Wednesday, December 31, 2014

EMORRA GLOW C Membantu Merawat Kesan Parut Baru Dan Lama. Terbukti Berkesan!

Ni saya nak share sikit buat rakan pembaca blog Noorizam Shah. Sejak tahun 2013 ramai sungguh yang cari info produk untuk menghilangkan kesan parut baru dan lama.

Ada yang mencari info produk Dermatix dan Maderma di blog ini. Sebenarnya ada banyak produk-produk yang menjanjikan anda untuk hilangkan parut. Namun tahukah anda, produk yang ada di pasaran hari ini juga akan menjadi produk terbaik dan berkesan bergantung kepada kesesuaian dengan diri anda.
Monday, December 29, 2014

FireSales Produk Usahawan Internet Untuk Misi Bantuan Bencana Negara Banjir 2014

Semua orang sekarang bertumpu dengan isu banjir di kebanyakan negeri. Banyak kawasan lumpuh akibat banjir besar yang melanda negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor.

Jika melihat gambar-gambar yang di upload oleh rakan-rakan di facebook, ada gambar umpama bencana selepas tsunami. Habis rumah dan kereta hancur musnah. Yang lebih menyayat hati ada mangsa yang bergelut dengan arus deras air dan ada yang mati lemas.

Bila bencana berlaku, banyak bantu mula dihulurkan oleh kebanyakan orang. Di tempat saya pun sudah banyak barang dikumpulkan untuk diagih-agih kepada mangsa banjir.

Minggu ini rakan-rakan usahawan internet di Malaysia telah berpakat dan berhasrat menyumbang produk-produk mereka bagi tujuan jualan amal dan 100% jualan ini akan disumbangkan kepada badan yang dilantik untuk membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga banjir.
Wednesday, December 24, 2014

Video Banjir 2014 Yang Mungkin Tidak Di Tayangkan di Kaca TV

Allahuakbar!

Sayu melihat musibah kali ini yang berlaku di sekitar negeri Pantai Timur. Banjir kali ini dikatakan lebih teruk akibat fenomena New Moon (kedudukan bumi dengan dengan bulan).


Berdasarkan rakaman video amator oleh penduduk kampung terbabit, 3 orang sedang berpaut pada bendera dan tong minyak untuk menyelamatkan diri dari dihanyutkan banjir. Nasib mereka 3 orang belum dipastikan selamat atau sebaliknya.

Video ini pula menggambarkan air naik dengan cepat selepas hujan berterusan di Kelantan sejak beberapa hari lepas.

video ini pula keadaan di mana lori Tentera terkandas dan dimasuki air semasa dalam operasi menyelamat mangsa banjir.
Kita doakan semoga mereka yang dilanda musibah dapat menghadapinya dengan tabah. Semoga ujian dipenghujung 2014 ini memberi sinar baru di tahun 2015 nanti. Semoga Allah pelihara keselamatan mereka. Amin.
- NS

2015 Tahun Mencabar Ekonomi Diri?



Ada satu minggu lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2015.

Di harap ada pencapaian yang berjaya kita lakukan pada tahun ini. Jika, masih tidak berkesempatan, teruskan rentak dan cipta kejayaan pada tahun 2015 nanti!

Hujung tahun 2014 ini, cabaran ekonomi semakin terasa terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dengan subsidi minyak dimansuhkan, harga barangan makanan dan keperluan ada yang naik menyebabkan kemampuan kewangan bagi golongan bawahan semakin mengecil.

Sekarang ni, dengan sekeping wang kertas RM50, apalah sangat yang boleh dibeli. Untuk mereka yang berkeluarga, RM50 ni hanya mampu bertahan dalam beberapa hari sahaja.

Nak tak nak, kita kena ubah cara hidup kita. Pilihan masih ada. Samada kurangkan perbelanjaan atau tingkatkan pendapatan.

Jika kita mengharapkan kerja makan gaji memang agak sukar nak tingkatkan pendapatan. Yang boleh kita buat adalah kurangkan perbelanjaan. Tak kan nak tukar dari guna kereta kepada motor kot?

Biasa makan kat restoran, sekarang makan bawa bekal kat pejabat. Cara itu bagus untuk berjimat, tetapi kena ingat, keperluan lain masih perlu dibelanja juga.

Bagi yang ada anak kecil, lampin pakai buang dan susu mesti kena beli. Kalau sebelum ni guna produk berjenama dan berkualiti, mungkin boleh tukar kepada produk yang kualiti sederhana dan murah sedikit. Ya, pilihan itu ada.

Apa pun, untuk tahun 2015, kita jangan ambil jalan mudah dengan sekadar kurangkan perbelanjaan dan berjimat, tetapi ambil jalan untuk tingkatkan pendapatan kita.
Monday, December 22, 2014

Bahaya Bahan Terlarang Dalam Produk Skincare (Semak Dulu Sebelum Beli)


Lambakan produk yang ada di pasaran sangat dikhuatiri kandungannya dan kebanyakannya mengandungi bahan-bahan terlarang dan merbahaya.

Mengetahui maksud di sebalik nama setiap kandungan produk kecantikan yang dimiliki adalah sangat penting. Ini kerana, terdapat sesetengah bahan yang dimasukkan ke dalam produk kecantikan akan memberi kesan buruk kepada pengguna walaupun ia dianggap selamat.

Selain daripada mengetahui makna sebenar setiap bahan yang dimasukkan, mengetahui fungsinya juga penting. Ini bagi mengelak daripada pengguna tersalah memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit mereka.
Wednesday, December 10, 2014

Ini Teknik Naikkan Follower Instagram Tanpa Bayar Artis Untuk Review Produk Kita

Panduan yang saya hasilkan ini sangat ringkas. Hanya beberapa muka surat. Kita mahu hasil dari panduan ini, bukan kira berapa muka surat ia ditulis. :)

Panduan ini akan mendedahkan cara bagaimana saya naikkan follower instagram saya tanpa sebarang kos (duit), dengan meluangkan masa 5 minit, saya biarkan follower bertambah dan saya ulang berkali-kali ikut kemahuan dan keselesaan masa saya.

Yang penting, dari follower tu, saya berjaya close untuk jualan. Tukar follower kepada pembeli. Itu yang kita mahu sebenarnya!

Untuk dapatkan panduan ini, ada syaratnya!

Nak tau apa syaratnya?

Sila masukkan nama dan emel anda di www.panduaninsta.blogspot.com sekarang!
Wednesday, December 3, 2014

Senarai Instagram Artis Yang Mengenakan Caj Untuk Beriklan di Akaun Mereka



Baru-baru ini saya ada post mengenai topik cara untuk naikkan follower anda di instagram. Beberapa minggu kemudian, keluar dah artikel mengenai golongan artis dan selebriti yang mengenakan bayaran untuk instagram review (IG Review) dengan kadar tertentu.

Berikut adalah petikan dari Mstar Online:
Tuesday, November 25, 2014

eBay ToolBox: Toolbox Untuk Seller Menjalankan Bisnes di eBay


Saya kongsikan senarai toolbox yang banyak diguna oleh penjual menjalankan bisnes mereka di eBay. 

    Turbo Lister - eBay's free listing tool that allows you to customize your listings, upload and edit items in bulk and manage your auctions. Essentially for bulk posting.

    MarketWorks - A complete auction management solution. Automate your listings, email correspondence and more.

    Infopia - Manage and integrate every aspect of your eBay business with the rest of your e-commerce ventures.

EMORRA Beauty di Weekend Bazaar, SACC Mall, Shah Alam Minggu Ini

Kepada pengguna dan peminat jenama EMORRA Beauty, jangan lupa tarikh 28hb, 29hb dan 30hb November 2014, kami akan mengadakan jualan dengan harga diskaun bertempat di Tingkat Dua, SACC Mall, Shah Alam bermula dari jam 10.00pg-6.00 petang.

Anda boleh dapatkan lebih info mengenai produk ini sepanjang kami berada di sana! Bagi anda yang berada di luar Shah Alam yang tidak tahu bagaimana untuk ke sana, anda boleh guna Google Map apps atau Waze app. Cari je keyword SACC Mall, anda akan dibawa terus ke sana.


Jangan lupa simpan gambar di atas atau skrinshoot je  gambar iklan ini dan tunjukkan pada kami masa anda nak beli produk kami. Kami akan beri diskaun istimewa untuk anda!

Dapatkan diskaun untuk produk EMORRA Be Slymm, EMORRA Glow C dan EMORRA Skincare.

Sebarang pertanyaan sms/whatapps ke 012-933 8990 (icha)
Monday, November 24, 2014

Bagaimana Nak Naikkan Follower Di Instagram? (Penjual Produk Mesti Baca Ini)



Jika anda menjual produk di Instagram, anda boleh cuba beberapa panduan di ini. Ada cara pantas/shortcut, ada juga cara kena buat kerja lebih sikit. Jadi terpulang anda mahu yang mana.


Artis Review Produk
Cara paling pantas untuk anda naikkan followers dan dapatkan jualan adalah meminta artis/selebriti popular untuk review produk anda.

Yang ni ada yang anda perlu bayar mahal untuk sekali review. Ada juga yang murah (depend). Ada juga yang dapat free review dari artis.

Rumah Abang Ni Takda TV... Ia Membezakan Dia Dengan Orang... (Baca Ini)



Hah, takde tv? Boleh caya ke? Zaman sekarang weh... gila takde tv? hiburan tu. Aku cakap dalam hati je.
.
" Yeke bang, takde tv? Habis, anak-anak abang tak bosan ke?"
.
Dia geleng. " Takde la.. diorang bukan buat apa pun malam2. Lepas buat kerja sekolah, tidur. Isteri abang, lepas maghrib, baca hadis.. baca quran sampai isyak.. lepas tu tidur. Itu je."
.
Aku sentap sekejap.
.
Lepas tu abang tu sambung lagi.
.
" Kau tau tak apa beza rumah orang islam dengan rumah orang kafir sekarang ni?"
.
Aku diam. Fikir.

Friday, November 21, 2014

Perlu Ke Ambil Artis Untuk Jadi Duta Produk Kita?



Nak deal dengan artis ni kena tengok apa matlamat kita. Sebab apa nak ambil artis jadi model atau duta produk kita?

Kebanyakan artis kat Malaysia ni dah tentu cantik dan menarik. Ramai artis yang dah mempunyai kulit yang mulus, gebu, menawan dan rupawan. Kebanyakan artis-artis yang popular dan ada rupa paras sering mendapat perhatian syarikat produk untuk dijadikan model ataupun duta.

Tengok je Rozita Che Wan berapa banyak syarikat yang melamar dia sebagai jurucakap produk. Izzue Islam, berapa banyak produk yang dia jadi penghias muka? Zizan Razak jangan cakaplah.

Itu artis-artis yang top. Yang kurang top pun ada. Yang baru nak naik pun ada.

Saya tak tahu company lain deal macam mana? Ikut pengalaman saya sendiri pernah deal dengan artis yang tak ada la top mana pun. Tapi bayaran yang diminta bukan sikit-sikit. Mencecah puluhan ribu juga untuk kontrak beberapa bulan.
Monday, November 17, 2014

Anda ada menjual produk atau servis? Baca ini..



Sudah buat iklan, tapi tiada orang beli?
Buntu bagaimana nak buat ayat iklan?
Sudah cuba bermacam-macam cara, tapi bisnes masih tak jalan?
Tidak tahu bagaimana cara menulis tawaran yang buatkan orang tergila-gila nak beli?

Sebenarnya…

PUNCA kepada masalah di atas…

Masalah kebanyakan bisnes BUKAN pada iklan, BUKAN pada nak belajar email marketing, BUKAN pada nak dapatkan bid iklan CPC rendah, BUKAN pada nak belajar Instagram Marketing…
Thursday, November 13, 2014

Majlis Ulangtahun Kelahiran kita. Siapa yang lebih penting?

Hujung bulan ini adalah hari ulangtahun kelahiran isteri yang tersayang. Saya pula awal tahun depan. Selama ni apa yang kita perasan, bila tiba hari ulangtahun kelahiran, kita akan sambut majlis hari jadi.

Panggil kawan-kawan, mak ayah, adik beradik dan saudara mara. Kita dapat hadiah macam-macam setiap kali harijadi kita. Tetapi banyak dari kita lupa sebenarnya hari ulangtahun kelahiran kita ini ada orang yang lebih penting untuk kita sambut bersama.

Insan itu ialah ibu yang mengandung dan melahirkan kita.

Di saat mak kita bertarung nyawa untuk kita lahir ke dunia ini, kita lupa untuk raikan bersama mak tercinta. Kita lupa nak ucapkan penghargaan dan tanda kesyukuran kepada mak kita.

Projek 100 CD Untuk Lantai Surau Tahfiz

 Dipetik dari facebook tuan Syaizul Amal

Mohon tuan puan bantu saya sebarkan gambar ini melalui FB, Whatsapp dan Instagram. Itu gambar latest Ustaz Nazrey Raihan di tapak surau tahfiz. Ustaz masih di Sabah sekarang ini.

Saya minta Ustaz Nazrey kongsikan gambar beliau memilih jubin dan juga proses membayar deposit. Jumlah barangan jubin yang ditempah adalah seperti dalam gambar. RM16k sudah pun dibayar. Kita jangkakan siap dalam tahun ini juga.

Tajaan baru 100 CD.
Semalam saya mendapat satu lagi tajaan tambahan 100 lagi CD oleh Tuan Ahmad Qushairi Mohd. Beliau telah membeli 100 CD pada harga RM1990 dan mengamanahkan kepada saya untuk menjualnya pada harga minima RM50 dan 100% hasil jualan dimasukkan dalam dana lantai surau ini.
Wednesday, November 12, 2014

Boleh Atau Tidak Lelaki Berambut Panjang Melepasi Bahu?



Zaman sekarang, kalau lelaki yang berambut panjang biasanya dikaitkan dengan kerjaya. Kebiasaannya lelaki yang berambut panjang adalah seorang photographer, pengarah filem, pelakon, penulis novel dan majalah serta penyanyi.

Kebanyakan mereka ini terlibat dalam industri seni. Kalau ustaz atau penceramah, jarang kita dapat jumpa mereka berambut panjang. Yang saya kenal pun ustaz Akhil Hayy. Itu pun dulu dia bekas penyanyi kumpulan rock 80-an.

Saya masa usia awal 20-an dulu pernah juga simpan rambut panjang tapi tak kekal lama. Bila dah rimas, cukur botak terus. Tadi masa tengah sembang dengan wife dalam kereta, ada juga saya bagitau kalau saya simpan rambut dan biarkan panjang boleh tak?

Rasanya takda lagi saya pernah bergambar rambut panjang melepasi bahu. Huhuhu.

Tadi saya buat blogwalking dan terjumpa info mengenai lelaki berambut panjang dalam islam. Blog Tok Wan ini berkongsi artikel panjang lebar kenapa zaman nabi dulu lelaki berambut panjang.

Menurut pandangan ahli agama meyimpan rambut panjang adalah salah satu sunnah nabi S.A.W. Tetapi zaman sekarang kalau berjalan ke mana-mana majoriti kita jumpa lelaki berambut pendek dan kemas. Bukan lagi zaman rock kapak tahun 80-an.

Whatapps Double Tick Blue Mengganggu Privacy - Bagaimana Cara Elak?



Baru-baru ini Whatapps update app di Google Play dan Apple Store dengan paparkan fungsi double tick blue.

Double tick blue membawa maksud mesej yang dihantar pengirim telah dibaca oleh si penerima. Tadi saya ada blogwalking Blog Emas Putih dan beliau berkongsi info macam mana nak elak mesej yang dihantar oleh pengirim dapat dilihat oleh mereka?
Tuesday, November 11, 2014

Turning Point Dari 1 Biji Rumah Kepada 40 Biji Rumah




Turning Point:
Situasi di pasar malam tahun 2002. Sepasang suami isteri ke pasar malam bersama2 seorang anak lelaki berusia 2 tahun. Duit dlm poket hanya tinggal rm10 sementara menanti gaji.. Tujuan utama ke pasar malam untuk mencari makan malam. waktu tu mee goreng kawah hanya berharga rm1.50 sebungkus. cukup lah beli sebungkus buat makan sekeluarga..

Bila lalu depan peniaga mainan, si anak mula meronta. mahu turun dari dukungan. di saat itu, si ayah mula merasa marah.. anaknya sudah buat onar.. wang dipoket cukup2 utk beli makanan. mana mampu nak beli mainan. si anak dimarahi oleh si ayah..

Customer Always Right! - Menguji Tahap Kesabaran

Berniaga di internet ini sama je macam berniaga di butik, gerai, kedai, restoran dan showroom. Cuma berniaga di internet ni kita tak bertemu mata, mengenali diri sebenar siapa si penjual dan siapa si pembeli.

Jika anda seorang yang pemarah dan tidak tahan sabar, anda perlu fikirkan semula adakah sesuai anda bertindak sebagai customer service.

Bila kita berkomunikasi, kita tidak dapat menilai tahap pemahaman seseorang itu. Apakah bahasa perbualanan kebiasaan mereka, apakah bangsa mereka, berapa umur mereka dan kita sukar mengenali perwatakan jika kita tidak bertemu mata.

Kalau macam kes di atas ni, kita perlu explain secara berhati-hati dan betul. Jika tidak, berdepan sahaja dengan soalan berulang-ulang sampai menguji tahap kesabaran. Hehehe.

Apa yang saya nampak, customer ni nak berniaga tetapi ada masalah modal. Dalam bisnes, jika anda mengedar produk, budi bicara itu kadang-kala perlu. Tetapi perlu berpada-pada. Jangan berurusan asal boleh je sampai anda pula kerugian.

Customer memang mahu yang terbaik untuk mereka. Kita sebagai pengedar produk juga mahu yang terbaik untuk syarikat kita. Kita perlu buat peraturan kita sendiri. Kena ada minimum order untuk dapatkan harga istimewa pengedar atau stokis.

Kepada anda yang nak buat bisnes, kalau tak cukup modal, pastikan dapatkan modal dulu. Kalau tak ada modal, buat je konsep pre-order. Kumpul order dari bakal pelanggan anda. Beritahu mereka, stok produk akan sampai kemudian selepas mereka buat separuh bayaran.

Jadi, anda yang nak menjual produk, dah tak perlu keluar 100% modal sendiri. Inilah yang banyak diamalkan orang ramai penjual di internet. Ambil pre-order, kemudian bila produk sampai, baru minta baki bayaran kepada pelanggan.

Pengedar produk pun senang hati nak berurusan dengan anda. :)





Kalau kes macam di atas ni pula macam mana? Hahaha!

Jom like us! http://www.facebook.com/noorizamshah

Pekerja Kita Bukan Kembar Siam Kita


Dalam bisnes, tidak ada seorang pun pekerja kita boleh menjadi kembar siam kita. Jika kita pandai dalam closing jualan, belum tentu pekerja kita dapat buat 100% sama seperti kita.

Menurut Ainon Business School (ABS), jangan jadikan diri sendiri sebagai kayu ukur. Seandainya kita pandai membuat kerja, maka ada risiko kita menjadikan diri kita sebagai ukuran yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja kita.

Maksudnya, kita mahu pekerja kita melakukan kerja-kerjanya betul-betul macam cara yang kita sendiri lakukan. Baru kita boleh puas hati dengan hasil kerja mereka.

Tidak ada orang lain yang dapat memuaskan hati kita apabila kita menjadikan diri kita sebagai ukuran. Tidak ada orang lain dapat menjadi kembar siam kita.

Akan sentiasa ada yang tidak kena, yang tidak berapa betul, yang salah, yang tidak tepat, yang kurang, yang belum memenuhi standard kita. Ia menjadi beban hati dan beban tulang ke atas diri kita.

Dalam bisnes, matlamat saya mengambil pekerja adalah bagi memudahkan kerja saya. Ada sesetengah perkara yang saya tidak pakar, jadi saya perlu ada pekerja yang boleh melakukan pekerjaan itu. Beritahu mereka apa yang kita mahu, berikan sedikit kebebasan kepada mereka mencorak cara kerja mereka mengikut keselesaan mereka.

Bila kita adakan SOP (Standard Operating Procedure), setidak-tidaknya kerja yang dilakukan mereka tidak menyimpang keluar dan pastikan mereka sentiasa belajar serta dapat meningkatkan produktiviti dari masa ke semasa.

Jika pekerja tidak dapat menjadi kembar siam kita, sekurang-kurangnya ia dapat jadi tangan-tangan kita.

http://www.facebook.com/noorizamshah

Tiada Rezeki Hari Ini? Sabar dan Redha...



"Kalau hilang rezeki, perlu sabar dan redha. Nanti Allah swt akan gantikan dengan rezeki yang lain mungkin lebih banyak dan lebih baik lagi" - Irfan Khairi

Rezeki yang ada bertebaran di muka bumi ini belum pasti milik kita. Jika milik kita, kita perlu berkongsi dengan orang lain.

Jangan kedekut berkongsi rezeki. Duit, harta dan makanan itu semua adalah perantara laluan rezeki. Duit RM1 yang kita terima, ia akan berpindah kepada orang lain selepas itu. Boleh jadi duit RM1 yang kita pernah terima dulu akan datang semula kepada kita selepas beberapa kali berpindah tangan.

Fitrah kehidupan dan kejadian alam, ia umpama putaran roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Mereka yang berada di atas sentiasa akan diuji. Begitu juga mereka yang berada di bawah.

Kepada anda yang menjalankan bisnes di internet, jangan stress andai hari ini tidak ada sebarang jualan. Kita sebagai peniaga, jangan berhenti untuk berkongsi. InshaAllah perkongsian ikhlas dengan niat kerana Allah, urusan bisnes kita akan dipermudahkan.

Kalau bukan rezeki duit yang kita terima hari ini, boleh jadi rezeki dalam bentuk lain. Ada kawan belanja makan, dapat tahu kesihatan mak ayah bertambah baik, di lamar syarikat terkemuka untuk bekerjasama atau boleh jadi dinaikkan pangkat.

Pesan seorang guru, jangan kita mengejar rezeki tetapi menarik rezeki dekat kepada kita.

Perbetulkan amalan dan niat kita. Jika sebelum ini kita nak cari rezeki sebab nak selesai kan hutang, apa kata kita betulkan niat kita, "Aku mencari rezeki ini adalah niat kerana Allah taala. Dengan dipermudahkan rezeki ini, dapatlah kiranya aku selesaikan hutang piutang aku hari ini".

Doa saya semoga kita urusan dan pekerjaan kita dipermudahkan Allah dan dijauhkan dari fitnah manusia, dajjal dan jin.

Follow us: http://www.facebook.com/noorizamshah

Monday, November 10, 2014

Senang ke nak buat bisnes dengan jual produk guna kaedah dropship?

Saya selalu di jemput oleh pihak pengurusan atau persatuan dari institut pengajian tinggi awam dan swasta sebagai penceramah topik perniagaan internet.

Antara topik yang sering saya kongsikan antaranya memulakan bisnes dengan menjual produk di internet menggunakan kaedah dropship.

Bila saya ajukan soalan, berapa ramai yang tahu apa itu dropship, majoriti mereka masih samar-samar dan tidak tahu.

Di internet ada banyak sistem untuk menjalankan perniagaan. Dropship juga adalah satu kaedah yang popular yang banyak dipraktik oleh ramai usahawan separuh masa, pelajar, suri rumah, penganggur dan pekerja yang bekerja makan gaji.

Model dropship melibatkan 3 pihak yang terdiri dari syarikat yang menguruskan produk, si penjual dan si pembeli. Bisnes kaedah dropship ini melibatkan produk fizikal.

Jika anda mempromosikan produk digital, ia akan dikenali sebagai affliliate. Apa itu affiliate? Yang ini kita belajar dalam topik yang lain. Ok?

Saya ambil contoh menjual produk EMORRA melalui kaedah dropship.

Katakan anda seorang pelajar IPTS. Setiap hari anda berdepan dengan jadual kelas yang mana mungkin bermula dari pagi dan selesai pada sebelah petang.

Masa anda terhad untuk berurusan dengan pelanggan. Sebab itu kenapa ramai pelajar tidak menjalankan perniagaan kerana mereka beranggapan mereka tidak cukup masa.

Benarkah begitu?

Andai anda seorang yang beralasan, saya pasti sampai habis semester, anda masih juga tidak memulakan perniagaan. Berbeza dengan mereka yang pandai menguruskan masa. Dengan melibatkan diri dalam perniagaan berasaskan dropship, seorang pelajar itu, tidak perlu mencuri masa untuk membungkus produk dan menghantarnya ke pejabat pos.

Ini kerana, bisnes model dropship tidak memerlukan anda untuk membungkus produk dan menghantarnya. Semua ini diuruskan oleh syarikat bagi pihak anda.

Tugas anda ialah mempromosikan produk di mana-mana platform berpotensi, kemudian bila ada pesanan dari pelanggan, barulah anda serahkan maklumat kepada syarikat untuk uruskan penghantaran produk.

Untuk mula menjual produk yang menggunakan konsep dropship, anda boleh buat carian produk yang anda ingin jual di internet atau di mana sahaja. Kadang-kadang ada juga kedai-kedai yang menjual produk seperti pakaian, beg dan aksesori menerima pesanan untuk dropship.

Buat kajian dan lihat samada produk yang ingin dijual ada permintaan atau sebaliknya. Adakah produk mudah dijual dan mempunyai pembeli berulang.

Ambil tahu juga berapakah margin keuntungan untuk setiap produk. Ada produk yang mempunyai margin besar tetapi mungkin tidak ada pembeli berulang.

Kenali pasti platform mana yang anda ingin promosi dan jual. Adakah bertepatan menjual lampin bayi pakai buang di forum ibu-ibu mengandung? Jika ya, ia membantu memudahkan anda merangka dan menjalankan promosi produk tersebut.

Bisnes dengan kaedah dropship bakal membantu anda menjana pendapatan sampingan dan menjadi platform terbaik buat anda untuk menimba pengalaman sebelum menceburkan diri secara serius selepas ini.

Sebagai permulaan, jom cuba jual produk EMORRA menggunakan platform dropship dengan rujuk link ini: http://dropshipmy.com/join-dropship/


Alhamdulillah, ramai juga yang berjaya menghasilkan pendapatan dengan fokus menjual satu produk. Dengan keuntungan jualan sebanyak RM39 seunit produk, ada yang dah boleh ada duit poket sendiri antaran RM390-RM3900 sebulan.

Buat tanpa nanti! InshaAllah kejayaan pasti menanti!

http://www.facebook.com/noorizamshah

Dengan Kos RM49, Anda Mampu Jimat RM7000 Untuk Bina Web Jualan!


Saya baru terjumpa teknik yang memudahkan cara. Memudahkan kerja kita. Tanpa perlu pening kepala nak fikir bagaimana cara nak buat minisite/web jualan dengan kos yang boleh mencecah ribuan ringgit.

Ramai penyedia perkhidmatan untuk design minisite serta penyedia hosting akan "panas hati" bila adanya panduan memudahkan cara usahawan memiliki minisite mereka dengan hanya kos serendah RM49 sekali tanpa perlu renew hosting atau membayar upah design template.

Jika anda seorang usahawan yang memasarkan produk dan mampu menghasilkan jualan ratusan hinggan ribuan ringgit sebelum, anda tidak perlu risau berbelanja sebanyak RM49 untuk dapatkan template berserta koding untuk membina minisite di blogspot!

Semua orang tahu blogspot adalah platform percuma. Blogspot sangat userfriendly di search enjin Google. Jangan risau sangat pasal laman web down sebab tak boleh tampung Bandwidth dan Space.

Panduan cara tukarkan blogspot menjadi landing page ini adalah sangat berbaloi untuk usahawan baru seperti anda. Cuba baca info di link ini: http://www.ashadee.net/go/50134/noorizam

"Noorizam, patut ke saya beli panduan ini?"

Kalau tanya saya, "Jika ia merupakan keperluan anda sekarang, anda perlu ada satu minisite jualan untuk bantu bisnes anda!"

Perhatian Pengeluar Produk: Jangan Belajar Menjual Produk Kita

Topik perbincangan dari Ainon Business School (ABS) ini menarik minat saya untuk dikongsikan disini.

Menurut puan Ainon, pengasas ABS, apabila kita mengeluarkan produk sendiri, ini bermakna kita adalah 'pengeluar'. Beliau menulis, sebagai pengeluar produk, kita jangan belajar menjual produk kita.

Ini kerana, tugas menjual produk terletak kepada tugas seorang salesman. Kerja seorang salesman ialah mencari pembeli. Padang duitnya adalah kecil.

Jika kita seorang pengeluar hanya fokus kepada menjual, kita sama dengan seorang salesman. Tidak ada salesman yang kaya-raya.

Sebagai seorang pengeluar, kita perlu belajar ilmu memasarkan dan mengedarkan produk yang dikeluarkan. Ini barulah betul.

Kena faham, menjual dan memasar maksudnya berbeza. Tugas seorang pengeluar atau pengedar ialah mencari channel dan membuka channel.

Tidak ada pengedar yang miskin.

Kena ingat, seorang salesman tidak menanggung risiko bankrap. Jika produk yang dijual tidak laku, dia boleh tukar barang lain. Asal boleh jual, dia akan jual.

Risiko bankrap yang besar adalah ditanggung oleh pengeluar. Pengeluar berhutang dengan bank untuk mengeluarkan produknya. Bila produk tersangkut dalam setor, pengeluar yang merana.

Duit pengedar datang dari channel yang dibina. Semakin banyak channel kita, semakin besar duit kita. Bak kata seorang mentor berbangsa cina, "Jangan belajar ilmu menyusun bata. Belajar ilmu membuat bangunan."

Ilmu menjual itu ibarat ilmu menyusun bata!

Ilmu induk dalam bisnes adalah ilmu pemasaran dan pengedaran. Dua ilmu ini tidak boleh dipisahkan. Ilmu pemasaran adalah ilmu yang "membakar" duit.

Bagaimana Nak Perbetulkan Masalah Google Chrome Has Stopped Working - AppCrash


Dah seminggu Broswer Google Chrome saya tak boleh dibuka. Bila cuba open je, mesti keluar pop up "Google Chrome has stopped working".

Bila try uninstall dan install semula, masih juga sama tak ada apa-apa perubahan.

Jika keluar pop up macam ni, anda boleh tengok pada problem detail. Macam kes saya, problem event name ialah AppCrash. Detail lebih kurang macam ni (saya copy info di internet sebab tak sempat nak print screen)

Problem signature:

Problem Event Name:    APPCRASH  
Application Name:    chrome.exe   
Application Version:    35.0.1916.114 Application Timestamp:    53726019  

Fault Module Name:    chrome.dll  
Fault Module Version:    35.0.1916.114  
Fault Module Timestamp:    53725d18  

Exception Code:    c0000005   
Exception Offset:    00728bc8    

OS Version:    6.1.7600.2.0.0.768.3   
Locale ID:    17417  

Additional Information 1:    0a9e   
Additional Information 2:    0a9e372d3b4ad19135b953a78882e789   
Additional Information 3:    0a9e   
Additional Information 4:    0a9e372d3b4ad19135b953a78882e789 


Jika anda dah uninstall dan install Google Chrome masih juga tak ada perubahan, anda boleh lakukan arahan seperti ini:



(Arahan ini untuk mereka yang guna Windows 7 atau Windows Vista)

1. Anda kena log ke komputer anda sebagai Admin (Administrator)

2. Kemudian klik Start. Dekat Search Box tu taip msconfig.exe dan tekan enter.

3. Nanti akan keluar box System Configuration.

4. Ikut je arahan dalam gambar di atas. Lihat pada General, Selective Startup, klik Load Startup Items.

5.  Kemudian, klik tab Services, tick Hide All Microsoft Services, kemudian pilih disable all, klik Apply dan Ok.

6. Sekarang, anda boleh klik restart computer dan cuba buka semula Google Chrome. InshaAllah, broswer ini boleh diguna semula tanpa perlu pergi kedai format komputer. :)

Follow me: http://www.facebook.com/noorizamshah
Sunday, November 9, 2014

Logik Ke Student Jana RM1000 Secara Part Time Melalui Internet?

Kalau anda seorang yang tak ada sebarang pengalaman menjana pendapatan di internet, mesti anda kata semua ini mustahil, tak logik, tipu, tak percaya dan macam-macam perkataan mustahil yang keluar dari mulut anda.

Jika anda mendalami ilmu mengenai potensi bisnes ini, inshaAllah, bukan setakat student... suri rumah dan penganggur pun boleh buat duit melalui internet.

Kat mana tempat untuk dalami ilmu menjana pendapatan di internet ni?

1. Anda boleh google je kat browser carilah apa-apa info "Bagaimana Jana Income Di Internet". Cuma nasihat saya adalah berhati-hati. Jangan sebarang grab peluang yang tersedia tanpa anda mengkaji secara mendalam peluang itu.

Di internet kita tidak kenal siapa pun. Jadi terbaik adalah dapatkan nasihat, rujukan atau dari rekomendasi seseorang yang anda percaya.

2. Anda boleh rujuk buku, majalah, ebook atau apa-apa bahan bacaan yang dipercayai dan bermaklumat. Anda boleh ikut panduan-panduan yang ditulis atau dikongsikan dalam bahan bacaan berkenaan.

3. Anda boleh sertai forum-forum berkaitan bisnes, group-group perbincangan di facebook atau blog. Ikut dan ambil bahagian di dalam setiap perbincangan. Dari situ kita akan belajar dengan lebih cepat bila kita sering bertanya dan berkongsi pendapat.

4. Salah satu cara yang popular untuk anda belajar ialah mengikut webinar percuma mengenai peluang buat duit di internet.

Ramai guru atau usahawan internet yang adakan sesi ini. Salah seorang yang saya rekomen ialah saudara Gobala Krishnan.

Beliau seorang usahawan internet Malaysia dan Antarabangsa yang dikenali sejak tahun 2006. Beliau telah membangunkan banyak produk infomasi sejak tahun 2006 hingga 2014. Saya sendiri banyak ambil ilmu mengenai bisnes di internet bermula dari bekerja makan gaji, kemudian menjalankan bisnes dari bilik tidur sehinggalah memiliki pejabat dan pekerja bagi menjalankan beberapa model perniagaan.

Rujuk link ini untuk pelajar ilmu bagaimana jana RM1000 secara part time melalui internet: http://www.ashadee.net/go/50042/noorizam

Thursday, November 6, 2014

4382 Orang Berjaya Dengan Ini


Inilah cara "pelik" 4,382 orang yang telah berjaya kempiskan perut dalam masa 20 hari!

EMORRA Be Slymm ialah makanan tambahan yang banyak digunakan oleh pengamal diet sihat untuk dapatkan berat badan yang ideal.

Dengan mengambil EMORRA Be Slymm, ia bukan bermakna perlu menolak apa-apa jenis diet, senaman atau aktiviti-aktiviti sihat yang lain. EMORRA Be Slymm bertindak sebagai carbo-blocker dan fat burner membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak dan metabolisme badan pengguna.

Bagi anda yang menjalankan aktiviti gaya hidup yang aktif seperti bersenam, ia membantu anda cepat berpeluh dan proses membakar kalori berjalan dengan sempurna. Ini terbukti ada ramai pengguna EMORRA Be Slymm yang mengambil supplement ini, kemudian bersenam, mereka berjaya menurunkan berat badan sehingga 20 kilogram dalam masa 3 bulan!

Di Malaysia ada pelbagai jenis pengamal diet dan antara yang popular ialah diet Atkin dan diet gaya Kevin Zahri. Masing-masing ada follower dan pengikut tersendiri. Ada yang menyokong konsep diet atkin dan ada juga sebaliknya.

Jika tanya saya, ia terpulang kepada anda mengikut kemampuan dan kesesuaian anda.

Untuk berdiet, ia perlukan disiplin dan kesabaran. Ada ramai juga yang mengamalkan diet atkin tanpa mengambil apa-apa supplemen yang berjaya turun berat badan dan ada ramai juga yang gagal dan berputus asa ditengah jalan.

Kevin Zahri juga tidak menolak pengguna mengambil sebarang makanan tambahan (supplement) untuk membantu menurunkan berat badan tetapi janganlah bergantung 100 peratus dengan makanan tambahan semata-mata sehingga lupa atau skip mengambil sarapan, makan tengahari, snek dan makan malam.

Ada banyak makanan tambahan di pasaran. Sebagai pengguna kita perlu bijak memilih makanan tambahan terbaik dan sesuai dengan tubuh badan kita.

Jangan mudah terpengaruh dengan gambar-gambar testimoni sebelum dan selepas yang dipaparkan dalam iklan-iklan produk pelangsingan dan penurunan berat badan.

Jangan pula sampai terdesak dan mahukan hasil seawal 24 jam! Kesan buruk yang mungkin kita akan tanggung bukanlah hari ini, mungkin mudarat kepada tubuh badan pada masa akan datang.

Sebab itu kami di EMORRA Beauty akan memastikan setiap produk yang dihasilkan memenuhi piawaian dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah BPFK.

Alhamdulillah,

EMORRA Be Slymm, terbukti selamat untuk diambil, tidak mengandungi sebarang bahan yang boleh memudaratkan pengguna.

Sejak EMORRA Be Slymm berada di pasaran untuk jualan di internet, pengguna sangat berpuashati kerana dengan mengamalkan makanan tambahan berperisa coklat oren yang sangat lazat ini, ia membantu pengguna untuk berasa kenyang, mengawal mengambil makanan secara berlebihan, perut kempis dan tidak buncit, kulit menjadi lebih cantik, mulus dan gebu.

EMORRA Be Slymm membantu mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan untuk lebih berpeluh, membakar kalori dan membantu sistem tubuh badan berfungsi dengan lebih sihat.

Kami mempunyai banyak mesej yang memaklumkan mereka mempunyai masalah berat badan berlebihan. Masalah ini mengundang mereka menjadi sukar untuk bergerak, malas, nafsu makan yang tidak terkawal, terpaksa memilih saiz pakaian dan lebih teruk lagi diejek oleh rakan-rakan dengan panggilan yang kurang elok seperti gajah, gergasi, gemuk gedempol, boyot, beruang, giant, doremon dan macam-macam gelaran yang menjatuhkan air muka mereka.

Hari ini sudah ramai yang menjumpai jalan penyelesaian mereka tanpa berbelanja beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan rawatan, sesi menurunkan berat badan, khidmat nasihat pakar yang mahal.

Produk yang dikilangkan di Malaysia menggunakan teknologi nano Korea ini dimiliki oleh 100% syarikat bumiputera Islam. Seharusnya kita berbangga dengan produk hasil keluaran anak tempatan dan setanding dengan produk penurunan berat badan jenama antarabangsa.

Produk EMORRA Be Slymm boleh didapati secara online di www.emorra.com dan sesiapa sahaja boleh membeli secara online di hujung jari. Proses jual beli online di laman web ini terbukti selamat dan dijamin sampai dalam masa 2-3 hari bekerja.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk ke kedai-kedai mencari produk EMORRA Be Slymm kerana memang produk ini sukar dijumpai di kedai-kedai jamu atau butik kesihatan. Ia juga menjaminkan anda membeli produk yang 100% original, selamat dan terbukti berkesan!

Berhati-hati membeli produk di luar kerana dikhuatiri produk tersebut adalah tiruan dan boleh mengundang bahaya kepada kesihatan anda!

Sekarang, masa terbaik anda untuk beralih dan memilih EMORRA Be Slymm dan mencubanya buat kali pertama! Rasai perbezaannya! Nikmati hasilnya tanpa stress!

Untuk dapatkan harga promosi istimewa, sila hubungi hotline kami di 012.933.8990 hari ini!




Thursday, October 30, 2014

SSM: Papar Maklumat Syarikat Atau Denda RM5000



Berhati-hati!

Anda mungkin didenda sehingga RM5000 jika tidak memaparkan maklumat perniagaan anda di internet.

Menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mengikut Akta Syarikat 1965 ("AS 1965"), sesebuah perniagaan diwajibkan memaparkan maklumat seperti nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat. Ia tergunapakai bagi mereka yang menjalankan perniagaan di internet di mana jua platform.

Tidak kira samada kita menjalankan perniagaan di facebook, blog, instagram, pinterest, ebay, lelong, minisite, e-commerce atau forum, kini anda termaktub dalam akta syarikat 1965. Gagal memaparkan maklumat, anda bakal dikenakan tindakan.

Nampak macam serius kan?

Itulah, sejak beberapa tahun yang lalu, SSM sudah mula membuat permantauan di internet dan tidak lagi fokus kepada platform tertentu sahaja.

Apa yang menggusarkan perniaga ialah mereka yang menjalankan perniagaan secara sambilan dan kecil-kecilan di internet. Mereka mungkin mempunyai kekangan untuk mendaftarkan syarikat perniagaan memandangkan bekerja sebagai kakitangan kerajaan.

Ini termasuklah artis atau selebriti yang buat review produk di instagram yang mengenakan bayaran kepada pemilik perniagaan. Mereka juga kena daftar perniagaan jika nak buat bisnes review produk.

Baru-baru ini ada facebook page seorang penjual telah menerima notis dari SSM berkaitan perniagaan yang dijalankan di facebook.

Dari sudut kebaikan mendaftar perniagaan,

Pelanggan akan lebih yakin untuk berurusan dengan mereka yang memiliki syarikat yang berdaftar. Jika jadi apa-apa kita boleh hubungi pihak berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Jadi, anda yang belum ada syarikat berdaftar, saya sangat cadangkan untuk anda mendaftar syarikat. Kos untuk mendaftar syarikat atas nama syarikat persendirian hanya RM70 setahun.

Mana anda lebih sanggup? Bayar setahun RM70, atau didenda RM5000?

Nota: Nampaknya recurring income Suruhanjaya Syarikat Malaysia bakal bertambah setiap tahun. :)

Wednesday, October 29, 2014

Peluang Untuk Anda Buat Duit Dengan Blog

Blog bagi saya salah satu platform yang berpotensi membantu kita untuk menjana pendapatan secara konsisten.

Dengan blog, kita boleh menggunakan platform ini untuk menjual produk dan perkhidmatan yang kita sediakan sebab kebanyakan blog hari ini mesra enjin pencari.

Sudah menjadi kelaziman pengguna yang nak cari maklumat di internet akan menggunakan enjin pencari. Enjin pencari yang paling popular dan sinonim dengan kita ialah Google. Nak cari apa-apa je, pergilah Google!

Jarang orang sebut Yahoo! atau Bing!

Bila sebut blog, platform percuma yang popular ialah Blogger.com. Anda boleh membina blog percuma ini dengan mengikut arahan langkah demi langkah yang mudah. Blog boleh dijadikan sebagai diari peribadi, ruangan perkongsian ilmiah dan boleh juga dijadikan sebagai kedai online.

Dengan mendalami ilmu blog, kita boleh menggunakan platform ini sebagai salah satu cara kita menjana pendapatan tambahan. Saya mula memiliki blog pada tahun 2006. Saya memiliki beberapa buah blog dari platform yang berbeza seperti blogger.com, blogdrive.com, wordpress.org dan wordpress.com.

Bila dah ada blog, nak kena ada disiplin.

Kita kena selalu update blog. Enjin pencari sangat mesra dengan blog yang sentiasa dikemaskini. Katakunci atau keyword memainkan peranan yang sangat penting untuk mendapat tempat di muka hadapan enjin pencari.

Jika kita menyediakan perkhidmatan sewa kereta, kita perlu peka dan tahu dengan katakunci yang dicari oleh pengguna internet setiap hari, minggu dan bulan.

Dengan menulis artikel yang berkaitan dengan perkhidmatan kita ditambah dengan katakunci yang berpotensi, inshaAllah blog kita mampu mendapat tempat di dalam enjin pencari.

Nota: Untuk memahami keyword yang dicari boleh pengguna internet, kita boleh menggunakan tools dari Keyword Planner Google Adwords.

Susah ke senang nak tulis blog ini?

Bagi anda yang ada ilmu penulisan, boleh jadi tiada masalah untuk menyusun perkataan dan menulis artikel. Saya sendiri kadang-kadang "mental block" juga, sampai tak tau nak tulis apa.

Salah satu cara untuk kita dapat idea menulis ialah membaca maklumat penulisan orang lain. Dari situ kita belajar dari sudut bahasa, gaya menulis dan topik sesuatu artikel itu.

Katakan anda menjual produk kecantikan. Anda boleh menulis pelbagai tips-tips dan panduan bagaimana untuk menjaga kecantikan dalaman dan luaran melalui gaya hidup yang sihat.

Idea atau artikel kita boleh cari di internet, buku dan majalah. Banyak maklumat ini. Sesuaikan dengan produk yang anda ingin jual.

Artikel yang kita tulis dan post di blog akan kekal selagi platform ini wujud dan boleh dicapai oleh pengguna internet. Artikel ini tidak akan mati dari di akses oleh sesiapa sahaja dari seluruh dunia.

Ini terbukti dimana, artikel yang saya tulis dari tahun lepas, sehingga ke hari ini masih lagi di cari oleh pengguna internet. Secara tidak langsung, blog saya sentiasa menerima kehadiran pelawat (traffik).

Asah penulisan kita dengan sentiasa membaca dan menulis. Perlahan-lahan gaya penulisan kita akan bertambah baik.

Saya suka anda memiliki blog sendiri kerana dengan blog kita boleh saling menolak dan menarik traffik dari platform lain. Traffik blog boleh dipindahkan ke facebook, instagram, twitter, pinterest, website, e-commerce dan begitu juga sebaliknya.

Jika kita berniaga di internet, jangan abaikan platform-platform berpotensi ini. Setiap platform ada followernya. Sebagai follower mereka nak tau apa yang kita update setiap hari. Jadi, kenalah update selalu.

Kredibiliti kita akan terbina dengan baik jika kita menulis blog dengan artikel yang memberi manfaat kepada orang lain. Lama-kelamaan, kita akan memiliki traffik, pelawat atau follower yang setiap dan ini membantu kita untuk mendapat manfaat dari segi pendapatan.

Bagaimana kita boleh buat duit dengan blog?

Kita boleh menulis review produk-produk tertentu dengan membuka ruangan advertorial ataupun menyertai program affiliate.

Kita boleh menjadi publisher untuk syarikat pengiklanan online seperti Nuffnang, Google Adsense, Dailymotion, Chitika, SpeedyAds, Simply dan banyak lagi. Hanya pasang kod iklan di blog gadget atau di blog template, ini juga membantu kita menjana pendapatan dengan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh syarikat.

Sebagai pemilik blog anda bebas nak tulis topik apa sekali pun. Anda nak fokus pada perkongsian tertentu atau tidak, itu terpulang kepada anda.

Dalam artikel ini, ada banyak lagi tips dan panduan ingin saya kongsikan dengan anda. Untuk lebih memahami bagaimana anda boleh buat income dengan blog, saya mengalu-alukan anda untuk menyertai bengkel blog yang bakal saya adakan pada 30hb November 2014 di bilik seminar, NS Consultation & Management (NSCM), Putra Heights.

Sesi praktikal ini akan saya umumkan di laman facebook page saya di www.facebook.com/noorizamshah (anda boleh klik like dan follow). Saya akan berkongsi pengalaman saya di dalam sesi ini dan saya pasti jika anda mendalami ilmu ini, untung hasilkan pendapatan dengan blog bukan lagi satu perkara yang sukar dan mustahil.

Tuesday, October 28, 2014

Etika Mempromosi Produk Di Internet, Jangan Salah Langkah!

Ada orang berpendapat dengan menghantar mesej promosi kepada sesiapa sahaja di internet, ia memberi potensi untuk kita mendapat pelanggan.

Menghantar mesej promosi direct tanpa kebenaran mereka digambarkan sebagai aktiviti tidak beretika. Kepada anda yang suka hantar spam promosi kepada orang lain, saya nak tanya, adakah anda suka "rumah" anda dipenuhi dengan beribu atau berjuta mesej promosi tanpa kebenaran anda?

Anda suka setiap hari ada wakil insuran atau pihak bank call mengganggu anda? Anda sedang mesyuarat anda diganggu dengan panggilan telefon. Anda sedang membuang hajat dalam tandas pun masih ada deringan telefon.

Saya percaya, anda juga tidak selesa dengan situasi ini.

Spam ini bukan sahaja mesej promosi. Apa juga aktiviti yang dikirimkan kepada kita tanpa kebenaran juga boleh diandaikan sebagai spam. Maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dan berkeperluan yang dihantar kepada kita boleh menyebabkan fokus, aktiviti kerja kita terganggu. Kita perlu delete dan nyah maklumat berulang-ulang kali.

Apakah contoh-contoh aktiviti spam di internet?

1. Menghantar emel kepada penerima yang tidak dikenali berkali-kali. Ada yang menggunakan software grab beribu emel di internet, kemudian menghantar mesej ini dengan 1 klik.

2. Anda baru sahaja approve friend request dari seorang pengguna facebook yang anda tidak kenali, kemudian dalam beberapa saat atau minit kemudian beliau menghantar mesej promosi di dalam inbox atau wall facebook anda tanpa anda meminta pun maklumat itu.

3. Anda menulis blog dan diruangan komen mempunyai banyak komentar berkaitan topik yang dibincangkan, kemudian terpapar satu komen yang mempromosikan sesuatu yang tidak ada kena mengena pun dengan topik yang dibincangkan.

4. Iklan FB Ads anda sedang berjalan dan dipaparkan kepada target audien. Dalam banyak komen-komen prospek anda, terpapar satu komen dari pengguna fb yang mempromosi produk mereka di iklan anda.

Jika anda seorang yang suka menghantar mesej seperti contoh di atas, anda perlu tahu bahawa;

Promosi di online tidak sama seperti  di offline. Kita hanya promosi kepada pengguna yang berminat dengan maklumat kita sahaja.

Sebagai contoh, jika saya berminat dengan pelan insurans yang ditawarkan oleh ejen insurans yang mempromosi di internet, saya sendiri akan hubungi mereka. Jika saya berminat dengan pelan kad prepaid Tunetalk, saya akan hubungi wakil penjual yang mempromosi produk ini.

Kita sebagai penjual dalami ilmu setiap hari, fahami apakah etika yang bagus dan berkesan untuk promosi sesuatu produk atau perkhidmatan di internet.

Nak tau lebih detail apa itu spam? Google je! :)

P.s: Spam dan Scam membawa maksud berbeza.

Allah Itu Sebaik-baik Perancang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, 2 hari Allah beri saya sakit tekak dan batuk. Ujian Allah dengan cuaca tidak menantu sekarang ini, kita lupa menjaga kesihatan.

Pernah tak kita terfikir kenapa Allah beri pada kita sakit? Kadangkala kita lupa nikmat sihat yang Allah berikan pada kita. Bila kita sihat kita tidak banyakkan beramal sedangkan kita mampu. Bila kita sihat kita kurang mengingati Allah, kita sibuk dengan hal-hal keduniaan.

"Sakit itu adalah satu ujian. Ujian itu penghapus dosa"

Saya baru diuji sakit seperti ini. Ada orang lain diuji lebih lagi dari saya. Berkat sabar, berdoa kepada Allah dan mengambil ubat, sakit yang saya alami dah berkurang. Alhamdulillah.

Allah tak minta kita goyang kaki tanpa berikhtiar. Tanpa makan ubat dengan hanya memohon doa kepada Allah, itu tidak memadai. Allah mahu kita berusaha. Dengan berusaha itu, ia menjadi asbab Allah memudahkan pertolongan kepada kita.

Sama juga dalam bisnes. Tidak akan berjaya seseorang itu dengan hanya berdoa sahaja tanpa melakukan ikhtiar. Kita perlu berusaha dengan berilmu.

Usaha dengan ilmu, kemudian berdoa dan bertawakal kepada Allah, inshaAllah Allah memudahkan perjalanan kita.

Hari ini saya usahakan banyak cabang perniagaan. Ia bukanlah jaminan semua perniagaan yang saya usahakan itu berjaya. Biarpun saya berdoa setiap hari kepada Allah, tanpa usaha yang bersungguh-sungguh yang belum tentu menjamin kejayaan hebat dalam perniagaan saya.

Saya berusaha bersungguh-sungguh walaupun hanya tidur 3 jam sehari, tanpa ilmu berniaga yang betul, ia juga belum tentu menjamin kejayaan hebat dalam perniagaan saya.

Jika kita berhadapan ujian, ingatlah kepada Allah. Ada sebab Allah uji kita di dunia. Bersabar dan janganlah kita menyalahkan Allah di atas kegagalan kita.

Kita merancang, tetapi Allah itu sebaik-baik perancang.
Friday, October 24, 2014

Sini Ada Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun - Awal Muharram


Selamat menyambut Awal Muharram. Jangan lupa baca doa akhir tahun dulu, kemudian baru bawa doa awal tahun.

 


PENGERTIAN AWAL MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah)

Sebelum rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi

Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah

Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan

Pada 10 Muharam juga telah berlaku

Nabi Adam bertaubat kepada Allah
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
Hari pertama Allah menciptakan alam
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat
Hari pertama Allah menurunkan hujan
Allah menjadikan ‘Arasy
Allah menjadikan Luh Mahfuz
Allah menjadikan alam
Allah menjadikan Malaikat Jibril
Nabi Isa diangkat ke langit

AMALAN-AMALAN SUNAT

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam

Berpuasa

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun

Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali

Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

Melapangkan masa/belanja anak isteri : Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini

Memuliakan fakir miskin : Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

Menahan marah : Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha

Menunjukkan orang sesat : Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

Menyapu/mengusap kepala anak yatim : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya

Bersedekah : Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini

Memelihara kehormatan diri : Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan

Mandi Sunat : Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala”

Bercelak : Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu

Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali : Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti

Sembahyang sunat empat rakaat : Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala”

*Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali

Menjamu orang berbuka puasa : Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa

Puasa (Niat) – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala “  : Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

Pautan sumber : http://www.mysumber.com/bacaan-doa-akhir-awal-tahun-hijrah-dan-amalan-sunat.html#ixzz3H3FphhYX


Cara TeleMarketing Closing Dengan Menjual Nama Bank



"Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan encik Noorizam Shah Bin ..... ?"

"Ya, saya"

"Ya, encik Noorizam Shah, saya dari pihak Bank RHB, Tahniah ya encik, saya ingin memaklumkan kepada encik Noorizam Shah telah terpilih untuk menerima pelan bla bla bla bla di mana encik Noorizam Shah akan bla.. bla.. bla.. bla.."

"Tapi, saya tak pernah menyimpan duit dalam akaun Bank RHB"

"Ya, tak mengapa encik, walaupun cik ada buat apa-apa urusan di RHB, cik juga layak dipilih boleh pihak bank"

"Kejap.. kejap, saya nak tanya berapa komisyen yang you dapat untuk close saya ni"

"Err. err.. itu encik tak boleh tahu.. itu privacy kami"

"Owh.. kalau begitu, macam mana bank boleh berikan maklumat peribadi saya kepada awak, kerana ini adalah maklumat peribadi saya"

"Encik, dulu encik ada sign borangkan untuk bersetuju supaya maklumat encik boleh digunakan untuk tujuan pemasaran"

"Bila masa pula saya bersetuju?, sekarang pun saya tak bersetuju dengan tawaran yang awak tawarkan sebab ia bukan percuma. Saya perlu letak komitmen lagi kepada bank. Boleh saya tahu berapa komisyen yang awak dapat?"

"Maaf ya encik, kalau macam itu, encik boleh call nombor ni. 03 bla bla bla bla minta bank cancel supaya tidak kongsikan maklumat encik bagi tujuan pemasaran"

Teeetttttttt...

Macam itu lah antara skrip pembuka bicara telemarketing samada dari syarikat-syarikat yang berkepentingan untuk menawarkan sesuatu kepada anda.

Bila dilayan, memang nampak macam menarik, tetapi berapa ramai yang mampu nak letak komitmen bulanan jika dah banyak syarikat yang tawarkan macam-macam pelan dengan kita?

Minggu ini sahaja ada banyak bank yang call saya tawar macam-macam plan. Dari public bank, RHB, Affin Bank, CIMB, Maybank macam-macam bunyi pakej yang diaorang sebut sampai saya sendiri pun blur.

Tahukah anda, maklumat peribadi kita seperti umur, no kad pengenalan, akaun bank, tempat tinggal, taraf perkahwinan, jumlah pendapatan atau apa sahaja maklumat peribadi kita kini telah dijual atau dikongsi dengan pihak-pihak tertentu bagi tujuan menambahkan lagi komitmen kita.

Terutamanya bank. Bank sangat suka kalau kita dapat beri komitmen dengan mereka. Mereka sangat mahu kita masukkan duit ke dalam bank mereka. Tak kiralah samada bayar pinjaman ke, atau simpanan asalkan duit masuk ke bank mereka, mereka pasti suka.

Apa yang saya faham, bank ini setiap hari ada kouta untuk pengeluaran. Katakan kouta sehari bank adalah RM25 juta ringgit. RM25 juta itu adalah dalam bentuk tuan. Jika semua orang withdraw cash RM25 juta dalam masa satu hari, bank boleh rugi.

Sebab tu kalau sesiapa yang nak keluarkan duit berjuta ringgit dia kena request dulu. Kadang-kadang kena tunggu beberapa hari, baru boleh dapat wang tunai.

Mengenai telemarketing, ia teknik yang berkesan. Tetapi kalau skrip ini dah berulang kali diguna pakai, mungkin kesannya tidak lagi berguna sebab prospek dah tahu si penjual nak cakap apa.

Ia sesuai untuk prospek yang baru pertama kali. Ia pasti tidak berkesan untuk prospek yang dah banyak kali dapat call. Kalau kena kat saya, saya akan tolak tawaran itu.

Pihak telemarketing nampaknya kena ubah skrip lain untuk tackle saya. :)

----------------

Anda ada pengalaman kena call macam saya tak? Share pengalaman anda kat bawah ni. :)
Wednesday, October 8, 2014

Kepentingan Mengambil Kolagen (Anda Perlu Baca Ini)

Terima kasih kepada semua pengguna setia EMORRA Glow C "Collagen + Stem Cell" yang terus mengamalkan supplement terbaik untuk tubuh badan.

Alhamdulillah, sejak supplement collagen ini berada di pasaran pertengahan tahun lepas, produk ini telah berjaya dijual lebih dari 30,000 botol.

Terima kasih atas sokongan anda!

Kali ini, saya nak berkongsi info mengenai kepentingan mengambil kolegan dalam badan kita.

Masyarakat di bandar hari ini semakin ramai yang mengambil tahu mengenai collagen. Kalau anda lihat di pasaran hari ini, banyak sangat produk-produk makanan dan minuman tambahan yang mengandungi kolagen. Ada pelbagai jemana dan salah satu jenama sangat popular sekarang ialah EMORRA Glow C "Collagen + Stem Cell".

Namun begitu, anda perlu hati-hati dengan produk-produk jenama lain yang melambak di pasaran kerana ada yang menggunakan kolagen sintetik dan ini boleh memudaratkan kesihatan anda. Jangan sampai anda tersalah beli! Buruk padahnya!

Alhamdulillah, kami di EMORRA menggunakan 100% kolagen semulajadi yang terbaik, bersih dan halal.

Sebut sahaja collagen,

Tahukah kita apa itu collagen?

Collagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protien di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Dari pandangan saintifiknya, collagen ini disusun tiga rantai polipetida (monomer protien) yang terpilih membentuk rangkai triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Dalam tubuh badan kita, Kolegen terdapat di mana?

Jika anda nak tahu, kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum, tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.


Apakah kepentingan kolagen kepada badan anda?

Badan kita memerlukan kolagen untuk melawan kemerosotan tubuh akibat proses penuaan. Tanpa kolagen, kulit kita akan suram, kedut-kedut mula kelihatan, rambut menipis dan beruban. Keadaan ini berlaku bila kita meningkat usia kerana pada masa itu badan kita tidak lagi menghasilkan collagen.

Kehilangan kolagen di dalam tisu penghubung iaitu "tendon", ligamen, "muscle" dan "cartilage" menyebabkan pengurangan sokongan kepada struktur sendi. Keadaan ini menyebabkan kesakitan yang dipanggil "arthritis" clan kecederaan " muscolo- skeletal" .

Kolagen berfungsi sebagai ejen "chondroprotective", dimana ia melindungi "cartilage" daripada berkurangan. Kolagen merupakan bahan yang digunakan untuk pembentukan dan pembaikan 'cartilage'.

Ia juga boleh mengurangkan kerosakan kepada sendi dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kesakitan sendi dan bengkak.
Mengapa kita perlu menggantikan collagen?


Sekiranya pengeluaran kolagen berkurangan, badan kita terutamanya kulit akan menjadi kering. Kekurangan ini jelas kelihatan di permukaan kulit dengan kedutan atau kulit yang nampak kering. Masalah ini sebenarnya berpunca dilapisan kedua kulit (dermis) dimana terdapatnya kolagen, “elastin” dan kelembapan.

Dermis di dalam muka terdiri daripada kebanyakannya kolagen. Apabila kolagen berkurangan keadaan kulit menjadi lebih teruk. Pengambilan kolagen seperti dalam bentuk tablet  (seperti pengambilan EMORRA Glow C "Collagen + Stem Cell" membantu badan untuk menambah dan memperbaiki kolagen yang didapati di bahagian-bahagian seperti kulit dan juga berfaedah kepada ligamen, tulang, sendi, 'muscle', 'tendon', gusi, gigi, mata, saluran darah, kuku dan rambut.

Kebaikan EMORRA Glow C "Collagen + Stem Cell"

Dalam post-post sebelum ini dah banyak diterangkan mengenai kebaikan mengambil EMORRA Glow C "Collagen + Stem Cell".

Pengambilan kolagen tambahan membantu pembentukan semula tisu-tisu penghubung. Ini telah dibuktikan sebagai satu kaedah anti penuaan. Kolagen boleh mencegah tanda-tanda awal penuaan. Dengan pengambilan kolagen secara berterusan, anda akan dapat menikmati kehidupan dengan wajah jelita dan muda.

Bilakah masa yang sesuai menggunakan collagen?

Untuk mencapai keberkesanan terbaik, kolagen harus diambil pada waktu malam sebelum tidur kerana masa puncak untuk pembaikan dan pembentukan semula sel adalah selepas 2 jam tidur atau dikenali sebagai "alpha cycle". Collagen drink Kolagen juga digalakkan diambil diwaktu pagi. Bagaimanapun kolagen boleh diambil pada bila-bila masa kerana ianya adalah sejenis protein.


Khasiat Buah Oren Yang Ramai Tidak Tahu

Buah yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia ternyata mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan pencegahan penyakit.

Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal. Malah, khasiat yang terkandung di dalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.

Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori.

Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Sebiji oren segar bersaiz sederhana cuma mengandung 60 – 80 kcal kalori.

Walaupun oren mengandungi karbohidrat, tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, dan sukrosa. Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan.

Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Ini bermakna ia akan membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Dengan mengambil sebiji oren bersaiz sederhana dalam diet harian, anda memperolehi serat makanan kira-kira 30g. Jumlah ini sudah mencukupi keperluan harian tubuh badan (jumlah yang disarankan ialah sekitar 25 g sehari).

Antioksidan yang sangat baik
Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.

Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.

Secara signifikan, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian memang telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.

Tingkat pengambilan makanan dengan kandungan folat yang tinggi, seperti oren segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.

Vitamin C dalam buah- buahan, termasuk oren secara ilmiah juga boleh dijelaskan peranan positifnya dalam memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser. Oren merupakan salah satu buah yang memiliki ejen perlindungan terhadap kanser yang tinggi. Malah ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.

Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin C dalam tubuh badan, anda disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.

Kulit pun cantik
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit, sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.

--------------------



EMORRA BE SLYMM :
==============

COKLAT OREN PEMBAKARRR LEMAK 3X LEBIHHH CEPAT

Memperkenalkan produk EMORRA BE SLYMM 100% ORIGINAL.

❥ Produk diet terbaru yang sedang hangat di pasaran. Emorra Be Slymm membantu anda membakar lemakkk dan kalori 3 kali ganda lebih pantas dari plan diet anda sekarang supaya anda boleh lebih cepattt tampak kurusss, langsingg dan menawan berbanding rakan-rakan gemukkk anda.

================================

KELEBIHAN & KEBAIKAN EMORRA BE SLYMM

✔Bakar lemak & Kalori dengan pantasss
✔Meningkatkan metabolism dengan selamat
✔Mengurangkan selera makan
✔HALAL (JAKIM)
✔Selamat & mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM)
✔Carbohydrate blocker (Bila makan nasi, Be Slymm akan terus bakar)
✔100% Tiada kesan sampingan
✔Ibu menyusu boleh minum

================================

KANDUNGAN UTAMA
✔ African Mango,
✔ Grape Seed,
✔ Garcinia Cambogia,
✔ Maquiberry,
✔ Vegetable Concentrate,
✔ Psyllium Husk,
✔ Fruits Fiber

================================

9 FAKTA ANDA PERLU TAHU TENTANG EMORRA BE SLYMM
☑Membakarrr lemak dan kalori 3 kali ganda lebih cepattt berbanding produk diet lain.
☑Meningkatkan metabolism tubuh badan
☑Mengurangkan selera makan supaya anda tidak selalu berasa sentiasa lapar
☑Membakar lemak dari dalam.
☑Menghalang karbohidrat yang menjadi punca utama OBESITI
☑Dibuat 100% natural dari sumber alami
☑Tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan
☑Boleh diminum oleh semua golongan termasuk ibu yang menyusu

================================

☞ SIAPA YANG SESUAI MENGGUNAKAN EMORRA BE SLYMM
✔Untuk golongan yang bakal berkahwin.
✔Untuk segak, cantik dan bergaya di hari penting akan datang
✔Untuk mereka yang baru melahirkan anak kembali langsing.
✔Untuk yang mengalami masalah beratt badan
✔Untuk lelaki yang berattt badan bertambah selepas berkahwin
✔Untuk isteri yang ingin suami kembali kurusss
✔Untuk isteri yang mahukan perhatian lebih dari suami

================================

☞ CARA PENGAMBILAN
* Paling baik diambil sebelum bersenam di pagi hari (comfirm peluh mencurah2).
* Ambil 2-4 scoop sekali sehari sebelum sarapan.
* Boleh juga ambil 2-4 scoop 2 kali sehari mengikut kemampuan.(untuk kesan lebih cepat)
* Masukkan 2-4 scoop dalam shaker bersama 150ml air kosong atau air masak (sejuk) dan kacau. Goncang sehingga sebati. Elakkan menggunakan air panas/suam.
* Minum dengan serta merta selepas dikacau.
*Berperisa coklat oren yang sangat lazat.

================================

PERINGATAN!
* Minum banyak air minima 2 liter sehari semasa pengambilan EMORRA BE SLYMM.
* Simpan di tempat kering pada suhu bilik.

================================

EMORRA BE SLYMM
=============

HARGA SEBENAR: RM160(SM), RM165(SS)
HARGA JUALAN SEKARANG : RM150(SM), RM155(SS)
free pos. free shaker. free scoop. free manual diet book

Untuk membeli pada harga promosi istimewa, layari web http://www.emorra.com
Monday, October 6, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha


Tahun ini ayah buat ibadah korban untuk kami sekeluarga. Lembu hitam ni adalah lembu yang dikorbankan untuk kami adik beradik termasuk ayah dan mak. Semoga ibadah korban kami ini diterima oleh Allah s.w.t.

Nabi SAW telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dengan menyebut nama Allah SWT dan bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

--------------------------------------------------------------

Sempena cuti hari raya ini, saya nak buka peluang kepada anda yang nak sign up stokist EMORRA. Tahun 2015 nanti kami ada beberapa perancangan menarik untuk stokis-stokis negeri kami.

Untuk info lanjut, sila layari www.emorra.my kemudian sila whatapps saya di 012-9127100. Ada banyak kekosongan hotspot yang perlu diisi oleh stokis berpotensi.

Semak lokasi yang available dan lock segera. Whatapps saya di 012-9127100 dengan segera ya.


Friday, October 3, 2014

Sifat Tawakkal Burung



Salah satu makhluk Allah iaitu BURUNG keluar pada waktu pagi dengan keadaan perut yang kosong dan apabila petang dia balik dengan perut dan paruh dia SARAT dengan makanan.

Itu sifat TAWAKKAL burung.
Kita ini makhluk Allah yang diberikan AKAL, bukan sahaja lebih baik dari burung bahkan seluruh makhluk dia.

Sekarang ini jangan MERUNGUT, dengan penuh rasa SANGKAAN baik pada Allah, setelah selasai menunaikan solat dan mengingatinya maka bertebaran lah di muka bumi Allah mencari kurniaan Allah.

Rancang baik-baik..

- Kalau anda di FB, mulakan IKLAN anda.
- Kalau anda di Kedai, mulakan senyuman dan tawarkan produk & Servis anda.
- Kalau anda meniaga makanan, masak sedap-sedap dan tawarkan makanan anda.
- Kalau anda berkerja di Pejabat, sempurnakan tanggungjawab anda.
- Kalau anda buat NETWORKING maka email, PM, followup, call prospek anda
- Kalau buat Coaching, ajarkan portege anda hingga berjaya
- Kalau anda bertani, berbaktilah pada tanah kerana tanah akan memulang budi anda dengan hasil yang banyak.
- dan banyak lagi

Lapangkan dada kita dengan berkata pada hati kita, BUKAN aku yang memberi rezeki bahkan Rabb ku lah yang memberikan rezeki kepada ku maka tepatilah janji kita pada Allah untuk menunaikan solah 5 waktu tepat pada waktunya dan menyuruh ahli keluarga dan mengajak yang lainya menunaikan solah.

Semoga Tuan-Tuan pulang dengan rezeki yang banyak dan berkat pada petangnya nanti.

Sumber dipetik dari facebook.
Wednesday, October 1, 2014

Kisah Pakcik Tua Jual Keropok Ikan Yang Meruntun Jiwa


Selepas hantar anak saya ke sekolah, saya terus masuk ke pejabat seperti biasa. Kemudian saya keluar semula atas beberapa urusan di Shah Alam.

Selesai urusan, saya turun ke tingkat bawah Plaza Alam Sentral untuk makan tengahari. Mana lagi kalau bukan Restoran Anis Sup Utara. Selepas duduk dan memilih menu makanan, ekor mata saya nampak kelibat seorang pakcik tua dari jauh mengendong sesuatu datang masuk ke restoran.

Meja pertama yang dihampiri adalah meja saya memandangkan saya duduk di tepi sudut pintu masuk.

"Assalamualaikum, beli keropok cik," suara pakcik tua dalam loghat Kelantan. Suaranya perlahan hampir tidak kedengaran. Melihat pakcik tua, teringat wajah ayah saya di kampung. Boleh jadi lebih usia atau hampir seusia.

"Tak apa, terima kasih", balas saya sambil memandang wajah pakcik dengan angguk senyum. Kemudian saya menukar pandangan ke arah smartphone saya dengan alasan supaya pakcik berlalu pergi. Sebenarnya hati saya ni sangat lemah dan mahu sahaja membantu, tetapi tidak tahu kenapa bisik hati kata, "takpalah. janganlah."

Allah sedang menguji hambanya.

Pakcik ini masih berkata sesuatu kepada saya seperti mahu saya membeli keropok ini walaupun suaranya saya tidak jelas dan faham. Yang saya dengar, "Beli cik, buat bantu anak mengaji sekolah".

Bila saya kata, "tak mengapalah, terima kasih", akhirnya beliau menghulurkan tangan dan memohon salam dari saya. Saya hulurkan tangan bersalam dan pakcik terus berlalu ke meja seterusnya.

Kemudian, isteri saya menegur, "Bang, itu bukan keropok yang sedap tu ke? Rasanya mak beli keropok macam tu lah. Sedap. Susah nak dapat keropok sedap"

"Ya ke sedap? Mana tahu sedap? Kalau betul, beli lah" balas saya semula.

Ekor mata saya masih memerhati pakcik ini dari satu meja ke satu meja. Beberapa orang memberi wang dan membeli. Ada juga tidak.

Sebelum pakcik ni berjalan keluar dari restoran, saya lambaikan tangan memanggil pakcik. Beliau datang perlahan kepada saya,

"Berikan sebungkus keropok pakcik", pinta saya.

"Berapa ni pakcik?", isteri saya mencelah.

"Sepuluh ringgit je cik, buat bantu anak mengaji sekolah", dengan suara perlahan hampir tidak didengari. Boleh jadi pakcik ni bukan orang sini. Orang siam barangkali.

Baju melayu putihnya sangat lusuh. Kopiahnya juga begitu. Wajahnya penat. Meruntunkan hati saya melihat pakcik. Sekali lagi sebelum berlalu pergi, sesudah wang diberi, beliau hulurkan tangan untuk bersalaman. Saya balas juga dengan senyuman.

Pakcik tua terus berlalu pergi. Kebetulan di luar, seorang anak muda yang bekerja di restoran berselisih dengan pakcik tua dan bersalaman sambil mencium tangan pakcik si penjual keropok.

Saya beritahu isteri saya, "Harapan semoga si anak ini tahu bagaimana susahnya ayah dia membesarkan dengan mencari nafkah, menjual keropok dari meja ke meja, menahan malu mengharap supaya ada orang membeli. Jika si anak berjaya, hargailah ayahnya tanpa lupa diri"

P.s: Tak sempat nak snap gambar pakcik dan tak sempat nak belanja pakcik makan tengahari. Saya doakan pakcik dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search