Apa khabar eBay pada tahun 2015 ini?
Yang pasti penghujung tahun 2014, ramai usahawan eBay berjaya menghasilkan jualan besar sempena perayaan Krismas yang lalu. Mereka yang dah berkecimpung dalam bisnes ini pasti tahu kenapa saya katakan perayaan Krismas beri banyak manfaat kepada penjual di eBay.
Tahun ini dikhabarkan ramai usahawan eBay mula merancang rentak bisnes 2015 di eBay. Ramai yang nak comeback katanya!
Dengan situasi dollar Amerika semakin menguncup, ada yang berpendapatan inilah masa terbaik untuk dapatkan gandaan ringgit dengan menjual produk luar negara.
Jika sebelum ini purata 1 USD bersamaan RM2.90. Sekarang nilai 1 USD telah membesarkan nilai ringgit kepada RM3.50.
Usahawan produk digital bagi pasaran luar negara seperti Clickbank pasti suka akan perkembangan ini. Menjual ebook dengan zero cost untuk "restock" pasti membesarkan kantung akaun-akaun mereka.
Biar pun banyak cabaran untuk menjual di eBay bagi usahawan baru, itu bukan menjadi halangan bagi mereka yang benar-benar serius dan nampak potensi besar ini.
Nasihat saya untuk usahawan baru, siap sedia akaun bisnes anda di eBay mulai sekarang. Siap sedia dengan produk-produk berpotensi untuk pasaran lubuk duit ini! Kaji produk-produk terbaru dan yang punya permintaan di laman-laman web dropship antarabangsa, kaji trend-trend semasa di dunia.
Kenalpasti dan mulakan deal dengan pembekal-pembekal produk anda samada dalam negara atau luar negara. Mereka yang belum ada experience menjual, dapatkan pemahaman ilmu-ilmu bisnes eBay ini dengan cari rujukan-rujukan yang relevan dan boleh membantu anda setup bisnes anda langkah demi langkah.
Antara panduan yang boleh anda pelajari ialah dari ebook Kuasalelong.com
Dapatkan pendedahan experience sebenar dan minimakan risiko bermula tanpa ilmu didada. Sekarang adalah tahun yang memerlukan anda mendalami lebih banyak ilmu. Cabaran hidup sentiasa ada untuk setiap orang.
Kita akan jadi lebih bersedia dengan cabaran hidup bilamana kita sendiri telah siapkan diri dengan ilmu.
Jumpa lagi,
- NS