Sunday, November 6, 2016
2017 ramai usahawan jangkakan banyak bisnes yang bakal gulung tikar.
Kat Seksyen 7, Shah Alam dan Bangi Sentral ada yang bagi respond impak ekonomi 2016 menggetarkan.
Tapi kat bawah opis saya, selamba pulak ada penyewa nak buka bisnes.
Tak takut ke diaorang ni? Berani sungguh buka bisnes bila ramai yang plan nak tutup bisnes?
Kalau ditanya pada orang korporat, mereka pun ada jawapan tersendiri.
Banyak syarikat-syarikat besar mula mengecilkan operasi mereka dan membuka jalan baru (seperti mempraktikalkan digital teknologi) untuk kekal bersaing.
Mereka sekarang berada dalam keadaan bertahan sehingga suasana ekonomi kembali pulih.
Yang tak mampu lagi bertahan bakal mengambil keputusan tutup bisnes.
Bisnes anda pula sekarang macam mana?
Adakah turut menerima kesan yang sama?
Untuk bisnes saya, tahun 2015-sekarang belum lagi menerima impak yang teruk.
Kita dalam proses untuk tambah lagi team dan mula outsource perkara yang kritikal untuk diuruskan kepada orang lain.
Saya sering pesan kepada student saya, bila berdepan cabaran ekonomi, mula rancang kewangan dan operasi bisnes kita.
Susun semula strategi.
Jangan lihat yang indah-indah je. Hakikat ramai bisnes owner tak kongsi kisah pahit mereka.
Realiti di luar sana ramai yang sedang bangkit kembali.
Sebagai pemilik bisnes, kita kena tau apa yang perlu dipulihkan dalam bisnes kita.
Kalau kritikal soal kewangan, cari solusi untuk kurangkan masalah dan tingkatkan sumber kewangan kita.
Kalau hal operasi bisnes tak jumpa solid team, kenalpasti apa yang kritikal. Perlukan team jualan atau team pemasaran atau team logistik?
Kira semula kos operasi dan kos bahan mentah. Apa yang perlu distrukturkan semula?
Anda sebagai pemilik bisnes mesti ambil tahu, apakah exit plan anda.
Ada ke kawan-kawan circle friends saya baca sampai hujung ni?
Kalau ada tahniah!
20hb November ni saya dijemput sebagai salah seorang speaker dan berkongsi pentas dengan tuan Wan Zaki (pemilik jenama JelitaSara) dan tuan Wan Nong Muzafar (individu yang layak untuk konsult bisnes anda), di Karangkraf.
Jika anda mahu luangkan masa untuk hadam sesuatu, sila klik link http://www.noorizamshah.com/goto/ibbp
#instaNS #ibbp
2017 Ramai Usahawan Jangkakan Banyak Bisnes Yang Bakal Gulung Tikar?