Saturday, August 16, 2014

Menipu ikan dilautan?

 
Pengalaman abam Nahar bersama rakan-rakan Chinese.
Kita fikir mereka bertuah. Dilahirkan sebagai kumpulan yang hebat bisnes. Bagaikan lahir dalam lubuk emas.

Saya teliti perbualan mereka. Mereka sama sahaja seperti kita. Bezanya sokongan mereka terima sokongan dari orang terdekat.

Ada yang family support dan guide dari kecil. Ada yang bankrap jatuh tersungkur dan bangun semula. Ada yang keluar masuk seminar, beli buku sana sini, download ebook beratus-ratus kali nak capai apa yang kita tengok sekarang.

Usaha sana. Usaha sini. Barulah capai kejayaan.
.
Ulas Ann Wan Seng, kalau betul orang Cina berjaya dalam bisnes sebab menipu, cuba lihat nelayan. Nelayan Cina dan nelayan Melayu memancing pada laut yang sama.

Tapi, kenapa nelayan Cina lebih berjaya dan kaya-raya? Boleh beli kapal baru harga setengah juta. Adakah mereka tipu ikan-ikan di lautan?
.
Seringkali kita lihat pelangi di atas kepala orang lain. Pelangi hanyalah biasan cahaya. Dan pelangi hanya hadir selepas datangnya hujan bersulam ribut.

Kita nampak kat kepala orang. Sedangkan orang nampak pelangi lebih besar kat atas kepala kita. Hargailah indahnya pelangi yang kita sedia ada.
.
Korang nampak tak wajah serius abam Nahar dalam gambar ni? Inilah gambaran untuk kalian mengerti bahawa abam serius mengatakan tuah boleh dicipta dengan membanyakkan ilmu dan usaha.

Post ini dipetik dari facebook Nahar Adam. Anda boleh follow beliau disini.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search