Thursday, February 5, 2015

Taktik Ejen Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu



Anda seorang yang ada masalah kewangan? Kesempitan duit? Nama anda blacklist? Langsung tak boleh buat pinjaman bank? Ctoss, Ccris?

Kemudian anda ternampak iklan yang menyatakan bahawa mereka yang blacklist Ctos dan Ccris boleh memohon pinjaman! Dan anda tidak berurusan dengan syarikat pinjaman berlesen atau Ah Long!

Nasihat saya, berhati-hati!

Walaupun memang ada ejen pinjaman yang betul-betul telus untuk membantu, tetapi masih ramai ejen yang mengambil kesempatan atas masalah anda.

Mereka bukan nak sangat tolong anda, tetapi lebih kepada untuk dapatkan keuntungan mudah dengan meminta duit UPFRONT daripada anda.


Antara taktik ejen yang suka minta upfront adalah seperti berikut:

1. Mereka cukup suka untuk mendapatkan mangsa-mangsa yang dalam keadaan terdesak seperti waktu dekat-dekat nak raya, yang tersontot akibat pelaburan emas, yang nak pakau duit cepat terutama yang tersepit dengan beban hutang lain (kereta kena tarik dengan bank).

2. Ejen akan tetapkan slot, masa untuk submit dan minta anda bayar upfront dengan kadar segera. Sebagai contoh, tarikh akhir untuk submit adalah hari isnin sebelum jam 5.00 petang. Tup...tup..tupp esok lusa buka lagi slot yang sama (sepertinya tak ada tarikh spesifik pun untuk submit)

3. Sekiranya kita minta kos upfront dibayar selepas loan lepas, ejen ini akan beri alasan seperti;
"Kami dah banyak kali kena, peminjam tak bayar, peminjam lari"
"Tak boleh.. itu syarat kami, penat lelah kami"

4. Dan satu lagi alasan upfront selalunya berkaitan dengan alasan untuk adjust dokumen untuk pihak-pihak tertentu.

Begini,

Kalau anda tidak ada rekod pembayaran pinjaman di bank yang cantik, saya cadangkan tak payahlah nak cuba submit dengan ejen-ejen yang minta upfront ini. Kalau sikit tak apa juga.. ini sekali nak bayar sampai RM200-RM350. Nak rasa hangus duit begitu sahaja, cubalah submit.

Terbaik adalah, anda minta nasihat pegawai kewangan bertauliah atau pun pegawai bank. Anda boleh semak maklumat Ctos, Ccris anda di Bank Negara. Dapatkan salinan bercetak dari BNM, lihat jadual perjalanan pembayaran pinjaman anda. Dari situ perbaiki dan perbetulkan semula pembayaran.

Nak lebih baik, anda hubungi je pihak bank yang anda berhutang dan minta mereka reschedule semula loan anda. Mungkin sebelum ini anda perlu bayar pinjaman RM500 sebulan. Selepas diselaraskan, anda hanya bayar RM250 sebulan. Bayaran rendah. tahun untuk jelaskan pinjaman jadi lebih panjang.

Tak apa lah.. setidak-tidaknya anda tak lagi runsing dengan beban nak bayar komitmen yang tinggi tiap-tiap bulan. Disamping tu, usaha cari jalan untuk tingkatkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

Buat bisnes tambahan seperti jual kad prepaid, buat bisnes jual produk guna platform dropship, berniaga jual nasi lemak atau buatlah apa-apa perniagaan berdasarkan bakat, minat dan kepakaran anda.

Jika ada masalah kewangan.. perkara pertama.. elakkan pinjam dari ah long atau syarikat pinjaman berlesen. Walaupun pinjam dengan mereka senang.. tapi interestnya tinggi dan ancaman kepada diri serta keluarga sangatkan berisiko!


Bak kata org, kalo da tau rekod x cntik, x payah la,
kalo nk cube gak, hati2 ngan 4 perkara kt atas, 

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search