Sunday, August 31, 2014

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Kali Ke-57

Selamat hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia kali ke-57. Semoga Malaysia aman damai, bersatu-padu, harmoni bersama berbilang kaum. Semoga anak-anak bumiputera berjaya setanding dengan mereka yang hebat-hebat!

Ini lah masanya kita memerdekakan pemikiran kita dengan sentiasa berfikir positif, berdaya saing dan mahu mencipta lebih banyak kejayaan.

Anak Malaysia cintakan keamanan. Disini lahirnya sebuah cinta!

Malaysia tanahairku! Merdeka!
Monday, August 25, 2014

Info dan Kebaikan Mengambil EMORRA GLOW C Secara Konsisten.



*(Harga RM129SM, RM134SS)
Caj penghantaran: RM6 (SM)/ RM9 (SS)


Harga PROMOSI dari kami
RM129 sebotol termasuk pos semenanjung
RM134 sebotol termasuk pos sabah sarawak

Beli 2 botol RM250 termasuk pos semenanjung
RM260 termasuk pos sabah sarawak



P: 012-9127100 (SMS/WHATAPPS ONLY, NO CALL)


EMORRA GLOW C (Chewable Tablet) untuk kecantikan kulit dan seluruh badan yang terbaik di Malaysia. Kini telah menjadi fenomena dan sebutan ramai!

Food Supplement ini diperkaya dengan Collagen, Grape Seed, Glutathione, Stem Cell buahan-buahan, Vitamin C

FORMULA NANO TEKNOLOGI TERBARU dengan kombinasi ramuan semula jadi dan terpilih sangat sesuai untuk menghapuskan masalah kulit pengguna di Malaysia dan Asia.



RAMUAN ISTIMEWA TERPILIH EMORRA GLOW C (CHEWABLE TABLET):

COLLAGEN: Hydroplyze Collagen dihasilkan dari iklan talapia yang mampu menghasilkan asid amino penting untuk membina struktur tisu penyokong. Kesannya kulit akan lebih gebu anjal serta awet muda. Penting untuk kita mengambil kolagen kerana semakin meningkat umur, kadar kolagen dalam badan akan menurun.

VITAMIN C: Vitamin penting yang mampu menyegarkan kulit serta memutihkan wajah pengguna secara semulajadi. Ia bertindak sebagai antioksida yang diperlukan oleh dalam badan. Menurut kajian sains, vitamin c sangat penting dalam penjagaan kulit dan badan. Mengambil EMORRA GLOW C membantu pembentukan kolagen yang sihat.

GLUTATIONE: Berfungsi sebagai bahan aktif utama untuk memutih serta mengecilkan liang pori pada wajah. Glutathione terbukti menjadi ajen penting untuk produk kulit sehingga ia diguna luas dalam produk kesihatan kulit khususnya. Kombinasi formula yang terkandung dalam EMORRA GLOW C bertindak mencerahkan kulit pengguna menjadi tona lebih sekata.

Jom gunakan tanpa was-was. Mendapat surat perkelasan produk dari BPFK dengan no rujukan: 160414/04/194


Sekarang mari kita lihat apakah antara masalah kulit yang boleh diatasi dengan penggunaan konsisten EMORRA GLOW C:

- Kesan seawal 3 hari kulit semakin MOIST dan GLOW
- 75% kesan pencerahan dan pemutihan seawal 14 hari
- Melewatkan proses penuaan
- Meningkatkan kelembapan kulit 10 kali lebih cepat
- Tidur lebih nyenyak
- Membantu memulihkan kulit yang rosak dan bermasalah
- Membantu memulihkan sakit sendi dan keguguran rambut
- Membantu mengatasi masalah sembelit
- Membantu meningkatkan keanjalan dan metabolima kulit
- Meningkatkan tenaga dan mengurangkan kelesuan
- Membantu meningkatkan penghasilan susu bagi ibu yang menyusukan anak
- Melicin dan memerahkan melanin kulit
- Membantu memulihkan kulit yang rosak dan bermasalah
- Membantu mencerah dan menggebukan tona kulit
- Membantu mengatasi kedutan kulit


- Astaxanthin & CO Q10 mempertahankan dengan semaksima mungkin terhadap radikal bebas dan kerosakan pengoksidaan.
- Hatomugi dan Trehalose memberikan kesan yang sangat cepat dan efektif terhadap pemutian dan kelembapan kulit.
- Elastin saling bekerja disetiap cell kulit untuk mengetatkan



TIPS MENGAMBIL EMORRA GLOW C SETIAP HARI:

- Amalkan pengambilan EMORRA GLOW C 2 tablet setiap hari. Aturan terbaik ialah ambil 2 tablet sebelum tidur. Kemam dengan lidah kerana dilidah kita mempunyai berjuta saraf yang akan menghantar ke seluruh sistem badan kita. Dengan ini khasiat EMORRA GLOW C bertindak dengan sebaiknya. Sebab itu EMORRA GLOW C sangat cepat bertindak berbanding produk supplement lain jenis minum begitu sahaja. Amalkan setiap hari dengan minum air masak 2 liter sehari. Dengan minum air masak yang mencukupi ia membantu melembapkan kulit anda dan mempercepatkan kesan selepas mengambil EMORRA GLOW C.


FAQ: EMORRA GLOW C

Q: Berkesan ke EGC ni?
A: Anda tak pernah cuba lagikan? Apakata cuba dulu. Dah cuba baru tahu. Kesan seawal 3 hari. InshaAllah, berkesan dengan penggunaan yang konsisten seperti panduan yang diberikan.

Q: Sebotol EGC boleh tahan berapa lama?

A: Sebotol ada 70 tablet untuk kegunaan 35 hari. Maksima anda boleh ambil sehari 4 tablet dan make sure minum air masak dengan banyak untuk proses detoks.

Q: Kenapa tak buat dalam bentuk air minuman?
A: Lagi senang dalam tablet. Botol pun kecil senang nak bawa ke mana sahaja. Masuk dalam handbag pun muat.

Q: Halal ke ni?

A: Sudah semestinya halal digunakan. Pemilik 100% bumiputera islam. Kilang juga 100% bumiputera islam yang ada status Halal dan GMP. Kami pengguna dan penyokong produk halal.

Q: Saya pernah ambil supplement vitamin c dan kolegen tetapi naik ruam badan. Sebab apa ya?
A: Ada sesetengah pengguna tak sedar yang dia ada masalah alergik dengan kolagen. Bagi kita yang kurang minum air, ruam boleh jadi sebab dalam badan panas. Jadi penyelesaiannya, minum air masak dengan banyak untuk proses detoks.

Q: Betul ke EGC ni membantu masalah eczema?
A: Kita ada banyak testimoni eczema yang ambil EGC, kulit semakin ok. EGC bukanlah menyelesaikan masalah penyakit tetapi membantu meredakan masalah tersebut. Jadi, cubalah hari ini.

Q: Kanak-kanak boleh ambil EGC tak?
A: Bagi sesetengah kes, kena rujuk dengan doktor bertauliah terlebih dahulu. jika nak beri, kurangkan dos dengan beri suku atau setengah tablet sehari atau seminggu sekali. Pastikan kanak-kanak itu minum air masak yang mencukupi untuk proses detoks.

Q: Ada kelulusan KKM tak?
A: Ada. Sekarang KKM serah kelulusan dengan BPFK. No rujukan: 160414/04/194. Guna tanpa was-was!

Q: Berapa lama boleh nampak kesan penggunaan?
A: Setiap kulit pengguna berbeza-beza. Kita ada case dimana, seorang pengguna dapat kesan seawal 1 hari. Malam sebelum tidur, ambil 2 tablet EGC, esok kedutan tepi mata dah hilang. Terbaik adalah guna secara konsisten untuk kesan yang lebih baik.

Q: Jika saya mengandung, bila masa sesuai untuk saya ambil EMORRA GLOW C?

A: Jika usia kandungan anda 4 bulan dan ke atas, anda boleh mula amalkan EMORRA GLOW C. InshaAllah baby anda nanti kulit sihat, cantik dan gebu.

Q: Saya ada masalah darah rendah, boleh ambil ke?

A: Boleh. Kita ada kes pesakit darah rendah selepas ambil EMORRA GLOW C secara konsisten, membantu menstabilkan tahap darah mereka.

Q: Waktu period, boleh ambil tak EMORRA GLOW C?
A: Boleh ambil, tiada masalah.

Q: Saya seorang wanita sibuk dan menyusukan anak, boleh tak EGC bantu tambahkan kandungan susu dalam badan saya?
A: Ya, memang ramai ibu yang menyusukan anak percaya dengan pengambilan EGC secara konsisten membantu mereka.

Q: Betul ke lelaki juga boleh ambil EGC?

A: Eh, sudah tentu boleh. EGC adalah natural dan tidak mengandungi bahan-bahan aktif seperti hormon.

Q: Boleh hilangkan parut jerawat?
A: Of couse boleh. Saya tak cakap EGC produk magic, tetapi dengan penggunaan konsisten pasti boleh! Guna sebulan dan tengok ada perubahan tak.

Q: Saya dah cuba macam-macam, kalau tak berkesan macam mana?
A: Sebab tu anda kena cuba. Tak salah cuba sebab EGC dijamin selamat dan harga sangat berpatutan. Yang penting kita berusaha. Sebab tu kena tengok produk-produk yang ada dipasaran. Takut sangat kalau produk tu memang terbukti ada bahan kimia berbahaya. Minta dijauhkan!

Q: Boleh ke saya ambil produk lain dan campur dengan EGC?
A: Boleh je. EGC ni 100% ekstra bahan terpilih dan terbaik semulajadi. Kalau produk tu takda bahan-bahan kimia berbahaya, boleh je guna. Tiada kesan sampingan.

Q: Boleh jadi tak saya makan ni nanti kulit saya mengelupas?
A: Tidak ada. EGC diluluskan BPFK dan selamat. Tetapi jika kulit anda memang jenis kulit kering atau sensitif, mungkin akan menyebabkan kulit jadi kering dan mengelupas. Jadi banyakkan minum air masak jika kulit anda jenis kulit macam ni.

Q: Siapa yang boleh guna EMORRA GLOW C ni?
A: Lelaki dan perempuan boleh guna. Takda masalah. :)

Q: Kalau saya nak order macam mana?

A: Anda boleh hubungi mana-mana wakil jualan sah kami di www.emorra.com.my atau WHATAPPS hotline ke 012-9127100 sekarang!

Q: Kat mana saya nak cari gambar testimoni pengguna di facebook atau instagram?

A: Anda boleh like page facebook EMORRAOFFICIAL dan follow instagram EMORRAOFFICIAL


TESTIMONI PENGGUNA







Kami ada banyak testimoni-testimoni pengguna. Produk EMORRA GLOW C telah terjual lebih 30,000 botol di pasaran internet.

Untuk pastikan anda dapat produk yang ORIGINAL sila hubungi wakil jualan sah kami dengan rujuk info di www.emorra.com.my. Disitu ada senarai nama wakil jualan sah kami. Contact mereka untuk dapatkan harga promosi istimewa sekarang!


Kami memerlukan STOKIS dan PENGEDAR sah! Kouta terhad! Whatapps, sms ke 012-9127100 hari ini!
Friday, August 22, 2014

Malaysia Berkabung

Semua yang terjadi dalam dunia ini ada sebabnya. Ada sebabnya kenapa Allah menghidupkan dan mematikan.

Kuasa Allah melebihi batas-batas manusia. Sebagai hamba Allah kita perlu percaya pada Qada dan Qadar.

Hari ini Malaysia menyambut kepulangan jenazah tragedi MH17 dengan suasana sedih dan pilu. Malaysia mengumumkan hari ini adalah hari berkabung dan bertafakkur dalam seminit sebagai tanda penghormatan.

Saya doakan semoga roh umat islam yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

------------------------------

Hukum Tafakkur Dan Berkabung.

Submitted by FatwaMalaysia on 21 August 2014 - 8:31am

Akidah.

ISU:

Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

PENJELASAN:

Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)

Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.

Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).

Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an.

Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.

Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.

Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.

Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7.662

Wallahu a'lam.
Thursday, August 21, 2014

Akaun FB Ads Kena Flagged? Page kena Unpublised?



Apa punca berlakunya masalah-masalah macam ni?

Baiklah..

Ramai yang PM Sifufbads dan bertanyakan tentang hal ini, jadi kami akan cuba rungkaikan puncanya.
Berikut adalah beberapa pandangan peribadi daripada SIFUFBADS tentang masalah Akaun FB ADS FLAGGED & PAGE UNPUBLISHED :-

[✘] 1 Akaun FB Ads ada banyak credit card dan debit card.
[✘] Fanpage terlalu lama dibiarkan, tiada update langsung!
[✘] Tarik like guna 3rd party application!
[✘] Content fanpage tak relevan dengan produk.
[✘] 1 debit kad / kredit kad digunakan pada semua akaun fb ads.
[✘] Produk ada brand dijual yang ciplak.
[✘] Guna nama fanpage yang dah ada brand.
[✘] Kerap ulangi kesalahan semasa bina iklan (disapproved).
[✘] Spamming guna 3rd party di group-group.
[✘] Guna 3rd party untuk extract uid dan lain-lain.

Apa yang kami boleh sarankan untuk anda lakukan apabila akaun fbads di flagged dan juga fanpage di unpublished adalah :-

[✔] Langkah pertama hantarkan email tentang isu yang berlaku pada fesbuk. (link untuk contact, fb akan bagi)
[✔] Buat sahaja akaun fb yang baru dan add debit card/credit card. Kemudian jadikan akaun fb tersebut sebagai admin dari fanpage anda.
[✔] Jadikan akaun fbads anda tu sebagai 'real' dan bukan robot. Takut nanti kena flagged balik.
[✔] Biarkan iklan berjalan setiap hari, sekurang-kurangnya biar iklan like yang berjalan. Letak bajet RM3-5 sahaja.
[✔] Senang cerita, jangan langgar peraturan dan buat yang bukan bukan sahaja. Hohoho..


Untuk makluman, akaun fb ads kena flagged bukan bermaksud fanpage anda di blocked ataupun unpublished ya.. Fanpage masih lagi boleh guna..

Lagi satu mungkin ramai yang ada masalah akaun fb ads tak nak terima duit dari kad kredit / kad debit anda. Langkah penyelesaiannya :-

[✔] Add kad debit/ kad kredit yang lain dahulu, kemudian delete semula dan kekalkan yang lama.
[✔] Pastikan anda letak wang yang berlebihan dalam akaun bank anda.
[✔] Jangan biarkan akaun fbads anda outstanding.
[✔] 'in grace period' bukan facebook taknak terima tetapi facebook biarkan kita berhutang dulu, nanti dia akan sedut semula.

LIKE & SHARE jika post ini dapat membantu anda.

Untuk tips lagi, sila follow page sifu fbads disini.
Wednesday, August 20, 2014

Info Dan Kebaikan EMORRA Facial Cleanser - Kini Mulai Fenomena


*(Harga Asal RM25)
Caj penghantaran: RM6 (SM)/ RM9 (SS)


Harga PROMOSI dari kami
RM19 sebotol tidak termasuk pos semenanjung
RM24 sebotol tidak termasuk pos sabah sarawak

Beli 2 botol RM35 termasuk pos semenanjung
RM40 termasuk pos sabah sarawak

Beli 3 botol RM50 termasuk pos semenanjung
Sabah Sarawak RM55


P: 012-9127100 (SMS/WHATAPPS ONLY, NO CALL)


Pencuci muka (Facial Cleanser) untuk kecantikan kulit dan wajah anda
Kini mula menjadi fenomena dan sebutan ramai!

Pencuci muka ini diperkaya dengan Tea Tree Oil, ekstrak Propolis, Vitamin E dan C
FORMULA TERBARU dengan kombinasi ramuan semula jadi dan terpilih sangat sesuai untuk
menghapuskan masalah kulit pengguna di Malaysia dan Asia.



RAMUAN ISTIMEWA TERPILIH PENCUCI MUKA EMORRA (FACIAL CLEANSER):

MINYAK TEA TREE: Membantu mengatasi kulit berjerawat. Kandungan bahan aktifnya sangat berkesan untuk menghapuskan bakteria penyebab jerawat dan mengecutkan jerawat dengan cepat.

VITAMIN C: Vitamin penting yang mampu menyegarkan kulit serta memutihkan wajah pengguna secara semulajadi.

EKSTRAK WITCH HAZEL: Tumbuhan perdu yang biji-bijinya dapat menghaluskan kulit dan kandungan zatnya dapat menyembuhkan masalah keradangan.

AKAR MANIS: Diekstrak dari akar dan batang tanaman keluarga kacang polong “licorice”.  Ekstrak akar glycyrrhiza Glabra (Licorice) memiliki kesan anti-inflamasi dan meringankan iritasi kulit.

GLYCERIN: Diesktrak dari minyak tumbuh-tumbuhan untuk menghaluskan kulit, melembutkan.

BUNGA MATRICARIA: Ekstrak yang kaya dengan pati minyak anti-tumor dan anti-keradangan.

PROPOLIS: Mengandungi vitamin dan nutrisi tinggi untuk kulit (Awet Muda).

Jom gunakan tanpa was-was. Berdaftar dengan BPFK: NOT140101792K


Sekarang mari kita lihat apakah antara masalah kulit yang boleh diatasi dengan penggunaan konsisten EMORRA FACIAL CLEANSER:

- Menghilangkan Jerawat/Parut Jerawat
- Membersih Secara Mendalam
- Mengurangkan masalah jeragat
- Mengurangkan kedutan dan penuaan
- Mengawal minyak berlebihan
- Mencerahkan kulit yang kusam/gelap
- Menyamaratakan tona kulit
- Bertindak sebagai penanggal mekap yang berkesan
- Menjadikan wajat awet muda, gebu, kemerah-merahan dan berseri
- Menegangkan kulit wajah
- Sesuai juga untuk bayi yang mengalami masalah ruam lampin.



TIPS MENGGUNAKAN EMORRA FACIAL CLEANSER MENGIKUT JENIS KULIT

Kulit Kering: Gunakan dua kali sehari iaitu pada waktu malam dan pagi. Jika kulit semakin kering dan mula
mengelupas, sapukan sedikit toner dan pelembap muka serta sapukan sunblock sebelum kulit wajah
anda terdedah kepada sinar matahari/UV.


Kulit berminyak: Gunakan dua kali sehari. Fokuskan sapuan di kawasan T (T-Zone) pada wajah anda. Jangan gunakan pelembab yang mengandungi minyak
(oily moisturizer ) dan juga hindarkan daripada menggunakan sunblok yang ada mengandungi
minyak (oily sunblock).

Kulit Kombinasi: Gunakan dua kali sehari sebagai pencuci muka biasa. Jangan biarkan sabun terlalu lama pada
wajah. Gunakan EMORRA FACIAL CLEANSER tidak lebih dari satu minit.

Kulit Normal: Gunakan EMORRA FACIAL CLEANSER sebagai pencuci muka dua kali sehari untuk selama 1 hingga 2 minit. Kemudian
bilas muka dengan air sejuk seperti biasa. Kulit akan lebih segar, bersih dan tegang.



FAQ: EMORRA FACIAL CLEANSER

Q: Berkesan ke EFC ni?
A: Anda tak pernah cuba lagikan? Apakata cuba dulu. Dah cuba baru tahu. Kesan seawal 3 hari. InshaAllah, berkesan dengan penggunaan yang konsisten seperti panduan yang diberikan.

Q: Sebotol EFC boleh tahan berapa lama?
A: Sebotol 30ml untuk pengguna 2-3 minggu. Gunakan sedikit sahaja. Guna banyak-banyak cepat habis.

Q: Kenapa tak buat dalam bentuk sabun buku?
A: Lagi senang dalam botol. Senang nak bawa ke mana sahaja.

Q: Halal ke ni?
A: Sudah semestinya halal digunakan. Pemilik 100% bumiputera islam. Kilang juga 100% bumiputera islam yang ada status Halal dan GMP. Kami pengguna dan penyokong produk halal.

Q: Tak ada jual dalam set krim siang dan malam ke?
A: Ada. Kami ada jual set. Boleh contact kami untuk info lanjut.

Q: Berapa botol saya perlukan jika saya nak guna untuk sebulan?
A: Cadangan boleh guna 2 botol untuk sebulan.

Q: Ada kelulusan KKM tak?
A: Ada. Sekarang KKM serah kelulusan dengan BPFK. No pendaftaran: NOT140101792K. Guna tanpa was-was!

Q: Berapa lama boleh nampak kesan penggunaan?
A: Setiap kulit pengguna berbeza-beza. Kita ada case dimana, seorang pengguna dapat kesan seawal 1 hari. Malam sebelum tidur, tenyeh jerawat dengan EFC, esok jerawat dah kecut. Terbaik adalah guna secara konsisten untuk kesan yang lebih baik.

Q: Boleh hilangkan parut jerawat?
A: Of couse boleh. Saya tak cakap EFC produk magic, tetapi dengan penggunaan konsisten pasti boleh! Guna sebulan dan tengok ada perubahan tak.

Q: Saya dah cuba macam-macam, kalau tak berkesan macam mana?
A: Sebab tu anda kena cuba. Tak salah cuba sebab EFC dijamin selamat dan harga sangat berpatutan. Yang penting kita berusaha. Sebab tu kena tengok produk-produk yang ada dipasaran. Takut sangat kalau produk tu memang terbukti ada bahan kimia berbahaya seperti Hydroquinone, Streoid, Mercury, Hormon-hormon sintetik. Minta dijauhkan!

Q: Boleh ke saya pakai produk seperti toner jenama lain?
A: Boleh je. EFC ni 100% ekstra bahan terpilih dan terbaik semulajadi. Kalau produk tu takda bahan-bahan kimia berbahaya, boleh je guna. Tiada kesan sampingan.

Q: Boleh jadi tak saya pakai ni nanti kulit saya mengelupas?
A: Tidak ada. EFC diluluskan BPFK dan selamat. Tetapi jika kulit anda memang jenis kulit kering atau sensitif, mungkin akan menyebabkan kulit jadi kering. Jadi pakai pelembab muka kalau anda jenis kulit macam ni.

Q: Siapa yang boleh guna EMORRA FACIAL CLEANSER ni?
A: Lelaki dan perempuan boleh guna. Takda masalah. :)

Q: Kalau saya nak order macam mana?
A: Anda boleh hubungi mana-mana wakil jualan sah kami di www.emorra.com.my atau WHATAPPS hotline ke 012-9127100 sekarang!

TESTIMONI PENGGUNA



STOKIS DAN PENGEDAR DIPERLUKAN SEGERA! WHATAPPS/SMS KE 0129127100
Tuesday, August 19, 2014

Itulah hidup. Kita tidak akan berada di satu garis lurus yang sama.



"Saya sudah lama tidak aktif di FB ini. Semalam saya belek-belek FB kenalan-kenalan lama. Ada yang masih bisnes yang sama, ada yang sudah ubah haluan, ada yang dulu banyak cerita gembira tetapi sekarang gembira campur duka, ada yang sudah berpindah tempat tinggal, ada yang sudah tukar kerja, ada yang sudah meninggal dunia, ada yang sudah tidak ada FB dan macam-macam lagi.

Itulah hidup. Kita tidak akan berada di satu garis lurus yang sama." - Smartzul.

------------------------------

Kehidupan yang pernah kita kenal adalah kehidupan masa lalu. Kehidupan masa akan datang tiada siapa yang tahu. Kita hanya mampu merancang dan Allah s.w.t yang Maha Berkuasa dan Maha Menentukan.

Saya bermula dengan perniagaan internet pada tahun 2006 antara blog yang saya ikut masa tu, blog Smartusaha.com, Mohdsuhaimy.com, Saifulsham.com, IrfanKhairi.com dan banyak lagi.

Ada yang blog mereka kekal sehingga ke hari ini dan ada juga yang sudah bertukar platform, nama dan ada juga yang pupus dibawa angin lalu.



Kebanyakan usahawan internet yang saya kenali mempunyai blog dengan tema mereka sendiri. Ada yang menulis mengenai topik keusahawanan, motivasi, kewangan, hobi, seni, teknologi dan ada juga blog kacang putih (macam-macam topik ada).

Apa yang Smartzul kongsi dan tulis di wall facebook beliau itu ada benarnya.

Ramai usahawan internet yang saya kenal kini dah banyak yang buat model bisnes yang lain. Sebagai contoh, saudara Ammar Zahar dulu menjalankan bisnes ebook dan affiliate. Kini beliau menerbitkan buku dan mengadakan seminar dan bengkel perniagaan internet.

Salah seorang pemilik blog Saifulsham.com kini sudah beralih ke bidang hartanah. Beliau mengendalikan perniagaan keluarga dengan projek-projek perumahan sekitar pantai timur.

Saudara Irfan Khairi yang dahulu banyak mengadakan bengkel perniagaan internet kini memberi fokus sebagai pensyarah untuk program diploma di sebuah universiti swasta disamping menjadi dj radio dan penceramah di televisyen.

Rakan-rakan penjual di eBay yang saya kenal, ramai juga yang hari ini berkecimpung dalam bidang hartanah, saham dan forex.

Ada yang buat bisnes menjadi, ada yang karam dilautan. Ada juga yang kembali bekerja makan gaji.

Alhamdulillah, ramai yang telah berjaya dan ada juga yang bergelar jutawan hasil bisnes jualan produk di internet, hartanah, saham dan forex.

Ya, itulah kehidupan. Kita tidak akan berada di satu garis lurus yang sama. Sampai satu peringkat kita semua berada di garisan-garisan yang berbeza.

Semoga kita semua dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
Monday, August 18, 2014

Antara Telefon Bimbit dan Seorang Jutawan



TELEFON BIMBIT DAN JUTAWAN

Tadi terbaca entri dari Dato Roslan Ab Hamid mengenai jutawan dan telefonnya. Jadi, saya nak kongsi cerita juga. Dari 10 kenalan saya yang jutawan, kesemuanya TIDAK AKTIF memegang telefon bimbit. Ada dua ciri yang sama sebenarnya:

1) JARANG MELIHAT TELEFON BIMBIT

Ini benar. Malah, bukan saja jarang pegang telefon bimbit, tapi hampir mustahil telefonnya berbunyi ataupun bergetar. Dan biasanya kalau mereka mula membelek telefonnya, tidak sampai 10 minit, akan kembali ke poket jua. Ada lagi yang lebih hebat, tidak ke poket, tapi ke dalam beg.

Sebetulnya, bukan mereka tidak melihat langsung telefon masing-masing, tapi mereka PILIH WAKTU untuk membeleknya.

Ini bermaksud, telefon bimbit jarang menghampiri tubuh badannya. Tempohari DAO ada mengajar telefon bimbit ini adalah antara alat yang perlu dijauhi kerana aspek keselamatan genetik dan ion-ion.

2) JUTAWAN BIASANYA TIDAK ADA POWER BANK

Jangan terkejut. Mereka tiada POWER BANK. 100% golongan jutawan (yang saya kenal saja) tiada alat ini. Pelik tapi benar. Ada sekali tu, telefonnya mati di tengahari, dan beliau memang sedang menunggu panggilan penting. Kemudian, saya tawarkan alat milik saya, dia jawab, "Alah, tak apalah, Irfan. Aku tak terdesak lagi ni."

Ceh, saya memang sangat 'terasa' sejak itu. Selepas itu, saya anggap alat Power Bank ni untuk orang yang terdesak saja. Disebabkan saya bukan orang yang terdesak, saya pun nak menjauhi dua alat ini.

Dari segi kecanggihan, mereka memang memiliki telefon pintar yang mahal juga. Kalaupun seorang jutawan itu memang mengurus bisnesnya dengan telefon pintar, tapi memang nampak mereka bijak mengurusnya.

Nak ke nak jadi Jutawan Bijak?

Repost dari FB tuan Al Irfan Jani.

--------------------------------------

Irfan Khairi juga seorang yang jarang pegang telefon. Katanya, bila beliau buat kerja yang penting, beliau tunggu selesaikan kerja dulu baru beliau semak phone. Kalau ada orang call, dia akan call semula selepas selesai melakukan kerja.

Saya? Handphone masih lagi candu buat saya. Sekarang ni, tengah cuba untuk kurangkan pegang telefon. Jika dulu, wifi atau mobile data asyik activated, sekarang ni saya akan disable dan akan on sesekali sahaja.

Maaf ya kalau saya lambat respond mesej-mesej anda di whatapps, sms atau pun fb. ;)



Potensi Podcasting (Anda Yang Suka Bisnes Mesti Baca Ini)



Apa yang anda perlu tahu mengenai podcast?

Dah lama saya tak dengar podcast. Kalau siapa yang kaki blog, mesti pernah tahu blog-blog yang pasang background muzik MP3. Kaki podcast akan masukkan lagu-lagu dalam blog mereka dan blog tak jadi lagi tempat untuk membaca sahaja tetapi sambil membaca boleh pilih lagu-lagu yang ada dalam blog.

Serius memang lama saya tak merayau-rayau ke blog orang lain sejak facebook menjadi candu dalam diri. Saya berusaha mengikis candu itu sekarang dan sedaya upaya untuk aktifkan semula blog ini.

Saya pasti rakan-rakan yang masuk dan baca blog ini (mereka yang bergelar blogger sebelum ini) pasti akan cuba kemaskini blog mereka yang dah bersawang macam sarang labah-labah tu. Kann..

Bercerita mengenai podcast, selepas saya nampak wall facebook saudara Smartzul a.k.a Smartusaha a.k.a Mohammad Zulfadhli Suddin (jika betul ejaannya) berkongsi mengenai podcast beliau bersama Irfan Khairi (Jutawan Internet).

Selepas saya masuk blog beliau dan dengar podcast ini, ia menarik minat saya untuk mengambil tahu semula potensi menggunakan podcast dalam perniagaan internet.

Apa yang saya dapat belajar dari audio ini, saya percaya jika kita menggunakan podcasting sebagai alat pemasaran secara berkesan, ia mampu memberi impak dalam perniagaan kita.

Mungkin anda fikir, untuk melakukan broadcast seperti dj radio, kita perlukan control room, mesti ada pengarah, produser, engineer, bilik editing dan beberapa staff.

Tapi sekarang, dengan teknologi yang semakin canggih hari ini, kita boleh melakukan broadcast dengan hanya memiliki komputer, talian internet, mikrofon dan software dan kita boleh menjadi sebuah syarikat media yang berpotensi pada masa akan datang?

Sebab itu, semalam semasa saya hadir dalam majlis rumah seorang kawan ni bersungguh-sungguh untuk masuk dalam industri seni dan muzik. Saya tumpang gembira dengan perkembangan ini. :)


Kepada anda yang baru dengar nama podcast, ia bermaksud kombinasi dari pod (Portable On Demand) dan broadcast. Jika anda ada menggunakan ipod, anda biasa dengar MP3. Kita boleh buat dan dengar podcast.

Macam yang Smartzul lakukan, beliau hasilkan audio untuk topik motivasi dan perniagaan. Kita boleh pasang podcast dalam radio kereta (sekarang banyak radio kereta yang boleh mainkan MP3).

Dari kita melayan lagu jiwang dalam kereta sambil mengadap jem, baik kita dengar audio mengenai topik motivasi, kewangan, kejayaan dan potensi diri. Buat dua kerja dalam satu masa. Sambil drive sambil belajar sesuatu. Kann. :)

Sekarang dah banyak buku yang dialih bahasa ke dalam bentuk audio. Ia dikenali sebagai audio book. Ramai orang tak suka baca buku tebal-tebal, jadi dengan mendengar audio book, ilmu itu lebih dapat dihadam seperti ada orang yang meninggalkan pesan kepada kita.

Sama seperti kita mendengar ceramah. Audio book, kita boleh ulang-ulang dan ulang dengar tanpa bosan. Betul tak? Mana lagi best, dengar audio book sambil memandu atau membaca sambil memandu? Hahaha.. bahaya tu kalau membaca sambil memandu.

Kalau kita tengok mat salleh kat luar sana, mereka sanggup beli bahan-bahan ilmiah seperti ebook, audio book, video dan biasanya di download secara percuma atau beli dengan harga yang murah.

Sebagai contoh, anda boleh layari laman web PTS di http://pts.com.my/podcast/

PTS pun kini dah semakin berkembang mengikut peredaran teknologi. Dah ada web podcast mereka sendiri malah banyak buku-buku PTS kini dijual di Google Play Store dalam bentuk ebook.

Saya mengalu-alukan kepada penulis, usahawan yang memiliki ilmu untuk menghasilkan podcast-podcast berkualiti dan dengan adanya audio-audio ini, pasti secara tidak langsung membantu pemikiran seorang usahawan atau bakal usahawan itu mencorak perniagaan mereka dan menaikkan ekonomi masing-masing.

Nak dengar sharing menarik podcast dari SmartZul bersama Irfan Khairi? Klik sini: http://inspirasibiz.com/1-podcast-rahsia-kejayaan-irfan-khairi/

Jika anda suka dengan post ini, saya alu-alukan anda untuk klik share untuk manfaat bersama.
Saturday, August 16, 2014

Menipu ikan dilautan?

 
Pengalaman abam Nahar bersama rakan-rakan Chinese.
Kita fikir mereka bertuah. Dilahirkan sebagai kumpulan yang hebat bisnes. Bagaikan lahir dalam lubuk emas.

Saya teliti perbualan mereka. Mereka sama sahaja seperti kita. Bezanya sokongan mereka terima sokongan dari orang terdekat.

Ada yang family support dan guide dari kecil. Ada yang bankrap jatuh tersungkur dan bangun semula. Ada yang keluar masuk seminar, beli buku sana sini, download ebook beratus-ratus kali nak capai apa yang kita tengok sekarang.

Usaha sana. Usaha sini. Barulah capai kejayaan.
.
Ulas Ann Wan Seng, kalau betul orang Cina berjaya dalam bisnes sebab menipu, cuba lihat nelayan. Nelayan Cina dan nelayan Melayu memancing pada laut yang sama.

Tapi, kenapa nelayan Cina lebih berjaya dan kaya-raya? Boleh beli kapal baru harga setengah juta. Adakah mereka tipu ikan-ikan di lautan?
.
Seringkali kita lihat pelangi di atas kepala orang lain. Pelangi hanyalah biasan cahaya. Dan pelangi hanya hadir selepas datangnya hujan bersulam ribut.

Kita nampak kat kepala orang. Sedangkan orang nampak pelangi lebih besar kat atas kepala kita. Hargailah indahnya pelangi yang kita sedia ada.
.
Korang nampak tak wajah serius abam Nahar dalam gambar ni? Inilah gambaran untuk kalian mengerti bahawa abam serius mengatakan tuah boleh dicipta dengan membanyakkan ilmu dan usaha.

Post ini dipetik dari facebook Nahar Adam. Anda boleh follow beliau disini.

Sifulan Bakal Comeback Dengan Identiti Baru?

Jika sudah cinta takkan ke mana. Selepas lama menyepi, kini beliau ingin kembali beraksi. Tetapi bukan lagi dengan eBay.

eBay biarlah jadi kenangan. Siapa yang pernah buat bisnes eBay sekitar tahun 2010 pasti kenal nama sifulan. Seorang programmer, webmaster dan designer yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan teknikal yang unik.

Saya memang respek dan menghormati setiap ilmu yang dicurahkan. Sejak krisis masalah server yang menampung banyak hosting dan projek beliau "down", beliau menyepi dari bisnes online dan kembali dengan melakukan kerja-kerja belakang tabir sehinggalah ke hari ini.

Sebab itu, kalau lihat di facebook, beliau dah lama tak aktif. Dah bersawang dengan labah-labah. Dari cerita mulut, beliau nak kembali semula untuk bergiat sebagai IM tetapi projek lebih kepada pembangunan sistem, laman web dan lebih kepada IT.

Kenapa yang merindui bakat dan hasil kerja beliau, boleh la tunggu saatnya. Seperti biasa, bila?

Betul ke atau sekadar rekaan cerita ni? Itu tuan badan sendiri akan umumkan kemunculannya.

Apa pun yang pasti dah makin ramai anak muda hebat-hebat yang muncul mewarnai dunia bisnes internet hari ini. Kita makan asap kat belakang je lah :)


Friday, August 15, 2014

Pengambilan Stokis Dan Pengedar EMORRA. Rujuk Sini...



Untuk dapatkan maklumat lanjut bagaimana untuk mendaftar sebagai stokis atau pengedar sah EMORRA, anda boleh rujuk link ini: http://www.emorra.com.my

Hubungi kami di borang yang disediakan seperti yang tertera di laman web berkenaan.

Kami memang mengalu-alukan usahawan dan bakal usahawan yang nak menjual produk kami. Semua produk EMORRA berdaftar dengan KKM (untuk skincare) dan mempunyai surat pengkelasan produk dari BPFK (diklasifikasikan produk berasaskan makanan).

Ia dijamin selamat, halal dan sesuai diambil oleh pengguna dewasa samada lelaki ataupun wanita.

Alhamdulillah, produk formulasi Korea ini diproses di kilang 100% bumiputera Islam dengan status GMP, Halal dan MesTI.

Sepanjang kami memperkenalkan produk EMORRA di pasaran internet, ia diterima baik oleh ribuan pengguna dengan jualan mencecah lebih 30,000 unit produk terjual.

Maklumbalas pengguna yang sangat baik memberi repeat order yang tinggi setiap bulan. Bagi memenuhi permintaan pasaran, kami mengalu-alukan stokis dan pengedar aktif yang boleh bersama-sama kami memasarkan produk ini.

Saya pasti, seorang usahawan yang mempunyai modal bisnes yang baik, juga mempunyai daya usaha yang baik dalam memasarkan produk mudah jual ini.

Bagi anda yang ingin menjadi seorang stokis, kami memilih anda yang telah pun mempunyai perniagaan. Tidak kira samada menjalankan perniagaan secara online ataupun offline seperti kedai-kedai. Terbaik adalah anda berkebolehan merekrut atau telah mempunyai rangkaian usahawan-usahawan kecil samada sepenuh masa atau sampingan di bawah anda.

Bekerja dan bergerak secara pasukan lebih mudah dan memberikan keuntungan yang sangat baik untuk jangka panjang berbanding bergerak secara berseorangan.

Jika anda mempunyai modal yang besar, berkebolehan memasarkan produk EMORRA sendiri, hasilnya sangat berbeza jika anda mampu bergerak secara berjemaah.

Kami di HQ bersedia memberi bimbingan dan bantuan dari segi ilmu pemasaran buat anda yang serius untuk menambah pendapatan dan membina keuntungan dengan produk yang sangat diterima baik oleh ribuan orang pengguna ini.

Sebagai contoh, produk EMORRA GLOW C merupakan produk supplement (makanan tambahan) dalam bentuk tablet yang mudah untuk dikunyah, dikemam atau dihisap begitu sahaja.

Berbeza dengan kebanyakan produk di pasaran yang seumpamanya dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh dengan air sebelum diminum.

Gaya hidup pengguna hari ini, kalau boleh mereka ingin yang mudah, selesa dan cepat. Jadi dengan menghasilkan tablet yang boleh dikunyah seperti gula-gula, ia cepat diterima dan diguna oleh pengguna yang ingin kelihatan cantik dan menawan setiap masa.

Gabungan formulasi terbaik antara bahan seperti Grape Seed, Collagen, Stem Cell dan beberapa bahan aktif natural yang lain memberi impak yang cepat bagi mereka yang ingin mendapatkan kulit yang lebih cantik, anjal, gebu dan cerah seawal 3 hari.

Dengan 1 botol yang mengandungi 70 tablet untuk kegunaan 35 hari, ia sudah menjimatkan wang anda.

Anda boleh rujuk testimoni pengguna di www.emorra.my/messages/testimonial.html

Untuk anda yang menjadi stokis kami, anda boleh menggunakan gambar dan bahan promosi seperti yang dipaparkan di laman facebook rasmi kami di www.facebook.com/emorraofficial

Anda boleh dapatkan disini. Anda boleh guna gambar dan ayat yang dikongsikan sebagai bahan promosi anda mengikut kesesuaian. Ubah suai maklumat menjadi maklumat anda.

Kami juga akan memasukkan info ringkas anda di dalam laman web www.emorra.com.my sebagai rujukan bakal pembeli yang ingin membeli produk. Mereka boleh mengetahui nama anda, no telefon dan lokasi bagi urusan pembelian secara walk in.

Di EMORRA, kami sering menjalankan pemasaran online di facebook, blog, google dan instagram dan kami sentiasa ada perancangan untuk teruskan promosi di majalah dan akhbar tempatan.

Alhamdulillah, setakat ini kami menerima baik penyertaan dari mereka yang telah pun menjadi stokis di Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Kelantan. Kami mengalu-alukan stokis-stokis aktif bagi menampung permintaan pengguna seluruh Malaysia.

Jika anda orang yang kami cari, sila WHATAPPS kami di 012-9127100 atau hubungi emel kami di www.emorra.com.my

Menu Berbuka: Mee Rebus Terbaek

Ini menu yang kami plan nak berbuka esok sempena puasa 6 bulan Syawal. So esok, kita ke pasar cari bahan-bahan nak buat mee rebus terbaek.

RESEPI MEE REBUS

Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua

Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah

Cara memasak:
Tumiskan bawang merah, bawang putih,lengkuas,serai,cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya.masukkan garam,gula,aji,sos tomato.
Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.

Selamat Mencuba!!
Thursday, August 14, 2014

Buka Akaun CDS Bursa Saham



Hari tu saya ada pergi preview di  CIMB Investment Bank di Damansara. Saya ke sana adalah untuk membuka akaun CDS Bursa Saham.

Dengan memiliki akaun CDS, saya boleh mula pelaburan saham saya secara online. Nak buka akaun CDS ini tak mahal pun. Hanya bayar RM10 dah boleh buka akaun. Sertakan sekali dengan salinan kad pengenalan, isi borang dan beri salinan statement bank 3 bulan.

Dalam masa 7 hari bekerja nanti tunggulah maklumbalas samada berjaya atau tak. Biasanya berjaya :)

Info lanjut layari: http://www.itradecimb.com.my/

Kecurian Wang Puluhan Ribu Ringgit

Utk maklumat Dan peringatan kawan- kawan.
Jam 12.25 tadi saya mengeluarkan duit Di Maybank Seri Rampai. Apa bila masuk Kereta utk hidup injin, Tiba2 seorg Perempuan macam Iran ketuk cermin dgn kuat Dan tunjuk duit Yg bertaburan Di tayar belakang kanan. Bila saya keluar utk tengok sambil bongkok, masa tu lah seorg lelaki Arab terus buka pintu Kiri depan Kereta dan larikan beg Yg berisi duit saya utk urusan Gaji pekerja. Mohon berhati2 Cara mereka mencuri Dan ingatkan Saudara Mara Yg lain.
Sebarkan..

LIKE&SHARE
-Info dari Rakan FB

Masalah Bulu Kucing Saya Gugur Disebabkan Kutu Dan Hama

Jika anda mempunyai kucing peliharaan, pasti anda selalu berhadapan dengan masalah bulu kucing gugur. Bulu-bulu yang berterbangan samada di dalam atau di luar rumah boleh menjejaskan kesihatan orang dewasa dan kanak-kanak.

Kanak-kanak mudah terdedah kepada masalah asma. Bulu kucing yang gugur adalah disebabkan hama atau kutu yang berada di dalam bulu kucing dan jika dibiarkan berlarutan, kucing boleh jatuh sakit dan ada kes kronik menyebabkan kematian.

Saya memiliki dua ekor kucing peliharaan yang kebiasaannya tidur di dalam sangkar dan akan dilepaskan bermain di luar rumah. Risiko dijangkiti kutu atau hama sangat tinggi jika kita bebaskan kucing bermain di luar kerana faktor cahaya dan kelembapan serta aktiviti kucing kita dengan kucing orang lain.

Memandangkan saya ada dua orang anak kecil, saya terpaksa letak rumah sangkar kucing di luar. Kucing-kucing ini mudah terdedah dengan udara sejuk dan panas sangat terbuka dan itulah menyebabkan bulu kucing mudah gugur.

Dalam kes ini, saya menggunakan ubat kutu jenama advantage untuk treatment. Untuk menggunakan ubat kutu ini, anda perlu meletakkan ubat ini ditengkuk kucing dengan sapu di kulit dan pastikan ia meresap ke kulit kucing.

Selepas meletak ubat kutu ini, elakkan mandi kucing selama 3 hari. Selepas itu boleh la mandi dengan shampoo ubat kutu.

InshaAllah, semua kutu dan hama akan mati dan keguguran bulu kucing dapat dikurangkan.

Untuk dapatkan sekotak Advantage, anda boleh beli dimana-mana kedai Pets. Harga sekotak RM40-RM50.

Terbaik kuarantin sementara kucing anda semasa treatment dan elakkan bercampur dengan kucing lain.

- NS
Tuesday, August 12, 2014

Bisnes Dan Kereta Mewah



Bisnes dan Kereta Mewah

Saya suka lihat ramai orang berniaga. Lebih-lebih lagi sesama Muslim. Dan saya suka untuk tidak mengehadkan transaksi bisnes hanyalah sesama agama atau sesama bangsa. Kerana Rasullullah SAW sendiri berniaga tanpa sempadan. Cuma ada adab-adabnya sendiri.

Tetapi saya memerhatikan satu fenomena di kalangan masyarakat Melayu terutamanya, baru setahun berniaga, perkara pertama yang dibeli adalah kereta mahal.

Maaf ye, bukan jealous. Tetapi ini sedikit nasihat yang jika bagus, sila ambil perhatian.

Tahun pertama, anda masih bertatih. Anda masih lagi belum;

1. Membayar cukai tahunan
2. Mempunyai aset
3. Mempunyai track record EXPENSES yg fixed atau variable
4. Teruji dengan naik turun bisnes; ditipu, dirompak, bisnes bermusim dan sebagainya
5. Mempunyai team yang kuat, SOP yg 'smooth' dan sistem bisnes yang teguh

Sebaiknya pada tahun pertama, mulakan menyimpan dan membeli aset. Aset ini bermaksud, apa sahaja yang BANK boleh terima sebagai cagaran (dan orang lain juga).

Jika apa-apa terjadi pada tahun kedua dan ketiga, anda bolehlah cairkan aset tersebut; tidaklah akan tersontot di tepi longkang. Lebih-lebih lagi, jika bisnes anda melibatkan duit pelanggan. Amanah yang diberi adalah mahal harganya. Reputasi anda orang lihat dan nilai.

Tetapi, perkara baiknya apabila anda membeli kereta mewah;

1. Jika pasaran anda orang Melayu, mesti pakai kereta mewah.'Aset' atau kekayaan di mata orang Melayu adalah kereta mewah.
2. Anda sudah meletakkan bajet yg secukupnya untuk bayaran 2 tahun monthly installment kereta tersebut. Bayangkan bisnes anda merudum, kereta ditarik tiba-tiba. Tak ke jatuh air muka. Waktu tu, customer yang jenis lihat kereta mewah, sure sure larinya.
3. Law of attraction; menarik orang berduit sebagai rakan bisnes atau sebagainya
4. Boleh sewakan kepada hotel dan syarikat-syarikat tertentu; yang ni boleh jadi ibu duit
Dan sebagainya.

Ada pro dan cons. Tetapi apabila sy nak berurusan dengan seseorang, saya akan lihat berapa lama dia di dalam industri dan jika baru setahun dua, sudah melenjan kereta mewah, saya akan lebih berhati-hati.

Post ini dipetik dari facebook saudara Mohd Waqiyuddin

Nasihat Berguna Buat Anak Muda



Saya suka mengikuti perkongsian saudara Faiz Sufi di facebook. Beliau memang terkenal dengan Sembang Muhung nya. Apa yang bagus, beliau mengajak kita berfikir, menjentik akal fikiran kita dengan kritikan sinis dan adakah ilmu yang dikongsi sangat bernilai dan mahal.

Anda akan jadi seorang yang boleh bersetuju dan boleh juga sebaliknya.

======================
Faiz Sufi berkongsi:

Aku baca kat mana taktau tadi,
haiya, tak ingat dah.

Lagu ni pesanan artikel tu.

1- Jangan buat kerja kerana mengharapkan pujian/nak impress manusia,
Nanti kalau manusia tak puji/tak impress, kita akan sakit hati.

2- Jangan buat kerja kerana nak mencari popularity,
Nanti kalau dah popular, kita rasa tak cukup lagi.

3- Jangan buat kerja kerana nak duit berguni guni.
Kalau tak dapat, kita sakit hati.
Kalau dapat berguni-guni, kita akan stop buat kerja tu.

Mudah kata :
Kita buat kerja bersandar atas sesuatu yang lain.
Jangan begitu.

==============================

Buat kerja karena :

4 - Kita seronok buat kerja tu karena ia memberi
kepuasan kepada hidup kita.
Makna mudahnya : IKHLAS.

5- Kita mahu membantu orang lain.
Orang yang perlu bantuan ni sampai bila pun tak habis.
Kita akan sentiasa keep up our work,
untuk membantu orang lain.
Makna mudahnya : charity to the community
(Harapkan pembalasan di hari sana)

==============================

Kisah 1 :
Ada cikgu yang tension + tertekan mengajar
anak murid jenih perangai haramjadah di sekolah.

Ada ja cikgu yang relax ja handle anak murid
perangai kejadah ni. Senyum ja cikgu ni.

Kisah 2 :
Tok Imam : " aku pi mesejid ni jadi imam bukan sebab 'kerja',
tapi sebab aku nak jadi imam sembahyang kampung ini "

Kisah 3 :
Akak sudah kerja Nurse ni 15 tahun,
Alhamdulillah semua okay. (^_______^)

VS

Saya baru kerja nurse ni 12 bulan, tension la kerja ni.
Kena marah dengan patient lagi, Doktor pun marah lagi.
HR hosptial pun banyak pula bebelan nya..
Hish aku la !

==============================

Kalau kita tak suka sesuatu pekerjaan itu,
Kita ada 2 pilihan :

1- Tukar kerja ke tempat yang kita suka.
2- Tukar niat hati kita supaya menjadi suka + ikhlas.

“If you don't like something, change it.
If you can't change it, change your attitude. ”
— Maya Angelou

Niat Puasa Ganti Ramadhan dan Niat Puasa 6 Syawal

Jika anda belum lagi melakukan puasa sunat enam syawal, anda masih berkesempatan lagi. Saya juga berusaha untuk bermula dengan puasa sunat.

Sebagai rujukan dikongsikan niat lafaz:

Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

Bagi niat puasa ganti adalah seperti berikut:

 Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi :
 نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala


*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .
 *ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)

Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.

Semoga amalan kita diberkati Allah.
Monday, August 11, 2014

Hasilkan Video Pemasaran anda Percuma - Untuk Masa Terhad

Anda tahu mengenai Video Scribing?

Banyak iklan atau kaedah pemasaran di facebook yang guna video scribing sebagai alat pemasaran berkesan.

Kos untuk mengupah mereka menghasilkan video pemasaran ini ada yang serendah RM30 untuk beberapa saat.

Ada juga yang mencecah ribuan ringgit bergantung kepada bahan atau info yang ingin dimasukkan.

Namun begitu, jika anda pemasar internet, memiliki produk yang di jual di internet, anda boleh cuba hasilkan video scribing anda sendiri.

Sangat mudah dan user friendly.

Anda boleh rujuk link http://www.noorizamshah.com/goto/sparkol

Create akaun percuma dan hasilkan video anda sendiri (untuk masa terhad)

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search