Tuesday, October 28, 2014

Allah Itu Sebaik-baik Perancang

Allah Itu Sebaik-baik Perancang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, 2 hari Allah beri saya sakit tekak dan batuk. Ujian Allah dengan cuaca tidak menantu sekarang ini, kita lupa menjaga kesihatan.

Pernah tak kita terfikir kenapa Allah beri pada kita sakit? Kadangkala kita lupa nikmat sihat yang Allah berikan pada kita. Bila kita sihat kita tidak banyakkan beramal sedangkan kita mampu. Bila kita sihat kita kurang mengingati Allah, kita sibuk dengan hal-hal keduniaan.

"Sakit itu adalah satu ujian. Ujian itu penghapus dosa"

Saya baru diuji sakit seperti ini. Ada orang lain diuji lebih lagi dari saya. Berkat sabar, berdoa kepada Allah dan mengambil ubat, sakit yang saya alami dah berkurang. Alhamdulillah.

Allah tak minta kita goyang kaki tanpa berikhtiar. Tanpa makan ubat dengan hanya memohon doa kepada Allah, itu tidak memadai. Allah mahu kita berusaha. Dengan berusaha itu, ia menjadi asbab Allah memudahkan pertolongan kepada kita.

Sama juga dalam bisnes. Tidak akan berjaya seseorang itu dengan hanya berdoa sahaja tanpa melakukan ikhtiar. Kita perlu berusaha dengan berilmu.

Usaha dengan ilmu, kemudian berdoa dan bertawakal kepada Allah, inshaAllah Allah memudahkan perjalanan kita.

Hari ini saya usahakan banyak cabang perniagaan. Ia bukanlah jaminan semua perniagaan yang saya usahakan itu berjaya. Biarpun saya berdoa setiap hari kepada Allah, tanpa usaha yang bersungguh-sungguh yang belum tentu menjamin kejayaan hebat dalam perniagaan saya.

Saya berusaha bersungguh-sungguh walaupun hanya tidur 3 jam sehari, tanpa ilmu berniaga yang betul, ia juga belum tentu menjamin kejayaan hebat dalam perniagaan saya.

Jika kita berhadapan ujian, ingatlah kepada Allah. Ada sebab Allah uji kita di dunia. Bersabar dan janganlah kita menyalahkan Allah di atas kegagalan kita.

Kita merancang, tetapi Allah itu sebaik-baik perancang.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search