Ada satu minggu lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2015.
Di harap ada pencapaian yang berjaya kita lakukan pada tahun ini. Jika, masih tidak berkesempatan, teruskan rentak dan cipta kejayaan pada tahun 2015 nanti!
Hujung tahun 2014 ini, cabaran ekonomi semakin terasa terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Dengan subsidi minyak dimansuhkan, harga barangan makanan dan keperluan ada yang naik menyebabkan kemampuan kewangan bagi golongan bawahan semakin mengecil.
Sekarang ni, dengan sekeping wang kertas RM50, apalah sangat yang boleh dibeli. Untuk mereka yang berkeluarga, RM50 ni hanya mampu bertahan dalam beberapa hari sahaja.
Nak tak nak, kita kena ubah cara hidup kita. Pilihan masih ada. Samada kurangkan perbelanjaan atau tingkatkan pendapatan.
Jika kita mengharapkan kerja makan gaji memang agak sukar nak tingkatkan pendapatan. Yang boleh kita buat adalah kurangkan perbelanjaan. Tak kan nak tukar dari guna kereta kepada motor kot?
Biasa makan kat restoran, sekarang makan bawa bekal kat pejabat. Cara itu bagus untuk berjimat, tetapi kena ingat, keperluan lain masih perlu dibelanja juga.
Bagi yang ada anak kecil, lampin pakai buang dan susu mesti kena beli. Kalau sebelum ni guna produk berjenama dan berkualiti, mungkin boleh tukar kepada produk yang kualiti sederhana dan murah sedikit. Ya, pilihan itu ada.
Apa pun, untuk tahun 2015, kita jangan ambil jalan mudah dengan sekadar kurangkan perbelanjaan dan berjimat, tetapi ambil jalan untuk tingkatkan pendapatan kita.