Tuesday, October 4, 2016

Ini Cara Bagaimana Untuk Mula Bisnes Secara Dropship

Antara ilmu yang ramai orang nak belajar ialah ilmu bisnes dropship. Hari ini kalau nak mula bisnes online, tak perlu dah nak simpan stok ditangan.

Semua orang boleh mula bisnes online hari ini. Ada banyak sumber pembekal yang mempraktikkan sistem dropship ini dalam bisnes mereka.

Now day dah banyak central platform dropship khusus untuk penjual menjual produk secara online.

Antara platform yang ramai seller guna sekarang ialah DropshipMalaysia.my dan yang kembali meningkat naik platform dropship dari Yosh.my.

Di EMORRA BEAUTY kami juga ada platform dropship sendiri. Anda boleh refer web DropshipMY.com. Buat masa ini di DropshipMY, kami hanya fokus kepada produk keluaran syarikat Emorra sahaja.

Jika anda seorang yang merancang untuk mulakan bisnes online, terbaik anda bermula dengan jual produk orang lain terlebih dahulu.

Belajar bagaimana dengan menjual produk orang lain, anda mampu hasilkan jualan dan pendapatan secara konsisten.

Bila anda menjalankan bisnes secara dropship, jangan buat bisnes ni macam ikut mood. Agak-agak rasa nak dapat duit, kita pun promote produk dan jual.

Kalau rasa takda mood, so takda la nak menjual. Bila kita tak serius untuk mulakan bisnes, agaknya bagaimana nanti bila dah pegang stok atau create produk jenama sendiri, agak-agak boleh ke berniaga ikut mood?

Please, biar pun anda menjalankan bisnes secara dropship, pastikan anda buat seperti anda memiliki bisnes itu sendiri. Market kan produk bersungguh-sungguh. Menjual seperti produk ini produk kita sendiri.

Saya pernah ditanya oleh student saya, "tuan macam mana nak adakan modal bisnes?"

Kalau kita sendiri tidak berani nak pinjam duit dengan orang, mula la menjual secara dropship. Cari produk-produk yang boleh beri margin keuntungan yang tinggi kepada kita.

Jika satu produk margin untung RM30 seunit.
Jika dapat jual 100 unit produk sebulan,

Kita mampu hasilkan pendapatan RM3,000 sebulan. Modal sebesar ini, macam-macam produk kita boleh beli.

Bila kita berbisnes secara dropship, jangan la set minda tu nak selama-lamanya status bisnes sebagai dropshipper. Cuba fight naik satu lagi level dan upgrade diri dengan jadi agen pula.

Dari agen fight untuk naik level sebagai stokis. Bila dah mampu jadi seorang stokis yang hebat, masa tu plan la samada nak keluarkan produk sendiri ke tak.

Jangan jadi macam sesetengah owner produk. Tak pernah jadi stokis. Tak pernah jadi agent. Lagi teruk tak pernah jadi ahli dropship.

Apa info yang ada dalam sistem dropship ni?

Kebiasaannya, dalam sistem ini ada gambar produk, harga jualan seunit, harga agen seunit, margin keuntungan seunit, ayat jualan, borang order pelanggan dan borang untuk anda membuat bayaran kepada pembekal.

Tugas anda hanya promote gambar berserta ayat jualan yang diberikan di media sosial. Bila mana ada prospek yang berminat dengan produk dan ingin membuat pembelian, mereka akan bayar kepada anda dengan harga yang jual.

Kemudian anda hanya perlu bayar harga kos produk (harga dropship) kepada pembekal dan kirimkan sekali maklumat pelanggan.

Pembekal akan proses dan buat penghantaran kepada pelanggan sebaik bayaran diterima daripada anda.

Proses ini dapat jimatkan banyak masa, wang dan tenaga anda. Sebab itulah mengapa ramai orang nak sangat belajar ilmu berniaga secara dropship ini. Jika suri rumah pun boleh berjaya hasilkan pendapatan RM5,000 sebulan secara drophip. Mengapa tidak anda?

Tanya diri anda sekarang.

Aku di level mana sekarang? Bila waktu terbaik untuk aku upgrade diri aku?

Adakah anda tahu macam mana nak cari produk-produk yang dijual secara dropship? Salah satu rahsia yang tak didedahkan oleh top seller di Malaysia, mereka mencari produk yang boleh di dropship dengan menghubungi admin page atau syarikat pembekal produk tersebut.

Saya ingat lagi, pengalaman saya pada tahun 2010. Saya pernah menjual sehelai pijamas (baju tidur) ke Amerika Syarikat. Waktu itu, saya cuba buat research produk ini di eBay dan saya dapati memang ada potensi pembeli yang akan membeli pakaian ini.

Langkah selanjutnya, saya cuba mencari sumber pakaian ini dan saya dapati pakaian ini dijual di sebuah laman web di Australia.

Apa saya buat, saya hubungi admin laman web ini dan saya beritahu adakah syarikat ini mempraktikkan dropship dalam bisnes mereka. Berita baik, saya dapat buat pesanan di laman web ini untuk di hantar ke Amerika Syarikat walaupun saya berada di Malaysia!

Jadi, jika anda menjumpai idea produk yang bagus dan berpotensi, cuba google sumber pembekal ini dahulu. Buat research mengenai demand produk ini di internet.

Bila dah tahu demand macam mana, baru deal dengan pembekal produk. Selain jumpa pembekal di laman web atau pun media sosial, kita juga boleh cari maklumat dengan walk in ke tempat-tempat bisnes seperti di Plaza Kenanga, KL, GM Klang, atau kilang-kilang SME yang menjual produk-produk tertentu.

Ini yang saya buat sebelum bisnes saya berjaya hit 7 angka setahun. Mula bisnes secara dropship anda hari ini.

Kalau anda rasa topik ini beri input berguna kepada anda. Sila share di media sosial anda dengan klik butang di bawah ini.





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search