Friday, December 2, 2016

Cara Individu Menipu Supaya Anda Beri DUIT Kepada Dia


HATI-HATI DENGAN INDIVIDU....
Modus operandi
1. Call no private anda. Dia akan perkenalkan nama. Dia akan beritahu anda pernah jumpa dia beberapa tahun dulu (samada dalam program/seminar/etc)
2. Memanggil diri dengan panggilan ana (individu ni lelaki)
3. Mula cerita beritahu nak minta pertolongan seikhlas mungkin.
4. Sekarang berada dilokasi tertentu dan dalam perjalanan nak balik ke lokasi tertentu.
5. Dalam kereta ada isteri yang sarat mengandung nak bersalin. Juga ada anak kecil dalam kereta.
6. Tak cukup duit utk balik sebab nak isi minyak, untuk bayar tol dan makan.
------------
Jika anda dapat call/sms/whatsapp, sila jawab begini:
1. Saya ada kenalan di ibupejabat polis trafik.
2. Saya boleh minta kawan saya hubungi mana-mana peronda yang berdekatan untuk beri bantuan.
3. Minta dia nama penuh, lokasi dia berada sekarang dan nombor plat kenderaan.
Jika dia tak beri maklumat ini dalam masa 20 saat, bermakna anda MUNGKIN sedang DIPERDAYA.
Dalam gambar: Selepas hampir 30 minit saya menunggu feedback dari si pemanggil tetapi takda apa-apa balasan biar pun dia berjanji untuk berikan maklumat itu.
-----

AMARAN: Anda kini sedang diperhatikan!
Ada individu akan menggali profil anda. Individu ini akan cuba mendapatkan maklumat sebaik mungkin mengenai diri anda sebelum cuba hubungi dan memperdaya anda.
Saya pernah baca modus operandi yang sama di facebook sebelum ini seperti mana tuan Rafie Ramli pernah up post.
Dan hari ini saya terima panggilan dengan jalan cerita yang sama.
Jika anda rasa modus ini tidak patut berlaku, sila SHARE post ini agak kawan-kawan lain juga ALERT dengan kehadiran panggilan misteri ini.

P.s: Adakah faktor GST menjerut leher yang menjadikan buat apa sahaja cara asal dapat duit? ✌️


 

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search