Saturday, November 26, 2016

Top 5 List Google Jenama Tudung Yang Perlu Anda Tahu Dan Belajar

Top 5 List Google Jenama Tudung Yang Perlu Anda Tahu Dan Belajar




Tahun 2016 adalah tahun di mana begitu banyak jenama-jenama tudung muncul seperti cendawan selepas hujan.

Ada yang famous di facebook. Ada yang sangat ramai follower di instagram dan ada jenama yang menguasai 10 tangga teratas carian di Google Search Engine.

Kali ini saya nak berkongsi 10 laman web yang menguasai muka depan carian di Google menggunakan keyword tudung.


1. JelitaSARA

Memang luarbiasa! Jenama ini dimiliki oleh sepasang suami isteri. En Wan Zaki adalah CEO kepada JelitaSara dan butik utama mereka berada di Melaka. Sejak tahun 2009 sehingga kini, laman web JelitaSARA sentiasa berada di ranking utama carian di Google. Selepas bermula sebagai bisnes tudung online, JelitaSARA kini memiliki 2 buah butik di Bangi Gateway dan Bangi Sentral. 

Malah sekarang, mereka dah semakin giat mengikut vendor-vendor melalui jualan booth. Hebat jenama ni!

2. Sugarscarf

Kalau JelitaSARA menampilkan tudung jenis instant awning, Sugarscarf pula menawarkan tudung atau hijab yang lebih premium dengan multicolor. Kalau perhatikan website SugarScarf, salah satu faktor melonjakkan web ini di top rank carian adalah content yang dipaparkan. Ia sarat dengan penuh infomasi dan Google Search Engine sangat sukakannya.

3. TudungRuffle

Ini adalah web bisnes tudung bawal. Dibawa dengan jenama TudungRuffle. Kalau tengok, web ini tak lah update sangat. Boleh jadi sebab follower di instagram yang sangat ramai (245k follower), besar kemungkinan pelawat dihantar ke laman web ini. Kalau lihat di insta TudungRuffle, mereka mesti akan promote website diorg dalam setiap post-post mereka.

4. Kebaboo

Kebaboo sama macam JelitaSARA. Banyak update gambar-gambar tudung mereka. Harga pula tak la mahal sangat. Sekitar RM25 sehelai je. Kebaboo banyak menampilkan tudung jenis bawal. Jadi bawal yang dijual mampu milik dan student pun mampu nak beli.

5. Benang Hijau
Benang Hijau datang dengan design express hijab yang lebih labuh di dada. Selain tu, ada juga tudung jenis instant, instant shawl, square scarf dan inner neck. Salah satu butik mereka ada di AEON Mall, Shah Alam.

Kalau korang yang memang dah ada bisnes tudung. Jangan abaikan search engine. Bina laman web anda hari ini. Jangan dok fokus nak menjual di facebook dan instagram je. Kalau kena strateginya, anda mampu bersaing dan bertahan lama dalam pasaran.

Lepas ni siapa yang buat ala-ala tudung pucci atau tudung warda, boleh la setting website kan?



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search