Wednesday, October 12, 2016
Kisah Modal RM20 Menjadikan Dia Berjaya Menghasilkan RM400,000 Tak Sampai Setahun
Umarul Ariffin. Kisah anak muda ini saya tulis dalam blog supaya dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda di luar sana.
Ramai anak muda di luar sana tidak ada arah tuju hidup sebenar. Bukan tak ada yang betul-betul berjaya tetapi lebih ramai lagi yang tidak berjaya.
Umarul Ariffin sama seperti anak muda lain. Mempunyai semangat yang membara untuk berjaya.
Dahulu dia tidak minat untuk berniaga. Apatah lagi nak menjual produk online. Atas dorongan orang yang rapat dengannya akhirnya dia sahut cabaran dengan mula bisnes bermodalkan RM20.
Haha. Macam kelakar kan?
Apalah yang dapat dimulakan dengan modal RM20?
Saya dah membimbing ramai orang. Antara masalah paling besar yang saya lihat adalah mereka selalu kaitkan modal sebagai punca untuk mereka tidak bermula.
Umarul boleh mula bisnes dengan modal RM20. Takkan korang nak ikhtiar cari RM20 pun susah sangat?
Dengan RM20, dia mula dropship jual tinted mudah alih. Mula-mula jual versi keping-keping macam kertas mahjung. Jual tinted yang sudah siap potong.
Perlahan-lahan dia upgrade bisnes dia bila mula dapat duit untung. Duit itu dikumpul dan dipusing sebagai modal bisnes.
Bermula sebagai ahli dropship, kemudian jadi agen dan stokis, akhirnya beliau buat produk jenama dia sendiri.
Umarul bukan belajar tinggi mana pun. Bukan ada ijazah. Apatah lagi doktor falsafah. Beliau hanya pelajar dari institut kemahiran tempatan.
Untungnya beliau belajar di institut ini, kolej-kolej mereka telah banyak anjurkan banyak program yang bermanfaat termasuk program yang berkaitan dengan dunia keusahawanan.
MDEC adalah antara agensi penting yang banyak memberi tumpuan membangunkan usahawan di kalangan pelajar-pelajar TVET.
Peluang yang datang sudah pasti tak akan dilepaskan begitu sahaja. Jika nak belajar bisnes kat luar sana, sudah tentu perlu keluarkan belanja yang sangat besar.
Sampai ada yang perlu bayar RM70,000 untuk yuran mentoring sahaja.
Jadi,
Dengan menyertai program-program yang dianjurkan oleh MDEC, begitu banyak pendedahan ilmu bisnes yang boleh dipraktikkan, malah MDEC begitu banyak memberi peruntukan kepada peserta program untuk memudahkan mereka mendalami ilmu bisnes terutama dalam talian.
Apa lagi yang anak muda mahukan?
Jangan kita terus menerus berada dalam zon selesa.
Umarul Ariffin adalah anak muda yang terpilih dalam program anjuran MDEC. Di bawah program e-usahawan bakal jutawan, beliau dibimbing untuk mengembangkan bisnes sedia ada ke tahap yang lebih membanggakan.
Dia dilihat antara peserta yang sangat berpotensi untuk berjaya. Dengan syarikat yang dia ada, saya sebagai mentor sangat tekankan supaya dia fokus menjaga cashflow, buat forecast dan membangunkan sistem agen.
Masa sesi bootcamp ke-3 di Cyberjaya bulan lepas, bila saya minta dia review bisnesnya, saya sangat bangga bila bisnesnya kini dah menjana 6 angka jualan. Mempunyai puluhan rakan niaga di seluruh negara.
Rekod terbaik jualan pernah mencecah hampir RM20,000 sehari.
Semangat bisnes bukan semata retorik. Ia mesti dipraktik. Tunjukkan kesungguhan. Bukan cakap, "saya akan buat".. tapi kesudahan masih tidak terbuat.
Ada ramai anak muda yang saya lihat begini. Ramai sangat suka menangguh. Meletak begitu banyak alasan di depan mereka. Mereka belum jumpa apakah BIG WHY sebenar mereka. Sebab itu ramai yang duduk dalam zon selesa.
Cukuplah buat RM100 sebulan. Mak ayah masih ada. Diaorang still boleh support makan minum saya lagi.
Buat apa nak buat bisnes. Muda lagi. Muda-muda tak elok pegang duit banyak-banyak.
Dengar sini!
Sudah sampai masanya anda anak muda untuk menukar gaya berfikir. Jangan lagi duduk dalam zon selesa.
Dalami ilmu bisnes sebaik mungkin. Mula membaca ilmu-ilmu berkaitan bisnes samada buku, ebook ataupun carian di internet.
Banyakkan bertanya. Bertanya pada mereka yang lebih berpengalaman. Jangan berat mulut. Malu bertanya sesat jalan.
Pergi la ke kelas-kelas samada percuma atau berbayar. Bila berbayar, ambil yuran ikut kemampuan. Jangan jerut leher sendiri.
Buat bila dah mula faham. Biar salah buat daripada langsung tak buat-buat. Salah dan kita belajar untuk betulkan. Jangan jadi bodoh sombong.
Bila cakap, faham ke? Jawab faham. Hakikat masih tak faham-faham.
Sebab itu praktik. Bermula modal apa yang ada di tangan. Usaha sebaik mungkin. InshaAllah, Allah beri jalan.
SHARE POST INI JIKA BERMANFAAT.
Jumpa lagi,