Tuesday, August 12, 2014

Bisnes Dan Kereta Mewah

Bisnes Dan Kereta Mewah



Bisnes dan Kereta Mewah

Saya suka lihat ramai orang berniaga. Lebih-lebih lagi sesama Muslim. Dan saya suka untuk tidak mengehadkan transaksi bisnes hanyalah sesama agama atau sesama bangsa. Kerana Rasullullah SAW sendiri berniaga tanpa sempadan. Cuma ada adab-adabnya sendiri.

Tetapi saya memerhatikan satu fenomena di kalangan masyarakat Melayu terutamanya, baru setahun berniaga, perkara pertama yang dibeli adalah kereta mahal.

Maaf ye, bukan jealous. Tetapi ini sedikit nasihat yang jika bagus, sila ambil perhatian.

Tahun pertama, anda masih bertatih. Anda masih lagi belum;

1. Membayar cukai tahunan
2. Mempunyai aset
3. Mempunyai track record EXPENSES yg fixed atau variable
4. Teruji dengan naik turun bisnes; ditipu, dirompak, bisnes bermusim dan sebagainya
5. Mempunyai team yang kuat, SOP yg 'smooth' dan sistem bisnes yang teguh

Sebaiknya pada tahun pertama, mulakan menyimpan dan membeli aset. Aset ini bermaksud, apa sahaja yang BANK boleh terima sebagai cagaran (dan orang lain juga).

Jika apa-apa terjadi pada tahun kedua dan ketiga, anda bolehlah cairkan aset tersebut; tidaklah akan tersontot di tepi longkang. Lebih-lebih lagi, jika bisnes anda melibatkan duit pelanggan. Amanah yang diberi adalah mahal harganya. Reputasi anda orang lihat dan nilai.

Tetapi, perkara baiknya apabila anda membeli kereta mewah;

1. Jika pasaran anda orang Melayu, mesti pakai kereta mewah.'Aset' atau kekayaan di mata orang Melayu adalah kereta mewah.
2. Anda sudah meletakkan bajet yg secukupnya untuk bayaran 2 tahun monthly installment kereta tersebut. Bayangkan bisnes anda merudum, kereta ditarik tiba-tiba. Tak ke jatuh air muka. Waktu tu, customer yang jenis lihat kereta mewah, sure sure larinya.
3. Law of attraction; menarik orang berduit sebagai rakan bisnes atau sebagainya
4. Boleh sewakan kepada hotel dan syarikat-syarikat tertentu; yang ni boleh jadi ibu duit
Dan sebagainya.

Ada pro dan cons. Tetapi apabila sy nak berurusan dengan seseorang, saya akan lihat berapa lama dia di dalam industri dan jika baru setahun dua, sudah melenjan kereta mewah, saya akan lebih berhati-hati.

Post ini dipetik dari facebook saudara Mohd Waqiyuddin

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search