Sebelum anda buat keputusan untuk tutup atau jual bisnes anda, sila semak beberapa perkara terlebih dahulu:
- Adakah anda telah membuat perkiraan untung rugi yang betul?
- Adakah anda telah membuat analisa mengenai bisnes anda?
- Adakah anda telah membaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam bisnes anda?
Apakah EXIT PLAN anda selain jual atau tutup bisnes?
Kalau anda buat carian di Mudah.my, ada banyak bisnes yang hendak dijual. Malah ada seorang kenalan saya berjaya menjual sebuah bisnes (niche produk kecantikan) dengan nilai belasan ribu ringgit sedangkan usia bisnes itu tak sampai lagi setahun.
Saya sendiri ada pengalaman tutup beberapa bisnes yang saya buat. Antara punca saya tidak meneruskan bisnes itu adalah kesilapan memilih partner.
Dahulu saya ghairah bila nampak peluang baru. Tanpa berfikir panjang, saya berpartner dengan mereka yang tidak berpengalaman dalam menguruskan bisnes.
Bayangkan anda berpartner dengan mereka yang sedang bekerja makan gaji. Mereka bukannya seorang usahawan yang dah jalankan bisnes atau ada memiliki syarikat melebihi dari 3 tahun.
Jadi risiko untuk anda salah percaturan atau membuat keputusan adalah tinggi. Masing-masing tidak pernah menguruskan syarikat dan pasukan.
Saya ada seorang kenalan yang buat bisnes berkaitan perkahwinan. Beberapa tahun dulu, bisnes dia agak bagus. Ramai pelanggan yang ambil servis andaman, khidmat jurugambar, pemasangan pelamin dan dewan hiasan.
Selepas beberapa tahun jalankan bisnes, semakin lama semakin kurang pelanggan. Dia rasa pelik. Nak kata pakej yang ditawarkan mahal, taklah mahal mana.
Boleh dikatakan pakejnya antara pakej yang paling murah berbanding syarikat lain.
Bila dikaji semula, ada banyak kesilapan yang dia telah buat.
1. Laman web yang dulu menarik traffik datang untuk membaca info pakej-pakej terbaru tidak lagi dikemaskini.
2. Tidak mengikuti trend pemasaran online masakini seperti pemasaran di facebook dan instagram.
3. Tidak update gambar-gambar yang menarik.
4. Salah mengurus wang keluar masuk.
5. Tidak membuat pengiraan untung rugi bisnes.
6. Tidak ada direction bisnes. Bisnes plan yang tidak jelas.
7. Tidak ada strategi atau mencipta fasa-fasa kempen pemasaran.
8. Tidak menyimpan database pelanggan dengan bersistem.
Ada banyak lagi perkara-perkara lain yang turut menyumbang kepada impak penurunan jualan bisnesnya.
Bila ada orang kaitkan lokasi sebagai penyumbang besar kepada tutupnya sebuah bisnes, saya tetap katakan ia bukanlah penyumbang utama.
Kalau betul ia sebagai penyumbang utama, sudah pasti mereka yang membuka bisnes di Perlis, Kelantan, Pekan Bahau di Negeri Sembilan juga tidak mampu untuk jalankan bisnes dengan baik.
Tutupnya sesebuah bisnes pasti ada sebab-sebab dalaman. Bukanlah kerana faktor lokasi menjadi punca utama seseorang itu tidak mampu jalankan bisnes.
Saya ingat lagi,
Saya pernah beli seekor kucing untuk dibela. Saya buat carian di Mudah.my dan seorang penjual mahu menjual seekor kucing kacukan British Scotish dan Persian.
Masa saya deal dengan si penjual, dia beri lokasi alamat di Hulu Selangor.
Macam biasa, bila dia beritahu lokasinya di kampung Tekali, saya ingatkan memang kucing tu berada di rumahnya.
Rupa-rupanya, bila saya sampai di sana, saya telah dibawa ke dalam sebuah dusun. Dalam dusun tu ada sebuah pondok dan kolam ikan. Di pondok itulah ditempatkan kesemua kucing-kucing untuk dijual.
Harga seekor kucing yang dijual boleh mencecah sehingga RM3000 seekor.
Jadi, siapa kata lokasi boleh menyekat kita untuk dapat pelanggan?
Kalau kita seorang yang pandai uruskan bisnes dan bisnes itu mampu bertahan lebih dari 3 tahun, maka anda telah berjaya melalui satu cabaran survival bisnes dengan baik. Dan pastikan dalam tempoh 3 tahun itu, bisnes anda mestilah berkembang.
Berkembang dengan maksud,
Telah bertambah pasukan
Telah bertambah stok ataupun siri produk
Telah memiliki beberapa cawangan
Telah membina cabang bisnes yang lain
Telah memiliki tabungan yang banyak
Telah menambah aset-aset penting untuk syarikat dan diri sendiri
Telah bertambah ilmu mengurus bisnes dan kewangan
Jika semua ini dikuasai dengan baik, inshaAllah anda boleh dijadikan benchmark oleh oranng lain. Menjadi inpirasi kepada orang lain untuk berjaya seperti anda juga.
Kalau anda berjaya jual bisnes anda pada orang lain, anda masih lagi bernafas kerana mempunyai wang hasil jual bisnes tu.
Tapi kalau tutup begitu sahaja? Biarlah tutup ketika kita untung.
JIKA ANDA RASA ARTIKEL INI BERMANFAAT, SILA SHARE SUPAYA KAWAN-KAWAN LAIN DAPAT BACA JUGA.
Jumpa lagi,
Wednesday, October 12, 2016