Friday, May 30, 2014

Peluang Pelajar IPT Mendalami Dunia Keusahawan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahun 2014 saya banyak dijemput ke IPT dan IPTS untuk berkongsi pengalaman dalam bidang keusahawanan internet.

Semakin ramai usahawan internet di kalangan pelajar IPT dan IPTS muncul dan mencipta kejayaan yang baik di internet. Kebanyakan mereka bermula dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan sambilan.

Ada yang bermula dengan menjual produk kecantikan dan kesihatan, menjual pakaian dan tudung dan ada juga yang menjual produk makanan. Hari ini, kita boleh memulakan bisnes dengan modal yang sangat rendah dan kebanyakan dari pelajar mampu untuk bermula.

Anda boleh membeli stok dengan modal di bawah RM500. Dengan modal sebesar ini, anda mampu menghasilkan keuntungan antara 1-2 kali ganda. Duit modal dipusing beberapa kali sehingga mampu membeli stok dengan kuantiti yang lebih besar.

Atau anda boleh bermula dengan melakukan bisnes model dropship. Tanpa modal (biasanya banyak pemilik bisnes membuka peluang melalui penyertaan percuma), tanpa simpan stok, tanpa perlu pos barang.

Jika anda seorang pelajar yang sibuk dengan pelajaran dan menghadapi kekangan masa untuk packing dan pos produk, model bisnes dropship adalah sesuai dengan anda.

Anda perlu bijak menguruskan masa anda. Bila masa untuk lakukan promosi produk. Bila masa pula untuk submit order.

Sebagai contoh anda boleh inform bakal pelanggan anda seperti ini, "Sebarang pertanyaan SMS/WHATAPPS akan dijawab selepas jam 5.00p petang hingga 11.00 malam sahaja"

Jika anda mengamalkan bisnes dengan simpanan stok, anda boleh membuat penghantaran setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja. Sistem mengendalikan bisnes juga perlu anda ketahui. Jangan tau nak buat duit sahaja tetapi hal menguruskan perniagaan kita gagal.

Jika anda membuat carian dan kajian, anda akan mendapati ramai di kalangan pelajar Universiti yang kini sedang giat menjalankan perniagaan mereka. Ada juga yang semakin hebat apabila mampu mengeluarkan produk dengan jenama sendiri. Sebagai contoh, ada pelajar UiTM memulakan bisnes menjual tudung dalam talian secara kecil-kecilan. Kini bila dah tamat belajar, beliau dah mampu membina perniagaan sendiri.

Sangat-sangat berbaloi jika anda seorang pelajar, jika ada program-program berkaitan dunia keusahawan seperti taklimat, seminar, bengkel ataupun karnival, saya cadangkan anda ambil bahagian.

Dalami dan rasai pengalaman ini. Jika dulu, banyak universiti dan kolej tidak membuka ruang yang luas kepada pelajar dengan program seperti ini, kini tidak lagi.

Percayalah, potensi sangat besar untuk anda membina ekonomi diri yang lebih baik dengan menjalankan perniagaan di internet ataupun konvensional.

Tuesday, May 27, 2014

Hidupkan kembali penulisan blog

Assalamualaikum

Dah lama tak tulis blog. Facebook adalah penyebab besar kenapa saya kurang menulis di blog.

Yalah, facebook kan tempat sosial pengguna internet. Dengan adanya apps dalam smartphone, lagi mudah untuk saya akses ke facebook.

Tadi saya berfikir, andailah kata facebook down suatu hari nanti, atau trend penggunaan facebook menurun disebabkan adanya platform baru tempat sosial.. apa akan jadi dengan data-data, artikel atau post-post yang telah saya buat di facebook.

Adakah saya boleh jumpa artikel lama di facebook?

Saya perlu fikirkan sekarang.. kalau saya tak buat sesuatu.. ia akan merugikan saya.

Jadi bila saya mengenangkan blog ini yang telah berhabuk.. adalah lebih baik saya aktifkan semula.

Mungkin tindakan saya ini seperti memilih tindakan berundur ke belakang.. tetapi saya pasti blog boleh membantu survival informasi yang saya tulis terus bertahan dan di tanam dalam enjin carian.

Ke mana saya selama ini?

Untuk pengetahuan anda, saya masih aktif dengan online bisnes.

Saya kini aktif mengembangkan salah satu perniagaan produk kesihatan dan kecantikan.

Alhamdulillah, produk keluaran syarikat di bawah jenama EMORRA semakin berkembang pesat di Malaysia.

Jenama EMORRA kini telah memasuki pasaran negara Brunei, Singapura dan Philipina.

www.emorra.com

Saya bertuah kerana memiliki rangkaian rakan perniagaan seperti stokis, pengedar dan wakil dropship yang membantu memasarkan produk yang menjadi permintaan ramai.

Tahun 2014 ini adalah tahun membina lebih banyak kejayaan. Saya mengalu-alukan penyertaan dari anda untuk bersama saya dan menjadi sebahagian keluarga EMORRA.

Saya sebagai pengarah urusan membuka peluang kepada anda yang berminat untuk menambah pendapatan dan meningkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga, boleh menyertai EMORRA sebagai stokis ataupun pengedar sah dengan menghubungi saya di 0129127100.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
EMORRA BEAUTY SDN BHD.

Tuesday, May 20, 2014

Skincare Untuk Masalah Kulit Jerawat?



"Nak minta kawan2 di sini share skincare terbaik bagi mengatasi kulit muka yg ada masalah jerawat /jeragat.  

Dah puas menerai mcm2 jenis... dari yg murah hingga ke mahal tapi semanya lebih kurang sama jer... jerawat makin naik adalah...

Especially bila time2 nak period... aduhai... 

Ingat nak try product Clinique... bagus ke product ni?  or perhaps ada sesapa yg boleh rekemen / share pengalaman?  Thanks... "

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Punca-punca Kulit Berjerawat

(dipetik dari web drhasseenah.com)

Seperti yang telah saya terangkan dalam entri-entri terdahulu, jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.

Kenali Punca-punca Jerawat

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.

Hormon dan Jerawat

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.

Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

Bakteria dan Jerawat

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

Pemakanan dan Jerawat

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

Stress dan Jerawat

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

Alat Solek Dan Jerawat

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

Matahari Dan Jerawat

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

Pakaian Dan Jerawat

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca.

------------

Recommend product: http://www.emorraskincare.com

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search