Hujung bulan ini adalah hari ulangtahun kelahiran isteri yang tersayang. Saya pula awal tahun depan. Selama ni apa yang kita perasan, bila tiba hari ulangtahun kelahiran, kita akan sambut majlis hari jadi.
Panggil kawan-kawan, mak ayah, adik beradik dan saudara mara. Kita dapat hadiah macam-macam setiap kali harijadi kita. Tetapi banyak dari kita lupa sebenarnya hari ulangtahun kelahiran kita ini ada orang yang lebih penting untuk kita sambut bersama.
Insan itu ialah ibu yang mengandung dan melahirkan kita.
Di saat mak kita bertarung nyawa untuk kita lahir ke dunia ini, kita lupa untuk raikan bersama mak tercinta. Kita lupa nak ucapkan penghargaan dan tanda kesyukuran kepada mak kita.
Kalau kita ada adik-beradik 13 orang sepatutnya mak kita dirai sebanyak 13 kali. Dialah insan penting yang memastikan kita keluar dengan selamat dari rahim atau perutnya.
Lupa kita nak cakap, "Mak, terima kasih kerana lahirkan saya di dunia ini. Terima kasih kerana menjaga saya dari kecil sampai ke besar. Halalkan makan dan minum saya. Saya doakan mak diberi kesihatan yang baik berpanjangan"
Siapa yang sambut hari lahir hari ini, baik call mak awak (jika masih ada) sekarang! Menangis kegembiraan sepuas-puasnya! Kasih ibu membawa ke syurga!
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
www.facebook.com/noorizamshah
Thursday, November 13, 2014