Wednesday, February 27, 2013

Confirm Your Identity



1. Adakah kita guna dari komputer/laptop yang berbeza?
2  Cookies kat browser dibersihkan?

Jika keluar arahan untuk buat pengesahan identity, pastikan anda masukkan maklumat yang diminta dengan betul. Ada dua cara untuk dapatkan PIN iaitu melalui phone atau emel.

Untuk emel, anda perlu ingat jawapan rahsia anda. Jika tak ingat, anda boleh guna phone untuk dapatkan PIN 4 digit.

Jika anda pilih emel, jangan buat silap isi maklumat. Sebab fungsi tu nanti akan disable seperti gambar di atas. Bila keadaan macam ni berlaku.. nak tak nak kena la dapatkan PIN melalui phone.

Kalau nombor phone tak aktif?

Yang ni kena dapatkan bantuan dari eBay Support. Nak mudah call eBay US guna sykpe untuk confirm identity.

Kalau hantar emel?

Kalau hantar emel, eBay South East Asia (eBay India), akan reply dan minta hantar dokumen tambahan untuk pengesahan seperti salinan kad pengenalan dan sebagainya.

Jika LIVE Chat?

Yang ni boleh dapat juga. Cuma kena tunggu operator online lah! :)


Noorizam Shah
- http://www.facebook.com/noorizamshah
Tuesday, February 26, 2013

Perkara Penting Sebelum Memulakan Bisnes

Salam hormat,

Ramai di antara kita yang minat untuk memulakan perniagaan atau bisnes sendiri. Namun begitu,
ramai yang GAGAL bukan disebabkan bisnes mereka TETAPI disebabkan mengabaikan perkara paling penting sebelum memulakan bisnes.

Mungkin bagi anda, perkara yang perlu anda dahulukan dalam memulakan bisnes adalah
modal untuk memulakannya! Kalau anda fikir begitu, sebenarnya ada yang lebih utama lagi dari
modal!

Apa yang lebih penting?

Yang lebih penting dan mesti didahulukan dalam memulakan bisnes adalah ilmu berkenaan bisnes tersebut!

Dengan adanya ilmu yang anda belajar berkenaan bisnes yang ingin diceburi akan memudahkan dan memberi pencerahan kepada perkara penting yang mungkin bagi anda adalah perkara kecil sahaja.

Dengan ilmu juga, anda mendapat petunjuk dan bersedia dengan cabaran yang bakal anda
hadapi nanti. Ingat! untuk memulakan sesuatu bisnes, ianya bukan mudah seperti yang kita rancang on paper! Terdapat banyak cabaran yang perlu kita tempuhi sepanjang perjalanan bisnes kita nanti.

Di mana nak belajar ilmu bisnes?

Mungkin anda tertanya-tanya perkara tersebut!

Jangan katakan anda, saya dahulu pun melalui situasi yang sama juga!

Namun begitu anda tak perlu lalui semua perkara tersebut untuk mendapatkan ilmu yang betul-betul
boleh bantu bisnes anda. Kini anda dah boleh belajar berkenaan bisnes bahkan mengetahui
teknik dan strategi bisnes tersebut. Ianya merupakan satu peluang yang sangat hebat dan boleh mempercepatkan pemahaman bisnes untuk anda!

Buat pertama kalinya di Malaysia, sebuah program yang dinamakan SembangBisnes telahpun dilancarkan! Ianya bertujuan untuk membantu ramai usahawan di seluruh Malaysia mempelajari
selok belok bisnes dari 11 orang PAKAR yang bukan sahaja berjaya dalam bisnes mereka bahkan mereka juga telah membantu ramai orang di Malaysia berjaya dalam bisnes mereka.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi, klik sini http://geniusflip.jomniaga.com/go/2/noorizam/


Salam kejayaan,
Noorizam Shah
Monday, February 25, 2013

Sembang Bisnes Bersama Usahawan Internet

Salam hormat,

Ramai yang ingin memulakan bisnes tapi tak tahu nak buat bisnes apa pada tahun 2013 ni.

Mungkin anda juga salah seorang dari mereka ataupun dah mempunyai bisnes sendiri dan sedang
mencari peluang baru untuk menambah sumber income anda pula.

Saya nak kongsikan dengan anda 3 peluang bisnes yang mungkin boleh bantu anda untuk membuat
keputusan.

Pertama: Bisnes di Facebook
Kalau anda masih belum mula berniaga, saya cadangkan anda cuba bisnes di Facebook dahulu. Ini berikutan ramai usahawan baru yang berjaya dengan mudah melalui Facebook.

Ada antara usahawan tersebut yang dah mula jana RM5angka SEHARI melalui medium ini. Dan terlalu ramai yang buat duit segera RM100 ke atas setiap hari di Facebook.

Kedua: Ebay
Mungkin anda pernah dengar tentang eBay atau mungkin inilah kali pertama anda mendengarnya.
eBay adalah sebuah marketplace yang menemukan penjual dan pembeli di seluruh dunia. Untuk pengetahun anda, kini ramai usahawan internet baru mencuba ebay untuk memasarkan produk mereka.

Yang menariknya, ramai usahawan Malaysia membuat bisnes ebay dengan kaedah dropship iaitu tanpa memiliki produk tersebut pun berjaya jana RM3-4 angka dalam masa 3-5 hari sahaja. Menarik bukan?

Ketiga: Produk Digital
Bisnes model paling mudah dan mempunyai margin keuntungan tinggi di internet ialah bisnes
produk digital. Antara contoh produk digital yang sangat HOT adalah ebook!

Di Malaysia, ramai usahawan internet memasarkan pelbagai ebook dan memperoleh hasil sekitar RM20K- RM50K setahun bagi setiap ebook mereka. Bayangkan jika anda mempunyai 10 ebook! Dah tentu anda boleh hasilkan pendapatan mencecah 6 ANGKA setahun.

Untuk pengetahuan anda, salah seorang penggiat ebook niche kerjaya telah pun berjaya hasilkan pendapatan RM140k dalam masa 8 hari sahaja melalui sebuah ebook.Ini adalah satu pencapaian yang
sanagat mengejutkan dan yang paling dahsyatnya ebook yang beliau hasilkan ini adalah ebook pertama tulisan beliau.

Hebatkan?

Bagi saya inilah peluang yang saya cadangkan untuk anda ceburi pada tahun ini. Anda nak belajar bagaimana nak buat ketiga-tiga bisnes ni? Saya ada berita baik untuk anda, kali ni anda bukan sahaja dapat belajar 3 bisnes modul ni sahaja sebaliknya anda berpeluang ketahui 11 peluang, 11 strategi dan 11 teknik bisnes yang berpotensi jana income RM4-6 angka!

Untuk pengetahuan anda, esok (26 Feb 2013, Selasa) sebuah program yang HEBAT pertama kalinya
diadakan di Malaysia akan dilancarkan. Program ini bertujuan untuk berkongsi pelbagai peluang, strategi dan teknik bisnes.

Jika anda berminat untuk menyertainya, pastikan anda tunggu post dari saya esok untuk dapatkan
link pendaftaran program tersebut. Anda perlu bertindak segera esok kerana saya mendapat berita menyatakan yang ianya akan di promosikan secara besar besaran dan sudah pasti ramai yang berebut-rebut nanti. Tempat juga adalah TERHAD.

OK jumpa lagi di lain-lain email.

Salam kejayaan,
Noorizam Shah

PS: Pastikan tunggu link pendaftaran untuk program esok ya!

Hasilkan Video Scribing Anda Sendiri

Pasti anda pernah melihat video seperti ini di iklan tv, youtube ataupun di Facebook?

Tahukah anda.. jika anda mengupah orang untuk hasilkan video ini.. ianya mampu mencecah harga sehingga beribu ringgit untuk video yang berdurasi tidak sampai 1 minit.

Kini...

Anda boleh menghasilkan videoscribing anda sendiri walaupun anda tidak ada sebarang pengalaman pun. Cukup mudah. Anda boleh cuba software ini SECARA PERCUMA SELAMA 7 HARI dengan mendaftar melalui link ini sahaja: http://www.sparkol.com?aid=25150

Selamat menghasilkan videoscribing anda sendiri!
Friday, February 22, 2013

TIPS RINGKAS JUMAAT SEBELUM MELABUR


1. Cari modal sebelum melabur

# Modal berbentuk Ilmu
# Modal berbentuk psikologi
# Modal berbentuk kewangan

2. Cari Matlamat sebelum melabur

# Tujuan / Objektif
# Nilai yang diperlukan
# Jangka masa yang difikirkan sesuai

3. Cari Mentor sebelum melabur

# Tiru
# Padanan dengan matlamat sendiri

Contoh ringkas :-

Pelaburan Hartanah

1. Tentukan matlamat (exit)
2. Dapatkan Penyewa sebelum cari dan beli hartanah
3. Dapatkan modal kewangan sebelum beli hartanah
4. Dapatkan pinjaman sebelum beli hartanah (bagi yg berhutang).

Pelaburan Logam Berharga

1. Tentukan matlamat (exit)
2. Dapatkan modal kewangan sebelum beli logam berharga
3. Tentukan harga belian (enter) / indikator sebelum beli.

Nota kaki :

Alat kewangan seperti hartanah , kad kredit , OD , emas & perak , ASB , tabung haji , KWSP , saham , FCPO dan sebagainya hanyalah alat yang digunakan untuk mencapai matlamat kewangan ianya bukan matlamat kewangan. Pemilihan alat kewangan yang sesuai dengan matlamat dilakukan pada akhir proses diatas.

Selamat Melabur dan Melabur

Pelabur Pencen & Detektif Kewangan

Sumber: Fb Zaidi Ismail
Tuesday, February 19, 2013

18 Sebab Sebenarnya Kenapa....

SEBENARNYA....

1. Org melayu nie pandai meniaga, marketing diorang lg power drp org lain. Buktinya tgk iklan2 di fesbuk, bersepah2 produk yg ditargetkan utk local market yg dijual oleh org kita.

2. Org kita juga kreatif, kalau masak ayak tue ada ayam kg, ayam masak merah, ayam rendang, sup ayam, nasik ayam, ayam percik, ayam panggang, dan segala mcm jenis ayam.

3. Lihat hanya dgn ayam shj, pelbagai cabang bisnes boleh dibuat, pelbagai focus niche kedai masakan ayam boleh di established.

4. Dari segi surface (jasmani) idea dan pelaksanaan mmg superb, betul beb cuba tgk bisnes2 org kita banyak yg unik dan bukan jenis biasa2 punya.

5. Malah kalau tgk fesbuk marketing org kita punya idea dan pelaksanaan lebih mantop dan lebih advanced drp geng2 mat salleh.

6. Tetapi di manakah silapnya apabila banyak yg mempunyai idea dan biz yg bagus yg sedang running cantik punya, tiba2 lenyap, tiba2 kena take over, atau jika yg dah idea sedang diwar2kan dalam tempoh pre-launch, tiba tak jadik buat.

7. Dari segi rohani inilah kebanyakan yg mengalami failure, gaduh dgn partner, partner telan duit, adik gaduh dgn abg, tak bayar duit supplier, ejen promosi, gelap mata, tikam belakang, sama2 partner buat biz sekali sampai satu ketika masing2 dah tahu, diorang split dan akhirnya dua dua tak kemana.

8. Those are the common problem yg biasa kita dengar, sampailan kebarangkaliannya bila sy berjumpa dgn org yg dahulunya buat sesuatu biz dan bila berjumpa tanya balik kenapa dah tak buat, mcm dah boleh agak mesti salah satu puncanya di atas.

9. On top of semua sebab musabab spt di point no 7 adalah, apabila mereka ada mentaliti tamak, nak cepat kaya, nak control semua, maka sgt mudah sesuatu biz itu untuk lingkup.

10. Dari segi konsep bisnes dan pelaksanaan yg dibawa memang takder masalah. Contoh mudah ginilah, "bang mat kenapa dah tak jual tv?" "alah sekarang nie org dah jarang beli tv banyak yg beli smartphone, mcm2 boleh buat" Itu jawapan yg kita expact jika kita tanya seseorang. Dan ini faktor jasmani.

11. Sebaliknya bila kita tanya "bang mat, kenapa dah tak jual tv?" "alah partner aku dah tahu lubuk, dia buat sendiri dan bukak kedai sendiri, untung lg besar". Faktor rohani yg menjadi sebab.

12. Kejatuhan sesuatu biz itu disebabkan oleh faktor rohani bukan faktor jasmani.

13. Ya memang bukan semua, tetapi secara DOMINANnya itulah sebab yg banyak berlaku dan ada org kata banyak bisnes fail 3 tahun pertama kan. Cuba tanya apa sebabnya?

14. Ilmu rohani ini banyak melibatkan diri kita dan ketuhanan. Hidup kita adalah perlu utk hablum minallah hablum minan nas, kalau org yg jaga hubungannya dengan allah, insya allah berpotensi tinggi dia juga akan menjaga hubungannya dgn manusia.

15. Oleh itu sebelum memulakan perniagaan, carilah ilmu rohani dahulu, bersihkan dalaman dahulu baru boleh cerita luar. Sebab yg dari dalam ini yg akan mencerminkan di luar.

16. Apabila dalaman oke, meniaga lah apa sekalipun insha allah tak 'sesat' jalan apabila mengetahui tujuan sebenar meniaga.

17. Banyak kisah di sekeliling kita, baik yg meniaga online, offline mahupun yg besar2 seperti company sapura di mana ayah dan anak bergaduh.

18. Islam itu agama yang baik suci dan tulus dan meliputi semua ruang drp kejiranan, perniagaan, kehidupan selepas di dunia, kaedah ajar anak, dll serta sesuai utk semua zaman, tetapi pengamalnya yg banyak mencemarkan imej islam.

Kredit kepada: Hakim Najili
Monday, February 18, 2013

Seminar Dropship Artsnow + eBay Johor Bahru

Jika ada merancang untuk berada di Johor Bahru pada 24hb Februari ini, pastikan anda hadir ke seminar Dropship Artsnow + eBay di Crystal Crown, Johor Bahru.

Ini merupakan seminar yang terakhir bagi kawasan selatan untuk tahun 2013. Next, kalau nak join.. boleh attend program di Kuala Lumpur atau Selangor.

Macam mana nak daftar?

Layari web http://www.sertaiseminar.com dan lock tempat anda sekarang!
Friday, February 1, 2013

Akan Muncul Di Pasaran....

Nantikan kemunculan produk terbaru kami di pasaran seluruh Malaysia. Yang berminat nak jadi stokis/agen.. sila layari page http://www.facebook.com/zarraofficial

Memang sehari dua ni tak menang tangan menjawab mesej mereka yang SERIUS DAN BERMINAT untuk jadi stokis dan agen. Kami pun dah mula terima bayaran deposit kerana produk akan mula berada di pasaran in sha Allah awal bulan Mac 2013 ini.

So.. nak tau detail.. contact kami!

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search