Tuesday, July 8, 2014
Ada orang dok tanya saya, Noorizam tak buat bisnes trip ke China lagi ke?
Buat masa ni belum ada kesempatan. Saya pun buat trip pun dengan kawan-kawan yang mana memang berhajat nak ke GuangZhou tinjau-tinjau lubuk bisnes.
Sejak kawan saya, Adem Rono perkenalkan idea bisnes trip ke GuangZhou, ia sangat membuka mata saya buat pertama kali menjejakkan kaki ke sana.
Memang banyak sangat pusat borong yang anda boleh terjah. Kalau anda pertama kali plan nak pergi ke GuangZhou, plan terbaik pergi dalam 4 hari dah kira ok dah. Biarlah ada yang cakap 4 hari tu tak cukup, kalau anda lama lagi kat sana takut anda kepenatan (lainlah kuat stamina) sebab cuaca dan suhu di sana tak sama macam di Malaysia.
Terbaik sebelum melangkah kaki ke lapangan terbang, anda dah buat persediaan 1-2 bulan lebih awal. Anda perlu study dulu tempat mana yang anda memang betul-betul nak pergi.
Di GuangZhou, 1 tempat tu spesifik untuk sesuatu niche je. Contoh jika anda nak cari perkakasan masakan/hotel, anda tak akan jumpa banyak kawasan borong produk ini di tempat jualan jam tangan.
Sebab itulah anda perlu buat carian di internet dan kenal pasti terlebih dahulu, mana tempat yang anda nak pergi. Senaraikan tempat-tempat tersebut.
Berikan keutamaan tempat yang nak dituju baru diikuti dengan tempat-tempat berikutnya. Cadangan saya terbaik anda aturkan laluan perjalanan. Janganlah nak pergi satu-satu tempat nanti anda terpaksa berpatah balik dan ini akan meningkatkan kos pengangkutan anda.
Jika anda mengikuti bisnes trip yang terdapat ramai orang dalam 1 kumpulan, terbaik untuk hari 1 atau hari 2 anda ikut kumpulan anda. Sesampai di tempat pemborong, lihat-lihat dahulu produk, survey harga dan jika anda berkenan dengan produk tersebut, dapatkan bisnes kad pemilik kedai atau si penjual.
Hari ke 3 anda boleh pergi semula secara sendirian atau kumpulan kecil dan luangkan masa lebih lagi untuk memborong. Fokus, anda nak borong apa. Di sana anda akan jadi rambang mata.
Terlampau banyak produk yang boleh anda beli dengan harga yang rendah. Jual di Malaysia dengan hasilkan keuntungan yang tinggi.
Kebanyakan tempat-tempat borong, anda perlu berjalan kaki sebab kawasannya besar dan bersebelahan antara satu sama lain. Contoh jika anda ke pusat memborong pakaian kanak-kanak, terdapat beratus malah beribu kedai yang menjual produk ini. Anda tidak akan cukup masa untuk pergi ke setiap kedai. Jadi, jika anda menjumpai kedai yang benar-benar ada produk anda, cuba tawar-menawar sebaik mungkin.
Tawar-menawar mestilah dalam nada bisnes. Bukan tawar-menawar nak beli 2-3 helai je. Jadi kat situ anda boleh agak berapa keuntungan yang anda boleh hasilkan jika memborong dalam kuantiti yang banyak. Jika anda tidak cukup duit, anda boleh merancang awal bersama-sama rakan lain samada nak berkongsi membeli borong atau tidak.
Berkongsi memborong dapat menjimatkan wang anda dan menggandakan keuntungan.
Suhu dan cuaca memainkan menentukan rentak bisnes trip anda. Jika anda tidak tahan dengan cuaca yang sejuk, elakkan anda pergi ketika musim itu di GuangZhou. Pernah ada kes, di mana rakyat Malaysia tak dapat mengikuti kumpulan memborong kerana kesihatan tidak mengizinkan.
Dengan menghabiskan masa di bilik hotel adalah sangat merugikan. Sebab itu, pastikan kesihatan dan daya tahan badan anda berada pada tahap terbaik. Jika ia berlaku juga, itu adalah kehendak Allah. Bersabarlah.
Memborong di China, mereka menerima duit dalam matawang RMB ataupun USD. Jangan sesekali terlupa tukar wang RM ke RMB yang mencukupi. Anda boleh semak nilai tukaran asing semasa. Menukar wang juga anda perlu bijak, cari tempat tukaran asing di tempat anda pada nilai yang menguntungkan anda.
Jangan sesekali menukar wang di lapangan terbang kerana ia merugikan anda. Jangan lupa juga untuk set kad debit atau kad kredit anda di mesin ATM untuk pengeluaran wang di luar negara. Mana tau, jika tak cukup duit, anda boleh keluarkan duit di sana menggunakan ATM Mesin.
Kelmarin saya ada perasan ada organizer yang menganjurkan seminar borong di China ni. Anda boleh semak link ini: http://www.noorizamshah.com/goto/bisnesborongchina.
Jika anda merancang untuk ke GuangZhou, ini sesi yang boleh membantu anda mendapatkan lebih banyak info berkaitan borong!
You Might Also Like