Wednesday, July 16, 2014

Teknik Terbaik Lenyapkan Wajah Kusam Dengan Kaedah Terbaru

Teknik Terbaik Lenyapkan Wajah Kusam Dengan Kaedah Terbaru


Antara masalah kulit wajah yang kerap dihadapi oleh seorang wanita ialah:

Kulit Kusam Dan Gelap

Penyebab:
Tompokan sel kulit mati kesan daripada metabolisme kulit yang kurang baik, proses penuaan serta pendedahan pada sinar matahari yang berlebihan.

CARA MUDAH:
Gunakan krim yang mengandungi vitamin A seperti retinol, isotretinon, tretinoin yang ditambah dengan krim pemutih. Walaupun di kebanyakan negara bahan pemutih ini tidak boleh digunakan namun hydroquinon memberikan hasil yang terbaik untuk mengatasi masalah pigmentasi selain memutihkan kulit wajah tetapi jumlahnya tidak boleh lebih dari empat peratus.

Antara produk pemutih lain ialah arbutin, kojic acid, ekstrak mulberry mahu pun vitamin C. Sebulan sekali lakukan chemical peeling dan glycolic acid. Penggunaan krim vitamin A mahu pun chemical peeling pada kulit sememangnya akan menimbulkan iritasi pada kulit tetapi ia merangsang pembentukan darah yang lebih baik, membuang sel-sel kulit mati dan memperbaharui sel-sel kulit. Namun perlu dilakukan secara berhati-hati pada kulit yang sensitif.

Peringatan:
Pemakaian hydroquinon harus dilakukan di bawah pengawasan pakar kulit untuk mengelakkan kesan sampingan.

CARA MODEN:
Rawatan yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan rawatan laser seperti laser ablative (CO2), non ablative dan teknologi fractional. Laser merangsang pembentukan kolagen baru sehingga kulit dapat menyerap nutrisi dengan lebih baik. Laser juga memiliki kepekaan terhadap sel warna atau pigmen kulit sehingga mampu memecahkan sel pigmen tersebut dan menjadikan kulit tampak lebih cerah.

Peringatan:
Untuk hasil yang lebih baik rawatan laser harus diikuti dengan rawatan di rumah yang bersesuaian dengan keadaan kulit.


Parut
Penyebab:
Bekas jerawat, bekas luka dan genetik

CARA MUDAH:
Penggunaan produk pengelupasan dan chemical peeling dengan glycolic acid dapat membantu memperbaiki keadaan parut sehingga ia tidak kelihatan terlalu dalam. Walau bagaimana pun rawatan chemical peeling perlu digabungkan bersama dengan rawatan mesin seperti mikrodermabrasi dan dermaroller. Chemical peeling berfungsi untuk membuang dan memulihkan sel-sel  kulit mati.

Selain itu mikrodermabrasi dengan sistem vakum dan kristalaluminium oxide mempunyai daya sedutan yang tinggi sehingga mampu mengangkat sel-sel kulit mati di permukaan kulit selain meratakan kontur kulit.

Manakala dermaroller pula merupakan roll yang berisi jarum-jarum halus. Ia bertujuan untuk menimbulkan luka  pada kulit sehinggga kulit bertindak balas bagi  memperbaiki luka tersebut dengan meningkatkan nutrisi dan peredaran darah pada kulit.

Langkah ini juga turut merangsang terjadinya natural collagen induction iaitu proses secara natural yang merangsang penghasilan kolagen dan keanjalan pada kulit tanpa merosakkannya.

CARA MODEN:
Suntikan botox mampu menyamarkan kedutan di sudut tepi mata dalam waktu yang singkat. Rawatan ini sekaligus mencegah timbulnya kedutan baru pada  bahagian tepi mata. Selain itu juga ia merupakan bonus untuk eye lift kerana otot yang ‘dilumpuhkan’ sementara dengan suntikan botox akan mencegah turunnya alis. Hasilnya bahagian sekitar mata pun akan nampak lebih lebar.

Radiofrequency:
Kesan panas yang dirasai boleh merangsang pembentukan kolagen baru sehingga kulit kelihatan lebih tegang.

Fractional CO2:
Fungsi rawatan ini ialah ‘mengambil’ lebihan kulit akibat kedutan kerana masalah kekeringan pada bahagian ini sehingga kedutan menjadi semakin pudar.   Seeloknya rawatan ini dilakukan sebulan sekali.

Peringatan:
Mungkin wajah akan kelihatan merah dan lebam akibat kesan daripada suntikan yang dilakukan. Oleh itu pastikan langkah ini mendapat pemantauan dari pakar yang bertauliah.

Kulit Kendur
Penyebab:
Rosaknya kolagen dan elastin yang merupakan dua zat yang membuatkan kulit tegang dan anjal. Kerosakan ini boleh berlaku akibat dehidrasi, menipisnya dermis kerana proses penuaan mahu pun paparan yang berlebihan pada sinar cahaya matahari.

CARA MUDAH:
Sapukan krim yang mengandungi centella asiatica, urosolic acid dan tetrahydrocurcumin. Krim ini berfungsi untuk ‘menghapuskan’ enzim yang menjadi  penyebab menurunnya kualiti kulit seperti collagenase dan elastase.

CARA MODEN:
Photo Rejuvenation Dikombinasikan dengan rawatan Fractional CO2 untuk merangsang penghasilan kolagen dan membuang lebihan kulit.

Thermage
Tenaga daripada frekuensi radio ini mampu menembusi lapisan dermis kulit, mengaktifkan kolagen dan merangsang jaringan baru sel kulit seterusnya membantu menjadikan kulit lebih segar dan muda. Rawatan Thermage berfungsi untuk menghantar tenaga frekuensi radio secara merata ke jaringan kulit yang dikehendaki.

Tenaga tersebut memanaskan kulit bahagian dalam sekaligus melindungi kulit bahagian luar dengan pendinginan. Pemanasan dan pendinginan secara serentak ini membuatkan kulit bertambah tegang dan anjal serta merangsang pembentukan kolagen yang baru. Akhirnya kulit yang anjal, tegang dan halus akan terhasil selain wajah tampak lebih muda.

Pigmentasi
CARA MUDAH:
Rawat masalah pigmentasi dengan krim hydroquinon dengan kadar kurang dari empat peratus atau whitening agent yang lain.

Penggunaan hydroquinon perlu dibantu dengan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA agar rawatan menggunakan hydroquinon ini menjadi lebih berkesan.


CARA MODEN:
Laser Q-Switch yang mampu menembusi hingga ke bahagian dermis kulit dan memecahkan sel-sel pigmen  yang ada di dalamnya.

Peringatan:
Pigmentasi merupakan masalah yang sukar untuk diatasi. Kadang-kadang satu rawatan sahaja tidak mampu mengatasi masalah pigmentasi dan ia perlu digabungkan dengan rawatan tertentu.

Pori-Pori Besar
CARA MUDAH:
Produk homecare. Lakukan perawatan wajah dengan menggunakan produk dan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA.

Mikrodermabrasi
Rawatan ini membantu proses penyingkiran kulit mati sekaligus meratakan kontur kulit dan perlahanlahan pori-pori pada wajah akan pudar. Rawatan ini perlu diulang sekurangkurangnya sebulan sekali hingga mendapat hasil yang maksimum.


Penyebab:
Otot di sekitar pori-pori kehilangan fungsi jaringan. Masalah ini berlaku disebabkan kebiasaan anda yang suka memicit jerawat atau terlalu kerap mencuci wajah dengan air panas/suam. Selain itu faktor genetik seperti kulit berminyak juga menyebabkan masalah ini berlaku.


CARA MUDAH
Produk homecare.
Lakukan perawatan wajah dengan  menggunakan produk dan krim yang mempercepatkan regenerasi sel kulit seperti retinol, AHA dan BHA.

Mikrodermabrasi
Rawatan ini membantu proses penyingkiran kulit mati sekaligus meratakan kontur kulit dan perlahanlahan pori-pori pada wajah akan pudar. Rawatan ini perlu  diulang sekurang-kurangnya sebulan sekali hingga mendapat hasil yang maksimum.

CARA MODEN:
Fractional CO2 mampu merangsang neokolagenisasi sehingga kulit lebih tegang, anjal dan pori-pori juga lebih mengecil.


Dagu Berlapis/Chubby
Penyebab:
Ada banyak penyebab yang berbeza sehingga wajah kelihatan tembam. Antara penyebabnya ialah lemak di bahagian pipi, otot yang kendur, stres, kurang rehat  dan genetik.

CARA MUDAH:
Facial Massage
ialah facial yang dilakukan dengan urutan pada wajah yang bertujuan membantu meningkatkan metabolisme kulit dan perjalanan darah. Hasilnya selain wajah  menjadi lebih tirus ia juga mampu meningkatkan kualiti kulit wajah.

CARA MODEN:
Suntikan botox dan radio frequency adalah rawatan moden yang boleh mengatasi masalah wajah chubby. Suntikan botox dilakukan pada tiga titik di sekitar tulang rahang untuk memberikan kesan tirus pada wajah manakala kesan panas yang dihasilkan daripada rawatan radio frequency dapat menghilangkan lebihan lemak yang ada di bahagian pipi dan mengembalikan keanjalan kulit.


Lingkaran Gelap Bawah Mata
Penyebab:
Timbunan lemak di bahagian bawah mata yang menyebabkan rongga mata (septum) menjadi lemah sehingga menyebabkan septum bahagian lapisan atas lemak menurun.

CARA MUDAH:
Sapukan krim mata atau serum mata untuk meningkatkan kadar elastik kulit di bahagian bawah mata. Sapukan krim dan serum ini pada waktu pagi dan malam dengan gerakan urutan di sekitar kelopak mata bagi melancarkan perjalanan aliran darah di bahagian tersebut.

CARA MODEN:
Radio Frequency
Merangsang penghasilan kolagen melalui haba panas yang dihasilkan.

Fractional CO2
Prinsip rawatan ini ialah menghilangkan lebihan kulit pada kantung mata dan iritasi yang terjadi akan merangsang pembaharuan kolagen sehingga kulit menjadi lebih tegang. Walau bagaimana pun lemak di dalam lapisan kulit akan tetap ada.

Blepharoplasty
Rawatan ini menghilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dengan laser CO2. Laser CO2 digunakan sebagai alat pemotong jaringan lalu lemak yang  berlebihan dikeluarkan untuk menghilangkan kesan lingkaran gelap bawah mata. Siatan dilakukan dari dalam dan kesannya tiada sebarang luka di bahagian kulit (luar).

Dengan laser CO2, pendarahan yang terjadi pun hanya sedikit, kesan lebam dan bengkak juga dapat diminimumkan.

Peringatan:
Untuk rawatan pasca terapi adalah disarankan untuk meletakkan ais pada mata, menekan kelopak mata dengan jari apabila terjadinya pendarahan, makan antibiotik untuk mencegah sebarang jangkitan selain ubat tahan sakit. Meski pun rawatan ini disahkan selamat namun dinasihatkan agar anda mendapatkan konsultansi dengan doktor pakar kulit.

Terpulanglah kepada anda untuk melakukan rawatan yang sesuai. Semuanya terletak di tangan anda. Namun jangan terlalu ghairah untuk melakukan sesuatu rawatan. Dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. RAPI mengharapkan dalam pada anda ingin cantik, keselamatan diri usah diabaikan.

Nota: Artikel ini dipetik dari link http://rapi.karangkraf.com/cantik-stailo/teknik-terbaik-lenyapkan-wajah-kusam-1.123693

----------------------------------------------------------



Semua rawatan moden memerlukan kos yang tinggi untuk penjagaan berterusan. Jika anda seorang yang mempunyai bajet untuk kecantikan diri, anda boleh melakukan rawatan ini dengan pemantauan pakar.

Namun begitu, jika anda tidak mahu dengan kaedah-kaedah seperti yang dinyatakan di atas seperti penggunaan bahan hydroquinone yang mungkin akan merosakkan kulit jika digunakan lebih berlebihan, anda boleh memilih set penjagaan kulit yang terdiri dari bahan semula jadi seperti EMORRA Skincare.

Kini produk natural sangat diyakini mampu menghasilkan kesan yang serupa seperti rawatan moden seawal 14 hari. Bahan-bahan yang digunakan tanpa kesan sampingan, mampu memberi kulit yang lebih sihat, anjal dan menawan.

Untuk info lanjut mengenai produk EMORRA skincare, anda boleh layari web www.emorraskincare.com atau www.emorra.com untuk mendapatkan info dan kaedah pembelian secara online.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search