Saturday, November 28, 2015

Petua Untuk Meredakan Masalah Bentan Untuk Wanita Dalam Pantang Bersalin

Dalam satu minggu ni, isteri saya mengadu rasa nak pitam, badan sengal-sengal, rasa sejuk dan nak demam.

Macam-macam kaedah cuba dibuat. Letak minyak angin, letak param kat dahi dan belakang badan. Last-last cari punya cari kat internet, jumpa salah satu cara untuk mengurangkan masalah bentan (setakat ni saya tak boleh lagi guna perkataan merawat).

Cara yang pertama

Minum air sarsi. Air sarsi tu kalau boleh jangan jenis yang berkarbonat ataupun sejuk (dicampur ais atau disimpan sejuk).

Terbaek buat air sarsi kordial tu. Try la buat dalam air suam atau panas. InshaAllah, petua ni boleh membantu isteri anda.



Satu lagi cara ialah mengguna akar belimbing tunjuk. Ni petua orang-orang tua. Katanya, ambil masa tengahari jumaat, selawat atas nabi sepanjang mengambil akar belimbing tunjuk itu dan niatkan semasa mengambil untuk menawar masalah bentan.

Rendam akar belimbing tunjuk dalam air suam dan sapu di dahi, kepala kemudian di perut. Sedekahkan alfatihah kepada Rasullulah dan niatkan penyakit bentan ini keluar dari badan dengan izin Allah.

Wallahualam.


Wednesday, November 18, 2015

Gel Gambir Jantan Produk Viral dan Fenomena Tahun 2015


Gel Gambir Jantan.

Pasti ramai yang tahu mengenai produk yang sedang popular di internet tahun ini. Sejak ia mula dipasarkan secara online, hampir 100,000 unit telah terjual.

Wow!

Tapi apa produk yang heboh sangat ni?

Gel Gambir Jantan atau Menskin Gel merupakan produk yang membantu masalah lelaki seperti ejakulasi pra-matang atau pancut awal.

Gel ini dihasilkan dengan gabungan bahan organik terpilih yang terbukti dari sudut perubatan tradisional membantu meredakan masalah-masalah sering di alami oleh kebanyakan suami.

Faktor pemakanan dan gaya hidup memberi banyak kesan yang menurunkan prestasi kebanyakan suami dan salah satu punca penceraian adalah akibat hubungan suami-isteri yang dingin.

Gel Gambir Jantan ini menjadi pilihan ramai suami dan isteri sejak ia dipasarkan pada bulan Mac 2015.

Jika anda membuat carian di internet dengan kata kunci Gel Gambir Jantan, anda akan dapati begitu banyak info dan penjual yang menjual produk no.1 berkualiti ini.

Antara bahan-bahan terbaik yang dipilih dan dijadikan ramuan di dalam Gel Gambir Jantan ialah,

Uncaria Gambir
Uncaria Gambir atau gambir merupakan tumbuhan menjalar dan ia banyak terdapat di hutan nusantara, India dan China.

Hasil dari penyelidikan di negara China dan India, gambir membantu melegakan otot tegang, melebarkan pembuluh darah dan menurunkan tekanan darah.

Gambir Jantan menggunakan 1% gambir yang paling berkualiti dan diektrak bersama herba untuk memberikan hasil yang lebih neutral dan selamat tanpa kesan sampingan.

Minyak Kayu Cendana
Ia adalah minyak yang terbaik untuk membantu melega dan menenangkan otot, menjadikan pembuluh darah lebih rileks, mengatasi otot berdenyut atau krem.

Ia juga merupakan minyak terbaik untuk antibiotik, membantu meredakan masalah disebabkan gigitan serangga dan mengurangkan masalah kulit akibat keradangan.

Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara adalah 100% organik dan diperolehi dari pokok kelapa yang tumbuh semulajadi seperti di Lombok, Indonesia.

Untuk hasilkan minyak kelapa dara terbaik, kelapa matang berkualiti diperlukan. Ia diproses tanpa menggunakan haba dan tidak diproses secara kimia.

Minyak kelapa dara mengandungi nutrien seperti vitamin E, ia mengurangkan masalah sakit jantung dan membantu ransangan.

Selain dari 3 bahan organik ini, terdapat 4 lagi bahan organik terbaik antaranya, peppermint, spearmint, jojoba oil dan aloe vera.

Kombinasi 7 bahan organik ini memberikan kualiti dan kesan yang sangat berbeza berbanding anda mengggunakan gambir Sarawak semata-mata yang mana menurut perbincangan ramai, ia memberi kesan yang mudarat kepada kulit akibat keradangan.

Jadi, saya sangat cadangkan jika anda merupakan seorang suami yang mempunyai masalah pretasi selesai seawal 2 minit hingga 5 minit, terbaik adalah menggunakan Gel Gambir Jantan (Menskin Gel) ini sebagai satu alternatif membantu anda memanjangkan prestasi sehingga 20 minit ke 40 minit.

Klik:http://goo.gl/forms/jtqbJu8uN4 (borang order)

Feedback dari pembeli yang telah menggunakan Gel Gambir Jantan sangat bersetuju membantu mereka mendapat prestasi yang lebih lama dan lebih baik berbanding sebelum menggunakan produk keluaran bumiputera islam ini.

Adakah Gel Gambir Jantan sama macam Gambir Sarawak. Jawapannya tidak!

Ia sangat berbeza kerana Gel Gambir Jantan dihasilkan dengan formulasi dari 7 bahan organik terbaik. Tanpa alcohol. Tanpa bahan kimia seperti produk gambir jenama lain. Ianya 100% organik!

Beli produk ini tanpa was-was! Produk istimewa ini sesuai untuk suami atau isteri yang cintakan kebahagiaan rumah tangga berpanjangan.

Jangan rasa jelik dan pelik apabila artikel atau post ini dibuat, tetapi ambil info ini sebagai satu cara untuk memulihkan kembali hubungan suami-isteri selepas dingin bertahun-tahun.

Jika anda seorang yang belum berkahwin, janganlah beli untuk guna sebelum bernikah. Ia tidak akan memberi kesan yang baik buat anda, kerana pastikan anda berdosa kerana menggunakan produk yang baik ini untuk melakukan perkara yang mungkar.

Sebarang pertanyaan atau untuk dapatkan produk hotselling ini, sila hubungi call/whatapps ke 0173448110

Pastikan anda beli produk yang original. Gel Gambir Jantan (Menskin Gel), bukan produk Gambir jenama yang lain!
Tuesday, November 10, 2015

3 Langkah Mudah Untuk Menjual di eBay



Ini tips ringkas dan mudah. Tips ini adalah ringkasan untuk anda faham bagaimana untuk menjual di eBay.

1. Di eBay anda hanya perlu listkan produk yang anda ingin jual. Ambil gambar yang paling jelas dan terbaik, tulis keterangan produk (kalau boleh se detail yang boleh), set harga yang anda nak jual dan listing.

2. Terima bayaran. Jangan hantar barang selagi tak terima bayaran. Daftar Paypal untuk memudahkan anda terima bayaran dari pelanggan seluruh dunia. Ia adalah kaedah yang lebih praktikal berbanding kaedah bayaran yang lain.

3. Hantar produk. Bila produk anda terjual, hantar dengan segera pesanan yang diterima. Pastikan produk yang dihantar kualiti berada dalam keadaan yang terbaik.

Anda faham panduan ringkas ini, inshaAllah anda dah boleh mula dalami ilmu bisnes eBay hari ini.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://www.kuasalelong.com
Tuesday, November 3, 2015

Seller eBay di Indonesia



Sejak tahun 2010, ramai rakyat Indonesia yang mula serius berbisnes di eBay.

Penggunaan internet dan bisnes online semakin berkembang terutama di kawasan-kawasan bandar seperti Jakarta dan jika dilihat platform seperti instagram, facebook, blog banyak dimanfaat oleh mereka.

Cabaran ekonomi negara Indonesia, memberi mereka peluang untuk mendalami ilmu bisnes di internet dengan lebih serius.

Saya sendiri mempunyai beberapa orang peserta seminar eBay yang turut dihadiri rakan dari Indonesia. Buat income USD1,000 sebulan di eBay sudah cukup lumayan bagi mereka. Apatah lagi ada yang berjaya hasilkan pendapatan sehingga USD3,000 sebulan secara konsisten.

Biar pun eBay menyediakan platform khusus untuk eBay Indonesia, namun ramai seller memilih untuk menjual di pasaran eBay US, UK dan Australia.

Tiga pasaran ini memang popular di kalangan seller seluruh dunia. Dengan kekuatan matawang dari 3 negara ini, penjual dari Malaysia dan Indonesia dapat menikmati lebih keuntungan hasil dari perbezaan nilai tukaran matawang.

Jika dulu ramai seller yang menjual dengan lokasi produk dari negara masing-masing, kini dengan menjual produk secara dropship, ia membantu penjual meminimakan modal untuk membeli stok.

Ada yang memilih platform seperti DHgate, Aliexpress, Chinavasion sebagai medium dropship mereka, dan ada juga yang memilih platform print on demand sebagai satu kaedah mencipta produk untuk dijual seterusnya menghasilkan pendapatan.

Adat berniaga, ada masa untung, ada masa rugi.

Semua penjual sentiasa berdepan dengan cabaran bisnes. Samada produk yang dijual tidak mendapat permintaan, rosak, pembeli beri negatif feedback, malah ramai juga seller yang berdepan dengan akaun di suspend akibat melanggar polisi.


Apa pun cabaran yang mendatang, eBay masih lagi dikenali sebagai platform yang membantu penjual menghasilkan pendapatan yang lumayan secara konsisten setiap bulan.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
http://www.facebook.com/noorizamshah

Sunday, November 1, 2015

Petua Untuk Bayi - Tips Mudah Untuk Anda Praktik




SUPAYA ANAK NYENYAK TIDUR 
Cari sebiji buah pala, rebus dan tapis airnya. Berikan anak minum air buah pala itu tiga kali sehari. Mudah-mudahan dia akan terlelap tidur.


KURAP SUSU 
Ambil beberapa biji ubi bemban diparut dan diperah untuk dapatkan airnya. Campurkan air perahan itu bersama sedikit bedak sejuk, kemudian sapukan di tempat berkenaan. Amalkan beberapa hari. (Petua ini juga boleh digunakan untuk sebarang jenis ruam).

HILANGKAN RUAM 
Selepas anda mandikan bayi, lapkan tempat beruam itu. Kemudian saputkan minyak zaitun atau minyak kelapa di tempat itu. Lakukan pada setiap kali mandi.

LELAH
Bersihkan dua tangkai bunga belimbing buluh. Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas ini dan biarkan sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari lima tahun dalam bekas itu (lebih elok jika ditapis dahulu) Ulangi amalan ini setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya.


RUAM PANAS 
Beli daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan aiar hingga mendidih dan tuangkan ke dalam besen mandi. Masukkan daun peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru dimandikan bayi anda. Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas di badannya.


DEMAM CAMPAK 
Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campai dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. 
Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Kesan campak berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).


HIDUNG BAYI TERSUMBAT
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.


UNTUK MENGHILANGKAN KEMBONG PERUT
Ambil 3 helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama 2 minit. Setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut.


BUANG KERAK DI KEPALA BAYI
Ambil segenggam kelapa parut yang dicampurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Setelah itu sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam.

LEBATKAN RAMBUT BAYI
Untuk melebatkan rambut bayi, ambil daun rambutan jantan yang tidak berbuah atau daunnya yang berwarna merah. Campurkan daun bersama air dan embunkan semalaman. Keesokan harinya sapukan air tersebut pada kepala bayi. Jika diamalkan hasilnya pasti memuaskan.

KULIT BAYI SENTIASA HALUS
Sejak dari bayi lagi sapukan bedak sejukdiseluruh tubuh bayi sebelum memandikannya. Selepas 15 minit, mandikan bayi seperti biasa. Jika dilakukan setiap hari, kulit bayi akan sentiasa lembut dan halus. Malah bayi tidak mudah mendapat ruam.


MELENTIKKAN BULU MATA BAYI
Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.

MENCANTIKKAN KULIT JANIN
Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti mempunyai kulit yang putih dan halus serta terhindar dari mendapat ruam lampin.

Sumber: Carian di internet.
Wednesday, October 28, 2015

Bagaimano nak menjual kat facebook atau instagram sodangkan kita tak berjumpo dengan prospek (bakal pelanggan) kito?




Bagaimano nak menjual kat facebook atau instagram sodangkan kita tak berjumpo dengan prospek (bakal pelanggan) kito?
Ni den kongsi sikit pengalaman den yang tak seberapo. Alhamdulillah, sojak meniago online (dah nak masuk tahun ke-10), den dah mengadap macam-macam pe'el prospek ni.
Ado yang buek-buek tanyo tapi tak memboli.
Ado yang bertanyo tapi panjang lebar soalan eh.
Ado yang bertanyo, nak memboli tapi bukan dan dan tu do.
Ado yang den respek, bagi sikit yo info, tak cakap banyak, dah bagi nombor akaun bank, terus deh buek payment.
Jadi, bilo mano kau nak menjua secara online. Kau kono belajar menulis ayat sepoti mano kau berdopan dengan bakal pelanggan kau.
Imagine sikit la (walau pun hakikat eh sekarang takdo sorang pun pelanggan dopan mato)
Sebolom kau nak arah deh bayar, kau kasi info dulu.
Nak bagi info, jangan la tembak membuto. Kalau produk yang kau jua tu ubek kuek kona pasti apa diantaro kelebihan bila pelanggan kau guno produk kau ni.
Fahamkan masalah bakal pelanggan kau, selosaikan masalah eh dengan satu penyelosaian jo.
Kau faham ko tak den menaip dalam bahasa nismilan ni?
Kok tak paham, lantak kau la.
Ok, sambung balik,
Sebagai contoh, kau tau produk kau tu boleh guna untuk 5 jenis penyelesaian masalah.
Apo porlu kau buek, hanya fokus pada satu masalah kritikal jo. 
Contoh
============
Kau ado masalah pancut awal? Asyik terkulai baru 2 minit bersamo? Tercari-cari produk berkualiti yang terbaik untuk settlekan problem korang seawal 30 minit?
Meh sini settlekan problem korang dengan GEL GAMBIR JANTAN... bla, bla, bla, bla
.
.
Ini point untuk kau tangkap mato bakal pelanggan bilo dio nampak info kau kek facebook atau instagram.
Langkah seterus eh, kau buek an satu ayat testimoni atau dalam bahaso kampung eh, ayat feedback customer kau.
Contoh
=======
"Den dah lamo cari caro macam mano nak bagi delaykan masalah pancut awal, lopeh karim rekemen den dengan gel gambir jantan, terbeliak biji mato den kojap bilo steady 45 minit. Orang rumah den soyum melebar la deh. - Yusman, 34, Tampin"
"Malu oooo sebelum ni asal mulo nak bersamo, baru 3 minit den dah tewas. Asyik kono perli yo dengan bini den. Apo ni bang.. kato sebolum kawen, power bona. Ni dah menikah 3 tahun, asyik tewas yo ni... uhuhuhu... tapi sekarang tak lagi, sojak 4 bulan sudah.. steady manjang yo den. ponah sekali terlajak sampai 1jam tak soda. hahahaha. TQ Gel Gambir Jantan.. terbaekkk bang!" Herry, 28, Port dikson
Ateh ni testimoni. Faham ko apo den membebel ni?
Peh tu baru la kau kasi info lobih kurang pasal produk kau, apo kelebihan, apo kekuatan, apo penyelosaian,
peh tu,
Akhir sekali baru la kau bagi ayat closing power dengan tulis ayat,
Contoh
=====
Den nak kobakan kek kau, kalau korang baco yo tapi tak bertindak dari sekarang, den jamin stok konpem sold out. Stok den biaso masuk 100 unit, tapi tiap kali den update post, lopeh beberapo jam, stok susut kemain laju.
Hari ni dah ada 48 orang yang payment dan tunggu produk dihantar. Kalau korang serius berminat, den nak offer pado 20 orang yang terawal whatapps den kek 012xxxxxxx, den nak bagi harga spesel. bukan RM150, bukan RM100, bukan RM90,
korang whatapps GGJ ke 012xxxxxx sekarang,
den bagi harga istimewa + free postage (biar den tampung kos rugi kek kos pos ni)
Whatapps GGJ ke 012xxxxxxx
Whatapps GGJ ke 012xxxxxxx
Whatapps GGJ ke 012xxxxxxx
Takat ni dulu den share (bersambung)
Tuesday, October 27, 2015

Panduan Menjaga Bayi Baru Lahir Buat Anda Yang Pertama Kali


(Gambar dipetik dari:  www.goaskmum.com.au)


Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kami yang ke-3. Saya bersyukur, anak dan isteri saya berada dalam keadaan baik dan sihat.

Biar pun proses bersalin terpaksa dilakukan secara pembedahan, ianya hanya mengambil masa 20 minit.

Dapat juga saya melihat bagaimana doktor melakukan pembedahan perut isteri saya dan waktu bayi saya dikeluarkan dari perut isteri, ungkapan syukur Alhamdulillah tak henti-henti dilafazkan.

Memandangkan kelahiran anak-anak kami juga melalui pembedahan, 

Saya dan isteri mengambil keputusan yang sangat sukar dengan melakukan pembedahan untuk mengikat saluran peranakan isteri. Keputusan yang berat ini dipilih bagi memastikan isteri saya tidak menanggung risiko nyawa dan kesihatan pada masa akan datang.

Sekarang adalah minggu penting saya untuk uruskan anak ke-3 saya yang baru lahir. Saya perlu pastikan dia terus membesar dengan sihat dan sempurna.

Bagi mereka yang baru pertama kali menimang cahayamata, sistem tubuh bayi kita masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasan baru setelah kira-kira 9 bulan berada dalam kandungan.

Kalau kita perasan, kulit bayi mungkin sedikit kering dan mengelupas. Keadaan ini disebabkan penghasilan minyak oleh kulit bayi yang baru lahir masih belum stabil.

Bayi yang baru lahir juga biasanya terdapat bulu halus terutama di bahagian telinga dan belakang bayi. Bulu halus ni akan gugur dari semasa ke semasa. Kita juga jangan rasa risau sangat jika melihat terdapat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa bahagian badan yang lain. Ia akan hilang apabila tubuh bayi semakin membesar.

Adalah normal jika ada sesetengah bayi yang baru lahir mengalami demam kuning atau jaundis pada hari kedua hingga ketiga kelahirannya. Ia kerana organ hati bayi baru nak bertindak balas secara sempurna. Namun, janganlah kita pandang ringan kerana jika tidak dipantau, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Kalau kita tanya doktor pakar, mereka tidak mencadangkan kita memberi bayi atau ibu minum susu kambing kerana tidak ada kajian yang menunjukkan susu kambing membantu meredakan masalah jaundis sebaliknya doktor menggalakkan ibu menyusukan anak dengan susu ibu.

Kebanyakan bayi baru lahir lebih gemar untuk tidur daripada berjaga, terutama dalam minggu pertama kelahiran. Terbaik kejutkan bayi setiap 2 jam untuk disusukan untuk mengelakkan jaundis.

Kalau kita tengok cadangan doktor, memang disyorkan untuk menyusukan anak setiap 2 jam supaya sistem tubuh badan bayi dapat bekerja dengan baik berbanding berehat.

Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi.

Tips, 

Bayi baru lahir suka dibedung kerana berasa selamat seolah-olah berada dalam rahim ibunya.


Berikut adalah artikel yang saya petik dari internet.


Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir:
1. Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi sejuk.

2. Sediakan segala  kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung tangan dan kaki, barut, minyak dsb sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dgn baik dan lancar, dan anda turut berasa lebih tenang.

3. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan 'alcohol swab' yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain. Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat daripada doktor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.

4. Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.

5. Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak bayi untuk beri keselesaan kepadanya.

6. Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.

7. Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.

8. Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan ruam lampin.


9. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya. 

10. Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-oleh berada dalam perut ibunya.

11. Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkannya  kembung atau muntah.


12. Susukan bayi anda sekerap yang mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia hanya ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena.


13. Berikanlah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Jangan berikan si kecil anda selain susu ibu, hatta air masak sekalipun sepanjang 6 bulan tersebut. 
Monday, September 28, 2015

Tahun Yang Baik, Tahun Yang Baik



Tidak ada tahun yang tidak baik melainkan ia baik-baik belaka.

Setiap kita akan diberi rezeki oleh Allah dalam pelbagai bentuk. Ada yang dapat zuriat, ada yang dapat kenderaan yang baik, ada yang dapat rumah yang baik, ada yang dapat pekerjaan yang baik dan ada yang dapat pendapatan yang baik.

Tidak kurang rezeki seseorang itu dengan amalan bersedekah jariah.

Alhamdulillah, tahun lepas bisnes dan ekonomi saya diuji Allah. Tahun ini Allah limpahkan kembali rezeki yang tak disangka-sangka.

Isteri saya kini sarat mengandung anak yang ketiga dan saya bersyukur juga bisnes saya berkembang sangat bagus tahun ini.

Diberi staff yang komited membantu dan rakan niaga yang bersungguh-sungguh untuk hasilkan jualan hebat setiap bulan.

Saya berfikir begini,

Jika kita nak dapatkan rezeki yang baik, kita perbetulkan niat kita dahulu. Kita perbetulkan juga perbuatan dan amalan kita.

Banyakkan bersedekah. Buat apa-apa pun mesti dengan niat. Niat itu mestilah kerana Allah taala.
Buat yang baik-baik semua kerana Allah taala.

Bantu orang lain untuk tambah nilai hidup mereka. Jaga amanah manusia selagi mampu.
Berbuat baik dengan orang tua atau kedua ibu bapa.

Amalkan bersedekah setiap hari, setiap pagi atau bila-bila masa. Sedekah bukan kira berapa besar nilai tetapi berapa ikhlas kita mampu bersedekah.

Semoga tahun ini dan tahun-tahun berikut menjadi tahun yang baik buat kita semua.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
www.facebook.com/noorizamshah

Wednesday, May 6, 2015

Lubuk Pembekal TaoBao



Dah lama saya tak post topik berkaitan eBay.

Sehingga malam semalam, masih ada yang pm saya bertanyakan soalan mengenai eBay.

Sejak tahun 2008 saya mengendalikan sesi saya sendiri, agaknya tidak dapat lari dari orang mengaitkan saya dengan bisnes ini.

Tahun ini dan hujung tahun lepas saya memang perlahankan aktiviti dan berbicara mengenai topik lubuk duit lumayan ini.

Ia lumayan untuk "player" lama dan diakui platform ini agak mencabar kepada "player" baru.
Awal bulan Mei ini saya terima naskah ebook nukilan dua sahabat usahawan eBay iaitu saudara Saifulnizam Mokhtar dan saudara Ariel Collections mengenai satu lagi lubuk duit yang jarang diterokai oleh usahawan eBay di Malaysia.

(Rujuk link: http://noorizamshah.com/goto/taikotaobao)

Otai akan cakap, lubuk ni dah lama la bro... TAPI jika mereka yang baru bermula... AHHAAAA ini yang aku cari!

Lubuk pembekal dan produk ini bukan hanya popular untuk dipasarkan di pasaran eBay luar negara, malah ramai "player" menjadikan lubuk ini sebagai mendapatkan akses pembekal dan produk bagi pasaran tempatan terutama di Malaysia.

Seller di Lelong.my, Mudah.my, Facebook Group, Facebook Page, Website, Blog, ETsy pun ramai yang jual.

Kalangan kaum Tionghua, juga sangat ramai guna platform TAOBAO untuk dapatkan bekalan stok pada harga yang murah dengan kualiti yang setanding.

Tak seperti platform pembekal seperti Aliexpress, DHgate, Chinavasion (dan banyak lagi), Taobao menggunakan bahasa cina yang menyebabkan mereka yang tidak ada kemahiran memahami bahasa ini sukar untuk akses dan membuat kajian pasaran produk hot.

Malah jika dikaji dengan harga berbanding dari pembekal lain, harga di Taobao sedikit murah dan berbaloi.

Saya suka dengan penerangan sempoi tanpa berbelit-belit yang ditulis dan digambarkan oleh saudara SM dan AC bagaimana beliau menunjukkan langkah demi langkah kita boleh memahami maklumat dan berurusan di Taobao walaupun kita tidak tahu berbahasa cina.

SEMPOI BAK HANGGG!

Untuk lebih adil, saya sangat mencadangkan kepada anda, terutama usahawan kecil-kecilan yang selama ini berurusan dengan pembekal tempatan atau dari laman-laman web yang saya nyatakan, supaya melihat potensi pasaran di Taobao.

Tahun lepas, semasa saya sertai mini seminar Lelong.my, seorang tenaga pengajar pun syorkan saya Taobao sebagai medium untuk dapatkan bekalan.

KAU POIE LA KEK WEBSITE NI.. CONFIRM BULEH DAPEK GHOGO BAIK PUNYOOO!

Bagi anda yang mungkin suka order barang dari China, selepas ni boleh berkira-kira untuk lebih berjimat dengan hanya berurusan di laman web ini. Tak perlu lagi terbang ke China kerana semuanya boleh didapati disini*

Nasihat saya, apa juga platform yang anda ingin terokai, sebaik selepas anda menemui pembekal yang sesuai, pastikan anda tahu dan faham mengenai harga produk, harga kos penghantaran, kualiti produk, tempoh masa penghantaran, perkhidmatan penghantaran yang digunakan, nilai tukaran matawang semasa, jaminan stok, return dan refund policy.

NAK CERITA BANYAK.. KANG PANJANG JADI NASKAH EBOOK PULAK!

Sekali lagi, post ini akan membawa anda kepada link yang bakal menerangkan kepada anda mengenai potensi Taobao. Klik link:
http://www.noorizamshah.com/goto/taikotaobao

Menariknya anda akan diberi akses ke group support dari saudara SN dan AC khusus untuk anda yang mendapatkan naskah penting untuk ilmu bisnes anda!

P.s: Boleh buat duit tak jika saya beli ebook ini? Alang-alang buat bisnes, biar sampai untung berkali-kali.

P.s.s: Tuan Noorizam Shah suka ke ebook ini? Ya! saya suka! Syor saya beli sebelum ia naik harga!

Jumpa lagi,
NS
Wednesday, April 15, 2015

Battlefield is Customer




Prospek kita adalah padang peperangan.

Kita nak masuk padang peperangan
perlu tahu siapakah sasaran kita.

Maksudnya

Pilih sasaran yang betul.

Prospek kita boleh pecahkan kepada beberapa kategori.

Umur, pendapatan, lokasi, pendidikan, lelaki,
perempuan, status, hobi, status ekonomi,
kegemaran, gaya hidup dan pelbagai lagi.

Sebagai contoh prospek kita adalah prospek
yang berpendapatan tinggi.

Bermaksud, kita jual produk yang mahal
kepada mereka seperti kereta
mewah atau jam tangan rolex.


#‎gameplan‬





.


.

Noorizam Shah
Organizer #Gameplan Bisnes
NS Consultation & Management
Friday, February 13, 2015

Rakan Niaga EMORRA 2015 Diperlukan Segera (Produk Baru)


 EMORRA LUCENT GLOW SERUM

Sebab utama serum digunakan ialah untuk menambah nutrient kepada kulit di lapisan paling dalam (deeper layers) di mana pelembab tidak boleh menembusinya. Ia mampu merawat masalah penuaan, pigmentasi, kekeringan melampau dan pori kulit yang besar.

Pelembap mempunyai molekul yang besar di mana ia tidak boleh menembusi lapisan kulit secepat serum. Serum mendeposit nutrient manakala pelembap membekalkan air dan mengelak kulit kering.

Serum boleh didapati pelbagai jenis seperti serum anti-penuaan, serum pencerahan kulit dan serum rawatan pencegahan jerawat. Serum diaplikasi pada kulit selepas toner sebelum pelembab.

Serum dihasilkan berbentuk gel, cecair, minyak dan krim. Biasanya pekat dan mengambil masa untuk kering. Waktu terbaik mengaplikasikannya adalah pada waktu malam, waktu kritikal pembentukan sel kulit yang baru. Ia boleh juga disapu pada waktu siang tetapi ia bersifat pekat dan berat.

Disini kami di Emorra Official Collagen & Stem Cell - Rahsia Kulit Cantik & Cerah mengesyorkan anda menggunakan EMORRA LUCENT GLOW SERUM.

Serum ini juga dipertingkatkan dengan:

- Tri-Amino Peptide - 3x biokolagen yang memulihkan keelastikan kulit untuk menghalang kulit daripada mengendur di samping membaiki tesktur dan tona kulit.

- Ceramide 3 - Mempercepatkan proses pemulihan sel serta menguatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci kelembapan agar kulit sentiasa lembap dan tampil lebih muda.

Alami kulit lebih muda berseri, segar, halus dan kekal lembap sepanjang masa.

-------------------------------------------
EMORRA Beauty sebuah syarikat bumiputera yang semakin berkembang kini membuka peluang kepada rakan niaga baru 2015. Mereka yang berminat untuk menyertai keluar EMORRA sebagai rakan niaga, stokis, pengedar atau ejen dropship boleh layari www.emorra.com.my

Sila isi maklumat diri anda seperti yang diminta. Dengan modal yang minima, sesiapa sahaja boleh memiliki bisnes sendiri dengan keuntungan yang menarik.




Jom raikan kejayaan 2015 dengan menjadi rakan niaga EMORRA BEAUTY!

---------------------------------------------------------------



BERITA BAIK!! ... JERAWAT DAN TONA TIDAK SEKATA BUKAN LAGI MASALAH!

SELESAIKAN DENGAN EMORRA LUCENT GLOW SERUM.

Dapatkan EMORRA LUCENT GLOW SERUM yang mampu menyelesaikan hampir semua masalah kulit anda!

Tinggalkan SKINCARE yang mengandungi BAHAN BERBAHAYA!

Sekarang saya perkenalkan EMORRA Lucent Glow Serum:

Serum ini memperbaiki struktur dan tesktur kulit.
kulit wajah yang tidak dirawat dengan baik akan menyebabkan kelihatan kusam, tidak bermaya dan tua sebelum usia.

Atasinya dengan Emorra Lucent Glow Serum. Menerusi formulasi Nano Diamond DNA Technology dan Phyto-ceramide yang bertindak pantas memperbaiki struktur dan tekstur dengan meregenasikan sel untuk kulit yang lebih halus di samping mengurangkan ke dalaman kedutan dengan berkesan.

Serum ini juga dipertingkatkan dengan:

- Tri-Amino Peptide - 3x biokolagen yang memulihkan keelastikan kulit untuk menghalang kulit daripada mengendur di samping membaiki tesktur dan tona kulit.

- Ceramide 3 - Mempercepatkan proses pemulihan sel serta menguatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci kelembapan agar kulit sentiasa lembap dan tampil lebih muda.

Alami kulit lebih muda berseri, segar, halus dan kekal lembap sepanjang masa.

.

FUNGSI EMORRA LUCENT GLOW SERUM

► Mencerahkan Kulit Secara Semulajadi
► Memudarkan Parut Jerawat
► Meratakan Bekas Lubang2 Jerawat @ Lopak Yang Ada Pada Muka
► Melembapkan Kulit
► Menghilangkan Garis Halus
► Memudarkan Dan Menghilangkan Bintik Hitam Yang Ada Pada Muka
► Menyekatakan Tona Kulit
► Memperbaiki Tekstur Kulit
► Mengecilkan Pori2 Muka
► Menegangkan Kulit Muka
► Menghilangkan Kedutan Sekitar Bibir
► Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
► Melindungi Dari Sinaran UV

Hasilnye kulit akan jadi cerah, licin, n sekata !!

- Meningkatkan penghasilan kolagen melebihi 249% untuk penegangan struktur kulit
- Menguatkan rintangan perlindungan kulit (filaggrin) melebihi 120%
- Meningkatkan segera kelembapan kulit melebihi 100%
- Meningkatkan elastin untuk keanjalan kulit melebihi 150%

=========================================

Jika berminat Sms/Whatsapp TYPE "SPOT" <JARAK> NAMA KE 012-9127100 SEKARANG..

.
➙ Anda mesti cuba hari ini juga!
.
.
✛✛✛✛✛✛✛✛✛✛

HILANGKAN JERAWAT DAN BINTIK HITAM DI KULIT MUKA ANDA SEKARANG
.

SMS/WHATSAPP

012-9127100
012-9127100
012-9127100
Thursday, February 5, 2015

Taktik Ejen Pinjaman Peribadi di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu



Anda seorang yang ada masalah kewangan? Kesempitan duit? Nama anda blacklist? Langsung tak boleh buat pinjaman bank? Ctoss, Ccris?

Kemudian anda ternampak iklan yang menyatakan bahawa mereka yang blacklist Ctos dan Ccris boleh memohon pinjaman! Dan anda tidak berurusan dengan syarikat pinjaman berlesen atau Ah Long!

Nasihat saya, berhati-hati!

Walaupun memang ada ejen pinjaman yang betul-betul telus untuk membantu, tetapi masih ramai ejen yang mengambil kesempatan atas masalah anda.

Mereka bukan nak sangat tolong anda, tetapi lebih kepada untuk dapatkan keuntungan mudah dengan meminta duit UPFRONT daripada anda.
Wednesday, February 4, 2015

Siapa Target Market Kita?





Menurut Tuan Wan Nong Muzaffar seorang pakar strategi perniagaan syarikat Karangkraf, ramai dari kita berniaga pelbagai jenis produk. Ada yang memasarkan produk di facebook, ebay, blog, instagram tetapi siapakah sasaran pelanggan kita sebenarnya?


Kenapa kita kecilkan skop target market kita.

Sebagai contoh,

1. Jika kita menjual produk makanan halal, pasaran kita adalah untuk semua bangsa.
2. Jika kita menjual produk kesihatan halal, pasaran kita adalah untuk semua bangsa.
3. Jika kita menjual produk kecantikan halal, pasaran kita adalah untuk semua bangsa.
4. Jika kita menjual produk pakaian halal, pasaran kita adalah untuk semua bangsa.

Ada beberapa halangan mengapa pasaran kita tidak fokus kepada semua bangsa adalah kerana kita sering mengecilkan skop target market kita.

Sebagai contoh,

Kita sekadar promosi produk kita di majalah, akhbar berbahasa Melayu. Bangsa lain memilih membaca dalam bahasa masing-masing. Kita jarang mempromosikan produk kita dalam media cetak dan massa dalam bahasa Inggeris kerana majoriti bangsa lain memahami infomasi dalam bahasa ini.

Namun peniaga online sedikit lebih baik kerana berjaya menguasai pemasaran online di facebook dan instagram di mana semua bangsa ini juga menggunakan teknologi dan berada di platform yang sama.

Dari pemerhatian saya sebagai seorang usahawan internet, saya mendapati ada produk-produk tertentu mendapat respond dan produk dibeli oleh masyarakat Cina, India, Iban, Kadazan, Indonesia, dan Mat Saleh.

Jika si penjual mempunyai bajet pemasaran yang lebih banyak, sasaran pembeli dapat ditingkatkan dan diperbesarkan!

P.s: Untuk produk saya dibawah jenama EMORRA, kami telah mempunyai pengguna terdiri dari negara Malaysia (pelbagai bangsa), Singapura, Indonesia, Philipina, Arab Saudi dan United Kingdom

-------
Berminat nak jadi STOKIS atau PENGEDAR SAH EMORRA 2015?
Layari www.emorra.com.my atau whatapps ke 012-9127100 hari ini!
Tuesday, January 20, 2015

6 Teknik marketing kajian Edward De Bono.

(Gambar dipetik dari: http://resources2.news.com.au)


Saudara Aqif Azizan berkongsi tip di dalam email seperti berikut:

Marketing ini ibarat sains dan seni.

Sains itu boleh dikaji. Seni itu pula datang dari bakat.

Apakah sains marketing yang telah terbukti keberkesanannya?

===
Teknik marketing cara 6 Thinking Hats.
===

Apabila menghasilkan kempen-kempen marketing, kita boleh gunakan pendekatan pengasas 6 Thinking Hats iaitu Edward De Bono.

Monday, January 5, 2015

[Lelong.my]: Nasihat Terbaik Untuk Jual Produk Di Sini



Lelong.my

Plaform jual beli ini  lebih lama dari Mudah.my dan Facebook. Ramai penjual tempatan memilih lelong.my sebagai tempat menjual dan membeli produk.

Lelong sangat popular dengan produk-produk trend seperti gajet, smartphone, aksesori dan macam-macam lagi. Kini web lelong telah berubah wajah dan format.

Kita dah boleh beli produk dalam format buy now seperti mana format di eBay. Malah produk-produk lain seperti pakaian, kecantikan dan kesihatan semakin banyak dijual.

Saya ada satu akaun di web lelong sejak tahun 2008. Walau pun tidak aktif menjual, namun saya boleh katakan ia masih platform yang berpotensi untuk kita jual produk di internet.

Setakat ni ada beberapa produk saya terjual di web lelong. Apa yang saya boleh katakan.. menjual produk  di lelong menggunakan store serta dihubungkan dengan kaedah bayaran menggunakan kad kredit, lebih menggalakkan pembeli membeli produk kita.

Nasihat terbaik, untuk menjual produk di web lelong.my, anda perlu ada:

- Store
- Netpay

Ada banyak kelebihan bagi mereka yang melanggan store di lelong.my. Dengan potensi traffik/pelawat yang tersedia ada, kebarangkalian produk kita dibeli juga tinggi jika:

- Produk yang membantu menyelesaikan masalah pengguna
- Gambar yang menarik
- Harga yang menarik
- Kaedah pembayaran yang mudah
- Penghantaran cepat dan selamat

Seller-seller Sarawak dan Sabah pun hebat juga guna platform lelong.my ni sebagai tempat menjual. Terbaiklah!

Kepada anda,

Jangan sekat platform untuk menjual produk kita. Ambil peluang limpahan traffik di internet dan tukar mereka menjadi pembeli produk anda!

Jumpa lagi,

Noorizam Shah
www.kuasalelong.com



Musibah dan Ujian Allah, Allah Sayang Kita


Musibah dan Ujian Allah,

Itulah caranya Allah beri peringatan kepada kita supaya kita sentiasa bersujud dan tidak leka dengan kehidupan di dunia.

Allah tidak salahkan kita mengejar kekayaan di dunia. Kita carilah kekayaan seberapa banyak sekali pun tetapi kekayaan yang diperolehi itu dari jalan yang benar.

Allah berikan musibah kepada kita tanpa mengira darjat. Tidak kira kita berjubah, berserban, mengucap kalimah-kalimah Allah setiap hari.
 
Jika kita bongkak, angkuh, ego, merendah-rendahkan orang, tamak, apa juga pangkat kita, apa juga pakaian kita, apa juga latar belakang kita, apa juga kepercayaan kita,

Allah akan kenakan musibah dan ujian supaya kita berfikir dan belajar bahawa tiada kuasa yang lebih besar daripada Allah S.W.T
Saturday, January 3, 2015

[Belajar eBay]: Yuran Listing Produk di eBay


Bila kita nak jual produk di eBay, kita kena tau mana pasarannya. Di eBay ada banyak pasaran. Penjual di Malaysia biasanya akan listing produk di eBay Malaysia, eBay USA, eBay UK dan eBay Australia. Ada juga penjual yang listing produk di eBay Jerman.

Setiap pasaran ada polisi masing-masing. Apabila kita buat listing, akan ada yuran-yuran yang akan dikenakan kepada penjual. Sebagai contoh, jika kita listing di eBay Malaysia, semua yuran yang dikenakan kepada kita adalah dalam nilai Ringgit Malaysia.

Bila kita listing di eBay USA, semua yuran akan dikira dalam nilai US Dollar. Kadar yuran bagi setiap platform ini adalah berbeza.

Listing insertion fee antara eBay USA dan eBay Australia tidak sama kadarnya.
Friday, January 2, 2015

Apa Khabar eBay 2015?

Mood baru. Semangat pun baru. Diharap mood dan semangat ini terus kekal konsisten pada bulan ini dan bulan-bulan mendatang.

Apa khabar eBay pada tahun 2015 ini?

Yang pasti penghujung tahun 2014, ramai usahawan eBay berjaya menghasilkan jualan besar sempena perayaan Krismas yang lalu. Mereka yang dah berkecimpung dalam bisnes ini pasti tahu kenapa saya katakan perayaan Krismas beri banyak manfaat kepada penjual di eBay.

Tahun ini dikhabarkan ramai usahawan eBay mula merancang rentak bisnes 2015 di eBay. Ramai yang nak comeback katanya!
Thursday, January 1, 2015

Selamat Tahun Baru 2015



Sebelum terlewat, saya nak ucapkan selamat tahun baru 2015 buat pembaca blog NoorizamShah.net
Terima kasih kerana sentiasa melayari blog ini. Di harap apa yang kita rancang dan impikan akan dapat dicapai dengan jayanya.

Saya juga berdoa semua kita dijauhkan dari musibah dan dugaan seperti mana tahun lalu.
Sudah banyak tragedi pilu yang berlaku kepada kita dan negara.
Untuk usahawan yang baru nak bertapak,  cabaran sudah pasti menanti anda semua. Namun jangan takut dan gentar.

Dalami ilmu bisnes dengan lebih serius lagi. Pastikan anda hadir ke program-program bengkel dan seminar yang lebih menumpukan perkara praktikal seperti pembangunan produk dan jenama, pendaftaran syarikat dan pengurusan, mentadbir dan menguruskan dokumen, pemasaran dan jualan serta perkara-perkara yang berkaitan.

Anda boleh hadir ke program pembangunan diri dan motivasi. Namun cadangan saya lebihkan ke program yang mengajarkan anda perkara secara praktikal.

Kejayaan anda bukan berdasarkan berapa banyak program yang anda sertai.
Kejayaan sebenar anda ialah bagaimana anda menggunakan pengalaman dalam mengembangkan bisnes.

Kejayaan itu akan anda perolehi selepas anda mengharungi cabaran sebenar berbisnes.
Jangan lupa daftar syarikat perniagaan. Sekarang ni siapa-siapa yang menjalankan bisnes di internet tidak kira secara sambilan dan kecil-kecil diwajibkan untuk memiliki no pendaftaran syarikat.
Jika tidak kita dikatakan menjalankan perniagaan secara tidak sah atau haram dan boleh didakwa oleh undang-undang kerajaan.

Berniagalah secara sihat. Praktikkan kaedah pemasaran dan jualan di platform yang berpotensi dan bersesuaian.

Tidak semua bisnes itu sesuai dalam sesuatu platform. Kaji dan fahaminya.
Kita ada facebook, instagram, twitter, ebay, lelong, blog, ecommerce, minisite dan macam-macam lagi.

Ambil tahu platform ini. Lihat di mana trend pengguna internet berada.
Saya doakan kejayaan demi kejayaan untuk anda di tahun 2015 ini.
Doakan saya juga.

Jumpa lagi,
- Noorizam Shah

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search