Saturday, November 19, 2016

Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Bersih 5.0?

Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Bersih 5.0?




1. Kehadiran peserta Bersih 5.0 turun mendadak berbanding Bersih 4.0. Besar kemungkinan perhimpunan ini dipulau oleh ahli parti PAS dan sebilangan masyarakat yang tidak lagi menyokong objektif program ini.

2. Data dari Google Trends sejak 4 jam yang lalu menunjukkan interest mereka yang berminat untuk mengetahui mengenai Bersih 5.0 secara live di internet kebanyakan dari Selangor dan diikuti  Perak. Negeri-negeri lain tidak menunjukkan impak tinggi. Anda boleh lihat di Google Trends.

3. Masyarakat sedar, berpolitik atau menunjuk perasaan di jalan raya bukan lagi cara yang berkesan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada kerajaan sebaliknya peti undi menjadi penentu.

4. Biar pun bekas pemimpin kerajaan yang kini memihak kepada pembangkang turun sempena Bersih 5.0, majoriti yang turun memberi sokongan bukanlah orang Melayu.

5. Bersih 5.0 adalah pergerakan yang bersih berbanding kumpulan baju merah membawa watak agresif dan tidak menjaga kebersihan seperti mana yang berlaku selepas mereka meninggalkan tapak perhimpuan di Padang Merbok.

6. Hari ini banyak program-program lain seperti seminar perniagaan dan ia kebanyakan program full house. Masyarakat sedar, mereka perlu tambah ilmu untuk berdepan dengan cabaran bisnes yang mendatang.

7. Hakikat keyboard warrior lebih ramai berbanding mereka yang bakal menurunkan tanda di kertas undi nanti.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search