.
.
23 Oktober genap setahun aku berniaga. Disinilah segalanya bermula dan terlahirlah Umashi Resources. Walaupun sudah 3 bulan kami sekeluarga berpindah ke bangi, Flat PPR Lembah Subang tetap dalam kenangan.
Teringat lagi masa aku hendak memulakan perniagaan, aku masih student tetapi minat hendak berniaga tu mmg ada. Lagipun berniaga kan sunnah Rasulullah s.a.w. Keluarga aku bukan berasal dari org yg senang, kadang2 nak makan pun tak cukup duit.
Ayah aku tidak bekerja kerana sakit, ibu aku hanya bekerja sorg jadi aku bertekad hendak membantu ibu dan ayah. Aku berminat dgn 1 produk ni kerana ia adalah produk berevolusi dan lain dari yg lain, aku nampak produk ni boleh berkembang dan pada masa tu ada 1 warna sahaja. Jadi aku bermula sebagai agent dropship kerana tiada modal yg besar.
Pada permulaan nak berniaga bukannya semua manis2 belaka, dalam proses inginkan perubahan dan kejayaan akan ada pelbagai rintangan dan dugaan. Aku pernah diherdik, dipandang rendah dan dianggap sebagai budak mentah. Aku masih ingat kata-kata ni sampai sekarang.
" Tinted balut pakai kertas je. Hurmm ada ke org nak beli. "
'' Kau reti ke pasang tinted? Nak jual tinted mesti kena ada kedai. Takkan kau nak jual bawah rumah flat. "
" Org beli 1 gulung pun nak post. Berapa sen sangat yg kau dapat. "
'' Sampai bila kau boleh jual barang ni? Lupakan jela. "
Mulut manusia mmg kita tak boleh tutup. Aku anggap setiap kata-kata yg negatif sebagai "PEMBAKAR SEMANGAT" dan "PENAMBAHBAIKKAN" untuk aku terus kehadapan. Bagi aku hendak berjaya bukannya suatu perkara yg mudah, banyak yg perlu dilalui. Aku tidak ada kedai, modal yg besar utk memulakan perniagaan dan tak pandai pasang tinted pun sebenarnya.huhu. Tetapi aku ada "PASSION" untuk berubah. Aku yakin rezeki itu datang dari-Nya yg penting kita mesti berusaha.
Dalam al-Quran Allah Ta'ala pernah berfirman :
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka”
(Surah Ar-Rad:11)
Aku taknak wariskan kemiskinan pada keturunan aku. Jadi aku berniaga dengan cara tersendiri.
"GUNAKAN APA YANG ADA".
Dalam tempoh 2 bulan menjadi agent dropship aku sudahpun ada 3 org pengedar. Bila berniaga secara online perkara pertama untuk menyakinkan customer sentiasa post dan update gambar2 aktiviti perniagaan. Melihat customer dan pengedar puas hati dgn produk ni pun dah cukup buat aku trsenyum.
Inilah pengalaman yg paling mahal dalam hidup aku. Masa berlalu dgn begitu pantas, selepas beberapa bulan release "Version 2", alhamdulillah tercapai projek 50K sebulan. Genap bulan ke-10 aku dpt keluarkan produk sendiri "Version 3" dgn kualiti tinted dan packaging yg lebih premium.
Tinted lebih lebar dan panjang, tidak lagi balut pakai kertas tetapi dengan plastic keras siap dgn kotak lagi. Nak buat produk sndiri mmg memerlukan modal yg besar, lagi2 dari segi quotation dari pihak pengeluar, design, R&D, shipping, cukai kastam dan sebagainya mmg kena ready berpuluh2 ribu, silap2 minimum kena ada 100K sekali dgn marketing.
Alhamdulillah setakat ni aku tak mohon pinjaman perniagaan, aku gunakan modal dari hasil jualan tinted. Caranya adalah dgn asingkan MODAL, PROFIT & SAVING. Kadang2 profit pun aku tak usik. hihi.
Dengan ASBAB tuhan gerakkan hati aku gunakan RM20 yg terakhir dalam akaun bank utk berniaga, hidup kami sekeluarga terus berubah 360°.
Perubahan yg paling besar dalam hidup aku. Secara tak langsung pengedar aku pun dapat jana pendapatan dari menjual tinted ni. Tidak ada apa yg mustahil. Semua yg terjadi atas izin-Nya, Alhamdulillah syukur ya Allah. 😄 Aku lebih suka berniaga secara berjemaah, kita kongsi rezeki bersama. Tuhan akan lipat gandakan rezeki kita. InsyaAllah.
1 perkara ni mmg wajib aku buat, bila melangkah keluar rumah utk berjumpa customer atau bakal pengedar aku sentiasa minta ibu ayah doakan aku semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan kerana doa mereka sangat mustajab. Keberkatan dari ibu ayah itu sangat penting. Masih banyak yg perlu aku pelajari.
[ http://www.noorizamshah.net/2016/10/kisah-modal-rm20-menjadikan-dia-berjaya.html ]
Terima kasih ibu ayah, abg umar, bakal zaujah, sahabat2, pengarah kolej, pensyarah aku sndiri en.izzuan, pn.marina dan seluruh pengedar Umashi Resources kerana sentiasa mnyokong dan memberi semangat demi memajukan lg perniagaan ni.
Tinted Mudah-Alih version 4 akan berada di pasaran bermula bulan November. Kali ni akan ada 5 variasi peratus kecerahan dan warna. Dengan sokongan dari pengedar dan distributor yang sah dibawah UMASHI RESOURCES, bersama kita BOOM market di Malaysia. InsyaAllah. 😁 Sama2 kita doakan semoga perniagaan kami dapat menjana ekonomi ummah. InsyaAllah aminnn.
Umarul Ariffin Bin Jeffri.
1993/22 tahun.
Executive Director & Founders of Umashi Resources.
----------------------
Wahai anak muda diluar sana, jika kisah ini masih juga tidak memberi kau inpirasi, memang sah kau masih lagi berada di zon selesa!
Jumpa lagi,