Tuesday, November 20, 2012

Antara Beli Kereta dan Beli Rumah

Berikut adalah perkongsian dari salah seorang rakan di facebook.

BELI KERETA VS RUMAH
1. Untuk yang masih struggle membina foundation kehidupan, mana nak beli dulu? Pendapat biasa yang kita tahu, beli rumah itu aset, kereta itu liabiliti.

2. Tapi pada pendapat sy, ianya bergantung kepada situasi seseorang, kedua2nya boleh jadik laibiliti dan mungkin boleh jadik aset.

3. Ini adalah formula mentor pelaburan sy bgtahu. Kalau beli rumah utk duduk sendiri, dan kita tak dpt generate in return apa2 dari situ, itu adalah LIABILITI. In return di sini bukan shj duit, tetapi dr segi keselesaan, keperluan tempat kerja / biz, utk tujuan disewakan, dsb. Tetapi kalau kita beli, dan rumah tue dpt disewakan, atau jika beli, rumah tersebut boleh dijadikan tempat simpan stok (Utk SOHO biz), memberi keselesaan kpd ibu dan ayah jika diorang nak dtg melawat, maka ianya akan menjadi ASET yang berharga.

4. Begitu juga kereta, jika beli hanya dipakai hujung minggu, beli dan hanya naik seorang diri sepanjang masa, maka ianya akan menjadi LIABILITI. Tetapi jika beli dan di fully utilizekan seperti boleh ambil stok barang, disewakan dekat org, ambil upah dgn kawan2, pegi kerja ramai2, dan dgn tujuan kereta tersebut memberi imej yg bagus utk dpt job, kereta adalah ASET.

5. Jika mahu bersandarkan profit semata2, tidak dinafikan beli rumah adalah keputusan yang terbaik.

6. No exceptional, simpanan EMAS dan SILVER harus ditambah setiap bulan / 6 bulan / setahun sekali.

7. Apa pun rujuk sifu anda untuk mendapatkan the best advice.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search