Wednesday, October 31, 2012

Nuffnang: Adakah Ia Berpotensi Menghasilkan Komisyen Lumayan?

Jika anda memiliki blog seperti saya, adakah masih lagi relevan memasang kod iklan Nuffnang di blog? Bagi pandangan saya, sekarang ni agak kurang sesuai dan kurang membantu anda menghasilkan komisyen berbanding 3 tahun lalu.

Dulu nak dapat cek RM100 sebulan senang-senang sahaja. Sekarang nak dapat RM50 sebulan kena tunggu berbulan-bulan. Cabaran bagi anda yang tidak mempunyai jumlah traffik yang tinggi di blog, memasang iklan Nuffnang adalah seperti satu perkara yang sia-sia. Lihat sahaja skrin shot di atas. Saya pun tak tahu berapa lama lagi saya perlu ambil masa untuk dapatkan jumlah komisyen mencecah RM50.

Jika blog anda bukan seperti blog rotikaya.com atau paultan.org, simpan dulu impian untuk memiliki cek pertama anda melalui Nuffnang.


Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://facebook.com/noorizamshah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search