Wednesday, December 28, 2016
Bila kita cuba nak buat sesuatu, biasanya kita akan minta pendapat dari orang lain. Orang yang paling dekat yang biasa kita cuba kongsi adalah keluarga atau pun kawan rapat.
Sebagai contoh, kita nak berkongsi pendapat kita mengenai bisnes kepada orang yang langsung tidak ada pengalaman dalam berbisnes atau mereka yang buat bisnes itu tak berkembang walaupun dah berniaga bertahun-tahun.
Kita boleh minta pendapat tetapi jangan sesekali mengambil pendapat orang lain sebagai keputusan yang bulat sebabnya belum tentu pendapat yang mereka berikan itu betul.
Bila kita nak buat bisnes baru, kita perlu study dengan teliti dan kena lihat dari banyak sudut. Jangan melihat kepada potensi sahaja. Kena juga lihat pada kemungkinan cabaran dan halangannya.
Ada orang kata nak jual produk atau nak buat produk itu mencabar. Ia betul. Semua benda yang kita nak buat tak tentunya mudah.
Kita kena tahu kepada siapa kita nak jual. Di mana kita nak jual. Apakah cara untuk kita jual. Tahu Who, What, Where.
Macam kami di EMORRA bila nak keluarkan satu-satu produk, kita akan validate market terlebih dahulu. Kita lihat apa yang pasaran mahu. Bila kita nak memasarkan produk, kita kena spesifik tahu apakah masalah utama customer mahu selesaikan.
Seperti mana Gambir Jantan, kita fokus kepada customer lelaki yang telah berkahwin untuk selesaikan masalah prestasi bila bersama pasangan.
Jadi, bila kita spesifik kan target dan kenalpasti isu kritikal customer, produk yang dijual mudah diterima pelanggan.
Bila ada orang kata dengan anda, jangan berniaga kerana risiko untuk rugi tu tinggi, jangan pula anda ambil kata-kata itu sebagai muktamad.
Orang yang beri pendapat itu siapa? Adakah dia orang yang tak pernah berniaga? Adakah orang itu orang yang gagal berkali-kali dalam bisnes? Sebab apa dia gagal dalam bisnes?
Anda kena fikirkan itu.
Sedangkan ada ramai orang di luar sana yang berjaya dan kekal bertahun-tahun dalam bisnes malah bisnes mereka berkembang.
Carilah ramai orang untuk mendengar pendapat. Dari situ anda akan dapat buat keputusan yang terbaik bersama dengan analisis yang anda buat.
Bila ada peluang untuk tanya soalan, rajin-rajinlah bertanya.