Sunday, November 27, 2016

Kat Mana Nak Dapat Best Deal Tiket Murah Promosi MAS Airline


Korang kaki travel? Tak selalu naik kapal terbang? Kali ni plan nak cuba naik kapal terbang? Korang nak pi mana? Alor Setar? Langkawi? Kota Bahru? Penang? Johor Bahru?

Korang tahu tak, MAS Airline sekarang pun dah selalu buat promosi tiket sehala dan return dengan harga yang murah.

Kalau korang pergi ke laman web www.malaysiaairlines.com sekarang, anda pasti akan nampak promosi-proomosi best yang boleh korang bajet untuk travel tarikh tertentu.

Promosi kelas ekonomi dan kelas bisnes ni hanya untuk perjalanan ke lokasi tertentu sahaja. Kalau korang nasib baik, korang boleh juga membida untuk kerusi business class. Mana tau merasa korang naik dok seat depan yang selesa tu.

Oklah kan. Support MAS Airline. Dapat seat yang selesa dan termasuk makan minum sekali. Try la sekali.

Ingat bulan 12 ni nak pi Kota Kinabalu. Hari tu dah merasa makan seafood kat Welcome Restoran. Best giler. Kalau dapat repeat makan dengan family pun bagus juga kan. Jom?


Follow instagram saya di www.instagram.com/noorizam

Saturday, November 26, 2016

Top 5 List Google Jenama Tudung Yang Perlu Anda Tahu Dan Belajar




Tahun 2016 adalah tahun di mana begitu banyak jenama-jenama tudung muncul seperti cendawan selepas hujan.

Ada yang famous di facebook. Ada yang sangat ramai follower di instagram dan ada jenama yang menguasai 10 tangga teratas carian di Google Search Engine.

Kali ini saya nak berkongsi 10 laman web yang menguasai muka depan carian di Google menggunakan keyword tudung.


1. JelitaSARA

Memang luarbiasa! Jenama ini dimiliki oleh sepasang suami isteri. En Wan Zaki adalah CEO kepada JelitaSara dan butik utama mereka berada di Melaka. Sejak tahun 2009 sehingga kini, laman web JelitaSARA sentiasa berada di ranking utama carian di Google. Selepas bermula sebagai bisnes tudung online, JelitaSARA kini memiliki 2 buah butik di Bangi Gateway dan Bangi Sentral. 

Malah sekarang, mereka dah semakin giat mengikut vendor-vendor melalui jualan booth. Hebat jenama ni!

2. Sugarscarf

Kalau JelitaSARA menampilkan tudung jenis instant awning, Sugarscarf pula menawarkan tudung atau hijab yang lebih premium dengan multicolor. Kalau perhatikan website SugarScarf, salah satu faktor melonjakkan web ini di top rank carian adalah content yang dipaparkan. Ia sarat dengan penuh infomasi dan Google Search Engine sangat sukakannya.

3. TudungRuffle

Ini adalah web bisnes tudung bawal. Dibawa dengan jenama TudungRuffle. Kalau tengok, web ini tak lah update sangat. Boleh jadi sebab follower di instagram yang sangat ramai (245k follower), besar kemungkinan pelawat dihantar ke laman web ini. Kalau lihat di insta TudungRuffle, mereka mesti akan promote website diorg dalam setiap post-post mereka.

4. Kebaboo

Kebaboo sama macam JelitaSARA. Banyak update gambar-gambar tudung mereka. Harga pula tak la mahal sangat. Sekitar RM25 sehelai je. Kebaboo banyak menampilkan tudung jenis bawal. Jadi bawal yang dijual mampu milik dan student pun mampu nak beli.

5. Benang Hijau
Benang Hijau datang dengan design express hijab yang lebih labuh di dada. Selain tu, ada juga tudung jenis instant, instant shawl, square scarf dan inner neck. Salah satu butik mereka ada di AEON Mall, Shah Alam.

Kalau korang yang memang dah ada bisnes tudung. Jangan abaikan search engine. Bina laman web anda hari ini. Jangan dok fokus nak menjual di facebook dan instagram je. Kalau kena strateginya, anda mampu bersaing dan bertahan lama dalam pasaran.

Lepas ni siapa yang buat ala-ala tudung pucci atau tudung warda, boleh la setting website kan?



Ini Tips Untuk Anda Fokus Berbisnes Di Rumah Atau Di Mana Sahaja



Ramai orang bila nak buat bisnes, antara masalah yang diaorang alami ialah tak fokus. Bila tak fokus, KPI pun tak dapat dicapai. Sepatut boleh siap on track, sekarang dah lari banyak.

Macam-macam perkara yang buatkan kita hilang fokus. Jika anda sedang membangunkan bisnes, atau anda seorang usahawan yang dah pun menjalankan perniagaan bertahun-tahun, berikut adalah tips yang boleh anda apply:

Senaraikan Perkara Penting Yang Nak Dibuat.
Sekarang dah canggih. Dalam smartphone semua dah ada kalendar dan aplikasi to do list. Kalau tak suka tulis guna smartphone, korang tulis je kat kertas. Terbaik, tulis pada waktu malam dan senaraikan perkara yang nak dibuat pada hari esok.

Esok sebelum mulakan kerja, buka semula senarai yang ditulis. Tengok mana yang nak dibuat dulu.

Buat Perkara Yang Sangat-Sangat Penting Dahulu.
Tengok yang mana priority giler nak kena settle dulu. Cuba selesaikan secepat mungkin. Bila dah settle, delete.

Jangan buka laman media sosial seperti facebook atau instagram.
Benda ni mengkhayalkan. Jangan buka atau lihat apa yang anda suka sangat untuk lihat. Sekali lihat, ia akan mengambil masa berjam-jam sebelum anda tutup ia kembali. Siapkan kerja anda dulu. Selagi tak selesai, jangan tengok!

Set Matlamat Anda Atas Kertas/White Board
Tulis apa yang anda nak capai bulan itu. Contoh, hujung bulan ni saya dah berjaya renew roadtax dan insurans kereta saya. Tulis matlamat-matlamat jangka pendek supaya anda sentiasa fokus untuk berada di dalam track.

Jangan buka email
Ni pun satu hal, kita dok sibuk baca emel promosi atau newsletter dari usahawan-usahawan lain yang pada waktu itu, tidak ada keperluan penting untuk anda baca berbanding anda settlekan kerja anda terlebih dahulu.

Fokus pada bidang anda sahaja.
Jangan mudah terngiur dengan peluang-peluang buat duit di luar sana. Jangan terpesona dengan salesletter memukau mereka sehingga anda terlupa untuk jayakan bisnes yang anda buat sekarang! Sekarang zaman ekonomi mencabar. Jangan buat bisnes sekejap lompat sana sini.

Seminar Perniagaan Yang Tidak Penting
Jangan terlampau excited membakar duit anda untuk sertai bermacam-macam seminar bisnes ataupun  motivasi sedangkan seminar yang lepas pun anda tak habis nak praktik ilmu, dah sibuk nak pergi seminar lain pula.

Sentiasa kira perbelanjaan dan aliran kewangan
Ramai yang lupa bila buat bisnes, asal duit masuk dah kira cukup. Mereka lupa untuk kira berapa kos-kos yang perlu ditolak sebelum untung diambil kira. Jadi ambil perhatian dengan apa juga duit yang keluar masuk.

Kalau tak penting, tak perlu sesi tea tarik bersama kawan-kawan
Berkawan tu boleh. Tapi lihat kita berkawan sebab apa. Bukan tak boleh mengopi dengan kawan-kawan untuk tukar pandangan. Tetapi kalau sampai tahap tiap-tiap malam nak melepak, itu dan buang masa namanya.

Dengar nasihat, tak perlu pergi jauh
Korang google atau tengok je youtube. Ada banyak video yang boleh memberi anda inspirasi dan semangat untuk kekal fokus. Tak semestinya nak bayar yuran seminar untuk naikkan semangat.

Jangan Bercinta
Runtuhnya sebuah negara salah satu sebabnya cinggei! Itu petikan dialog dalam movie Rock Bro. Hahaha. Ya, kalau kau masih muda, elakkan dari bercinta. Kalau bisnes belum lagi kukuh, fokuslah pada membangunkan bisnes.

Pergi Bercuti
Reward diri dengan pergi bercuti. Cuba keluar dari tempat yang biasa kita berada. Dengan melihat tempat dan permandangan luar sana

sasasasa


Tips Melancong Ke Singapura Memandu Dengan Kereta




Kalau korang plan nak melancong (bercuti) ke Singapura, selain naik kapal terbang atau bas, cuba idea ini. Pasti akan dapat pengalaman baru.

Pasport.
Macam biasa, kalau dari Malaysia, kita masuk Singapore melalui pintu imigresen di Johor. Jadi pastikan passport korang masih lagi sah tidak kurang dari 6 bulan. Kalau tak, korang akan dihalang masuk. Paling tidak kena warning dengan abang imigresen kat sana.

Road tax dan insuran kereta.
Dah bawak kereta tu, pastikan road tax dan insuran masih sah. Kalau ada copy insuran, simpan dalam dashboard. Kot abang Imigresen buat hal nak check, korang boleh la tunjuk kat dia.

Borang putih (White Card)
Ini korang boleh ambil masa tiba kat imigresen Singapore. Kalau taknak pening kepala sebab fist time nak masuk Singapore dengan kereta, korang boleh la cari perkhidmatan mengisi borang white card di sekitar Johor Bahru. Tapi macam biasa, korang akan dicaj. Kalau korang plan nak isi sendiri, sila isi borang dengan segera sebab orang yang beratur kat belakang kereta ko bukan sikit. Jadi kalau masuk ramai-ramai ko bayanglah masa yang korang nak tempuh untuk isi borang je semata-mata.

Jangan lupa, dah complete isi white card, sila kepilkan dalam passport, buka tingkat cermin kereta bila lalu depan pegawai imigresen. So senang dia nak tengok muka sorang-sorang.

Cash Card.
Kad ni macam touch n go kat Malaysia. Guna dia untuk korang bayar parking atau tol. Cash card atau autopass ni korang boleh beli masa lalu kat imigresen Singapore. Jangan lupa bawa geran dan insuran  sebab diorg nak tengok dan ada borang yang korang nak kena isi.

Dan pastikan korang topup Cash Card ni. Kat 7 eleven ada jual top up kad ni. Masa nak keluar Singapore nanti pastikan ada baki topup yang cukup. Kalau tak, kena denda nanti. Diorg takda kaunter tunai kat tol.

Lesen Memandu.
Macam biasa, kalau dah bawa kereta, kena la pemandu tu ada lesen. Ko jangan buat hal takda lesen drive pi bawak atas jalanraya sana. Kang tak pasal-pasal kena saman. Lesen memandu Malaysia pun dah cukup. Boleh pakai bukan setakat kat Singapore, Kat United Kingdom pun boleh.

GPS.
Last sekali, pastikan ada GPS. Ini boleh bantu korang kalau sesat. Selamat memandu dan melancong di Singapore!


Monday, November 21, 2016

Nak Cari Staff Marketing Dulu Atau Staff Sales Dulu?



Kalau saya sebagai bisnes owner, yang ada produk sendiri. Saya nak cari staff marketing dulu atau staff sales dulu?

Tanya diri anda. Anda terer kat bahagian mana?

Kemudian, tanya soalan ni semula. Antara marketing dengan sales, yang mana nak kena buat dulu?

Buat sales terus tanpa marketing ke atau buat marketing kemudian baru datangnya sales?

Marketing ni adalah kerja-kerja untuk bagi orang kenal produk kita. Jadi, orang ni nak kerja buat kempen-kempen dan pastikan produk kita dapat dilihat oleh seramai mungkin orang di semua platform.

Kerja-kerja kempen ni banyak. Bukan sikit. Jadi kalau korang rasa kerja-kerja kempen ni korang tak boleh nak buat sendiri, korang boleh la cari orang yang boleh buat kerja ni.

Pilihan samada perlukan staff sepenuh masa bekerja di tempat korang atau pun korang outsource je orang lain yang boleh buat kerja dari mana saja.

Kerjanya adalah buat marketing dan make sure prospek datang kat korang.

Satu hal pulak nak buat sales. Terer mana korang boleh close customer? Berapa ramai yang korang boleh close dalam sehari?

Kalau dengan menambah staff sales boleh memberi banyak duit masuk ke dalam kantung syarikat korang, silakan tambah.

Jika tak mampu nak hire staff dengan gaji sebulan, bolehlah bagi basic dengan komisyen yang munasabah. Make sure staff sales boleh capai KPI jualan harian atau bulanan. Kalau tak capai, buat macam aku ni. Bagi je notis minta dia cari je lah kerja lain. Gaji nak besar tapi nak kerja mudah.

Banyak cantik.

Dah follow instagram saya? Klik www.instagram.com/noorizam



Asingkan Duit Peribadi Dengan Duit Bisnes




1. Setup satu akaun syarikat untuk anda lalukan segala duit hasil urusan bisnes. Kalau anda belum ada akaun syarikat, salah satu alternatif ialah buka akaun semasa (current) atas nama sendiri. So duit bisnes masuk ke akaun semasa bukan ke akaun simpanan.

2. Buat dua kotak untuk asingkan resit. Satu kotak utk resit-resit belian peribadi dan satu lagi kotak untuk simpan resit bagi tujuan bisnes. Jika takda masa nak asingkan resit-resit ni. Utamakan simpan resit untuk tujuan bisnes.

3. Apply kad kredit untuk bisnes. Contoh bila nak isi minyak, boleh guna kad kredit. Jika tidak ada perkara penting, jgn berbelanja dgn kad kredit. So setiap bulan boleh semak statement perbelanjaan atas tujuan bisnes.

4. Jangan ikut tips kalau ko jenis kaki kecam atau kondem pendapat orang.


Follow facebook page http://www.facebook.com/noorizamshah


Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya


Sapa tak kenal Hafiz Mansor kat facebook, dia GAY.

Taklah, yang mana kenal abam Hafiz Mansor ni sure korang tahu bagaimana buku yang dia tulis sold out selalu!

Buku Bagaimana Bankkrup Menjadikan Aku Kaya  ini dah banyak kali sold out dan di ulang cetak. Tanpa tunjuk kereta Nissan GTR, duduk menyewa di KLCC pun still boleh jual buku ni beribu naskah.

Kalau korang pengemar naskah seperti membaca diari harian, haa buku ni sure korang boleh khatam dalam masa satu hari walaupun 400 muka surat tebalnya.

KLIK SINI JIKA NAK DAPATKAN BUKU INI

Siapa yang sesuai untuk baca buku ini?

Jika korang acah-acah dah sukses, pasti rasa diri tidak akan bankrup dan rasa diri tu orang kaya, rasanya tak payah lah korang beli dan baca buku ni.

Buku ni pun harga dia bukan mahal pun berbanding pengalaman yang cuba Hafiz Mansor kongsikan. Setiap perjalanan kita sure tak sama. Tapi dengan membaca dan ambil tahu pengalaman orang lain, ia boleh jadi guideline buat kita untuk lebih peka dan ambil berat pada diri kita sendiri.

Bukan senang nak bangkit bila korang diisytiharkan bankrup. Nak pergi luar negara pun dah tak lepas. Tapi Hafiz Mansor bijak.

Baru-baru ni produk CoolHijab dia menang GOLD AWARD di Jepun. Dia wakilkan orang lain untuk bawa produk dia bertanding.

Kejap sekejap negeri Perlis bila hari tu dia update post pasal realiti apa yang berlaku di Perlis. Ayat dia Sarcasm. Kalau korang jenis hati tisu mesti korang bengkek dengan tulisan dia.

Dia kritis. Dia kreatif. Dia baik. Sebab tu dia dipergunakan sampai bankrup. Korang yang baca blog ni. Hati-hati la bila berpartner dengan orang. Jangan main nak setuju dan sign je apa-apa dokumen lagi-lagi bab pinjaman bank.

Risikonya kat korang. Sign korang. Bukan sign diorang.

Penting sangat untuk korang belajar membuat keputusan penting. Jangan cepat terpesona dengan bayangan indah kat dalam kepala korang.

Jangan merungut kalau nak berjaya. Jangan salahkan Tuhan kalau gagal.




Saturday, November 19, 2016

Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Bersih 5.0?




1. Kehadiran peserta Bersih 5.0 turun mendadak berbanding Bersih 4.0. Besar kemungkinan perhimpunan ini dipulau oleh ahli parti PAS dan sebilangan masyarakat yang tidak lagi menyokong objektif program ini.

2. Data dari Google Trends sejak 4 jam yang lalu menunjukkan interest mereka yang berminat untuk mengetahui mengenai Bersih 5.0 secara live di internet kebanyakan dari Selangor dan diikuti  Perak. Negeri-negeri lain tidak menunjukkan impak tinggi. Anda boleh lihat di Google Trends.

3. Masyarakat sedar, berpolitik atau menunjuk perasaan di jalan raya bukan lagi cara yang berkesan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada kerajaan sebaliknya peti undi menjadi penentu.

4. Biar pun bekas pemimpin kerajaan yang kini memihak kepada pembangkang turun sempena Bersih 5.0, majoriti yang turun memberi sokongan bukanlah orang Melayu.

5. Bersih 5.0 adalah pergerakan yang bersih berbanding kumpulan baju merah membawa watak agresif dan tidak menjaga kebersihan seperti mana yang berlaku selepas mereka meninggalkan tapak perhimpuan di Padang Merbok.

6. Hari ini banyak program-program lain seperti seminar perniagaan dan ia kebanyakan program full house. Masyarakat sedar, mereka perlu tambah ilmu untuk berdepan dengan cabaran bisnes yang mendatang.

7. Hakikat keyboard warrior lebih ramai berbanding mereka yang bakal menurunkan tanda di kertas undi nanti.

Esok! Preview Seminar Ini Bisnes Bukan Propa


InshaAllah esok, 20hb November 2016, saya akan berkongsi pentas bersama beberapa orang lagi speaker sempena preview Seminar Ini Bisnes Bukan Propa, yang akan diadakan di Dewan Karangkraf, Shah Alam.

Kali terakhir saya bercakap di dalam program public pada awal tahun ini.

Untuk program ini, saya akan buat perkongsian ilmu berkaitan pengalaman saya membina bisnes saya bermula tahun 2008.

Bagi yang mengikuti perkembangan bisnes saya sejak zaman eBay lagi, inshaAllah saya akan kongsikan kepada anda bagaimana saya naik dari tahap ke tahap.

Ini bukan bisnes untuk bermain dengan semangat berniaga atau mencuit emosi anda supaya terus kekal momentum positif.

Tetapi ia lebih kepada perkongsian realistik bisnes yang saya buat. Apakah kesilapan yang telah saya buat sepanjang perjalanan membina syarikat saya.

Tidak ada gula-gula yang ingin ditaburkan kepada anda. Berniaga realitinya bukanlah sesuatu yang mudah. Dan ia tidaklah sukar jika kita tanam dalam diri kita sentiasa nak belajar dan upgrade ilmu.

Takda salahnya kalau kita pergi seminar untuk belajar. Sebab saya sendiri pun  pergi seminar orang lain untuk belajar.

Cuma tanya diri, apa yang kita nak belajar. Apakah perkara yang sangat kritikal dan penting untuk kita selesaikan dalam bisnes kita.

Adakah masalah kewangan? Masalah menghasilkan jualan? Masalah memasarkan produk? Atau masalah berkaitan menguruskan operasi bisnes?

Slot saya pada sebelah petang. Saya diberi masa berkongsi selama 1 jam. InshaAllah saya cuba berkongsi sebaik mungkin.

Jika anda ada esok, jangan lupa tegur saya ok!

www.noorizamshah.com/goto/ibbp



Idea Ini Mungkin Berkesan Untuk Naikkan Follower Instagram Anda!



Abg Noorizam macam mana nak dapatkan like yang banyak di instagram? Macam mana orang yang bukan artis tu boleh dapat follower yang ramai? Selain guna app atau script tarik follower, ada cara manual yang lain?

Nampak macam biasa kaedah ini. Motif?

Kalau anda memang gilakan follower yang ramai di instagram, anda boleh guna kaedah ini. Mungkin?

Kalau anda ada produk yang anda nak jual, boleh je anda guna salah satu teknik di bawah:

Nombor satu. Follow seberapa ramai yang anda mampu follow dalam sehari. Kalau anda mampu klik follow akaun sebanyak 7500 sehari, korang klik la. Tapi itulah limit maksima korang boleh follow.

Biasanya, bila korang follow akaun seseorang (biasanya yg bukan artis), diorg akan follow korang balik. Tapi tak janjilah 100% orang yang ko follow, akan follow kau balik. Korang boleh guna cara macam ni, tunggu la 2-3 hari kemudian unfollow la balik diorg ni.

Kalau korang up post yang bagus-bagus, inshaAllah follower korang mesti ramai yang lain.

Nombor dua. Cara ni pun boleh menjadi juga. Bila korang tengok pada timeline Instagram tu, cuba korang like gambar-gambar tu. Silap-silap dalam sehari ramai yang dok follow korang. Macam pelik, tapi tu lah yang jadi. Huhuhu.

Nombor tiga. Anda boleh guna cara ni. Promote je barang-barang seller yang ada. Boleh la buat free review dan taglah akaun IG yang korang promote tu. Kalau bernasib baik, orang tu akan tag korang semula. Tapi ada risiko kat follower korang. Diorg boleh unfollow korang kalau post korang banyak dok promote-promote barang je.

Nombor empat. Perasannya ada user IG yang buat perangai pi dok BOOM like gambar-gambar kat instagram. Cara macam ni pun ada yang guna untuk naikkan liker or follower diorg. Korang try la kot berkesan. ;p

Nombor lima. Lagi rajin, kalau korang boleh update instagram korang setiap hari. Fuh ini inshaAllah follower akan suka nak follow korang. Akan ada la yang admire dengan korang sampai bertahun-tahun dok follow.

Nombor enam. Cuba main #hashtag yang simple dan menarik. Try ler.

Nombor tujuh. Kalau korang memang setup akaun IG khusus untuk bisnes. Korang kena tau masa sesuai bila nak up post. Masa menentukan gambar korang keluar tepat pada masa user IG dok sibuk buka instagram masing-masing. Potensi untuk diorg like, komen atau respond korang punya info lagi tinggi bila kena timing.

Nombor lapan. For sure gambar-gambar kalau korang ni promote utk bisnes, mesti cun dan clean. Kalau ada gambar yang pro lagi power. Sebab dari gambar org boleh jatuh cinta. Betul tak?

Jumpa lagi,

Jgn lupa follow instagram saya di www.instagram.com/noorizam






Monday, November 7, 2016

Daya eUsahawan 2016 di KLCC Meraikan TVET Sebagai Penyumbang Ekonomi Negara



Daya Usahawan adalah event tahunan yang menggabungkan mereka yang berpengalaman dari organiasi korporat, badan kerajaan dan sektor swasta.

Program ini diadakan selama 2 hari seperti perkongsian dari tokoh usahawan berjaya bisnes online dan offline, forum dan sesi networking.

Program ini akan bermula pada 08 Nov 2016 dan berakhir pada 09 Nov 2016. Dijangka seramai 3000 orang peserta bakal menghadiri event besar ini di KLCC.

Saya mewakili EMORRA Beauty akan hadir sesi ini esok untuk mengikuti majlis penyampaian hadiah kepada calon-calon pemenang bagi Anugerah Pelajar TVET terbaik usahawan 2016.

Antara peserta yang tercalon untuk anugerah ini merupakan peserta yang mengikuti program eUsahawan di bawah bimbingan kami.

Antara usahawan yang berkongsi pentas di Daya eUsahawan antaranya, Anzalna, Izzue Islam, Fouziah Gous, Shila Hamzah, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Dato' Rizalman Ibrahim, Prof Dr. Muhaya Mohamad, Erma Fatima, Neelofa, Dato' Aliff Syukri dan ramai lagi.

Apa yang peserta akan dapat dalam program ini?

Sure korang akan dapat ilmu-ilmu berguna dari mereka yang dah berjaya ni. Ambil tip-tip penting yang boleh anda gunakan dalam bisnes anda pada masa akan datang.

Hebat peserta TVET hari ini. Kerajaan begitu ambil perhatian yang sangat serius untuk melahirkan lebih ramai pelajar TVET untuk dianggap sebagai usahawan yang berjaya dan menjadi pelapis penyumbang ekonomi terbesar buat negara.

Sebab itu Daya eUsahawan kali ini diadakan di KLCC sebagai menunjukkan betapa seriusnya program ini kepada TVET.

Pada yang tercalon untuk anugerah eusahawan 2016,

Tahniah diucapkan pada yang berjaya dan yang tidak terpilih, inshaAllah cuba lagi pada masa akan datang.

Semoga usaha kecil saya dan team telah pun membantu pelajar-pelajar TVET ini mendapat direction apa yang mereka perlu lakukan untuk bangun bisnes mereka.

P.s: Jangan lupa daftar Seminar Ini Bisnes Bukan Propa di http://www.noorizamshah.com/goto/ibbp



Jumpa lagi,


Sunday, November 6, 2016

2017 Ramai Usahawan Jangkakan Banyak Bisnes Yang Bakal Gulung Tikar?



2017 ramai usahawan jangkakan banyak bisnes yang bakal gulung tikar.

Kat Seksyen 7, Shah Alam dan Bangi Sentral ada yang bagi respond impak ekonomi 2016 menggetarkan.

Tapi kat bawah opis saya, selamba pulak ada penyewa nak buka bisnes.

Tak takut ke diaorang ni? Berani sungguh buka bisnes bila ramai yang plan nak tutup bisnes?

Kalau ditanya pada orang korporat, mereka pun ada jawapan tersendiri.

Banyak syarikat-syarikat besar mula mengecilkan operasi mereka dan membuka jalan baru (seperti mempraktikalkan digital teknologi) untuk kekal bersaing.

Mereka sekarang berada dalam keadaan bertahan sehingga suasana ekonomi kembali pulih.

Yang tak mampu lagi bertahan bakal mengambil keputusan tutup bisnes.

Bisnes anda pula sekarang macam mana?

Adakah turut menerima kesan yang sama?

Untuk bisnes saya, tahun 2015-sekarang belum lagi menerima impak yang teruk.

Kita dalam proses untuk tambah lagi team dan mula outsource perkara yang kritikal untuk diuruskan kepada orang lain.

Saya sering pesan kepada student saya, bila berdepan cabaran ekonomi, mula rancang kewangan dan operasi bisnes kita.
Susun semula strategi.
Jangan lihat yang indah-indah je. Hakikat ramai bisnes owner tak kongsi kisah pahit mereka.

Realiti di luar sana ramai yang sedang bangkit kembali.

Sebagai pemilik bisnes, kita kena tau apa yang perlu dipulihkan dalam bisnes kita.

Kalau kritikal soal kewangan, cari solusi untuk kurangkan masalah dan tingkatkan sumber kewangan kita.

Kalau hal operasi bisnes tak jumpa solid team, kenalpasti apa yang kritikal. Perlukan team jualan atau team pemasaran atau team logistik?
Kira semula kos operasi dan kos bahan mentah. Apa yang perlu distrukturkan semula?

Anda sebagai pemilik bisnes mesti ambil tahu, apakah exit plan anda.

Ada ke kawan-kawan circle friends saya baca sampai hujung ni?

Kalau ada tahniah!

20hb November ni saya dijemput sebagai salah seorang speaker dan berkongsi pentas dengan tuan Wan Zaki (pemilik jenama JelitaSara) dan tuan Wan Nong Muzafar (individu yang layak untuk konsult bisnes anda), di Karangkraf.

Jika anda mahu luangkan masa untuk hadam sesuatu, sila klik link http://www.noorizamshah.com/goto/ibbp

#instaNS #ibbp

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search