Alhamdulillah, sejak supplement collagen ini berada di pasaran pertengahan tahun lepas, produk ini telah berjaya dijual lebih dari 30,000 botol.
Terima kasih atas sokongan anda!
Kali ini, saya nak berkongsi info mengenai kepentingan mengambil kolegan dalam badan kita.
Masyarakat di bandar hari ini semakin ramai yang mengambil tahu mengenai collagen. Kalau anda lihat di pasaran hari ini, banyak sangat produk-produk makanan dan minuman tambahan yang mengandungi kolagen. Ada pelbagai jemana dan salah satu jenama sangat popular sekarang ialah EMORRA Glow C "Collagen + Stem Cell".
Namun begitu, anda perlu hati-hati dengan produk-produk jenama lain yang melambak di pasaran kerana ada yang menggunakan kolagen sintetik dan ini boleh memudaratkan kesihatan anda. Jangan sampai anda tersalah beli! Buruk padahnya!
Alhamdulillah, kami di EMORRA menggunakan 100% kolagen semulajadi yang terbaik, bersih dan halal.
Sebut sahaja collagen,
Tahukah kita apa itu collagen?
Collagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protien di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.
Dari pandangan saintifiknya, collagen ini disusun tiga rantai polipetida (monomer protien) yang terpilih membentuk rangkai triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Dalam tubuh badan kita, Kolegen terdapat di mana?
Jika anda nak tahu, kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.
Apakah kepentingan kolagen kepada badan anda?
Badan kita memerlukan kolagen untuk melawan kemerosotan tubuh akibat proses penuaan. Tanpa kolagen, kulit kita akan suram, kedut-kedut mula kelihatan, rambut menipis dan beruban. Keadaan ini berlaku bila kita meningkat usia kerana pada masa itu badan kita tidak lagi menghasilkan collagen.
Kehilangan kolagen di dalam tisu penghubung iaitu "tendon", ligamen, "muscle" dan "cartilage" menyebabkan pengurangan sokongan kepada struktur sendi. Keadaan ini menyebabkan kesakitan yang dipanggil "arthritis" clan kecederaan " muscolo- skeletal" .
Kolagen berfungsi sebagai ejen "chondroprotective", dimana ia melindungi "cartilage" daripada berkurangan. Kolagen merupakan bahan yang digunakan untuk pembentukan dan pembaikan 'cartilage'.
Ia juga boleh mengurangkan kerosakan kepada sendi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kesakitan sendi dan bengkak.
Mengapa kita perlu menggantikan collagen?
Sekiranya pengeluaran kolagen berkurangan, badan kita terutamanya kulit akan menjadi kering. Kekurangan ini jelas kelihatan di permukaan kulit dengan kedutan atau kulit yang nampak kering. Masalah ini sebenarnya berpunca dilapisan kedua kulit (dermis) dimana terdapatnya kolagen, “elastin” dan kelembapan.
Dermis di dalam muka terdiri daripada kebanyakannya kolagen. Apabila kolagen berkurangan keadaan kulit menjadi lebih teruk. Pengambilan kolagen seperti dalam bentuk tablet (seperti pengambilan EMORRA Glow C "Collagen + Stem Cell" membantu badan untuk menambah dan memperbaiki kolagen yang didapati di bahagian-bahagian seperti kulit dan juga berfaedah kepada ligamen, tulang, sendi, 'muscle', 'tendon', gusi, gigi, mata, saluran darah, kuku dan rambut.
Kebaikan EMORRA Glow C "Collagen + Stem Cell"
Dalam post-post sebelum ini dah banyak diterangkan mengenai kebaikan mengambil EMORRA Glow C "Collagen + Stem Cell".
Pengambilan kolagen tambahan membantu pembentukan semula tisu-tisu penghubung. Ini telah dibuktikan sebagai satu kaedah anti penuaan. Kolagen boleh mencegah tanda-tanda awal penuaan. Dengan pengambilan kolagen secara berterusan, anda akan dapat menikmati kehidupan dengan wajah jelita dan muda.
Bilakah masa yang sesuai menggunakan collagen?
Untuk mencapai keberkesanan terbaik, kolagen harus diambil pada waktu malam sebelum tidur kerana masa puncak untuk pembaikan dan pembentukan semula sel adalah selepas 2 jam tidur atau dikenali sebagai "alpha cycle".