Semua yang terjadi dalam dunia ini ada sebabnya. Ada sebabnya kenapa Allah menghidupkan dan mematikan.
Kuasa Allah melebihi batas-batas manusia. Sebagai hamba Allah kita perlu percaya pada Qada dan Qadar.
Hari ini Malaysia menyambut kepulangan jenazah tragedi MH17 dengan suasana sedih dan pilu. Malaysia mengumumkan hari ini adalah hari berkabung dan bertafakkur dalam seminit sebagai tanda penghormatan.
Saya doakan semoga roh umat islam yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
------------------------------
Hukum Tafakkur Dan Berkabung.
Submitted by FatwaMalaysia on 21 August 2014 - 8:31am
Akidah.
ISU:
Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam
Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian
sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam
Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.
PENJELASAN:
Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan
sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa
minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna
“kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa
yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya
kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas
(al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)
Namun perbuatan tunduk
selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang
mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda
penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual
bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain.
Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi
menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah
meninggal dunia.
Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai
dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau
bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam
dan dilarang oleh syarak.
Asas terhadap keharusan tersebut
boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah
seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan.
Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas
yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri
majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan
menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn
Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).
Walaupun
apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan
perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut
memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang
meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah,
termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar
dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang
Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca
ayat-ayat suci al-Qur’an.
Sementara perbuatan berkabung bagi
menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti
mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba
hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan
unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan
dengan syarak.
Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung
banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang
wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah
al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.
Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan
memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun
tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada
konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara
seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari
untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.
Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan
yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam
konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam.
(Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7.662
Wallahu a'lam.
Noorizam Shah, menulis di blog sebagai perkongsian yang tidak bermotifkan keuntungan. Menulis apa yang beliau faham dan lalui.
Click Join This Site
Archive
-
▼
2014
(102)
-
▼
August
(19)
- Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Kali Ke-57
- Info dan Kebaikan Mengambil EMORRA GLOW C Secara K...
- Malaysia Berkabung
- Akaun FB Ads Kena Flagged? Page kena Unpublised?
- Info Dan Kebaikan EMORRA Facial Cleanser - Kini Mu...
- Itulah hidup. Kita tidak akan berada di satu garis...
- Antara Telefon Bimbit dan Seorang Jutawan
- Potensi Podcasting (Anda Yang Suka Bisnes Mesti Ba...
- Menipu ikan dilautan?
- Sifulan Bakal Comeback Dengan Identiti Baru?
- Pengambilan Stokis Dan Pengedar EMORRA. Rujuk Sini...
- Menu Berbuka: Mee Rebus Terbaek
- Buka Akaun CDS Bursa Saham
- Kecurian Wang Puluhan Ribu Ringgit
- Masalah Bulu Kucing Saya Gugur Disebabkan Kutu Dan...
- Bisnes Dan Kereta Mewah
- Nasihat Berguna Buat Anak Muda
- Niat Puasa Ganti Ramadhan dan Niat Puasa 6 Syawal
- Hasilkan Video Pemasaran anda Percuma - Untuk Masa...
-
▼
August
(19)