Saturday, November 26, 2016

Tips Melancong Ke Singapura Memandu Dengan Kereta

Tips Melancong Ke Singapura Memandu Dengan Kereta




Kalau korang plan nak melancong (bercuti) ke Singapura, selain naik kapal terbang atau bas, cuba idea ini. Pasti akan dapat pengalaman baru.

Pasport.
Macam biasa, kalau dari Malaysia, kita masuk Singapore melalui pintu imigresen di Johor. Jadi pastikan passport korang masih lagi sah tidak kurang dari 6 bulan. Kalau tak, korang akan dihalang masuk. Paling tidak kena warning dengan abang imigresen kat sana.

Road tax dan insuran kereta.
Dah bawak kereta tu, pastikan road tax dan insuran masih sah. Kalau ada copy insuran, simpan dalam dashboard. Kot abang Imigresen buat hal nak check, korang boleh la tunjuk kat dia.

Borang putih (White Card)
Ini korang boleh ambil masa tiba kat imigresen Singapore. Kalau taknak pening kepala sebab fist time nak masuk Singapore dengan kereta, korang boleh la cari perkhidmatan mengisi borang white card di sekitar Johor Bahru. Tapi macam biasa, korang akan dicaj. Kalau korang plan nak isi sendiri, sila isi borang dengan segera sebab orang yang beratur kat belakang kereta ko bukan sikit. Jadi kalau masuk ramai-ramai ko bayanglah masa yang korang nak tempuh untuk isi borang je semata-mata.

Jangan lupa, dah complete isi white card, sila kepilkan dalam passport, buka tingkat cermin kereta bila lalu depan pegawai imigresen. So senang dia nak tengok muka sorang-sorang.

Cash Card.
Kad ni macam touch n go kat Malaysia. Guna dia untuk korang bayar parking atau tol. Cash card atau autopass ni korang boleh beli masa lalu kat imigresen Singapore. Jangan lupa bawa geran dan insuran  sebab diorg nak tengok dan ada borang yang korang nak kena isi.

Dan pastikan korang topup Cash Card ni. Kat 7 eleven ada jual top up kad ni. Masa nak keluar Singapore nanti pastikan ada baki topup yang cukup. Kalau tak, kena denda nanti. Diorg takda kaunter tunai kat tol.

Lesen Memandu.
Macam biasa, kalau dah bawa kereta, kena la pemandu tu ada lesen. Ko jangan buat hal takda lesen drive pi bawak atas jalanraya sana. Kang tak pasal-pasal kena saman. Lesen memandu Malaysia pun dah cukup. Boleh pakai bukan setakat kat Singapore, Kat United Kingdom pun boleh.

GPS.
Last sekali, pastikan ada GPS. Ini boleh bantu korang kalau sesat. Selamat memandu dan melancong di Singapore!


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search