Tuesday, January 20, 2015

6 Teknik marketing kajian Edward De Bono.

6 Teknik marketing kajian Edward De Bono.

(Gambar dipetik dari: http://resources2.news.com.au)


Saudara Aqif Azizan berkongsi tip di dalam email seperti berikut:

Marketing ini ibarat sains dan seni.

Sains itu boleh dikaji. Seni itu pula datang dari bakat.

Apakah sains marketing yang telah terbukti keberkesanannya?

===
Teknik marketing cara 6 Thinking Hats.
===

Apabila menghasilkan kempen-kempen marketing, kita boleh gunakan pendekatan pengasas 6 Thinking Hats iaitu Edward De Bono.



6 Topi berfikir yang beliau asaskan adalah:

1) Topi putih.

2) Topi merah.

3) Topi kuning.

4) Topi hitam.

5) Topi hijau.

6) Topi biru.

Setiap topi ini mempunyai kepentingan dan emosi yang berbeza-beza. Kita boleh gunakan untuk mempengaruhi emosi pelanggan dari sudut yang pelbagai.

===
1) Topi putih.
===

Topi putih melibatkan elemen fakta dan neutral. Fakta boleh jadi positif atau negatif.

Kempen marketing juga boleh fokus pada penggunaan fakta-fakta bagi mempengaruhi pelanggan.

Contohnya:

"1,257 pelanggan sudah beli produk kami. Anda mahu cuba?"

===
2) Topi merah.
===

Topi merah pula menggunakan emosi secara total. Seperti marah, suka, gembira dan sebagainya.

Cara terbaik menggunakan kempen marketing topi merah adalah menerusi luahan pelanggan yang beremosi.

Contoh?

"Gembiranya saya kerana kulit semakin cerah."

===
3) Topi kuning.
===

Topi ini menggunakan elemen-elemen positif terhadap pendapat dan juga fakta.

Sama seperti topi pertama. Bezanya adalah fokus topi kuning adalah pendapat dan fakta yang positif.

===
4) Topi hitam.
===

Topi hitam pula fokus kepada pernyataan pendapat atau fakta yang negatif.

Kata-kata negatif juga boleh mempengaruhi pelanggan jika mesejnya disalurkan dengan betul.

Contoh:

"Bila-bila masa kita akan meninggalkan dunia. Adakah keadaan keluarga kita hidup bahagia atau derita, apabila kita sudah tiada?"

Saya cuba menulis secara berhati-hati untuk mesej di atas.

===
5) Topi hijau.
===

Topi hijau ini agak sukar.

Kerana ia bergantung pada elemen kreativiti dan idea baru. Berkait rapat dengan inovasi terhadap sesuatu.

Gunakan topi ini untuk kempen marketing, sekiranya produk atau servis kita memang berinovasi.

===
6) Topi biru.
===

Topi terakhir ini pula mengizinkan kita untuk mengambil benda yang berkesan dan menguruskannya supaya lebih baik.

Contohnya, kita terjumpa ayat iklan yang sangat bagus dan buatkan kita terpengaruh.

Lalu kita ambil ayat itu dan menggunakan pendekatan berikut:

1) Mengurangkan ayat yang tidak perlu.

2) Menambah ayat bagi penambahbaikan.

3) Menyusun ayat supaya lebih kemas.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search