Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sejak minggu lepas, banyak post-post dari circle friends saya di facebook berkongsi kisah masalah page-page mereka di unpublished oleh Facebook!
Kenapa ini berlaku?
Rata-rata seorang seorang pengguna Facebook boleh memiliki atau menghasilkan banyak Facebook Page bagi tujuan tertentu. Ada yang membina page untuk bisnes, hiburan dan social.
Page-page yang memiliki like page yang besar berpotensi untuk mendapat traffik yang bagus untuk mereka yang mempunyai kepentingan dalam perniagaan.
Sebagai contoh, jika anda memiliki sebuah facebook page dengan like 100,000, jika anda memasarkan sebuah produk di laman page ini dengan nilai produk RM10 dan ada 100 orang membeli produk anda, ini bermakna anda telah mengutip jualan sebanyak RM1000.
Potensi sangat besar jika anda mampu memiliki 10 page yang majoriti like 100k.
Jadi, apabila ramai pemilik facebook page kehilangan page berharga mereka akibat unpublished, ini secara tidak langsung telah menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan.
Ini antara kemungkinan kenapa Facebook buat operasi rambang minggu lepas,
1. Ramai pemilik Facebook yang run FB Ads dengan bajet kempen yang besar (mencecah puluhan ribu ringgit) tetapi tidak membayar tunggakan kepada facebook.
2. Pemiliki Facebook menggunakan individu popular tertentu seperti selebriti atau artis dan memanipulasi page tersebut bagi tujuan tertentu (page yang bukan diuruskan oleh artis itu)
3. Menggunakan kad debit/kad kredit yang sama (lebih dari satu akaun FB) dalam menjalankan kempen FB Ads.
4. Di khabarkan ada "tok guru" yang mengajar anak murid mereka, buat kempen FB Ads dalam bajet yang besar dan tak perlu bayar dengan FB. Biarkan ia tertunggak sebab FB ini milik Yahudi. Jadi jangan bagi duit pada orang Yahudi!
Ini antara kemungkin dan sebab kenapa Facebook Page Unpublished. Setakat ini, akaun FB Ads saya masih lagi ok, cuma apa yang saya perasan, Facebook seperti ada masalah teknikal. Saya tidak tahu kenapa Facebook tak boleh caj kad saya sedangkan dalam akaun bank saya masih lagi ada baki yang cukup.
Dalam email dan sms yang saya terima, memang ada info mengatakan Facebook mengambil caj untuk akaun FB Ads saya. Tetapi bila lihat dalam akaun FB, info yang tertera ialah "Your Advert Payment Failed".
Selang beberapa hari, ia akan kembali ok. Saya andaikan FB tengah pening lalat agaknya. Huhuhu.
Ada orang tanya saya macam mana nak contact Facebook? Sedangkan cari kat Facebook tak jumpa cara untuk hubungi mereka.
Ok, dibawah ini saya kongsikan kaedah. Mungkin ia boleh membantu dan boleh jadi tidak. Kita cuba mana tau ada rezeki, anda boleh dapat semula akaun facebook page anda!
--------------------------