Thursday, July 3, 2014

Bagaimana Follow Up Bakal Pelanggan

->> Bagaimana follow up bakal pelanggan

Alhamdulillah, sebelum tidur, saya kongsi sedikit catatan buat tuan puan. Sering kita nak tau bagaimana nak follow up bila kita sudah approach outlets atau pelanggan.

Sering jadikan amalan meninggalkan name card serta sample jika sesuai. Jangan hari ini kita tinggalkan namecard serta jumpa person incharge, maka esok pagi kita dah call mereka dan tanya, "nak tak jual barang saya ? ", "bila saya boleh hantar barang ?". Soalan2 demikian kadangkala merimaskan mereka.

Begini...

Apa yang patut kita buat, email atau mesej mereka, ucapkan terima kasih kerana sudi bertemu kita, ambil kesempatan beri maklumat tambahan mengenai produk kita. Tanya mereka, "apa boleh saya bantu lagi untuk maklumat lanjut mengenai produk", "cukup tak sample yang saya bagi ?" Hantarkan testimonial, tunjukkan outlets yang baru ambil barang kita, tapi sekadar makluman saja kepada mereka supaya mereka ingat barang kita. Ini cara kita follow up tanpa tanya bila mereka nak ambil barang kita.

Sering kali, jawab kepada persoalan, "kenapa tuan puan mesti jual barang saya ?" Kalau kita bersedia dengan jawapan yang baik, peluang kita cerah.

Pengalaman Product Briefing

Saya pernah memberi taklimat mengenai LITTLE TREES kepada lebih seratus dealers Esso di satu majlis memperkenalkan produk saya beberapa tahun lalu. Saya adalah yang terakhir di kalangan 3 syarikat yang diberi peluang pada hari itu. Dua syarikat minuman memberi taklimat, semua dealers tak beri tumpuan, berbual sesama mereka. Bila tiba giliran saya, sebatang pen jatuh pun, insyaAllah boleh dengar. MENGAPA ? Hebat sangat ke saya ? Tidak tapi mereka memberi sesuatu yang tidak menjawab persoalan di atas. Dealers semuanya orang berniaga, peduli apa mereka carta2, bar chart yang tunjuk fakta sains tentang berapa banyak vitamin dalam minuman anda. Dia nak tau points yang boleh meyakinkan bahawa produk anda boleh dijual dan mereka boleh menambah sales. Jadi berikanlah points yang membolehkan mereka buat sales bukan fakta macam kuliah kat universiti.

Servis Outlets

Tunjukkan keupayaan anda untuk "servis" outlet bukan saja datang nak minta payment. Ramai pemilik outlets sangat pentingkan kita servis the outlets, lihat barang kita, susun semula, beri bantuan dalam bentuk maklumat pada pengguna, kalau ada tester, pastikan ia berkeadaan baik dan mungkin tukarkan barang yang rosak. Ini yang sering diabaikan oleh usahawan.

Kalaupun mereka tak mahu barang kita, jangan anggap kita sudah tiada peluang, sekali sekala hantar sample lain, mungkin kita ada new packaging, resepi baru, barang baru, ini peluang untuk hubungi mereka supaya mereka tau kita sentiasa berkembang.

Adakala outlets itu nak tengok dengan siapa kita telah jual barang kita. Mereka mahu barang kita setelah banyak pesaing mereka turut jual barang kita. Jadi jangan hanya tumpu pada outlet ini, cari sama outlet lain.

- Artikel oleh tuan Fazli Little Trees

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search