Masa di eNTERwip saya sempat bersembang dengan tuan Bukhari Ramli. Beliau diberi tugasan untuk membantu peserta program secara one to one di sesi klinik usahawan.
Siapa sangka di luar sana masih ramai usahawan yang bermasalah dengan bisnes yang dilakukan.
Antaranya:
1. Ada seorang usahawan untuk mengeluarkan modal lebih puluhan ribu ringgit untuk menghasilkan jenama produk sendiri tetapi tanpa sedar dia tidak ada pelan pemasaran yang jelas untuk bisnesnya.
2. Ada seorang usahawan dah berbisnes selama 5 tahun tetapi jualan masih kecil. Nak capai RM50,000 pun tak boleh apatah lagi untung tidak seberapa.
3. Ada pemilik bisnes mereka ingat, mereka mempunyai skil menjual, sebenarnya skil nya diperlukan di tempat lain.
4. Ada penjual kecil-kecilan yang tidak tahu siapa target market produk mereka dan berdepan dengan produk yang kurang permintaan.
5. Ada juga usahawan kecil yang tidak mendapat jualan yang bagus kerana tersalah memilih saluran menjual.
6. Dan ada juga usahawan produk makanan yang runsing tidak dapat kembangkan jualan produk mereka kerana hanya nampak circle prospek yang terhad.
Bagusnya ada sesi klinik usahawan one to one di eNTERwip hari tu, anda hanya spend RM20 untuk dapat bertemu mata dengan "doktor" bisnes anda.
Hakikatnya jika anda ingin dapatkan khidmat nasihat daripada konsultan di luar sana, kadar caj boleh mencecah RM10,000 perjam atau persesi (2-3 jam).
Azizan Osman sendiri pernah declare pada tahun 2012 ada seorang peserta yang bergelar jutawan sanggup membayar sesi coaching one to one bersamanya mencecah puluhan ribu ringgit untuk beberapa jam.
So,
Disebabkan di kalangan usahawan ini ramai yang malas membaca, sebab itulah wujud peluang-peluang bisnes yang korang kata jual air liur ini. Mereka sedia untuk membantu anda dengan syarat anda bersiap sedia untuk memberi komitmen masa, tenaga dan wang ringgit.
No money now talk :)
Oklah,
Apakah solusi untuk masalah-masalah di atas?
Sebelum anda siap sedia untuk hasilkan produk atau readykan stok produk anda, terbaik anda perlu tahu persiapan kempen pemasaran anda. Anda mesti ada direction dan tahu apakah objektif anda melakukan pemasaran.
Ingat memasarkan produk tak semestinya fokus kepada menghasilkan jualan. Boleh jadi memasarkan produk adalah satu proses untuk anda membina jenama dan menjadikan produk anda dikenali di pasaran.
Ramai yang teruja nak buat produk jenama sendiri atau nak ambil stok produk yang banyak-banyak dan bajet ingat produk mereka akan meletup-letup. Malah ramai yang mengabaikan komponen-komponen penting dalam bisnes seperti mengenalpasti potensi perniagaan mereka.
Berapa ramai yang buat review jumlah perbelanjaan bulanan bisnes mereka? Berapa ramai yang sudah membuat perkiraan samada bisnes mereka balik modal atau tidak? Berapa ramai yang ambil kira untung bersih hasil dari perniagaan mereka?
Jika diandaikan kita mempunyai modal bisnes sebanyak RM50,000. Janganlah digunakan keseluruhan modal itu dengan membuat produk atau mengambil stok besar-besaran. Anda kena kira berapa kos bahan mentah yang diperlukan untuk hasilkan satu produk yang lengkap. Begitu juga anda perlu kira apakah kos operasi yang akan terlibat dalam bisnes anda.
Disitu anda akan dapat tentukan berapa harga jualan yang sepatutnya anda perlu jual bagi setiap produk yang membolehkan jualan itu dapat cover kos bahan mentah dan operasi bisnes anda.
Apatah lagi kos pemasaran ini juga terlibat dalam kos operasi anda. Jadi, jika RM50,000 untuk hasilkan produk, berapa ribu pula yang anda peruntukkan untuk kempen pemasaran anda?
Sebab itulah ramai usahawan yang cetek ilmu tak dapat kembangkan bisnes kerana salah percaturan. Jadi di mana silapnya?
Saya suka tekankan disini, senaraikan masalah-masalah anda di atas kertas. Kenalpasti apakah masalah yang paling teruk sekali?
Jika anda dah ada produk tetapi masih tak ada pelan pemasaran lagi, mula dari sekarang senaraikan apakah keperluan-keperluan yang perlu ada untuk menjadikan kempen pemasaran anda itu menarik.
Pilih satu platform pemasaran terlebih dahulu.
Produk yang dah ada, persiapkan dengan maklumat seperti info produk, USP produk, testimoni, gambar produk dan sebagainya.
Rangka beberapa template copywriting dengan struktur yang lengkap. Pastikan konten merangkumi headline, sub headline, USP, testimoni, offer dan call to action.
Tak faham apa maksud jargon di atas, try google atau belajar dengan mereka yang faham maksud di atas.
Buat validation pasaran, tengok apa feedback market kepada pasaran anda. Tak semua produk sesuai untuk di pasarankan pada plaform atau medium tertentu.
Sebagai contoh, anda menjual tinted pasang siap.
Anda promote di facebook group ibu-ibu mengandung. Kan salah group tu.
Kalau buat fan page dan promote guna facebook ads, pastikan kita tahu macam mana untuk memilih interest audien kita.
Anda mesti ambil tahu di mana lokasi, jantina, umur, apa yang mereka suka dan sebagainya. Anda boleh buat split test setiap iklan anda untuk lihat iklan mana yang lebih berpotensi.
Sekarang anda nampak? Bukan senang nak buat bisnes kan? Ia akan lebih mudah bila anda dalami ilmu ini.
Bagaimana pula bagi mereka yang tak pandai-pandai juga nak buat semua ni?
Sebab itu lah masih ada usahawan yang tak berkembang bisnesnya walaupun dah bertahun-tahun buat bisnes. Tahu tak sebab apa?
Sebab usahawan tu ego. Ego nak buat semuanya sendiri. Tak percaya pada kebolehan orang lain. Tak sanggup spend duit untuk outsource kerja-kerja yang bukan kemahiran mereka.
Perasan tak, Tony Fernandes bukanlah pandai sangat dalam bab teknikal bisnes kapal terbang. Tetapi dia out source pada orang yang lebih pandai. Gunakan sahaja duit yang ada dengan menggaji mereka yang mahir.
Bagaimana pula jika kita tak ada duit yang banyak untuk gajikan orang?
Sebab itulah saya kata, buat bisnes ni ukur baju pada badan sendiri. Kalau modal pun terhad. Nak pinjam bank atau agensi pinjaman pun kita tak layak, buat la ikut kemampuan.
Saya sendiri mula dan kembangkan bisnes seorang diri. Kemudian berdua seterusnya mampu menggajikan beberapa orang pekerja.
Fahamkan sistem. Macam mana nak pastikan bisnes ini bergerak biarpun kita tak ada di situ. Bagaimana nak pastikan jualan tetap masuk setiap bulan biar pun kita sedang bercuti.
Sistem inilah yang kita kena ada.
Apakah sistem pengedaran yang paling berkesan untuk kita apply dalam bisnes kita. Apakah sistem kerja di dalam pejabat atau di ruang operasi yang perlu ada supaya setiap proses kerja itu berjalan lancar. Apakah sistem pembayaran yang terbaik untuk memudahkan kita membuat pengesahan dengan pantas.
Semua ini ilmu yang perlu anda tahu untuk kembangkan bisnes anda kepada tahap yang lebih tinggi.
Sebab itu saya pesan di sini, jangan terlalu ghairah mengejar kekayaan. Yang penting untuk permulaan macam mana nak pastikan bisnes kita mampu konsisten setidak-tidaknya mampu mengharungi cabaran 3 tahun berbisnes.
Jika anda berjaya konsisten selama 3 tahun ini, anda seorang yang hebat!
Jumpa lagi!
Tuesday, October 4, 2016