Wednesday, December 28, 2016

Jangan Mendengar Pendapat Dari Orang Yang Salah



Bila kita cuba nak buat sesuatu, biasanya kita akan minta pendapat dari orang lain. Orang yang paling dekat yang biasa kita cuba kongsi adalah keluarga atau pun kawan rapat.

Sebagai contoh, kita nak berkongsi pendapat kita mengenai bisnes kepada orang yang langsung tidak ada pengalaman dalam berbisnes atau mereka yang buat bisnes itu tak berkembang walaupun dah berniaga bertahun-tahun.

Kita boleh minta pendapat tetapi jangan sesekali mengambil pendapat orang lain sebagai keputusan yang bulat sebabnya belum tentu pendapat yang mereka berikan itu betul.

Bila kita nak buat bisnes baru, kita perlu study dengan teliti dan kena lihat dari banyak sudut. Jangan melihat kepada potensi sahaja. Kena juga lihat pada kemungkinan cabaran dan halangannya.

Ada orang kata nak jual produk atau nak buat produk itu mencabar. Ia betul. Semua benda yang kita nak buat tak tentunya mudah.

Kita kena tahu kepada siapa kita nak jual. Di mana kita nak jual. Apakah cara untuk kita jual. Tahu Who, What, Where.

Macam kami di EMORRA bila nak keluarkan satu-satu produk, kita akan validate market terlebih dahulu. Kita lihat apa yang pasaran mahu. Bila kita nak memasarkan produk, kita kena spesifik tahu apakah masalah utama customer mahu selesaikan.

Seperti mana Gambir Jantan, kita fokus kepada customer lelaki yang telah berkahwin untuk selesaikan masalah prestasi bila bersama pasangan.

Jadi, bila kita spesifik kan target dan kenalpasti isu kritikal customer, produk yang dijual mudah diterima pelanggan.

Bila ada orang kata dengan anda, jangan berniaga kerana risiko untuk rugi tu tinggi, jangan pula anda ambil kata-kata itu sebagai muktamad.

Orang yang beri pendapat itu siapa? Adakah dia orang yang tak pernah berniaga? Adakah orang itu orang yang gagal berkali-kali dalam bisnes? Sebab apa dia gagal dalam bisnes?

Anda kena fikirkan itu.

Sedangkan ada ramai orang di luar sana yang berjaya dan kekal bertahun-tahun dalam bisnes malah bisnes mereka berkembang.

Carilah ramai orang untuk mendengar pendapat. Dari situ anda akan dapat buat keputusan yang terbaik bersama dengan analisis yang anda buat.

Bila ada peluang untuk tanya soalan, rajin-rajinlah bertanya.




Mengapa Jual Gambir Jantan Bukan Gambir Sarawak?


2015 adalah tahun dimana segalanya bermula. Gel Gambir Jantan meletop di pasaran online sampai la ke tahun 2016 ni.

Minggu depan dah tahun 2017. Tahun yang pasti akan beri begitu banyak peluang kepada semua rakan niaga Gambir Jantan.

Gambir Jantan telah melalui fasa-fasa pemasaran secara kecil-kecilan sampailah sekarang produk ni sangat diminati oleh pengguna di Malaysia, Singapore, Brunei dan Asia.

Best jual Gambir Jantan ni sebab ia bukan produk bermusim. Masa bulan puasa pun demand sentiasa ada. Huhuhu.

Alhamdulillah, dengan produk yang berkualiti macam ni, Gambir Jantan dah lahirkan ramai usahawan-usahawan baru di Malaysia. Gambir Jantan dah bantu ramai mereka yang sebelum ni mengeluh tak cukup duit, hutang sana sini, masalah bisnes tak jalan, nak bantu keluarga dan macam-macam lagi.

Kenapa jual Gambir Jantan bukan Gambir Sarawak?

Kalau tanya abang askar diaorang mesti tahu Gambir Sarawak tu macam mana. Ia panas dan kalau salah guna boleh kebas melampau.

Tapi Gambir Jantan tak macam tu. Ia natural je. Tak beri kesan sampingan pada pengguna. Kalau korang tengah plan nak jual barang apa tahun 2017 ni, jom saya cadangkan GAMBIR JANTAN.

MODAL SERENDAH RM350 JE!

Memang terbaik. Tak over claim macam produk lain. Yang penting customer happy dan repeat order.

Macam mana nak contact? Korang whatsapp GGJB ke 0173448110. Nanti akan ada sales team yang reply whatsapp korang.

Apa lagi? Whatsapp la sekarang!
Tuesday, December 27, 2016

3 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Jualan Dengan Split Test


Korang perasan tak macam mana Sifufbads dan Azizan Osman hasilkan banyak jualan dengan menggunakan medium internet selain facebook?

Korang pernah subscribe email dari mereka? Kalau korang pernah subscribe, sure korang pernah terima banyak email dari diorang.

Team mereka akan hantar email berkala kadang-kadang selang beberapa hari dan minggu. Paling tidak pun setiap bulan korang mesti akan dapat email dari diorang ni.

Salah satu cara untuk korang hasilkan jualan berganda selain facebook ialah melalui email.

Pemasaran email.

Teknik ni dah lama usahawan online guna bila buat promosi dan menjual. Sebelum ada facebook dan instagram, email marketing adalah cara yang sangat power untuk korang dapatkan jualan berkali-kali.

Saya pernah terima komisyen jualan dengan hanya promote produk orang lain di email saya. Bila ada orang subscribe email saya, saya akan dapat database. Database yang ada ni saya boleh buat split test untuk promote sesuatu produk.

Korang takda sistem email marketing lagi? Cuba try klik link ini.

Korang boleh cuba sistem autoresponder dari Aweber ni. Ada FREE TRIAL.

Macam mana nak buat split test kat email?

Korang kena tahu apa tajuk yang korang nak tulis yang boleh tarik perhatian subscriber korang. Sama macam header bila korang nak buat iklan kat FB.

Step 1: Korang set up sales tracking.

Korang kena track pembelian subscriber korang setiap kali korang broadcast email.

Step 2: Tweak Your Promotional Broadcast

Call to action: Korang kena set ayat-ayat yang boleh menarik subscriber action untuk membeli.

Gambar: Sama macam facebook. Ratio antara gambar dan text mestilah antara 60% text dan 40% gambar. Cara ini adalah untuk elakkan email yang korang hantar masuk dalam spam box.

Preheader: Mesti ada link bagitau diorg ni subscribe email korang. Mesti ada link subscribe dan unsubscribe. Kadang-kadang diorang sendiri tak tau yang diaorang sebenarnya melanggan email korang.

Format: Format untuk hantar email pun mesti kena buat split test. Tengok template mana yang berkesan dan memberi result yang bagus dari segi action membeli.

Step 3: Untuk dapatkan hasil yang bagus buat broadcast split test.

Tengok stats berapa ramai yang click, berapa ramai yang buka email, berapa sales yang dapat, berapa ramai yang unsubscribe email korang.

Bila korang ada data-data ni, senang la korang nak rangka strategi promosi melalui email masa akan datang!




Siapa Sebenarnya Vincent Tan?


Billionaire Malaysia ni adalah Pengerusi Berjaya Group. Aset dia je ada lebih dari RM4.9 billion. Kau kira lah sendiri berapa pendapatan dia seminit.

Selain ada syarikat di Malaysia, dia juga memiliki perniagaan di Australia dan Singapura. Dianggarkan pekerja dia ada lebih 17,000 orang. Fuh. Aku yang setup bisnes pun staff masih tak sampai 20 orang lagi.

Di Malaysia, selain bisnes surat khabar The Sun, Tan Sri Vincent Tan ni ada banyak bisnes. Starbuck, 7 eleven, Hotel, Syarikat Penerbangan, Kolej, Telekomunikasi, Pusat Membeli Belah dan paling popular adalah bisnes judi berlesen dia.

Syarikat dia pernah merangkul banyak anugerah antaranya anugerah berkaitan menjenamakan bisnes dan menguruskan syarikat dengan sangat berjaya.

Sebab tu agaknya dia pilih nama Berjaya Group. Agaknya la :p

Anak-anak dia? For sure kaya raya dan mewah segalanya. Anak sulung dah ambil alih syarikat Berjaya. Dia pulak dah pun bersara sebagai orang kaya.

Vincent Tan ni siap ada private jet. Kalau kita nak pi luar negara nak kena tempah tiket bagai. Nak kena beratur masuk kapal terbang. Tapi Vincent Tan, nak pi luar negara bila-bila masa pun boleh. Pagi ni nak sarapan kat Bali. Petang nak pi minum tea kat Koh Samui. Malam pulak steady terbang ke Hong Kong untuk dinner.


Korang tak inspire ke? Semua orang bercita-cita nak berjaya kan. Sebagai orang islam, kita follow cara kita. Cerita yang baik ni sudah tentu kita boleh ambil sebagai semangat untuk jadi lebih berjaya.

Kau kena susun perjalanan hidup kau dari sekarang. Bina la kehidupan sekarang sebaik mungkin. Kalau tak sempat dinikmati oleh kita, setidaknya cucu cicit korang dapat teruskan apa yang telah korang lakarkan.

Tak usah cemburu giler dan berfikiran negatif sempit sangat dengan komen kata macam-macam pasal Vincent Tan ni. Kau bising-bising pun, anak cucu dia tetap hidup lebih baik dari korang. Tu belum lagi sembang pasal Tan Sri Mokhtar Al Bukhary lagi.


Apakah Rahsia Team Jualan Mampu Hasilkan Jualan Tinggi Setiap Hari?


Alhamdulillah, harini team perang #tsoho berjaya menjual 190 unit terus kepada end user. Tanpa ejen stokis,borong dan sebagainya. 

Namun harus diingat, ini bukan kerja seorang diri.  

✔Ada manager yg mengurus perjalanan iklan. 
✔Ada anak muda yg menguruskan operasi dan strategi.
✔Ada anak muda yg bersiap sedia menelefon dan bertanya khabar pelanggan. 
✔Ada anak muda yg fokus melayan whatsap dan komen di fanpage yg disediakan. 
✔Dan ada 441 leads yg masuk dengan rm3806 kos iklan. 

Baru boleh mencatat kejayaan yg gemilang, ini baru belanja rm100 dah risau, sakit hati, sakit jiwa jualan belum ada. 

Fokus, konsisten, dan tambah ilmu. InsyaAllah akan ada manisnya. 

#tsohomarketing


Atasi Kulit Berminyak Dengan Foundation Istimewa Emorra


Aku tak taulah kalau korang macam mana. Tapi kalau tanya kulit aku ni, memang jenis kulit berminyak. Bukan sikit minyak keluar kat muka ni. Kalau pakai tisu khas untuk serap minyak yang aku beli kat Guardian tu, memang berhelai-helai nak guna.


Kat Malaysia ni rata-rata ramai orang ada masalah kulit berminyak dan kulit sensitif. Jadi banyak produk kecantikan yang ada di pasaran kitaorang ni tak mudah suka-suka nak guna.

Kalau nak kulit jadi makin teruk, try la sebarangan produk kosmetik. Nak jadi hal pernah ada satu kes customer ni, muka jadi teruk gila lepas beli satu produk jenama popular yang selalu keluar kat radio tu.

Lepas seminggu guna, jerawat naik berbiji-biji. Bukan jerawat biasa, yang besar dan bernanah pulak tu. Ingatkan itu proses biasa sebelum kulit jadi baik. Lepas diteruskan penggunaan selama 14 hari, kemudian ke 21 hari, kulit still tak baik-baik. Semakin teruk. Fuhh! Azab kena pi jumpa doktor kulit pulak untuk rawatan susulan.

Jadi jangan ingat, produk yang selalu kita nampak kat iklan hari-hari tu, produk tu sesuai dengan kita.

Ok. Berbalik dengan foundation ni. Apa yang best pasal foundation ni?

Kalau korang cari produk ni kat kedai-kedai jamu. Kompom tak jumpa. Tapi kalau korang beli online dari web HQ produk ni, mesti korang dapat beli yang original.

Klik www.emorra.com.my



Nama produk ni EMORRA Darling Air Cushion Foundation. Nak senang, korang cakap je EMORRA foundation, diorg tau la korang nak produk apa.

Kalau korang biasa dengan kosmetik, mesti korang tau ada banyak benda nak korang apply kat muka tu. Nak pakai bedak la. Kemudian concealer, foundation, maskara, eye liner, gincu, pemerah pipi. Eh banyak.

Aku yang lelaki ni tak la pakai macam tu. Tapikan, cuaca kat Malaysia ni tak tentu. Kejap panas. Kejap hujan. Suhu pun ada kala panas terik. Jadi walaupun aku lelaki, perlu juga guna protection untuk kulit muka. Ker ko memang tak pakai semua ni?




So dengan EMORRA Foundation ni, aku tak payah nak guna bedak asas, concealer dan foundation sebab ia berfungsi 3 dalam 1. Foundation ni siap ada SPF 50++ so takda masalah kalau kau pergi berjemur kat tengah panas. Muka pun tak rosak.

Setakat ni aku guna, kulit aku dah tak berminyak. Jerawat susah nak naik. Kau tau la kan. Orang kulit berminyak dan sensitif ni, kalau salah pakai produk, bukan kecutkan jerawat, malah naikkan jerawat lagi ada la.

So, produk ni memang power bagi aku la. Teknologi air cushion ni asal nya dari Korea tapi teknologi tu dah ada pun kilang di Malaysia yang buat. So korang boleh dapat produk yang sesuai dengan kulit orang Malaysia.

Korang pernah dengar foundation jenama IOPE? Ha... kalau tengok foundation ni macam tu cumanya, korang kena tau. Foundation tu dihasilkan untuk kulit orang korea. So cuaca negara Korea tak macam Malaysia. Sebab tu, kalau korang yang jenis kulit bermasalah, kalau pakai produk yang bukan dihasilkan khusus untuk kulit macam kita ni, memang tak settle-settle la problem. Betul tak?





Kat mana nak dapatkan produk foundation 3 dalam 1 ni?

Korang boleh beli online je di www.emorra.com.my atau korang whatsapp ke 011-28537220 untuk info produk secara lebih detail.

Kalau korang nak pick up stok, tak nak guna pos pos ni, korang boleh datang terus ke HQ di Putra Heights. Tapi kena la set appointment dulu. Sebab HQ ni bukan kedai yang boleh korang walk in sukahati.

Telefon dulu, baru boleh datang pick up. Itu pun kalau ada stok. Maklumlah produk power macam ni ramai yang beli.



Zaman teknologi sekarang pun, orang lagi suka beli online je. Terjamin online tu sudah tentu. Dan ada rezeki dapat harga promosi lagi istimewa dari HQ. Tak percaya, korang try la whatsapp 011-28537220 tu.

JARVEES: Automate kan Kerja Menjawab Komen di Facebook Page Anda!


Apa kebenda Jarvees ni?

Korang ada facebook page? FB Page korang buat apa? Kalau korang nak bina enggagement pantas dengan follower korang, apakata korang cuba servis Jarvees.

Apa yang menarik bila guna Jarvees?

Untuk korang yang sibuk atau kekurangan staff untuk handle menjawab komen-komen prospek di page, korang boleh setting keyword dalam sistem Jarvees dan bila prospek taip keyword tu, Jarvees akan automatik hantar satu template jawapan kat prospek.

Contoh bila prospek taip komen "saya nak", sistem Jarvees akan auto detect keyword ni dan automatik reply komen prospek dengan jawapan.

Jawapan korang boleh setting panjang mana korang nak. Dan yang lagi best, Jarvees juga akan terus direct mesej ke inbox prospek dengan template jawapan yang korang setting tadi.

Jadi kerja korang lepas ni lebih teratur, terasa aman sikit, boleh la minum kopi sambil relek buat kerja.



Antara jenama yang guna Jarvees ni adalah seperti MOODREPUBLIK, ZAWARA, EMORRA, GAMBIR JANTAN dan banyak lagi.

Rata-rata pengguna yang guna sistem ni sangat berpuashati. Korang boleh try TRIAL VERSION kat sini: KLIK SINI

Ada banyak future lagi yang best. Korang boleh try godek dalam trial version tu. Kalau korang rasa power, boleh la SUBSCRIBE Jarvees ni!
Sunday, December 25, 2016

Apa Jadi Dengan Jualan Mega Mood Republik 2016?



Siapa lagi yang pergi ke jualan MEGA produk di Mood Republik? Kali ni Mood Republik buat karnival jualan serentak di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Saya sempat pergi di PWTC hari terakhir pagi tadi. Tidak seperti event-event lepas, jumlah pengunjung tak la crowd sangat. Mungkin sebab kali ni saya datang waktu pagi.

Jalanraya kat sekitar KL menuju PWTC pun tak jem macam sebelum ni. Boleh jadi, event kali ni jatuh pada hari cuti perayaan krismas. Ramai yang ambil peluang balik kampung. Kan isnin masih cuti lagi. Kena pula waktu cuti sekolah. Ada yang lajak pergi bercuti kat tempat lain.

Semalam saya ke Melaka takpayah cakap. Memang banyak sangat kenderaan. Nak masuk Bandar Hilir pun berminit-minit.

Mood Republik kali ni dengan 500 jenama produk fashion dan kecantikan yang masuk, Untuk mereka yang baru pertama kali masuk sebagai penjual ada yang keluh kesah sebab kos sewa tapak yang tinggi, dan jualan belum tentu balik modal.

Berbanding yang dah biasa dan banyak kali masuk event besar macam ni, for sure dah belajar macam mana strategi yang hit sasaran jualan dan balik modal.

Walaupun Mood Republik jangkakan 10 juta pengunjung yang datang, nampaknya tak seperti yang digambarkan.

Artis-artis yang berjualan pun bukan sentiasa ada kat tapak jualan, jadi ada pengunjung atau follower setia artis dah boleh agak bila waktu sesuai nak datang. Lagi-lagi masa duit RM10,000 di tabur dari 'langit'.

Jenama-jenama fesyen seperti CayraZara, Bella Ammara dan beberapa jenama lain kali ni nampaknya tak ambil booth besar-besaran. Mungkin dah boleh agak selera membeli pengunjung kali ni.

Macam saya tadi, ke sana bukanlah nak membeli baju atau produk kecantikan tetapi saya cari something yang unik dan berbeza. So tadi sempat juga beli frame motivation quote, satu-satunya penjual yang menjual produk lain sikit. :)

Walaupun ada penjual yang update status bagitau jualan sendu dan tak seperti yang diharapkan, sebaliknya rata-rata memuji event ni berjaya bantu usahawan-usahawan bumiputera memasarkan dan memperkenalkan produk mereka kepada umum.

Saya pula bila lagi nak join? Hahaha.

InshaAllah akan datang ;)



Friday, December 2, 2016

Cara Individu Menipu Supaya Anda Beri DUIT Kepada Dia


HATI-HATI DENGAN INDIVIDU....
Modus operandi
1. Call no private anda. Dia akan perkenalkan nama. Dia akan beritahu anda pernah jumpa dia beberapa tahun dulu (samada dalam program/seminar/etc)
2. Memanggil diri dengan panggilan ana (individu ni lelaki)
3. Mula cerita beritahu nak minta pertolongan seikhlas mungkin.
4. Sekarang berada dilokasi tertentu dan dalam perjalanan nak balik ke lokasi tertentu.
5. Dalam kereta ada isteri yang sarat mengandung nak bersalin. Juga ada anak kecil dalam kereta.
6. Tak cukup duit utk balik sebab nak isi minyak, untuk bayar tol dan makan.
------------
Jika anda dapat call/sms/whatsapp, sila jawab begini:
1. Saya ada kenalan di ibupejabat polis trafik.
2. Saya boleh minta kawan saya hubungi mana-mana peronda yang berdekatan untuk beri bantuan.
3. Minta dia nama penuh, lokasi dia berada sekarang dan nombor plat kenderaan.
Jika dia tak beri maklumat ini dalam masa 20 saat, bermakna anda MUNGKIN sedang DIPERDAYA.
Dalam gambar: Selepas hampir 30 minit saya menunggu feedback dari si pemanggil tetapi takda apa-apa balasan biar pun dia berjanji untuk berikan maklumat itu.
-----

AMARAN: Anda kini sedang diperhatikan!
Ada individu akan menggali profil anda. Individu ini akan cuba mendapatkan maklumat sebaik mungkin mengenai diri anda sebelum cuba hubungi dan memperdaya anda.
Saya pernah baca modus operandi yang sama di facebook sebelum ini seperti mana tuan Rafie Ramli pernah up post.
Dan hari ini saya terima panggilan dengan jalan cerita yang sama.
Jika anda rasa modus ini tidak patut berlaku, sila SHARE post ini agak kawan-kawan lain juga ALERT dengan kehadiran panggilan misteri ini.

P.s: Adakah faktor GST menjerut leher yang menjadikan buat apa sahaja cara asal dapat duit? ✌️


 

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search