Wednesday, October 1, 2014
Anda punyai rakan yang jenis psycho?
Saya sendiri ada pengalaman dengan kelompok ini dan pernah juga berurusan kemudian gagal. Kelompok begini memang pelik sikit. Contoh kat Facebook, mereka ni nampak baik tapi sebenarnya bermuka-muka.
Asalnya dulu kita anggap kami, sekarang ni boleh jadi kita bermusuhan. Siapa rakan atau circle friends anda? Kenalpasti dan berhati-hati dengan kelompok ini. :)
Kebetulan saya blog walking dan terjumpa artikel di blog
http://sophiealyahya.blogspot.com/. Jom baca... :)
------
Jumpa Orang Psycho Lagi dan Tips Mengenal Pasti Golongan Ini
Sebenarnya, aku dah cukup letih dah kenal dengan orang yang bagi aku tak berapa betul la. Sampai kawan aku pernah cakap, "Sophie, dari dulu aku kenal kau, apesal eh kau selalu terjumpa dengan mamat psycho."
So macam mana aku nak jawab ni? Aku rasa salah satu sebab utamanya ialah sebab aku ni selalu lah jugak keluar gi mana sorang-sorang. Lepas tu ada aje coincidence yang menyebabkan aku kenal orang secara tak sengaja.Macam, ternampak booth yang ada promote apa-apa program yang cambest. Lepas tu kononnya daftar jadi ahli.
Lepas tu habesss number tepon aku jadi mangsa. Macam baru-baru ni aku rasa mamat ni tak berapa betul jugaklah sebenarnya. Advisor @ consultant bagi satu program usahawan ni. Katanya boleh tolong dapatkan geran bagai. Tapi belum mohon dah mintak duit.
Setahu aku application form tak payah bayar pun. Paling tak pun kalau betul ada fees biarlah lepas permohonan diluluskan kan? Eh mesti korang tak paham apa yang aku bebelkan ni. Takpe-takpe, abaikan mukadimah aku.
Sebenarnya aku nak berkongsi dengan korang. Tips-tips mengenal pasti orang yang kita jumpa tu normal atau tak. Walaupun aku bukanlah pakar psikologi & tak baca buku psikologi, tapi ni aku bercakap dari pengalaman aku lah. Sampai satu tahap aku boleh yakin dengan naluri aku sebab dah selalu terkena dengan golongan tak berapa betul ni. So apa yang korang kena tahu tentang golongan ni:-
So aku bahagikan kepada dua. Iaitu percakapan dia dan perbuatan/bahasa tubuh.
1. Cakap memang kencang.
Bila dia cakap nampak yakin aje. Sampai kau rasa macam takde doubt langsung. Orang macam ni akan usaha untuk buat kau impress. Ohya, bagi aku sama jelah kot laki ke pompuan ke. Ayat kencang dia mesti merangkami kononnya dia punya background gempak, ayah businessman, diri dia supplier lah, ada motor besar, ada harta best-best. Hensem tapi tak kahwin lagilah-Yucks~ Secara logiknya, biasanya orang yang ada banyak harta ni selalunya tak pulak heboh sana sini, yelah takut juga orang rompak dia kan nanti.
2. Teliti setiap bait percakapan dia. Percakapan yang celaru.
Cuba kau dengar betul-betul cara dia bercakap. Adakah normal macam kau bercakap dengan orang lain? Kadang-kadang orang macam ni kejap cakap lain, esok cakap lain. Takpun kita bercakap ada story line macam dari A-Z. Dia bercerita macam eh dah kat G, lepas tu patah balik pergi A. Lepas tu dah Z pulak? Sampai kau pun pening. Dan apa yang kau tanya dia tak jawab betul-betul tapi dia asyik bercakap tentang diri dia ajeeeeee.. (jeee tu panjang sikit tanda menyampah dah)
3. Pushy/mendesak yang tak paham bahasa
Aku susah nak explain bab ni.Sebagai contoh mengikut pengalaman aku la. Waktu tu aku single. Mamat ni asyik mintak kapel je. Aku dah kata aku taknak. Tapi dia macam tak paham bahasa. Harini dah setel esok tanya lagi. Bila aku kata taknak, esok tanya lagi. Last-last aku dapat tahu dia sebenarnya dah ada tunang. Kevavian kan? Lepastu bila kantoi dia ngorat aku dia suruh aku setel dengan tunang dia as if aku yang ngorat dia? Lepas tu ingat dah setel sekali dia pass number aku kat kawan-kawan lain. Arghhh! Kadang-kadang ada rasa macam nak benci lelaki doh. Kenapa aku selalu jumpa lelaki yang membencikan doh?? Kejadian kedua, berkaitan dengan so called consultant ni, dia mintak aku RM 700 untuk dia tolong aku dapatkan loan.. Padahal aku tak mintak nak buat loan pun.Not now at least. Bila tak bagi dia kata, tulaa, Melayu, selalu taknak percaya Melayu. Kau sekadar cakap atas angin, takde apa-apa black and white document pastu nak suruh aku bagi RM700? Ingat aku grad tadika apa?
4. Putar belit dan cara SMS
Ok seriously ini adalah satu cara yang sangat obvious untuk tunjukkan dia ni normal atau tak. Ni masih tentang consultant tu. Kononnya dia dah dahulukan duit dia untuk proseskan application form aku. Padahal sebelum tu dia kata document aku tak lengkap. Then suddenly kata dah hantar so dia mintak duit dia yang RM700 tu. Dia kata kalau dapat masukkan RM50 untuk esoknya pun jadilah ntuk dia gerak buat kerja sebab nak isi petrol katanya. Secara logiknya, yang dia dok self claimed diri dia supplier barang dari China lah, ayah dia businessman working in OZ lah, takkan nak bayar duit minyak pun nak mintak aku? Dia kata dia terdesak sangat. Weyyy? Masalahnya aku dengan dia kawan ke? Tak kan? Bila aku kata hold dulu application aku (since aku tak decide apa-apa lagi) dia kata, u..mana boleh, i dah hantar form tu. Ah, lagi sekali kevavian. So korang baca eh perbualan SMS aku dengan mamat tuh. Korang buat sendiri kesimpulan dari ayat dia.(aku tiru sebijik-sebijik sekali dengan ejaan dan penggunaan ayat dia ok)
Dia: Assalamualaikum u, iam sory I nk mintk tolng, i selalu tolng org, dulu kn, i yg sakit..boleh x u bgi skit kt I hri ni, nk isi minyak pn dh xde u.
Aku: Wsalam,sory hp i silent..Kt opis. U bg num account. Tp i x dpt bg byk harini. (padahal memang taknak bagi pun.kikiki..)
Dia: *********** (bank number) maybank. kalaw boleh lah brnaf (aku tak tahu brnaf tu apa)
Aku: Shah (bukan nama sebenar) I perlukan form yg kata u hantar tula. Fotostat pn xpe. It;s for my documentation. I need black n white document, xnak cakap mulut semata2. RM700 tu byk utk I.
Dia: Jgn risau ada foam u, tulis sekali
Aku: Maybe xdpt msukkn harini la. I blk keje lmbt ni. Kalu dpt bank in pn RM50 je dpt.sbb kn da bgtau i sndri tgh short ni.
Dia: u, dh dpt no acc
Dia: Masalahnye I dh hntr u, cma nk suh u isi borng je
Dia: Sush lah mcm ni, klw tau mcm ni, xde I kuar duit u I dulu..Ini permikiran org melayu yg selalu i bgi ceramah tpi mcm tu jugak..u x percya I lah ni? Brthn I wt keje ni u.
Dia: Mcm ni, u mskkan rm50 tu, untk I wt keje, smpi kuar u nk kena isi n smpi I bwk u pegi T**** (nama jabatan untuk mohon loan tu), u x pyh byr
Aku: Hold dulu pmohonan i, My dad suruh hold dlu. I pnye form u jgn hntr dlu k. (padahal ayah aku takde kena mengena pun)
Dia: Bkn masalah nk jumpe ayah u, is not a problem at all. tomorrow also can, but u see I need cash for my car petrols, can u help me pls
Aku: Look, bkn i xnk, i need some time. But u keep pushing..n u didn't give any document to read. Mcmana i nk pcaya org yg i x brapa knal? I need 2 b rational right? n u need 2 b professional too right?Weekend ni kte jmpe dgn ayah i, mcmana?
Dia: That's yg I ckp, u hanya byr rm50 dulu..thn, untill I bring u to T**** thn u decide ur self
Aku: Duit I dah hbs utk bulan ni. I dah xde duit ni. ( nampak sangat aku penipu tgh bulan duit dah habis.huhu..)
Dia: Hbs just now u can help me with rm 50, i x boleh brgrk u, sbb tdi u ckp boleh
Aku: I ingt I boleh sbb td i kt ofis, I g bank check account i n ada RM30 je. cmana nk kuarkn?(padahal tak gi bank langsung) How come u xde duit? Kn u businessman.pelik..
Dia: Ok..fursl centr i (serius tak paham apa fursl centr tu), bkn I Francies, ada je dionrg naik kn I kena folow jugak walw pn tempt tu x maju, lastly i let go, dh x thn sgt dh..so u x boleh tolng I la ni? (serious tak paham langsung apa yang dia explain dalam msg ni)
Aku: Utk mlm ni. maaf I sgt x dpt tlg.. N if it is possible to hold my application, then pls hold until we meet again with my dad.
Dia: Nak hold ape bnda u, bnda tu dh lama I proceed msa second tme,kita jumpe, xpe lah klw u cnt, but i ingtkn tdi u can help me. saturday we meet ur dad. btl i don't have cash now, but what to do my faith said so
Dia: To tell u the truth..tdi betl2 dpnts on u
Dia: I x thu nk mintk tolng spe dh, I mintk org byr I pnya nama ank bini, tpi bila mintk tolng I senang je, i mntk tolng ngan u sngt kalaw boleh, esk tolng i, will b gratfull sngt u.
Ok, nampak tak dari cara dia type msg macam mana? Aku sendiri pun tak paham apa yang dia cakap. anak bini la.. Padahal aku ada FB dia. Duk menggatal je kerjanya kat wall perempuan lain. Siap panggil pompuan tu "hey u look like baby doll.." " heyy pretty..!" yuckk.. & shit aku terjumpa lagi orang macam ni. Ouch to myself~ Pada aku lah, lepas baca SMS dia berulang-ulang kali, lepas flash back dari awal aku jumpa dia dalam seminggu lepas, aku kaji sendiri, aku buat kesimpulan, dia memang pandai putar belit kasi aku rasa macam bersalah. Tapi nasib baik aku keras hati sikit. So kalau korang baca aku msg apa yang perlu je. Dia ada call banyak kali tapi aku taknak angkat. Biar SMS aje supaya boleh jadi bahan bukti. So aku pun dah bincang dengan ayah aku. Ayah aku pun kata orang tu pembohong. Nak mintak loan kena ada banyak document. Plus, ada company, ada rp, etc. Dan, mamat ni kata dah bertahun buat kerja ni, tapi tak nampak professional langsung. Weyyy.. faham tak takde apa-apa dokumen hitam putih? Macam.. hurmmmm.macam dia sembur air liur dia kat aku ajelah.pung pang pung pang cerita atas angin aje.
So yeah kalau korang habis baca sampai sini, tahniah. Korang memang joyah. Ahaks. Eh tak tak.. Korang memang pembaca setia. =) =) =) cayalah!!! Kadang-kadang terharu bila ada orang tanya bila aku nak post entri baru lepas dah lama tak post. Huhuuu.. tak sangka ada yang menunggu entri baru. Ok, esok kerja. Selamat malam.. =)