Friday, September 12, 2014
Fundamentals Sesebuah Syarikat
Apakah tanda-tandanya bisnes kita kukuh? Apakah disebabkan kita mampu memandu kereta mahal? Apakah disebabkan rumah kita besar dan cantik?
Banyak peniaga yang memandu kereta mahal sebenarnya dia mungkin sangat miskin. Kalau dikira hutangnya dengan hartanya, dia mungkin mempunyai lebih banyak hutang daripada harta.
Ada 6 tanda-tanda kedudukan kewangan bisnes kita sangat lemah ataupun sangat kukuh.
.
1. Hutang syarikat
Hutang adalah faktor paling penting yang menentukan kedudukan kewangan syarikat.
Berapakah jumlah hutang yang ditanggung oleh syarikat kita? Inilah soalan maut yang pertama!
Sebagai contoh, apakah syarikat kita menanggung hutang-hutang bank, hutang syarikat finance, hutang MARA, hutang TEKUN, hutang ceti, hutang ah long, hutang kepada pembekal-pembekal, hutang kepada pemodal, hutang kepada staff seperti gaji dan elaun tertangguh dll.
Apakah syarikat kita aktif menambah hutangnya? Kalau tiap bulan syarikat tidak mampu membayar sewa, itu namanya kita aktif menambah hutang!
Banyak peniaga yang kelihatan macam tidak kaya, tetapi bisnes mereka berjalan dengan baik, dan dengan tidak menanggung hutang bank!
Nota: ABS tidak menggalakkan ahli-ahlinya memulakan bisnes dengan duit hutang.
2. Keuntungan dari bisnes
Apakah bisnes yang dijalankan oleh syarikat kita sangat menguntungkan?
Berapa besar market share kita? Berapa banyak production kita? Berapakah nilai perolehan daripada jualannya. Berapa kos pengeluarannya.
Seandainya kita menjalankan bisnes roti budak sekolah, berapa jumlah kantin sekolah yang kita supply. Kalau di zon itu ada 48 buah sekolah, berapa yang sudah kita tawan? 100%? Berapa ketul roti yang terjual. Berapa nilai perolehan? Berapa margin kita. Berapa volume bisnes kita.
3. Jumlah wang tunai
Apakah syarikat kita cash-rich ataupun cash-poor? Berapa banyak duit syarikat kita yang ada dalam akaun semasa? Berapa banyak duit dalam simpanan tetap syarikat kita?
Banyak peniaga kelihatan hidup macam orang biasa-biasa sahaja, tetapi mereka itu cash-rich. Pengurus bank mereka suka tengok mereka itu datang ke bank!
4. Jumlah stok
Stok barang adalah duit. Semakin banyak stok yang ada, semakin banyak duit dalam bentuk stok. Apakah stok itu stok yang laju keluar dari gudang? Apakah stok itu stok tak laku?
Banyak peniaga Melayu mengeluarkan produk-produk terkilang. Setor mereka penuh dengan stok. Tetapi stok tak laku!
Stok yang bagus adalah stok yang berpusing laju. Stok masuk pagi, petang sudah keluar. Besok pagi, stok baru pula masuk, petang sudah licin. Contoh, stok roti budak sekolah adalah stok yang berpusing laju!
5. Aset syarikat
Berapa banyak aset syarikat kita? Apakah aset-aset itu? Apakah kita membeli bangunan sendiri?
Apakah semua aset itu digunakan secara optimum? Apakah banyak aset syarikat hanya duduk melahu? Sebagai contoh, apakah mesin pengeluaran bekerja 24 jam sehari? Apakah ada alat-alat kerja yang hanya mengumpul habuk?
Kereta mewah bukan aset. Ia benda yang makan-duit, oleh itu kereta mewah adalah liabiliti. Kalau kereta mewah itu disewakan, seperti dalam bisnes car rental, barulah ia menjadi aset.
.
6. Pulangan pelaburan
Apakah syarikat kita ada membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat lain? Sebagai contoh, syarikat kita melabur dengan membuka banyak anak-anak syarikat. Berapakah dividen yang setiap tahun diterima oleh syarikat kita daripada anak-anak syarikatnya?
Nota: Apabila syarikat kita aktif melabur, sekali pandang macam syarikat kita tidak membuat keuntungan. Sebenarnya syarikat kita banyak membuat keuntungan tetapi keuntungan itu dilaburkan semula.
Artikel penting ini dikongsi tulis oleh puan Ainon Mohd di FB beliau. Anda boleh follow beliau disini.