Topik perbincangan dari Ainon Business School (ABS) ini menarik minat saya untuk dikongsikan disini.
Menurut puan Ainon, pengasas ABS, apabila kita mengeluarkan produk sendiri, ini bermakna kita adalah 'pengeluar'. Beliau menulis, sebagai pengeluar produk, kita jangan belajar menjual produk kita.
Ini kerana, tugas menjual produk terletak kepada tugas seorang salesman. Kerja seorang salesman ialah mencari pembeli. Padang duitnya adalah kecil.
Jika kita seorang pengeluar hanya fokus kepada menjual, kita sama dengan seorang salesman. Tidak ada salesman yang kaya-raya.
Sebagai seorang pengeluar, kita perlu belajar ilmu memasarkan dan mengedarkan produk yang dikeluarkan. Ini barulah betul.
Kena faham, menjual dan memasar maksudnya berbeza. Tugas seorang pengeluar atau pengedar ialah mencari channel dan membuka channel.
Tidak ada pengedar yang miskin.
Kena ingat, seorang salesman tidak menanggung risiko bankrap. Jika produk yang dijual tidak laku, dia boleh tukar barang lain. Asal boleh jual, dia akan jual.
Risiko bankrap yang besar adalah ditanggung oleh pengeluar. Pengeluar berhutang dengan bank untuk mengeluarkan produknya. Bila produk tersangkut dalam setor, pengeluar yang merana.
Duit pengedar datang dari channel yang dibina. Semakin banyak channel kita, semakin besar duit kita. Bak kata seorang mentor berbangsa cina, "Jangan belajar ilmu menyusun bata. Belajar ilmu membuat bangunan."
Ilmu menjual itu ibarat ilmu menyusun bata!
Ilmu induk dalam bisnes adalah ilmu pemasaran dan pengedaran. Dua ilmu ini tidak boleh dipisahkan. Ilmu pemasaran adalah ilmu yang "membakar" duit.
Noorizam Shah, menulis di blog sebagai perkongsian yang tidak bermotifkan keuntungan. Menulis apa yang beliau faham dan lalui.
Click Join This Site
Archive
-
▼
2014
(102)
-
▼
November
(20)
- eBay ToolBox: Toolbox Untuk Seller Menjalankan Bis...
- EMORRA Beauty di Weekend Bazaar, SACC Mall, Shah A...
- Bagaimana Nak Naikkan Follower Di Instagram? (Penj...
- Rumah Abang Ni Takda TV... Ia Membezakan Dia Denga...
- Perlu Ke Ambil Artis Untuk Jadi Duta Produk Kita?
- Anda ada menjual produk atau servis? Baca ini..
- Majlis Ulangtahun Kelahiran kita. Siapa yang lebih...
- Projek 100 CD Untuk Lantai Surau Tahfiz
- Boleh Atau Tidak Lelaki Berambut Panjang Melepasi ...
- Whatapps Double Tick Blue Mengganggu Privacy - Bag...
- Turning Point Dari 1 Biji Rumah Kepada 40 Biji Rumah
- Customer Always Right! - Menguji Tahap Kesabaran
- Pekerja Kita Bukan Kembar Siam Kita
- Tiada Rezeki Hari Ini? Sabar dan Redha...
- Senang ke nak buat bisnes dengan jual produk guna ...
- Dengan Kos RM49, Anda Mampu Jimat RM7000 Untuk Bin...
- Perhatian Pengeluar Produk: Jangan Belajar Menjual...
- Bagaimana Nak Perbetulkan Masalah Google Chrome Ha...
- Logik Ke Student Jana RM1000 Secara Part Time Mela...
- 4382 Orang Berjaya Dengan Ini
-
▼
November
(20)