas yang boleh menyedut emel-emel di internet kemudian dihantar secara pukal kepada bakal pemangsa. Kepada mereka yang cetek pengetahuan, kebarangkalian untuk ditipu itu adalah tinggi.

Berdasarkan dari nama dan emel pengirim, pengguna akan cuba dikelirukan dengan memaklumkan mesej yang berbentuk kecemasan.

Andai anda mengikut arahan emel ini, anda akan mendapati maklumat keselamatan perbankan internet anda telah dicuri dan akhirnya anda berhadapan dengan kehilangan wang di dalam akaun simpanan.

Jadi,

Diingatkan, jika anda merupakan pemegang akaun bank Hong Leong dan mendapati ada mesej kecemasan seperti ini, sila jangan mengambil sebarang tindakan dengan klik atau mengisi maklumat yang diminta. 

Anda boleh menghubungi pihak bank melalui talian khidmat pelanggan untuk kepastian ataupun akses ke laman web rasmi Hong Leong Bank melalui pautan yang sah.


atau hubungi 603 7626 8899 untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan.

--------------------------------------------------------------------------------
Jika anda inginkan khidmat rundingan atau ingin mengadakan program/latihan/seminar kesedaran keselamatan penggunaan internet dan media sosial, ingin memanggil kami sebagai pembentang atau penceramah, sila emelkan surat jemputan tuan-puan ke emel nsconsultation @ gmail.com atau hubungi 0166407479 untuk makluman lanjut.

Kami mengalu-alukan kerjasama program dari agensi kerajaan, swasta, IPT dan perseorangan.
-------------------------------------------------------------------------------

Noorizam Shah







Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search