Tuesday, June 3, 2014

Isu Penghantaran Produk Dengan PosLaju

Isu Penghantaran Produk Dengan PosLaju



Assalamualaikum dan selamat malam,

Seperti yang saya janjikan di wall facebook saya, malam ini saya nak berkongsi info mengenai isu yang di alami oleh pemilik bisnes ataupun penjual dengan perkhidmatan poslaju.

Saya tak pasti isu ini berlaku dengan lokasi-lokasi lain atau tidak. Apa yang saya nak kongsikan dengan anda disini, isu ini berlaku di daerah Puchong dan Subang Jaya.

Kepada pemilik akaun berkontrak dengan Poslaju, kini anda tak boleh suka-suka nak hantar produk anda ke mana-mana kaunter poslaju di Pejabat Pos.

Dalam kes saya, biasanya kalau saya dah selesai urusan membungkus produk, saya terus direct call je pemandu van poslaju. Dan ini diamalkan oleh mana-mana syarikat lain sebelum ini. Mereka akan call driver untuk datang collect produk.

Kalau ikutkan prosuder Poslaju, semua pemilik berkontrak perlu buat panggilan ke nombor operator untuk tujuan pickup. Kemudian, operator akan hantar mesej ke PPL berhampiran untuk notis kepada driver supaya collect produk di premis perniagaan.

So, bila SOP macam ni dibuat, banyak produk yang tak dapat dikutip oleh driver kerana mesej yang masuk adakalanya lambat.

Pernah ada case, saya call operator tengahari, tunggu sampai pukul 5.30 petang pun masih tak kunjung tiba. Bila double check dengan driver, dia kata tak terima pun notis dari PPL.

Lebih kelam kabut, bila driver dah elok selesai cover seksyen 6 dan tengah syok collect produk kat seksyen 10, sekali sms masuk kena pergi lagi ke seksyen 6. Kan ke jadi banyak kerja driver nak kena patah balik ke sana sini.

Itulah SOP poslaju. Kesiannya dengan driver. Masalahnya dekat pemilik bisnes, produk tak collect, customer bising produk lambat sampai. Kata poslaju, produk dijamin sampai esok!

Banyak kes produk sangkut kat hanger beberapa hari dan kemudian baru keluar di hantar ke PPL.

Jadi bila case macam ni, kesian kat driver dan kesian juga kat pemilik bisnes. Kalau pemilik bisnes ada staff yang boleh tunggu sampai after office hour atau boleh jadi runner pergi hantar produk ke PPL ok juga. Kalau jenis yang tak ada macam mana? Yang bisnes dari rumah? Sekali pergi hantar 1 troli besar!

Tapi itulah, kalau ikutkan sebelum ini ok je. Boleh direct call dengan driver poslaju.

Sejak ada kes pemilik bisnes yang outstanding bill, tertunggak sampai kena black list. Dah la blacklist, still lagi hantar produk kat driver atau direct ke PPL, lagi lah bertambah rugi poslaju (walaupun poslaju dah untung juta-juta).

Kes pemilik bisnes tak bayar dan guna no akaun kontrak walaupun dah blacklist menyebabkan Poslaju keluarkan memo arahan supaya driver dan kaunter Poslaju di Pejabat Pos tidak lagi menerima produk dari pemilik bisnes selagi tak contact operator bagi tujuan pick up.

Kalau tak, jangan haraplah produk nak collect. Dan jika dah call operator, driver still tak datang.. pemilik bisnes tanggunglah samada hantar esok atau drive sendiri hantar ke PPL berhampiran.

Kepada anda yang ada akaun kontrak dengan Poslaju, bila buat bisnes ada untung, bayarlah.. jangan dok tunggak sampai berbulan-bulan. Akibatnya orang lain juga kena tempias.

Ini samalah kes run akaun FB Ads, kemudian tunggakkan bil, bila FB minta payment, tinggalkan akaun. Dah kena blacklist tu oklah.. ini orang lain juga kena tempias.

-----------
Satu lagi masalah kat tempat saya ni, nak dapatkan sampul atau borang printed consignment note dan apa-apa material dari poslaju berbulan-bulan baru dapat. Tak taulah mungkin sebab sales syarikat saya tak sebesar syarikat lain kot. Sebab tu diabai-abaikan je. Hahaha

Adoi.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search