Tuesday, December 18, 2012

Rahsia Bisnes POWER ni kian terdedah!

Rahsia Bisnes POWER ni kian terdedah!

Semalam saya share kisah seorang Cikgu tuisyen yang mempunyai masalah kewangan. Tetapi hari ini saya nak share serba sedikit apa yang saya tahu tentang bisnes cikgu ni.

Ianya adalah bisnes Hartanah Maya! Anda tak tahu apa itu Hartanah Maya? Hartanah maya ialah asset yang dimiliki seseorang dalam bentuk digital di Internet. Contoh Hartanah Maya...

Nama domain, Blog, Website, Fanpage dan lain-lain.

Kenapa ianya dikategorikan sebagai hartanah? Mana taknya...setiap blog, website akaun facebook yang baru anda bina mempunyai potensi untuk menjana pendapatan. Jika ianya telah mula jana pendapatan maka sudah tentu menjadi aset berharga bagi anda. Saya pasti jika ada yang berminat nak membeli blog anda tersebut sudah tentu anda fikir "buat apa aku nak jual!!!" atau akan berfikir-fikir untuk menjualnya pada harga yang tinggi.

Di US, UK dan negara-negara barat lain, ramai pelabur yang kini berhasrat menambahkan portfolio hartanah mereka dengan mencuba pula hartanah maya. Ini kerana potensinya yang sangat besar! Sesebuah website itu boleh mencecah jutaan USD kalau ianya dibina dan di "monetize" kan dengan betul.

Bisnes/ Penjualan Hartanah Maya ini dapat analogikan dalam hartanah fizikal seperti berikut:

Anda membeli sebuah rumah yang usang pada harga RM150,000 (contoh). Selepas itu, anda membuat pengubahsuaian dan penambahbaikkan pada rumah tersebut. Sudah tentu selepas siap pengubahsuaian tersebut ianya akan jadi lebih cantik dan lengkap. Selepas itu anda bercadang untuk jualnya semula pada harga yang lebih tinggi dari nilai belian tadi. Anda mungkin akan menjualnya pada harga RM300,000? Ya mungkin...

Dalam hartanah maya ianya begini, anda membina sebuah blog baru dan sudah tentu blog baru ini kosong
dan tiada apa-apa. anda mula memasukkan artikel, gambar, iklan dan produk di blog tersebut. Blog anda dah mula kelihatan cantik dan berpotensi untuk jana pendapatan. Blog ini jika anda jual semula pada mereka yang berminat sudak tentu mempunyai nilainya tersendiri. Disitulah seorang penjual hartanah maya menjana keuntungan.

Saya harap anda jelas dengan konsep ini. Jika anda nak tahu dan nak belajar teknik2 nya, anda klik
link ini http://geniusflip.jomniaga.com/go/noorizam/.

Sekian

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search