Tuesday, November 11, 2014
Turning Point:
Situasi di pasar malam tahun 2002. Sepasang suami isteri ke pasar malam bersama2 seorang anak lelaki berusia 2 tahun. Duit dlm poket hanya tinggal rm10 sementara menanti gaji.. Tujuan utama ke pasar malam untuk mencari makan malam. waktu tu mee goreng kawah hanya berharga rm1.50 sebungkus. cukup lah beli sebungkus buat makan sekeluarga..
Bila lalu depan peniaga mainan, si anak mula meronta. mahu turun dari dukungan. di saat itu, si ayah mula merasa marah.. anaknya sudah buat onar.. wang dipoket cukup2 utk beli makanan. mana mampu nak beli mainan. si anak dimarahi oleh si ayah..
dalam sedu dan sendu si anak berkata: " ayah, abang hanya nak tengok jer..abang tahu ayah x ada duit. boleh kan ayah...
Ps: inilah turning point pertama kami.
---------
Kisah ini saya petik dari sharing kak Hanan Muhammad di facebook beliau bagaimana situasi disaat payah menukar tindakan mereka melakukan perubahan hidup sehingga mampu menguruskan puluhan biji rumah secara sublet.
Tak terkejar lagi saya untuk urus rumah sewa banyak ni. Berbalik pada cerita turning point. Semua orang berjaya ada turning point di saat kejatuhan atau kegagalan.
Dr. Hj. Azizan Osman juga ada saat turning point nya. Dari apa yang saya dengar kisah cerita dari Hj. Jerry Richworks sendiri, DAO pernah mengalami kegagalan jatuh bisnes di mana seminar Rahsia Tahi Lalat pernah mendapat cemuhan dari pelbagai pihak. Beliau mengalami kegagalan dalam perkahwinan dan ramai staff meninggalkan syarikat beliau ketika itu.
Pernah dikejar LHDN kerana isu cukai yang mencecah jutaan ringgit. Dan akhirnya beliau membangunkan semula bisnesnya sehingga mampu menjana pendapatan puluhan juta setahun.
DAO sekarang banyak melabur dalam hartanah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Orang hebat punya kisah turning point mereka yang tersendiri yang boleh kita jadikan sebagai inspirasi hidup. Salah satu untuk melakukan turning point dalam kehidupan ialah mencari ilmu dari guru-guru yang terbukti dengan kejayaan mereka.
Sekarang begitu banyak guru-guru yang sedia untuk menurunkan ilmu mereka samada secara percuma atau berbayar. Soal percuma atau berbayar, ia terletak kepada diri anda bagaimana anda menyerap ilmu itu. Jika ilmu yang percuma pun hanya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan, apa guna kalau ilmu yang berbayar kita langsung tidak praktik!
Kalau dulu ramai yang buat bisnes di eBay, hari ini ramai eBayer yang dah dapat lakukan turning point ekonomi mereka dengan berkecimpung dalam bidang perniagaan, hartanah, emas dan pelaburan saham.
Ada ramai kawan-kawan yang telah buka mata dan cara berfikir anak muda. Anak muda tak macam anak muda dahulu. Sekarang ramai anak muda berani sahut cabaran membina ekonomi dan kewangan diri seawal remaja lagi. Ini perkembangan yang sangat bagus.
Semoga turning point yang kita lakukan dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Follow us: http://www.facebook.com/noorizamshah