Tuesday, December 18, 2012

Support Dan Bimbingan Selepas Seminar

Support Dan Bimbingan Selepas Seminar


1. Bagi anda yang telah mengikuti seminar Dropship Artsnow + eBay, anda akan dijemput masuk ke private group SertaiSeminar.com

2. Untuk masuk ke private group ini, anda perlu mendaftar dan menyertai seminar terlebih dahulu. Kemudian anda akan diberi katalaluan sebelum diterima masuk.

3. Bagi mereka yang belum berada dalam senarai rakan di Facebook, saya akan hantar notis untuk request friend dan peserta perlu accept friend terlebih dahulu. Barulah saya akan invite masuk ke private group.

4. Untuk bimbingan selepas seminar, peserta boleh bertanya soalan di dalam group yang disediakan. Hanya soalan yang berkaitan dan menyentuh topik seperti yang terkandung di dalam modul sahaja yang akan dibincangkan.

5. Tidak ada perbincangan mengenai produk fizikal lain daripada Artsnow dibenarkan. Ini kerana untuk mewujudkan fokus dan perhatian yang serius kepada modul yang telah dibangunkan dan ini dapat memastikan setiap peserta mengikuti apa yang dibentangkan sepanjang seminar berlangsung dalam satu hari.

6. Selain itu, bekas peserta juga boleh menghantar soalan dan pertanyaan terus ke kotak mesej peribadi saya di Facebook. Sila beri masa kepada saya untuk menjawab soalan anda. Saya juga seperti manusia biasa. Ada masa tidur. Ada masa dalam tandas. Ada masa memandu kenderaan. Ada masa berada di majlis keraian. Ada masa dalam mesyuarat. Ada masa tengah beri ceramah. Ada masa dalam seminar.

7. Saya berusaha untuk menjawab setiap pertanyaan atau kemusykilan anda seberapa segera. Anda sebagai manusia juga harus mempunyai daya prihatin dan memahami beban tanggungjawab saya dalam memandaikan anak bangsa Malaysia dalam perniagaan di eBay.

8. Saluran mana yang terbaik untuk hubungi saya? Terbaik adalah di Facebook. Kedua adalah di Emel.

9. Kenapa bukan melalui panggilan telefon? Ini kerana jika anda membuat panggilan telefon, dikhuatiri saya tidak dapat menjawab pertanyaan atau kemusykilan anda dengan sebaik mungkin atas sebab-sebab yang saya nyatakan diatas.

10. Semoga panduan ini dapat membantu anda bagaimana untuk menggunakan saluran yang betul.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
Klik Like Facebook Page http://www.facebook.com/noorizamshah untuk memudahkan anda menghantar soalan dan pertanyaan berkaitan eBay.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search