Jika anda belum lagi melakukan puasa sunat enam syawal, anda masih berkesempatan lagi. Saya juga berusaha untuk bermula dengan puasa sunat.
Sebagai rujukan dikongsikan niat lafaz:
Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.
Bagi niat puasa ganti adalah seperti berikut:
Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi :
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala
*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .
*ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)
Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.
Semoga amalan kita diberkati Allah.
Tuesday, August 12, 2014