Baharuddin Mohamed's status
December 21 at 9:32pm ·
Hidup anda Selesa ?
Sikap yang terlalu selesa dengan keadaan sekarang selalunya berlaku pada orang kita. berharap dengan pertolongan dan bantuan dari kerajaan, ibu bapa dan saudara mara. Kononnya ini tempat kita, ini negara kita dan kita ada kelebihan di tempat sendiri.
Saya sudah sampai lebih 40 negara dan saya pernah tinggal di luar negara selama lebih 5 tahun. Jika di luar sana orang melayu dan orang malaysia semuanya rajin belaka, dan mereka menempa pelbagai kejayaan yang membanggakan. Jika di luar, kita terpaksa membuat apa yang terbaik bak kata orang 'do or dir' alasanya itu bukan negara kita. begitu jugalah orang asing yang berkerja di Malaysia, mereka terpaksa membuat yang terbaik berbanding orang tempatan yang boleh 'balik tanam jagong", itu pun kalau masih ada kampung.
Saya teringat dengan satu cerita, cerita pasal katak. katak ini adalah seekor katak di dalam periuk yang diletakkan di atas api untuk di rebus. bayangkan keadaaan katak tersebut, semasa baru di letak atas api airnya masih sejuk. Sekian lama di rebus, airnya menjadi suam, katak masih berenang dengan gembira. Air menjadi panas , katak makin selesa seperti dalam SPA atau 'jacuzzi' dan tidak mengindahkan keadaan sekeliling yang panas sedikit.
Tetapi , apabila air mendidih katak tidak mampu berbuat apa-apa. katak itu mati katak dalam periuk tadi dengan tidak di sangka-sangka perubahan yang berlaku. katak tersebut berada di dalam keadaan selesa dan leka dan secara tiba-tiba situasi membunuh tiba.
Keadaan ini seperti dalam kehidupan seharian sama ada anda seorang pelajar sekolah, atau pelajar universiti, pekerja atau peniaga, atau ahli politik mahupun rakyat biasa. Selalunya terjadi keadaaan selesa di dalam hidup kita, di mana kita mengecapinya dan tidak merancang untuk melakukan sesuatu untuk pergi ketahap yang lebih baik.
Kita seronok dengan menikmati keselesaan tersebut sehinggalah persekitaran berubah yang memaksa kita berubah. pada ketika itu kita telah terlambat untuk melakukan sesuatu.
Anda jangan terlalu selesa dangan keadaan sekarang, jika anda seorang ahli politik dan menang pilihanraya misalnya bekerjalah sedaya upaya untuk rakyat jika tidak anda akan di ganti untuk pilihanraya yang akan datang. Jangan terlalu alpa dengan perhormatan dan orang berebut-rebut nak bersalam dengan anda ketika anda ada kuasa, jika tiada kuasa tiada siapa yang pandang. betul kan ini hakikatnya...
Jika anda berniaga, perlu sentiasa peka dengan perubahan terkini. Misalnya, dulu anda berniaga dan terpaksa berjumpa orang untuk membuat pemasaran. sekarang anda perlu tahu adanya media sosial dan kuasa internet. Anda perlu melihat dimanakah media baru ini boleh membantu meningkatkan jualan anda. Jika tidak, anda akan tertinggal dengan pesaing anda.
Jika anda masih bekerja, lebihlah anda perlu berjaga-jaga. Sekelip mata anda akan kehilangan kerja dengan pelbagai sebab rapuh, tak kisahlah jika anda orang kerajaan atau orang kerja swasta. Keadaan bos tak suka anda, keadaan anda tak suka bos, keadaan pejabat dan suasana tempat kerja baru kurang sesuai, keadaan anda sakit secara tiba-tiba, keadaan anda dipaksa berhenti sebab kilang nak tutup operasinya.
Ianya benar, bukan saya sengaja nak takut-takutkan anda.... anda boleh nilai sendiri. Moga ada sesuatu yang bermakna dari apa yang saya sampaikan..... Sekarang, anda perlu memikirkan dan merancang masa depan anda dan keluarga anda, selamat bekerja.
Friday, December 27, 2013