Monday, October 24, 2016

Mengapa Gambir Jantan Tak Buat Saja Produk Overclaim?


Kenapa Gambir Jantan tak buat saja overclaim macam produk gambir jenama lain?

Bukan tak boleh. Boleh je kalau Gambir Jantan nak claim 5 in 1 yang pertama di Malaysia! Boleh keras, panjang, besar, lambat pancut dan macho!

Hah! Kalau buat macam ni, boleh je kami nak tawan hati pembeli!

TETAPI...

Gambir Jantan tak memperbodohkan pengguna di Malaysia! Kami tetap hanya claim Gambir Jantan hanya mampu membantu melewatkan dan memanjangkan masa sahaja (lewat pancut).

Kami tak akan buat claim yang bukan-bukan.

Anda sebagai pengguna perlu bijak. Jadi pengguna yang bijak pandai. Sayangkan duit anda tu. Berbelanja dengan berilmu. Jangan nampak iklan semacam terus beli. Kami di Gambir Jantan tak mahu itu.

Anda boleh rujuk pakar perubatan, doktor-doktor bertauliah. Belum ada kajian saintifik, produk berasaskan gel, boleh membantu memanjang, membesar dan mengeraskan alat sulit lelaki!

Pergilah walk in, jumpa doktor-doktor bertauliah sekarang!

Cuba tanya, adakah produk berasaskan Gel, boleh membantu memanjang dan membesarkan? Mereka akan jawab tidak!

Ada orang kata, gel ini istimewa. Ia dicampur dengan bahan seperti gambir dan ektrak minyak lintah!

Baiklah,

Jika benar ia mengandungi bahan itu, timbul pula persoalan, adakah benar bahan seperti gambir dan ektrak minyak lintah boleh bertindak dalam masa yang sama?

Gel ini nak bekerja yang mana satu dulu? Nak urut bagi besar atau nak bagi kebas? Jika disapu gel banyak kali, makin banyak, makin kebas????

Bukan ke Minyak Lintah yang biasa anda tengok dalam bentuk berminyak? Kalau gel ni, kita sapu sedikit kat kulit, serta merta ia meresap. Selepas ia meresap, ia akan kering. Jadi adakah perlu lagi kita sapu gel berkali-kali untuk dijadikan sebagai gel urutan? Dalam tu ada ektrak gambir???? Makin kebas??

Macam Gambir Jantan, kita cadangkan kepada pelanggan kami, bahawa untuk 1st time guna dengan kadar yang sangat sedikit. Sebab gel ini pekat. Bayangkan kalau guna dos yang besar dan banyak?

Makin kebas alat sulit anda!

By logik, kalau anda jumpa Gel untuk delay yang claim 3 dalam 1, 5 dalam 1 itu semua adalah marketing claim sahaja. Sekadar untuk menarik perhatian anda untuk berbelanja!

Jangan mudah terpengaruh! Jika anda terpedaya, lantak pi la itu duit anda, bukan duit sesiapa.  :)

Jadi, berbalik kepada Gambir Jantan,

Sebab itulah momentum demand produk ini sentiasa ada. Sebab majoriti pengguna berilmu dan bijak menilai. di Gambir Jantan, kami sangat mengambil berat berkenaan kesihatan pengguna. Menggunakan produk yang selamat tanpa kesan sampingan. Lebih penting lagi, pengguna berpuashati dapat membeli produk yang berkualiti.

Jika anda menggunakan highway dari arah Dengkil ke Putra Heights, anda akan nampak billboard Gambir Jantan di sebelah kiri anda.

Anda boleh hubungi hotline kami di 017-3448110 jika anda ragu-ragu atau was-was dengan produk gambir. Kami akan berikan info sebaik mungkin kepada pelanggan kami.

Sayangi duit anda! Berbelanja dengan bijak!


Tuesday, October 18, 2016

EMORRA GLOW C Supplement Kesihatan Paling Di Minati Pengguna Internet

 Sejak packaging baru diperkenalkan pada awal tahun 2016, pengguna setia EMORRA GLOW C SHINE (dulu dikenali sebagai EMORRA GLOW C) semakin bertambah.

Antara pengguna paling ramai yang membeli EGCS ni datangnya dari Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Di EMORRA BEAUTY, kami sentiasa menekan soal kualiti produk sebelum ia dipasarkan.

Kami sangat mengambil berat mengenai pengambilan produk yang sihat tanpa kesan sampingan. Sebab itulah produk ini telah didaftarkan sebagai supplemen kesihatan melalui BPFK.

Bagi anda yang pernah membeli produk kami dalam bentuk tablet, kini EGC didatangkan dalam bentuk serbuk di mana anda boleh pelbagaikan cara pengambilan.

Jika sebelum ini, anda hanya boleh kemam sahaja, kini EGCS boleh diambil samada dikemam atau pun dibancuh dengan air.

Anda boleh membuat pilihan cara pengambilan tanpa menjejaskan kesannya.

EMORRA GLOW C SHINE kini diformulasi dengan bahan-bahan terbaik dan terpilih yang terdiri dari Kiwi, Apple Stem Cell, Kolagen dan Vitamin C.

Bahan-bahan terbaik ini mampu menandingi bahan-bahan seperti Glutathione dan serbuk mutiara.






Supplement EGCS ini sangat berkesan dan membantu anda yang mengalami masalah seperti:


- Kulit kusam
- Kulit merekah dan kasar seperti kertas pasir
- Wajah kulit berlopak dengan bekas-bekas parut jerawat yang lama
- Melembapkan kulit basah agar nampak sentiasa segar dan bertenaga
- Mengekalkan dan menjadikan kulit wajah lebih awet muda

- Bagi anda yang ada masalah eyebag atau kedut di mata, EGSC mampu membantu ada
- Masalah jerawat pasir atau jerawat yang banyak tumbuh diwajah terutama remaja sekolah

- Membantu menguatkan akar rambut dan kuku. Rambut dan kuku lebih bersinar.
- Memberi tenaga tambahan




Kami di EMORRA BEAUTY mempunyai banyak feedback positif dari pengguna yang pernah mengamalkan EGCS ini, sampai ada yang setia bertahun-tahun.

Anda boleh membeli online di www.emorra.com.my dan jika bertuah, anda akan dapat harga yang istimewa untuk setiap produk keluaran EMORRA BEAUTY.

Ada yang tanya kami, adakah produk ini hanya untuk wanita sahaja?

Saya sentiasa pun ambil EGCS ini. Jadi lelaki pun boleh. Tak semestinya perempuan je nak kulit sihat dan cantik. Lelaki zaman sekarang pun perlu jaga penampilan kan!

Jadi, kalau korang nak buat hadiah untuk isteri atau bakal isteri, bolehlah belikan sekotak atau 2 kotak untuk yang tersayang! ;)


MACAM MANA NAK JADI RAKAN NIAGA?

Kami sangat memilih!

Kami tidak buka peluang kepada semua orang. Jika anda memenuhi kriteria kami, inshaAllah, team kami akan hubungi anda.

Untuk stokis dan agent, kami hanya buka kouta kepada mereka yang;

- serius
- ada pengalaman bisnes
- pernah jual produk
- ada modal minima RM300 ke atas
- boleh bergerak tanpa pemantauan
- ada asas menjual dan mempromosi
- boleh bersaing secara sihat
- bukan penjual jenis buang harga

Jika anda memenuhi kriteria di atas, anda boleh tinggalkan nombor whatsapp dengan send code RN EGCS BLG ke 011-28537220 (farah)

Tinggalkan nombor phone anda, team kami akan hubungi anda dengan kadar segera.

Jika anda diterima masuk, anda bakal dijemput ke group support kami. Di sana, anda akan dibekalkan ilmu pemasaran, bahan-bahan untuk kempen pemasaran dan info semasa untuk rakan niaga seperti promosi, pelan ganjaran dan sebagainya.

Jumpa lagi,

Jom follow instagram saya di www.instagram.com/noorizam




Register Dan Verify Paypal Semakin Mudah. Ye Ke?


Kalau yang beli ebook di www.kuasalelong.com tu, jangan konfius bila tengok interface Paypal ni dah berubah. Sejak Paypal "bercerai" dengan eBay ni, untuk daftar akaun dah nampak "sikit" mudah.

Dulu, kalau akaun Paypal korang kena freeze, semua detail yang ada tak boleh nak guna. Kalau guna juga, risiko besar untuk akaun di limit.

Perhatian pada korang yang baru plan nak daftar akaun Paypal!

Paypal ni adalah 3rd party platform untuk korang hantar dan terima duit dari kawan atau pelanggan seluruh dunia. Jika diorg tak ada akaun bank tempatan macam Maybank, atau nak buat wire transfer atau pun Western Union, diorg boleh je send atau hantar duit kat korang guna Paypal.

Korang boleh daftar di www.Paypal.my untuk yang tinggal di Malaysia.

Bila korang dah ada akaun Paypal, kalau nak terima duit dari mana-mana matawang pun boleh. Rupiah boleh. Dollar boleh. Pound Sterling pun boleh.

Korang boleh terima payment debit dan kad kredit.

Kalau korang ada website menjual, ada widget untuk letak code atau plugin Paypal Payment Gateway ni, so bisnes korang akan lebih better berbanding mereka yang tak guna Paypal sebagai kaedah bayaran.

Nota: Kalau korang dah guna payment gateway yang lain pun boleh la guna Paypal sebagai alternatif.




Nak register akaun Paypal ni free je. Tak yuran komitmen. Tapi korang akan dicaj bila korang received duit customer. Berapa fee? korang boleh refer website Paypal.

Untuk korang yang plan nak send dan terima duit guna Paypal, sila register/klik "Get Start" Receive Payments with Paypal.

Isi je maklumat yang diminta. Untuk bisnes name, korang boleh letak nama syarikat korang (bagi yang ada).

Yang lain-lain, follow je instruction yang diminta.









Untuk verify akaun Paypal, korang kena check dengan bank. Pastikan online purchase korang dah diaktifkan. Kalau tak proses untuk verify akan reject. So call je hotline belakang kat debit korang.

Bila dah buat call, teruskan proses verify akaun dan dalam masa beberapa minit korang akan dapat 4 digit code untuk siapkan step pengesahan.

Duit yang korang terima dari customer nanti, boleh withdraw direct ke local bank seperti Maybank, CIMB, RHB, Bank Islam dan lain-lain.

Dah ada akaun Paypal? Daftarlah!

Follow instagram saya di www.instagram.com/noorizam




Gelas Yang Diguna Justin Bieber Terjual Pada Harga 65,000 Pound Di eBay?


Kalau anda selebriti terkenal, inshaAllah apa juga barang yang anda miliki kalau di jual di eBay, confirm meletup-letup.

Inilah realiti. Di eBay, begitu banyak peminat yang fanatik.

Tanyalah mereka yang pernah menjual di eBay, produk yang kita list di eBay kadang-kadang diluar jangkaan. Ia boleh dibida melebihi dari harga yang kita expect.

Rujuk link ini: http://www.ebay.co.uk/itm/Justin-Biebers-Milk-Glass-/222281452795?hash=item33c101ccfb:g:-lcAAOSw8gVYAMiy

Jika anda menjual di eBay, anda tidak boleh terlalu syok sendiri. Anda perlu memahami tingkahlaku prospek sebelum anda buat keputusan untuk jual apa-apa produk di sana.

Ada ke produk-produk buatan Malaysia yang boleh dijual?

Anda perlu buat kajiselidik pasaran terlebih dahulu. Jika tidak ada sebarang hasil carian menunjukkan produk yang anda ingin jual itu terjual di pasaran, anda boleh cuba try validate terlebih dahulu.

Try list satu. Tengok ada tak view ataupun watchers dari prospek. Mula dengan buat listing format bid (lelongan).

Bermula dengan list harga kos dan lihat samada ia dibida atau tidak.

BAGAIMANA NAK MUDAH DAPAT PROSPEK MEMBELI?

Berikut adalah tip yang boleh anda praktik bila menjual di eBay:

1. Title produk yang kuat dan berkualiti. Contoh New Black Pillow Case Justin Bieber
2.  Subtitle produk - Free postage, Fast Delivery to US
3. Gambar yang jelas dengan minimal background
4. Keterangan produk yang detail seperti spec, condition, policy, copywriting

Lagi mudah kalau anda menjual produk yang pernah ada track rekod di eBay. Lagi mudah kalau anda menjual produk yang ada jenama atau produk yang dikenali.

Jadi, soal produk itu boleh jual atau tidak, ia adalah subjektif. Infomasi yang anda kongsikan itu menentukan samada produk itu senang dijual atau tidak.

Dan lagi lah mudah kalau anda menjual sesuatu yang pernah dimiliki oleh pesona antarabangsa kerana mereka mempunyai kumpulan fanatik.

Kalau korang jual produk yang dimiliki oleh Fatah Amin, saya tak surelah produk tu hotselling ke tak? ;)

Jumpa lagi,

Jom follow instagram www.instagram.com/noorizam


.
.

- eBook panduan eBay: http://www.kusalelong.com








Thursday, October 13, 2016

Ini Cerita Sebenar Usahawan Muda Bermula Dengan Modal RM20





[KISAH RM20]
.
.
23 Oktober genap setahun aku berniaga. Disinilah segalanya bermula dan terlahirlah Umashi Resources. Walaupun sudah 3 bulan kami sekeluarga berpindah ke bangi, Flat PPR Lembah Subang tetap dalam kenangan.

Teringat lagi masa aku hendak memulakan perniagaan, aku masih student tetapi minat hendak berniaga tu mmg ada. Lagipun berniaga kan sunnah Rasulullah s.a.w. Keluarga aku bukan berasal dari org yg senang, kadang2 nak makan pun tak cukup duit.

Ayah aku tidak bekerja kerana sakit, ibu aku hanya bekerja sorg jadi aku bertekad hendak membantu ibu dan ayah. Aku berminat dgn 1 produk ni kerana ia adalah produk berevolusi dan lain dari yg lain, aku nampak produk ni boleh berkembang dan pada masa tu ada 1 warna sahaja. Jadi aku bermula sebagai agent dropship kerana tiada modal yg besar.

Pada permulaan nak berniaga bukannya semua manis2 belaka, dalam proses inginkan perubahan dan kejayaan akan ada pelbagai rintangan dan dugaan. Aku pernah diherdik, dipandang rendah dan dianggap sebagai budak mentah. Aku masih ingat kata-kata ni sampai sekarang.

" Tinted balut pakai kertas je. Hurmm ada ke org nak beli. "

'' Kau reti ke pasang tinted? Nak jual tinted mesti kena ada kedai. Takkan kau nak jual bawah rumah flat. "

" Org beli 1 gulung pun nak post. Berapa sen sangat yg kau dapat. "

'' Sampai bila kau boleh jual barang ni? Lupakan jela. "

Mulut manusia mmg kita tak boleh tutup. Aku anggap setiap kata-kata yg negatif sebagai "PEMBAKAR SEMANGAT" dan "PENAMBAHBAIKKAN" untuk aku terus kehadapan. Bagi aku hendak berjaya bukannya suatu perkara yg mudah, banyak yg perlu dilalui. Aku tidak ada kedai, modal yg besar utk memulakan perniagaan dan tak pandai pasang tinted pun sebenarnya.huhu. Tetapi aku ada "PASSION" untuk berubah. Aku yakin rezeki itu datang dari-Nya yg penting kita mesti berusaha.

Dalam al-Quran Allah Ta'ala pernah berfirman :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka”
(Surah Ar-Rad:11)

Aku taknak wariskan kemiskinan pada keturunan aku. Jadi aku berniaga dengan cara tersendiri.

"GUNAKAN APA YANG ADA".

Dalam tempoh 2 bulan menjadi agent dropship aku sudahpun ada 3 org pengedar. Bila berniaga secara online perkara pertama untuk menyakinkan customer sentiasa post dan update gambar2 aktiviti perniagaan. Melihat customer dan pengedar puas hati dgn produk ni pun dah cukup buat aku trsenyum.

Inilah pengalaman yg paling mahal dalam hidup aku. Masa berlalu dgn begitu pantas, selepas beberapa bulan release "Version 2", alhamdulillah tercapai projek 50K sebulan. Genap bulan ke-10 aku dpt keluarkan produk sendiri "Version 3" dgn kualiti tinted dan packaging yg lebih premium.

Tinted lebih lebar dan panjang, tidak lagi balut pakai kertas tetapi dengan plastic keras siap dgn kotak lagi. Nak buat produk sndiri mmg memerlukan modal yg besar, lagi2 dari segi quotation dari pihak pengeluar, design, R&D, shipping, cukai kastam dan sebagainya mmg kena ready berpuluh2 ribu, silap2 minimum kena ada 100K sekali dgn marketing.



Alhamdulillah setakat ni aku tak mohon pinjaman perniagaan, aku gunakan modal dari hasil jualan tinted. Caranya adalah dgn asingkan MODAL, PROFIT & SAVING. Kadang2 profit pun aku tak usik. hihi.

Dengan ASBAB tuhan gerakkan hati aku gunakan RM20 yg terakhir dalam akaun bank utk berniaga, hidup kami sekeluarga terus berubah 360°.

Perubahan yg paling besar dalam hidup aku. Secara tak langsung pengedar aku pun dapat jana pendapatan dari menjual tinted ni. Tidak ada apa yg mustahil. Semua yg terjadi atas izin-Nya, Alhamdulillah syukur ya Allah. 😄 Aku lebih suka berniaga secara berjemaah, kita kongsi rezeki bersama. Tuhan akan lipat gandakan rezeki kita. InsyaAllah.

1 perkara ni mmg wajib aku buat, bila melangkah keluar rumah utk berjumpa customer atau bakal pengedar aku sentiasa minta ibu ayah doakan aku semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan kerana doa mereka sangat mustajab. Keberkatan dari ibu ayah itu sangat penting. Masih banyak yg perlu aku pelajari.

http://www.noorizamshah.net/2016/10/kisah-modal-rm20-menjadikan-dia-berjaya.html ]

Terima kasih ibu ayah, abg umar, bakal zaujah, sahabat2, pengarah kolej, pensyarah aku sndiri en.izzuan, pn.marina dan seluruh pengedar Umashi Resources kerana sentiasa mnyokong dan memberi semangat demi memajukan lg perniagaan ni.

Tinted Mudah-Alih version 4 akan berada di pasaran bermula bulan November. Kali ni akan ada 5 variasi peratus kecerahan dan warna. Dengan sokongan dari pengedar dan distributor yang sah dibawah UMASHI RESOURCES, bersama kita BOOM market di Malaysia. InsyaAllah. 😁 Sama2 kita doakan semoga perniagaan kami dapat menjana ekonomi ummah. InsyaAllah aminnn.



Umarul Ariffin Bin Jeffri.
1993/22 tahun.
Executive Director & Founders of Umashi Resources.


----------------------

Wahai anak muda diluar sana, jika kisah ini masih juga tidak memberi kau inpirasi, memang sah kau masih lagi berada di zon selesa!

Jumpa lagi,

Wednesday, October 12, 2016

Semak Dulu Perkara Ini Sebelum Anda Buat Keputusan Tutup Bisnes

 Sebelum anda buat keputusan untuk tutup atau jual bisnes anda, sila semak beberapa perkara terlebih dahulu:

 - Adakah anda telah membuat perkiraan untung rugi yang betul?
 - Adakah anda telah membuat analisa mengenai bisnes anda?
- Adakah anda telah membaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam bisnes anda?

Apakah EXIT PLAN anda selain jual atau tutup bisnes?

Kalau anda buat carian di Mudah.my, ada banyak bisnes yang hendak dijual. Malah ada seorang kenalan saya berjaya menjual sebuah bisnes (niche produk kecantikan) dengan nilai belasan ribu ringgit sedangkan usia bisnes itu tak sampai lagi setahun.

Saya sendiri ada pengalaman tutup beberapa bisnes yang saya buat. Antara punca saya tidak meneruskan bisnes itu adalah kesilapan memilih partner.

Dahulu saya ghairah bila nampak peluang baru. Tanpa berfikir panjang, saya berpartner dengan mereka yang tidak berpengalaman dalam menguruskan bisnes.

Bayangkan anda berpartner dengan mereka yang sedang bekerja makan gaji. Mereka bukannya seorang usahawan yang dah jalankan bisnes atau ada memiliki syarikat melebihi dari 3 tahun.

Jadi risiko untuk anda salah percaturan atau membuat keputusan adalah tinggi. Masing-masing tidak pernah menguruskan syarikat dan pasukan.

Saya ada seorang kenalan yang buat bisnes berkaitan perkahwinan. Beberapa tahun dulu, bisnes dia agak bagus. Ramai pelanggan yang ambil servis andaman, khidmat jurugambar, pemasangan pelamin dan dewan hiasan.

Selepas beberapa tahun jalankan bisnes, semakin lama semakin kurang pelanggan. Dia rasa pelik. Nak kata pakej yang ditawarkan mahal, taklah mahal mana.

Boleh dikatakan pakejnya antara pakej yang paling murah berbanding syarikat lain.

Bila dikaji semula, ada banyak kesilapan yang dia telah buat.

1. Laman web yang dulu menarik traffik datang untuk membaca info pakej-pakej terbaru tidak lagi dikemaskini.
2. Tidak mengikuti trend pemasaran online masakini seperti pemasaran di facebook dan instagram.
3. Tidak update gambar-gambar yang menarik.
4. Salah mengurus wang keluar masuk.
5. Tidak membuat pengiraan untung rugi bisnes.
6. Tidak ada direction bisnes. Bisnes plan yang tidak jelas.
7. Tidak ada strategi atau mencipta fasa-fasa kempen pemasaran.
8. Tidak menyimpan database pelanggan dengan bersistem.

Ada banyak lagi perkara-perkara lain yang turut menyumbang kepada impak penurunan jualan bisnesnya.

Bila ada orang kaitkan lokasi sebagai penyumbang besar kepada tutupnya sebuah bisnes, saya tetap katakan ia bukanlah penyumbang utama.

Kalau betul ia sebagai penyumbang utama, sudah pasti mereka yang membuka bisnes di Perlis, Kelantan, Pekan Bahau di Negeri Sembilan juga tidak mampu untuk jalankan bisnes dengan baik.

Tutupnya sesebuah bisnes pasti ada sebab-sebab dalaman. Bukanlah kerana faktor lokasi menjadi punca utama seseorang itu tidak mampu jalankan bisnes.

Saya ingat lagi,

Saya pernah beli seekor kucing untuk dibela. Saya buat carian di Mudah.my dan seorang penjual mahu menjual seekor kucing kacukan British Scotish dan Persian.

Masa saya deal dengan si penjual, dia beri lokasi alamat di Hulu Selangor.

Macam biasa, bila dia beritahu lokasinya di kampung Tekali, saya ingatkan memang kucing tu berada di rumahnya.

Rupa-rupanya, bila saya sampai di sana, saya telah dibawa ke dalam sebuah dusun. Dalam dusun tu ada sebuah pondok dan kolam ikan. Di pondok itulah ditempatkan kesemua kucing-kucing untuk dijual.

Harga seekor kucing yang dijual boleh mencecah sehingga RM3000 seekor.

Jadi, siapa kata lokasi boleh menyekat kita untuk dapat pelanggan?

Kalau kita seorang yang pandai uruskan bisnes dan bisnes itu mampu bertahan lebih dari 3 tahun, maka anda telah berjaya melalui satu cabaran survival bisnes dengan baik. Dan pastikan dalam tempoh 3 tahun itu, bisnes anda mestilah berkembang.

Berkembang dengan maksud,

Telah bertambah pasukan
Telah bertambah stok ataupun siri produk
Telah memiliki beberapa cawangan
Telah membina cabang bisnes yang lain
Telah memiliki tabungan yang banyak
Telah menambah aset-aset penting untuk syarikat dan diri sendiri
Telah bertambah ilmu mengurus bisnes dan kewangan

Jika semua ini dikuasai dengan baik, inshaAllah anda boleh dijadikan benchmark oleh oranng lain. Menjadi inpirasi kepada orang lain untuk berjaya seperti anda juga.

Kalau anda berjaya jual bisnes anda pada orang lain, anda masih lagi bernafas kerana mempunyai wang hasil jual bisnes tu.

Tapi kalau tutup begitu sahaja? Biarlah tutup ketika kita untung.


JIKA ANDA RASA ARTIKEL INI BERMANFAAT, SILA SHARE SUPAYA KAWAN-KAWAN LAIN DAPAT BACA JUGA.

Jumpa lagi,

Kisah Modal RM20 Menjadikan Dia Berjaya Menghasilkan RM400,000 Tak Sampai Setahun



Umarul Ariffin. Kisah anak muda ini saya tulis dalam blog supaya dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda di luar sana.

Ramai anak muda di luar sana tidak ada arah tuju hidup sebenar. Bukan tak ada yang betul-betul berjaya tetapi lebih ramai lagi yang tidak berjaya.

Umarul Ariffin sama seperti anak muda lain. Mempunyai semangat yang membara untuk berjaya.

Dahulu dia tidak minat untuk berniaga. Apatah lagi nak menjual produk online. Atas dorongan orang yang rapat dengannya akhirnya dia sahut cabaran dengan mula bisnes bermodalkan RM20.

Haha. Macam kelakar kan?

Apalah yang dapat dimulakan dengan modal RM20?

Saya dah membimbing ramai orang. Antara masalah paling besar yang saya lihat adalah mereka selalu kaitkan modal sebagai punca untuk mereka tidak bermula.

Umarul boleh mula bisnes dengan modal RM20. Takkan korang nak ikhtiar cari RM20 pun susah sangat?

Dengan RM20, dia mula dropship jual tinted mudah alih. Mula-mula jual versi keping-keping macam kertas mahjung. Jual tinted yang sudah siap potong.

Perlahan-lahan dia upgrade bisnes dia bila mula dapat duit untung. Duit itu dikumpul dan dipusing sebagai modal bisnes.

Bermula sebagai ahli dropship, kemudian jadi agen dan stokis, akhirnya beliau buat produk jenama dia sendiri.

Umarul bukan belajar tinggi mana pun. Bukan ada ijazah. Apatah lagi doktor falsafah. Beliau hanya pelajar dari institut kemahiran tempatan.

Untungnya beliau belajar di institut ini, kolej-kolej mereka telah banyak anjurkan banyak program yang bermanfaat termasuk program yang berkaitan dengan dunia keusahawanan.

MDEC adalah antara agensi penting yang banyak memberi tumpuan membangunkan usahawan di kalangan pelajar-pelajar TVET.

Peluang yang datang sudah pasti tak akan dilepaskan begitu sahaja. Jika nak belajar bisnes kat luar sana, sudah tentu perlu keluarkan belanja yang sangat besar.

Sampai ada yang perlu bayar RM70,000 untuk yuran mentoring sahaja.

Jadi,

Dengan menyertai program-program yang dianjurkan oleh MDEC, begitu banyak pendedahan ilmu bisnes yang boleh dipraktikkan, malah MDEC begitu banyak memberi peruntukan kepada peserta program untuk memudahkan mereka mendalami ilmu bisnes terutama dalam talian.

Apa lagi yang anak muda mahukan?

Jangan kita terus menerus berada dalam zon selesa.


Umarul Ariffin adalah anak muda yang terpilih dalam program anjuran MDEC. Di bawah program e-usahawan bakal jutawan, beliau dibimbing untuk mengembangkan bisnes sedia ada ke tahap yang lebih membanggakan.

Dia dilihat antara peserta yang sangat berpotensi untuk berjaya. Dengan syarikat yang dia ada, saya sebagai mentor sangat tekankan supaya dia fokus menjaga cashflow, buat forecast dan membangunkan sistem agen.

Masa sesi bootcamp ke-3 di Cyberjaya bulan lepas, bila saya minta dia review bisnesnya, saya sangat bangga bila bisnesnya kini dah menjana 6 angka jualan. Mempunyai puluhan rakan niaga di seluruh negara.

Rekod terbaik jualan pernah mencecah hampir RM20,000 sehari.

Semangat bisnes bukan semata retorik. Ia mesti dipraktik. Tunjukkan kesungguhan. Bukan cakap, "saya akan buat".. tapi kesudahan masih tidak terbuat.

Ada ramai anak muda yang saya lihat begini. Ramai sangat suka menangguh. Meletak begitu banyak alasan di depan mereka. Mereka belum jumpa apakah BIG WHY sebenar mereka. Sebab itu ramai yang duduk dalam zon selesa.

Cukuplah buat RM100 sebulan. Mak ayah masih ada. Diaorang still boleh support makan minum saya lagi.

Buat apa nak buat bisnes. Muda lagi. Muda-muda tak elok pegang duit banyak-banyak.

Dengar sini!

Sudah sampai masanya anda anak muda untuk menukar gaya berfikir. Jangan lagi duduk dalam zon selesa.

Dalami ilmu bisnes sebaik mungkin. Mula membaca ilmu-ilmu berkaitan bisnes samada buku, ebook ataupun carian di internet.

Banyakkan bertanya. Bertanya pada mereka yang lebih berpengalaman. Jangan berat mulut. Malu bertanya sesat jalan.

Pergi la ke kelas-kelas samada percuma atau berbayar. Bila berbayar, ambil yuran ikut kemampuan. Jangan jerut leher sendiri.

Buat bila dah mula faham. Biar salah buat daripada langsung tak buat-buat. Salah dan kita belajar untuk betulkan. Jangan jadi bodoh sombong.

Bila cakap, faham ke? Jawab faham. Hakikat masih tak faham-faham.

Sebab itu praktik. Bermula modal apa yang ada di tangan. Usaha sebaik mungkin. InshaAllah, Allah beri jalan.


SHARE POST INI JIKA BERMANFAAT.

Jumpa lagi,






Tuesday, October 11, 2016

Jual Produk Tanpa Buang Harga. Bagaimana?




Bila kita nak jual produk, ramai dikalangan kita mengimpikan customer yang ramai.

Bila kita jual produk yang bukan produk keluaran kita sendiri, bermakna ada juga penjual yang lain jual produk yang sama macam kita.

Maka wujudlah persaingan.

Pergi kat facebook, jumpa seller jual produk yang sama macam kita.

Kita jual di platform lain pun pasti akan jumpa seller jual produk sama macam kita.

Brand sama, harga berbeza.

PERNAH TAK ANDA ALAMI MACAM NI?

Kenapa ada seller yang jual murah dari kita?

Adakah mereka dapat harga lebih murah dari pembekal atau tokey produk?

Katakanlah situasi anda sekarang,

- Anda seller yang baru menjual produk orang.
- Modal anda kecil.
- Dapat beli stok pun sedikit
- Margin keuntungan juga kecil. Tak besar mana.

Hari pertama, anda rasa semangat nak jual produk itu. Tapi masuk hari-hari berikut anda mula perasan bahawa produk yang anda jual sedikit tinggi berbanding seller-seller lain, sedangkan HQ atau pemilik produk sudah bagi guideline berapa perlu anda jual kat market!

Apa tindakan anda bila terjadi perkara macam ni?

For sure kebanyakkan seller seperti anda akan rasa terancam, tertekan dan rasa tak adil bila ada ramai seller lain tak follow price yang ditetapkan untuk market.

Adakah ini bagus untuk pasaran?

Boleh jadi bagus dan advantage kepada bakal pembeli sebab ada pilihan untuk dapatkan produk pada harga yang lebih murah, tetapi tak bagus kepada bisnes anda yang baru nak berkembang.

Anda hanya sekadar buat duit untuk lepas makan minum anda. Anda sekadar buat duit, bukan buat bisnes.

ADAKAH BUANG HARGA JALAN TERBAIK UNTUK DAPAT CUSTOMER MENDERU-DERU?

Ada orang berpendapat, itulah cara mereka buat duit dan bisnes (rujuk kepada penjual yang ada modal besar). Ini game mereka.

Tetapi kalau ada yang jenis modal ciput ini, adakah anda nak follow game mereka?

Silap haribulan, anda yang bungkus dulu. Maka tiap kali ada produk baru, anda akan melompat dan tukar produk untuk dijual.

Dan itulah lah game anda. Dengan buang harga untuk dapatkan customer.

Sebenarnya ada banyak cara lain yang kita boleh tawarkan kepada bakal pembeli kita tanpa perlu rasa nak buang harga macam seller lain.

Tak kiralah samada anda pemborong, stokis besar, stokis kecil, agen ataupun ahli dropship.

Semua orang boleh ubah gameplan tanpa buang harga sesukahati.

Bila kita menjual produk orang lain, sudah tentu kita faham setiap kouta harga yang diberikan. Sebagai contoh, harga pemborong sudah pasti tak sama dengan harga agen, sebab pemborong order produk dalam kuantiti yang sangat besar.

Sebab tu margin keuntungan berbeza. So bila berbeza, anda yang jadi agen kecil ni janganlah expect akan dapat harga macam pemborong dengan buat order ciput.

Jadi follow rules. Ukur modal pada poket sendiri.

So dimana juga level anda. Sebagai pemborong, stokis ataupun agen, pastikan anda ikut guideline HQ bila nak beri harga kepada customer anda.

Contoh pemborong, jika HQ dah tetapkan tolak produk pada stokis dengan minima 500 unit untuk dapatkan harga RM20 seunit, janganlah pandai-pandai tolak harga RM18 dengan minima order 10 unit.

Kalau saya jadi stokis sudah tentu saya akan follow mana yang paling murah dan paling minima ordernya.

Kat sini pun harga produk sudah dirosakkan, apatah lagi bila nak sampai pada customer akhir?

Harga akan jadi macam-macam!

Contoh lain,

Ada 100 orang stokis. Setiap stokis berbeza harga dan minima order. Ada yang tolak harga pada agen RM20 seunit, minima order 50 unit. Ada yang lain nak menang punya pasal tolak pada agen RM20 seunit, minima order 5 unit.

Ini pun akan menyebabkan punca agen-agen stokis disailang oleh stokis lain. Sebab tamak sales punya pasal.

Apatah lagi kalau agen atau ahli dropship pi buang harga sampai untung RM1 per unit pun sanggup!

Jadi jangan buat hal macam ni.

Kalau saya pemilik produk itu, saya tak akan jual produk saya pada anda, sebab anda lebih pentingkan diri sendiri berbanding pada perkara lain.

Kalau saya pemilik produk yang kejam, saya akan kata, lantak pi la ejen-ejen kecil ni. Mereka bukan bawa untung besar pun pada kita. Dah la restock berbulan-bulan baru nak buat.

Baik saya fokus pada pemborong sahaja. Walaupun mereka buang harga, tetapi sekali restock berpuluh ribu unit sebulan.

Sebagai pemilik produk, ada juga owner yang pentingkan diri sendiri berbanding orang lain. Yang penting aku dapat duit berjuta-juta.

ANDA PERNAH ALAMI SITUASI MACAM NI?

Apakah cara untuk atasi atau paling tidak dapat kurangkan masalah seller yang bersaing dengan cara buang harga?

1. DIDIK BAKAL PELANGGAN

Berterus-terang itu lebih baik.

"Saya minta maaf cik, bukan saya tak boleh jual murah. Saya ni baru mula berniaga. Modal untuk saya ambil stok pun kecil. Apatah lagi margin yang saya dapat pun kecil.Saya faham cik nak dapatkan harga murah, tetapi sukanya saya kalau cik dapat support bisnes saya dengan beli produk ini. Sebagai timbal balik dan sebagai tanda sokongan cik pada saya, saya tanggung kos poslaju dan saya berikan free ebook bernilai RMxx ini PERCUMA pada cik."

2. BERIKAN TAMBAH NILAI PADA BAKAL PELANGGAN

Tawarkan sesuatu kepada pelanggan yang menjadikan mereka tidak mampu untuk menolak.

"Harga seunit produk original ini RM80. Memandangkan cik antara 5 orang pembeli terawal hari ini, saya tawarkan cik free mascara yang bernilai RM10, free postage (RM7), free consultation dari team kami selama 14 hari. Dan, jaminan wang dikembalikan jika cik dah guna produk kami selama 30 hari tetapi tidak memberi sebarang kesan positif".

3. BUAT PELANGGAN SUKA

"Jika cik buat jumlah restock 1000 unit bulan ni, saya akan berikan 5gram goldbar pada cik."

Cik beli 1 unit RM80.
Beli 2 unit RM120 (jimat RM40 - byk tu!). Free pos
Beli 10 unit RM350, free pos, free flyers, free tshirt
Borong 1000 unit, RM20 seunit. Free lagi 10 unit


Follow je harga yang HQ bagi. Kita buat something supaya tak nampak kita sedang buang harga. Jadi, bila customer round ke mana-mana mereka pasti akan jumpa harga yang sama cuma yang beza adalah dari sudut tambah nilai yang diberi.

InshaAllah rezeki pasti ada untuk kita.


Jumpa lagi

Wednesday, October 5, 2016

Kapten Ini Berkongsi Apakah Cabaran Dalam Dunia Perniagaan Fesyen Muslimah

CABARAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN FESYEN MUSLIMAH.
.
Sebagai CEO kepada syarikat ZAWARA, yang berkecimpung dalam industri fesyen, ramai yang bertanya saya tentang industri fesyen terkini, cabaran yang dihadapi, terutama industri fesyen muslimah menjelang kemelesetan ekonomi. 
.
Dalam coretan ringkas ini saya harap ia bermanfaat untuk pembaca, terutama anak muda yang cenderung kearah industri fesyen. Semua fakta ini hanyalah pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman sebagai pemerhati industri & trend fesyen antarabangsa ketika bertugas sebagai juruterbang mengelilingi dunia dan kemudian berniaga sepenuh masa, menceburi industri fesyen bersama-sama rakan kongsi dan juga adik saya Fadilla Karim. Pada tahun 2012, kami menubuhkan ZAWARA sebagai pusat fesyen atas talian dan berkembang membuka sehingga 20 butik seluruh Malaysia. 
.
Pada tahun 2015, ZAWARA menjadi online shopping site yang ke-5 terbanyak di carian google Malaysia serta menjadi contoh success story oleh pihak Facebook HQ di California, Amerika.
.
Memulakan perniagaan fesyen, khususnya fesyen muslimah adalah sangat menarik dan mampu memberi pulangan lumayan tetapi ia datang dengan banyak cabaran & masalah. Dalam industri fashion, seperti industri lain, kejayaan tidak kekal. Bak kata Heidi Klum: “One Day You're In & the Next Day You're Out” Oleh itu untuk mengekalkan kejayaan, syarikat fashion perlu struggle untuk sentiasa memastikan kejayaan berterusan.


.
Ini adalah 10 CABARAN DALAM INDUSTRI FESYEN:
.
1. MODAL: 
Untuk memulakan sesuatu jenama sendiri, modal adalah agak besar. Kos melibatkan pembelian bahan, produksi, penjenamaan & pemasaran dan tentu sekali kos untuk mewujudkan pusat jualan seperti butik menelan belanja yang tinggi. Pihak bank atau institusi kewangan jarang memberi pembiayaan perniagaan fesyen terutama kepada perniagaan baru kerana kadar kegagalan yang sangat tinggi dalam industri ini secara global. Oleh itu, bermula kecil-kecilan secara online atau menjadi ejen kepada jenama sedia ada adalah satu langkah bijak kerana banyak yang akan anda pelajari. Ilmu pengalaman sendiri ini adalah amat berharga dan tidak boleh didapati di mana-mana institusi pengajian ataupun seminar.
.
2. PENINGKATAN KOS PRODUKSI:
Hampir semua bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu pakaian atau tudung itu diimport dari luar Negara. Dengan nilai ringgit yang amat lemah, ia menjadikan kos menghasilkan sesuatu pakaian itu semakin tinggi. Persaingan sengit membuatkan harga runcit tidak boleh menjadi terlalu tinggi, mengakibatkan kadar keuntungan yang sangat rendah jika gagal menjual pada harga premium. Kos-kos lain seperti pekerja, sewa serta kos operasi lain menjadi cabaran getir industri ini. Dalam kegawatan ekonomi serta inflasi, pelanggan akan memilih jenama lain yang lebih murah apabila produk anda menjadi terlalu mahal untuk mereka.
.
3. PASARAN TERHAD:
Pasaran fesyen muslimah adalah terhad, tidak luas. Fesyen muslimah yang dihasilkan di Malaysia adalah mengikut trend permintaan pengguna Muslimah di Malaysia. Jika fesyen kita dibawa ke Indonesia, mereka rasa kebanyakan fesyen kita tidak menepati trend fesyen muslimah Indonesia. Ya betul! Walaupun mereka juga muslimah, tetapi cara fesyen di sana berbeza. Begitu juga ke Negara timur tengah atau untuk muslimah di Eropah. Gaya fesyen muslimah setiap negara berbeza. Bayangkan untuk Malaysia sahaja, anda terhad kepada segmen ini: WANITA > MUSLIMAH > BERHIJAB > YANG MEMINATI JENIS REKAAN ANDA. Citarasa berbeza-beza dan tidak mungkin anda dapat menghasilkan atau menjual pelbagai jenis produk untuk semua citarasa pengguna muslimah. Jika anda berkategori fesyen bukan muslimah pula, anda akan bersaing dengan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa yang mempunyai dana yang amat besar sehingga mampu menjual produk dibawah kos untuk tujuan promosi serta pengumpulan database untuk tujuan perniagaan kewangan yang lain seperti untuk mengapungkan syarikat ke bursa saham atau penjualan syarikat. 
.
4. PEMASARAN: 
Pemasaran dalam industri fesyen adalah antara strategi pemasaran industri yang paling sukar. Cara pemasaran sentiasa berubah pantas. Ia perlu menjadimenarik serta kos pemasaran makin menjadi tinggi. Dengan kadar keuntungan yang rendah, kesilapan dalam strategi pemasaran boleh melenyapkan perniagaan anda dengan pantas sekali. Kewujudan produk atau jenama anda di media cetak tidak lagi begitu berkesan seperti dulu, apatah lagi kalau ia merupakan iklan. Kos pemasaran di Facebook serta Google dan lain-lain menjadi semakin tinggi berbanding dulu. Pemasaran viral adalah antara yang paling murah dan efektif, tetapi untuk viralkan sesuatu perniagaan adalah sukar. Netizen tidak suka viralkan sesuatu yang positive atau berbau promosi produk. Kos pemasaran berterusan untuk fesyen adalah tinggi kerana produk berubah-ubah terlalu kerap, tidak seperti pemasaran produk makanan atau restoran yang jauh lebih mudah dan rendah.
.
5. PENGURUSAN PERMINTAAN:
Tiada satu pun jenama fesyen di dunia kini boleh meramalkan permintaan dengan tepat, termasuklah jenama antarabangsa seperti ZARA, H&M serta UNIQLO. Apa yang kita sangka akan menjadi hit, kadangkala tidak laku, menyebabkan lambakan stok dan cairan tunai anda tersangkut. Sebaliknya apa yang kita ramal kurang mendapat tempat tiba-tiba menjadi sangat laku dan anda tidak cukup stok untuk menjual untuk meraih keuntungan maksimum. Masa produksi yang agak lama, membataskan produksi semula. Peredaran trend yang sangat pantas kini, membuatkan trend yang “panas” beberapa minggu lepas, menjadi suam hari ini. 
.
6. TARIKH LUPUT FESYEN:
Ramai yang sering berkata bahawa dalam fesyen tidak seperti industi makanan takde tarikh luput. Sebenarnya ada! Walaupun kesannya tak seperti makanan, trend yang telah “expired” akan menyebabkan peniaga sukar mencairkan stok dalam inventori, lalu ia terpaksa dijual pada harga yang rendah. Peniaga yang mampu bertahan dari segi kewangan mungkin tidak begitu tertekan, tetapi jika anda memerlukan kecairan tunai untuk meneruskan operasi perniagaan, langkah ini tidak boleh dielakkan.
.
7. REKAAN FESYEN: 
Untuk memastikan syarikat fesyen anda berterusan, anda terpaksa sentiasa mengeluarkan rekaan baru sentiasa. Untuk mendapatkan rekaan yang hebat adalah sukar. Dalam merekacipta serta menghasilkan pakaian, banyak risiko mungkin berlaku. Setiap koleksi adalah risiko yang tinggi. Kesilapan teknikal sering berlaku dan ini adalah biasa. Hanya 1 kesilapan kecil ini mungkin menyebabkan syarikat anda lingkup! Trend terkini adalah meniru sahaja jenama antarabangsa yang rekaan mereka memang menawan dan membuat manipulasi gambar menggunakan Adobe photoshop & illustrator. Senario ini membuatkan permintaan terhadap fesyen designer menjadi semakin kurang, terutama bagi syarikat yang ingin menjimat kos. Teknologi mudah ini juga menyebabkan produk anda yang laku dengan mudahnya diciplak oleh pesaing lain menggunakan teknik serupa di atas.
.
8. PERSAINGAN:
Ini adalah satu isu yang sangat kompleks. Dalam industri ini, persaingan amat diperlukan untuk memangkinkan permintaan serta industri. Begitu juga kerana fakta bahawa tidak ada syarikat yang boleh menyediakan semua yang dikehendaki oleh pelanggan. ZAWARA sebagai contoh sangat memerlukan persaingan, dimana sales akan jatuh jika pesaing berhampiran tutup kedai.Bukti yang jelas adalah tempat dimana terdapat banyak persaingan dalam pilihan jenama busana muslimah, di situ menjadi tumpuan kepada pelanggan. Akan tetapi jika produk anda tidak mampu bersaing, anda akan kehilangan pelanggan yang banyak mengakibatkan anda boleh gulung tikar.
.
9. CIPLAK & PENIRUAN:
Ciplak & peniruan adalah isu biasa di dalam industri fesyen & amat sukat dibendung. Ini disebabkan oleh undang-undang sedia ada yang menyukarkan proses saman dari sudut teknikal serta kos yang amat tinggi untuk menyaman. Tidak banyak boleh dilakukan untuk membendung isu ini kecuali pilihan pengguna itu sendiri.
.
10. PENGUASAAN KEWANGAN:
Dalam industri fesyen, penguasaan ilmu kewangan serta kemahiran pengurusan adalah jauh lebih penting dari sudut rekaan fesyen itu sendiri. Perlu diingat, faktor kejayaan utama syarikat fesyen antara bangsa seperti Top Shop, Louis Vuitton dan lain-lain adalah melalui proses pengambilalihan syarikat serta kepakaran kewangan. Walaupun ada, namun jarang sekali fesyen designer berjaya dalam industri fesyen kerana faktor ini. Pereka fesyen antarabangsa seperti Marc Jacobs, La Perla dan Alexander Mc Queen, mereka semua telah bankrap & nama mereka di beli oleh syarikat korporate yang besar sebagai jenama fesyen yang tidak dimilik oleh pereka-pereka fesyen tersebut.
.
.
RUMUSAN ANALISA INDUSTRI FESYEN
.
Dalam perniagaan fesyen, ketika ekonomi mantap, pengguna akan berlumba-lumba mendapatkan busana terkini setiap minggu bagi kelihatan updated. Malah ada juga yang membeli tetapi tak pakai pun. Fesyen menjadi kehendak bukan keperluan. Ini memangkin industi fesyen secara positif.
.
Ketika ekonomi meleset, selera pembeli akan berkurangan. Fesyen bertukar menjadi keperluan dan bukan lagi kehendak. Pembeli akan membeli hanya jika ia rasa perlu. Bila keadaan ini berlaku, strategi pengurusan perniagaan serta aliran tunai yang mantap adalah penting untuk terus berada di pentas industri fesyen. 
.
Industri fesyen tidak akan mati, tetapi akan sentiasa berada seperti "roller coaster". 
.
Perubahan strategi perlu sentiasa dilakukan bagi sentiasa kekal releven. 
.
Bagi yang berminat untuk menceburi dalam industri fesyen, wajib tahu cabaran ini agar bersedia menempuh industri yang amat menarik ini dengan lebih bersedia.
.
Captain Kamarul Karim 
Founder Of ZAWARA & ZAWARA Coffee

---
Artikel di atas di tulis oleh Captain Kamarul dan di kredit ke facebook beliau. Anda boleh follow beliau di fb untuk dapatkan lebih banyak tips bermanfaat.
Tuesday, October 4, 2016

Ini Cara Bagaimana Untuk Mula Bisnes Secara Dropship

Antara ilmu yang ramai orang nak belajar ialah ilmu bisnes dropship. Hari ini kalau nak mula bisnes online, tak perlu dah nak simpan stok ditangan.

Semua orang boleh mula bisnes online hari ini. Ada banyak sumber pembekal yang mempraktikkan sistem dropship ini dalam bisnes mereka.

Now day dah banyak central platform dropship khusus untuk penjual menjual produk secara online.

Antara platform yang ramai seller guna sekarang ialah DropshipMalaysia.my dan yang kembali meningkat naik platform dropship dari Yosh.my.

Di EMORRA BEAUTY kami juga ada platform dropship sendiri. Anda boleh refer web DropshipMY.com. Buat masa ini di DropshipMY, kami hanya fokus kepada produk keluaran syarikat Emorra sahaja.

Jika anda seorang yang merancang untuk mulakan bisnes online, terbaik anda bermula dengan jual produk orang lain terlebih dahulu.

Belajar bagaimana dengan menjual produk orang lain, anda mampu hasilkan jualan dan pendapatan secara konsisten.

Bila anda menjalankan bisnes secara dropship, jangan buat bisnes ni macam ikut mood. Agak-agak rasa nak dapat duit, kita pun promote produk dan jual.

Kalau rasa takda mood, so takda la nak menjual. Bila kita tak serius untuk mulakan bisnes, agaknya bagaimana nanti bila dah pegang stok atau create produk jenama sendiri, agak-agak boleh ke berniaga ikut mood?

Please, biar pun anda menjalankan bisnes secara dropship, pastikan anda buat seperti anda memiliki bisnes itu sendiri. Market kan produk bersungguh-sungguh. Menjual seperti produk ini produk kita sendiri.

Saya pernah ditanya oleh student saya, "tuan macam mana nak adakan modal bisnes?"

Kalau kita sendiri tidak berani nak pinjam duit dengan orang, mula la menjual secara dropship. Cari produk-produk yang boleh beri margin keuntungan yang tinggi kepada kita.

Jika satu produk margin untung RM30 seunit.
Jika dapat jual 100 unit produk sebulan,

Kita mampu hasilkan pendapatan RM3,000 sebulan. Modal sebesar ini, macam-macam produk kita boleh beli.

Bila kita berbisnes secara dropship, jangan la set minda tu nak selama-lamanya status bisnes sebagai dropshipper. Cuba fight naik satu lagi level dan upgrade diri dengan jadi agen pula.

Dari agen fight untuk naik level sebagai stokis. Bila dah mampu jadi seorang stokis yang hebat, masa tu plan la samada nak keluarkan produk sendiri ke tak.

Jangan jadi macam sesetengah owner produk. Tak pernah jadi stokis. Tak pernah jadi agent. Lagi teruk tak pernah jadi ahli dropship.

Apa info yang ada dalam sistem dropship ni?

Kebiasaannya, dalam sistem ini ada gambar produk, harga jualan seunit, harga agen seunit, margin keuntungan seunit, ayat jualan, borang order pelanggan dan borang untuk anda membuat bayaran kepada pembekal.

Tugas anda hanya promote gambar berserta ayat jualan yang diberikan di media sosial. Bila mana ada prospek yang berminat dengan produk dan ingin membuat pembelian, mereka akan bayar kepada anda dengan harga yang jual.

Kemudian anda hanya perlu bayar harga kos produk (harga dropship) kepada pembekal dan kirimkan sekali maklumat pelanggan.

Pembekal akan proses dan buat penghantaran kepada pelanggan sebaik bayaran diterima daripada anda.

Proses ini dapat jimatkan banyak masa, wang dan tenaga anda. Sebab itulah mengapa ramai orang nak sangat belajar ilmu berniaga secara dropship ini. Jika suri rumah pun boleh berjaya hasilkan pendapatan RM5,000 sebulan secara drophip. Mengapa tidak anda?

Tanya diri anda sekarang.

Aku di level mana sekarang? Bila waktu terbaik untuk aku upgrade diri aku?

Adakah anda tahu macam mana nak cari produk-produk yang dijual secara dropship? Salah satu rahsia yang tak didedahkan oleh top seller di Malaysia, mereka mencari produk yang boleh di dropship dengan menghubungi admin page atau syarikat pembekal produk tersebut.

Saya ingat lagi, pengalaman saya pada tahun 2010. Saya pernah menjual sehelai pijamas (baju tidur) ke Amerika Syarikat. Waktu itu, saya cuba buat research produk ini di eBay dan saya dapati memang ada potensi pembeli yang akan membeli pakaian ini.

Langkah selanjutnya, saya cuba mencari sumber pakaian ini dan saya dapati pakaian ini dijual di sebuah laman web di Australia.

Apa saya buat, saya hubungi admin laman web ini dan saya beritahu adakah syarikat ini mempraktikkan dropship dalam bisnes mereka. Berita baik, saya dapat buat pesanan di laman web ini untuk di hantar ke Amerika Syarikat walaupun saya berada di Malaysia!

Jadi, jika anda menjumpai idea produk yang bagus dan berpotensi, cuba google sumber pembekal ini dahulu. Buat research mengenai demand produk ini di internet.

Bila dah tahu demand macam mana, baru deal dengan pembekal produk. Selain jumpa pembekal di laman web atau pun media sosial, kita juga boleh cari maklumat dengan walk in ke tempat-tempat bisnes seperti di Plaza Kenanga, KL, GM Klang, atau kilang-kilang SME yang menjual produk-produk tertentu.

Ini yang saya buat sebelum bisnes saya berjaya hit 7 angka setahun. Mula bisnes secara dropship anda hari ini.

Kalau anda rasa topik ini beri input berguna kepada anda. Sila share di media sosial anda dengan klik butang di bawah ini.





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search