Monday, October 3, 2016

Azizan Osman, Kenapa Ceritanya Panas di Media Sosial?

Azizan Osman, Kenapa Ceritanya Panas di Media Sosial?




Panas minggu lepas bersambung lagi minggu ni. Kisah guru pemasaran terkenal Dr. Azizan Osman, individu yang pernah saya ikuti program-program seminar dia pada  tahun 2012 dan 2013.

Macam-macam cerita yang korang boleh baca kat media sosial. Ada yang hentam dia pasal title Dr. yang dia sandang, ada juga yang bercakap macam-macam pasal yuran seminar yang dia kenakan pada peserta sampai cecah puluh ribu ringgit.

Saya ambil kesempatan untuk tulis mengenai beliau sebab saya juga pernah jadi peserta program. Saya tak pernah la follow ambil pakej titanium partner atau pun upgrade macam-macam kelas dia sebab bagi saya, kalau nak belajar ada banyak cara nak belajar.

Belajar ikut kemampuan.

Azizan Osman memang power dalam bab menjual. Ini pendapat jujur saya. Saya respek dengan ilmu menjual yang dia ada. Dia pandai menyusun kata-kata.

Setiap kali dia melontarkan perkataan, korang boleh perhatikan bagaimana dia bermain dengan gerak tubuh badan, mimik wajah, tone suara (tinggi dan perlahan)... semua ini ada berkaitan dengan ilmu NLP yang dia belajar.

Untuk menang dan menguasai audien yang ada di depan mata kita, ilmu-ilmu ini lah yang kita kena praktikkan. InshaAllah kau akan dapat kuasai pelanggan korang jika buat bisnes!

Berbalik pada cerita bab title yang di sandang,

Yang bab ini saya TIDAK SETUJU bila Azizan Osman cetak dan tulis title Dr. dalam buku atau pun di laman web perniagaan beliau JIKA betul dia langsung tidak pernah belajar atau diijazahkan skroll Phd seperti yang telah diberitahu oleh universiti-universiti tempatan yang dia mention.

Saya pernah ikut salah satu program Azizan Osman pada tahun 2012, di mana beliau bagitau, beliau tak kisah kalau orang tak panggil dia doktor disebabkan Phd dia tak di iktiraf di Malaysia (Ingat lagi masa tu kecoh pasal Phd dari Gordon University), dan dia maklumkan yang penting dia dah berjaya bantu ramai usahawan-usahawan bumiputera berjaya dan jadi jutawan berbanding Dr sebenar kat universiti belum tentu dapat jual sebatang pen pun!

Kat sini je pun korang akan nampak macam mana NPL tu di programkan di dalam minta kita.

Jadi, kesilapan besar bila Azizan Osman guna title tu sebagai alat untuk memasarkan jenama namanya sendiri bila orang yang tak pernah pergi program dia atau pun plan nak pergi program dia tahu bahawa ada cubaan menipu di situ.

Bila dia claim sesuatu tanpa bukti nyata, lagilah menjadi pertanyaan besar pada orang. Betul juga kata seorang ahli akademik dari sebuah universiti, kalau benar Azizan Osman pernah diijazahkan PhD itu, siapakah councelor diRaja dan dimanakah skoll ijazah kehormat itu berada.

Tunjukkan saja, orang akan tutup mulut selepas ini jika benar. Tak perlu kata sebab Azizan Osman berhak untuk tidak memaparkan skroll atau segala pengiktirafan yang dia dapat ditunjukkan kepada umum.

Saya juga mengajar. Ada ramai kawan-kawan saya yang mengajar kat luar sana. Takda salahnya mengajar benda yang betul.

Tapi menjadi kesalahan jika kita sendiri dengan sengaja menulis di dalam artikel yang kita mempunyai gelaran dr. sedangkan hakikatnya tidak ada.

Saya tak anti en Azizan Osman, malah tidak juga fanatik kepada dia.

Saya cuba bersikap natural. Apa yang baik, kita ambil. Yang tak baik kita jadikan pedoman.

Mereka yang saya kenal di facebook seperti Jamal SifuFBads, Aqif Azizan, Firdaus Azizi dan ramai lagi, pasti ada jawapan dan pendapat mereka yang tersendiri mengenai Azizan Osman.

Aqif Azizan pernah menulis buku bersama dengan Azizan Osman. Jamal SifuFBAds adalah peserta program Titanium Partner Azizan Osman, Firdaus Azizi juga pernah join program. Mereka ini ada circles follower tersendiri dan sure mereka ada jawapan-jawapan mengapa mereka menyokong Azizan Osman.

Perkara ini tidak akan jadi isu serius jika Azizan Osman beritahu team dan syarikatnya supaya tidak mencetak atau menulis di dalam mana-mana buku dan artikel dengan gelaran Dr.

Jika benar Azizan Osman dalam proses belajar dan belum menamatkan pelajaran, lebih elok kiranya sekadar maklum kan info itu.

Azizan Osman orang yang hebat. Berbakat besar untuk spark semangat rakyat Malaysia berbilang kaum cukup lah kita bercakap yang tidak baik kepada dia.

Semoga dengan statement yang dikeluarkan dari mulut Azizan Osman nanti dapat meredakan persepsi yang tak bagus kepada dia dan bisnesnya.

Pasal mengapa dia caj mahal untuk pakej advance? Itu adalah subjektif dalam bisnes pendidikan. Kita yang nak belajar ni, ukurkan baju pada badan sendiri.

Jangan sebab teruja dengan testimoni hot seat, video-video marketing yang dipaparkan, reaksi-reaksi dari peserta-peserta lain yang ghairah, kita juga buat keputusan tanpa melihat kemampuan kita.

Semua orang nak belajar dan berjaya. Nak belajar dan berjaya ada banyak pilihan. Apa yang kita baca, apa yang kita praktikkan semua itu bermula dengan tindakan kita.

Jangan buat tindakan 100% kerana emosi. Sampai jerut leher, tak mampu bayar pakej belajar sedangkan ada je pakej yang berpatutan.

Korang dah tengok kan berapa ramai peserta hot seat yang gagal dan jatuh bisnes selepas ikut program Azizan Osman?

Saya sendiri yang pernah ikut programnya dah tengok ramai peserta yang melabur wang yang cukup banyak tapi selepas beberapa tahun, bisnes lingkup.

Ini bukan sebab salah ikut program Azizan Osman. Ini semua salah diri sendiri yang tak pandai atur dan uruskan bisnes dengan berkesan.

Tak tau urus duit syarikat. Tak tau urus staff. Tak tau marketing. Tak tau nak close sales. Buat bisnes tak bersistem. Tak tau nak ukur risiko dalam bisnes.

Sebab tu ramai yang lingkup. Ada yang tutup kedai. Ada yang kembali kerja makan gaji.

Jadi soal berjaya tak berjaya bukan sebab Azizan Osman pakai gelaran Dr. atau tak. Yang itu bab lain.

Ada banyak guru kat luar sana yang boleh dan bersedia membantu anda. Belajar dan kenal pasti apakah masalah terbesar yang anda ingin selesaikan dalam bisnes anda.

Jangan melompat ke sana sini. Kejap nak belajar ini. Kejap nak belajar itu. Yang ini tak belajar habis lagi, nak sibuk belajar yang lain pula. Jangan ghairah sangat. Nanti tergolek jatuh.

Kalau betul nak belajar sangat, buat group kecil anda. Cari 3-5 orang yang berfikiran positif, bersemangat dan sentiasa sokong menyokong.

Lagi pun bila anda habis belajar sesi apa-apa program Azizan Osman, anda juga diminta untuk kekal dalam logistik yang positif. Memilih kawan yang positif. Jadi carilah kawan-kawan yang positif.

Kalau nak best, anda pergi je mana-mana program Azizan Osman yang percuma atau pun berbayar cari network atau kawan-kawan yang berpotensi untuk dijadikan kawan.

Kalau duit poket tak cukup untuk beli seat paling mahal, ambil je seat general. Duduk kat belakang sekali pun, bila dah bersama 1000-3000 orang dalam class, takkanlah tak boleh jumpa dan cari 3-5 orang kawan yang berpotensi.

Yang penting, kawan yang dah ada bisnes. Bukan yang baru ada bisnes atau pun kawan-kawan yang jenis kaki join skim cepat kaya.

Habis program, buat la study group. Buat analisa SWOT. Fahamkan setiap elemen kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bisnes masing-masing.

Kalau tak tau macam mana nak buat analisa SWOT, google dulu. Tak faham juga, cari la guru yang boleh ajar korang analisa bisnes tanpa keluar kos belajar yang tak masuk akal.

Ingat. Buat bisnes bukan perlu fahamkan satu komponen je. Sebagai pemilik bisnes ada banyak benda yang anda perlu tahu. Hakikatnya Azizan Osman pun bukan master dengan semua komponen.

Kebanyakan perkara dia outsource je pada yang lebih faham dan pakar. Jangan expect Azizan Osman terer setup email marketing, google adword, facebook ads, audit account, terer photoshop, terer videographic.

Sebagai pemilik bisnes anda pun kena tahu macam mana nak outsource perkara yang diluar kemampuan dan kemahiran kita. Jangan berlagak nak belajar semua.

Semua orang nak berjaya dan jadi kaya. Lagi-lagi ramai yang berimpian nak jadi jutawan. Kalau anda pelajari dan memerhati secara halus, anda akan dapat lihat bagaimana Azizan Osman membina kekayaannya.

Kalau anda terer seperti Azizan Osman, insha Allah anda juga akan kaya seperti dia. Lihat sahaja formula sama yang diaplikasi oleh mereka yang pernah ikut program Azizan Osman seperti Jamal SifuFBAds, Najib Assadok, Faisal Abdullah dan ramai lagi.

Apakah formula bisnes seminar yang berjaya yang mereka aplikasi untuk hasilkan jualan untuk perniagaan mereka. Anda boleh study perkara ini. Saya tidak akan kupasnya disini.

Sebab itulah, jika anda mendalami ilmu yang betul, anda akan dapat hasil yang betul. Bisnes seminar itu juga adalah bisnes. Jangan dikecam sebagai bisnes yang menjual air liur sahaja.

Kalau air liur anda berharga, try la jual.

Jangan sebab satu kesalahan, kita terus mencari kesalahan yang lain.

Jumpa lagi,


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search