Tuesday, January 31, 2017

Orang Malaysia Kembali Fokus Pada Market Luar Negara?


Ini semua sebab nilai matawang Malaysia jatuh sampai nak cecah RM5 untuk 1 US Dollar.

Semua nampak potensi untuk buat duit kaw-kaw kat platform luar.

Buku panduan bisnes eBay langkah demi langkah pun makin ramai yang cari kat sini => http://www.kuasalelong.com

Maybe ramai yang nak tau macam mana orang Malaysia jual produk seperti tongkat ali, tea boh cameron, nescafe, cawan starbuck, baju, tudung, jam tangan, aksesori kereta, daun pokok ketapang, keris dan macam-macam.

Diaorang nak tau macam mana semua ni boleh bagi income giler-giler kat diaorg!

Memamg betul, kalau jual produk kat eBay, korang tak perlu nak keluar kos iklan yang tinggi macam run FBads atau Adwords.

Korang juga kena tahu, bila listing produk bukan terus masa tu je terjual. Traffik tinggi tapi depend on produk apa yang demand masa tu.

Korang kena rajin sikit buat research. Ada banyak cara korang nak belajar research produk. Ada yang korang boleh dapat info secara percuma macam tengok trend kat google trend, carta-carta hit di US, UK atau Australia.

Boleh buat carian di eBay advanced search tengok apa yang sold item. Base on data sort.

Atau korang boleh try yang trial (berbayar) macam Terapeak.com.

Satu lagi website yang korang boleh tengok kalau nak study pasal produk apa yang banyak sold, boleh refer website WatchCount.com.

Ni semua website otai ni.

Nak belajar menjual kat platform eBay ni dan plan nak jana income dalam USD apa la sangat spend sikit duit untuk belajar dengan cara baca buku atau ebook.

Dah malas sangat nak spend duit, korang google je la. InshaAllah jumpa banyak input percuma yang boleh bantu korang mula menjual kat eBay.



Thursday, January 19, 2017

Jatuh Itu Biasa, Bangkit Semula Itu Luar Biasa!


Korang pernah jatuh bisnes? Buat bisnes tak menjadi serba tak kena. Nak jual produk tapi produk tak laku-laku. Dulu duit simpanan banyak, sekali join skim cepat kaya, modal ke mana, untung habuk pun tak ada.

Meniaga kedai makan tak jadi. Meniaga kedai dobi, mesin basuh selalu rosak. Sertai Multi Level Marketing, leader yang kaya, kita tak ke mana. Jadi produk owner, pun sama.

Sudahnya kita putus asa. Kita salahkan nasib diri. Memang betulkan aku ni bukan darah orang berniaga!

Semua benda aku buat semua tak jadi!

Cuba korang tengok balik. Sebab apa jadi macam ni? Adakah memang sungguh korang ni kaki bangku? Sepak bola semua ke longkang?

Ada buat latihan? Ada pergi belajar asah bakat?

Samalah macam ko naik fatbike ni. Ko nampak beskal ni tayar besar macam best. Kau pun beli. Ko kayuh macam ko kayuh beskal tua. Ko rasa semua beskal ni sama je.

Dengan takda training. Dengan ko tak faham fatbike ni, ko pun terjah pergi offroad. Bila masuk trail, kau pun tersembam jatuh tergolek dan tergolek lagi.

Masa ko tergolek tu, ko rasa la penangan kesakitan pertama kali. Kemudian jatuh lagi. Sakit lagi.
Sampailah kau jatuh berkali-kali.

Apa yang kau belajar? Takkan lepas kau masuk trail offroad, ko nak pi saja-saja jatuhkan diri lagi? Sudah tentu ko dah belajar sebelum ni. Apa kesilapan sebenar yang ko dah buat dan perlu hati-hati supaya tak terjatuh lagi.

So jangan la give up!

Baru luka sikit, ko terus bersara dan jual fatbike kau!

Itulah bisnes!

Pergilah belajar. Dapatkan nasihat dari orang yang betul. Kalau bisnes makan, jangan pi tanya orang buat bisnes kedai tayar. Makan tayar kau nanti!


Wednesday, January 18, 2017

Bekerja Makan Gaji, Bila Waktu Sesuai Buat Bisnes Part Time?


Bila waktu sesuai nak buat bisnes part time kalau saya bekerja makan gaji?

Bila korang plan nak buat bisnes part time salah satu perkara utama yang korang tak boleh buat ialah, jalankan bisnes part time ketika waktu kerja korang di pejabat.

Lagi-lagi yang kerja dengan badan kerajaan. Memang susah nak buat. Takkan la masa office hour, korang nak pi handle bisnes part time korang? Apa jadi dengan kerja yang sedia ada? Gaji yang korang dapat tu kira berkat ke tak?

Jangan guna komputer pejabat atau phone pejabat untuk buat bisnes korang.

Kalau korang nak buat bisnes, pastikan korang ada kaedah macam mana korang nak buat bisnes walaupun korang tak ada kat situ.

Cari model bisnes yang sesuai. Yang boleh apply walaupun korang bekerja makan gaji. Antara model yang sesuai ialah dropship.

Ini kaedah yang pertama korang boleh mula. Sebabnya? Korang tak perlu fikir pasal nak uruskan stok. Ini semua kerja supplier. Korang cuma promote dan closing prospek sahaja.

Waktu bila nak promote? Waktu bila nak closing?

Korang kena tahu macam mana nak uruskan masa korang. Let say korang bekerja dari jam 8 pagi sampai 4.30 petang.

So time sebelum masuk pejabat, masa rehat dan waktu habis pejabat korang boleh buat 2 perkara ni.

Selepas time tu korang akan ada banyak masa lagi untuk buat kerja promote dan closing prospek.

Sebagai contoh korang jual Gel Gambir Jantan secara dropship.

Korang boleh kerja-kerja promote di FB, Insta, Wechat, Forum dan apa juga cara yang korang fikir sesuai. Gunakan whatsapp, fb messenger, wechat, telegram, instagram messenger atau apa juga app utk communicate dengan prospek.

Bila dapat order, submit payment dan information customer pada supplier.

Jadi masa korang takda la terbeban nak fokus buat packing dan pos order. Korang still boleh jana pendapatan sampingan tanpa perlu pun nak berhenti kerja sekarang.

Kalau sehari boleh dapat untung jual RM10-RM100 kira okla sebagai permulaan.

Lepas tu kalau korang plan nak mula pegang stok pun dah boleh buat.

Bila masa sesuai untuk packing, hantar ke pejabat pos? Sedangkan korang balik kerja pun pukul 4.30 petang. Ada yang balik pukul 6.00 petang. Jadi bila nak pergi?

Ideanya,

Bila korang dapat order, korang jangan pergi pejabat pos hari-hari. Korang boleh bagitau kat customer macam ni. Postage hanya akan dibuat pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.

So bila dapat order pada lewat petang hari jumaat, korang akan mula post order pada hari isnin. Jadi, korang ada masa untuk kumpul order bermula petang jumaat sampailah hari ahad malam isnin.

So kerja packing korang boleh buat masa korang free time.

Nak pergi pejabat pos, sekarang dah ada pejabat pos yang tutup lewat sampai jam 8.00 malam pun ada. Ha, korang pi yang kat kawasan macam ni.

Lokasi pusat pengumpulan poslaju pun ok. Cumanya korang akan hadap dengan orang ramai yang buat kerja sama macam apa yang korang buat.

Nak buat duit tambahan tak?

So, kena la korbankan tenaga dan masa sikit. Untuk kesenangan masa depan juga kan!

So far yang buat kaedah macam ni, ramai je. Ejen-ejen aku pun ramai yang masih bekerja makan gaji. Still boleh buat dan hasilkan pendapatan tambahan RM1000-RM4000 sebulan.

Tapi kalau dah dasar korang malas nak buat, itu aku tak boleh nak cakap apa dah.

Atau korang upah je sesiapa yang boleh pergi pejabat pos. Boleh jadi adik kau sendiri, kakak, abang, mak, ayah, adik ipar, saudara atau kawan. Janji barang boleh di pos. Ikhtiar lah. Itu pun nak kena fikirkan juga ke?

Korang buat. Kalau tak, sampai ke sudah korang mengeluh, duit gaji tak cukup. Lepas tu marahkan kerajaan.






Tuesday, January 17, 2017

Baca Ni: Korang Pernah Rasa Kebas Kat Tangan Atau Kaki?


Lepas aku jatuh basikal hari tu minggu lepas, bila bangun tidur je, mesti kat tangan atau kaki rasa kebas. Sebelum ni pernah juga rasa kebas kat badan. Tapi kali ni rasa kebasnya sampai terasa jadi dicucuk-cucuk.

Apa yang aku paham, rasa kebas ni biasanya berkaitan dengan urat saraf. Jadi perlu tak kita ambil serius pasal perkara macam ni?

Ada orang anggap ia biasa. Bukan penyakit. Sebabnya korang berpendapat semua orang pasti akan alaminya.

Ada dua kebarangkalian kalau korang rasa kebas kat badan.

Pertama, ia boleh terjadi bila saraf korang terhimpit dengan badan dan menyebabkan saraf kita terganggu. Bila aliran darah yang lalu kat urat saraf korang menjadi sempit, sebab tu korang rasa kebas.

Macam kes aku. Bila jatuh basikal dan kemalangan macam ni, otot dan saraf aku  mungkin telah tercedera. Kalau korang rasa terasa ia berlanjutan, better pi jumpa doktor untuk dapatkan rawatan susulan.

Hari tu, doktor ada bagi aku ubat surutkan bengkak. So far bahu ni ada rasa sedikit ok. Minggu depan kalau tak ok juga, aku cadang nak pi urut je bahu ni. Cari orang yang ada pengalaman dalam fisioterapi, minta dia betulkan bahu aku ni. Sakit woo.

Satu lagi, kalau bab kebas badan ni, cuba korang tengok cara pemakanan harian korang. Korang main bedal makan atau pun memang ikut apa yang dicadangkan oleh kementerian kesihatan. Ikut tak piramid makanan tu.

Macam aku, sah-sah la tak ikut. Main bedal je apa yang best nak dimakan.

Apa yang aku baca dan faham, masalah kebas selain kes macam kat atas ni, antaranya sebab berat badan ko bertambah. Aku tak cakap gemuk. Aku cakap, berat badan kau bertambah.

Kalau perempuan tu biasanya di waktu dia putus haid, pun boleh jadi masalah kebas-kebas badan. Kalau kau jenis kekurangan darah dalam badan, pun ia juga.

Satu lagi geng-geng yang badan dia kurang kalsium, for sure akan ada masalah kebas ni.

Kalau kau ada masalah kencing manis biasanya akan berasa kebas kat tangan dan kaki? Eh tadi aku tulis, aku ada masalah kebas kat tangan dan kaki.. Uihhh. kena pi cek doktor juga ni. Confirmkan.

Sebab last year aku buat fully checkup, doktor cek body aku ok. Takda masalah kencing manis.  So, korang pi juga la jumpa doktor kalau dah mula ada gejala kebas kat tangan dan kaki. Serius beb. Atasi sebelum ia kronik!

Kalau ko tanya doktor, orang muda-muda ni kalau jadi kebas badan, biasanya bukan sebab masalah kencing manis tapi sebab kurang vitamin dalam badan.

Dah hari-hari ko tibai KFC, McD, Burger Ramly, memang la cukup vitamin.

Kalau boleh korang makan makanan fresh macam ikan, sayur hijau kena banyak dan buah-buahan. Kau amalkan yang ni, inshaAllah jumpa doktor, doktor mesti respek dengan ko.

Korang jangan main-main dengan masalah kebas badan ni. Sebab kalau kau tak jaga dan ambil berat, ia boleh mendekatkan diri korang dengan masalah stroke atau angin ahmar.

Itu lagi bahaya untuk kesihatan korang.

Doakan aku sihat walafiat.




Sunday, January 15, 2017

Bagaimana Survival Hidup Mengikut Kemampuan Kewangan Semasa



Bila kita berhijrah ke bandar, sudah pasti kita berdepan dengan pelbagai cabaran terutama menguruskan komitmen semasa kita.

Saya nak pesan dengan anda, jangan ghairah untuk kelihatan berjaya di depan masyarakat, hakikatnya kita tiap-tiap bulan mencatu untuk teruskan hidup.

Kalau anda bekerja makan gaji. Masih lagi membujang. Anda boleh kawal perbelanjaan dan komitmen bulanan anda. Bagaimana?

Kalau anda bujang. Anda boleh sewa bilik sahaja. Tak perlu la kalau sewa rumah, ko duduk seorang atau dua orang je. Kalau boleh biarlah bayar sewa tu minima yang mungkin. Cukuplah menyewa bilik dulu. Bertahan untuk satu ke dua tahun sementara anda kumpul duit hasil bekerja.

Nak malu apa. Bukan ada orang pun tahu, kalau ko tak pi jaja cerita. Betul tak?

Kalau yang berkahwin tu, kalau nak menyewa, carilah rumah kecil dulu. Sewa flat atau apartment murah. Kalau di bandar, cuba cari tempat kerja yang ada akses pengangkutan awam seperti LRT. So kat sini korang akan jimat kos penyelengaraan kenderaan seperti nak tukar minyak hitam atau tukar tayar.

Kalau korang buat dan ikut nasihat ini, inshaAllah 10 tahun lagi korang dapat beli rumah sendiri. Lama ke 10 tahun tu?

Kalau pendapatan ko sekitar RM2000-RM3000. Jangan la bajet nak pakai Proton Preve walaupun hakikat loan kereta boleh lepas. Kalau nak sangat pakai start dengan kancil dulu.

Saya dulu drive kancil ada la dekat 7 tahun sebelum upgrade bawa BMW.

Pandai-pandai la korang berbelanja ikut kemampuan pendapatan korang. Jangan terlebih berbelanja sampai tak boleh nak menyimpan.

Kalau gaji korang RM10,000 tapi hujung bulan baki tinggal RM100, lebih baik orang yang gaji RM2000, baki dia masih ada RM600 walaupun dah hujung-hujung bulan.

Kalau pi makan, jangan la hari-hari makan kat restoran. Ada banyak cara untuk jimat antaranya sesekali buat bekal. Kalau buat bekal tu jangan la letak jenis makanan yang mahal-mahal. Serupa macam kau makan kat restoran.


Nak pi restoran tu boleh tapi jangan la sampai makan, bila bayar bil, macam belanja setengah bulan. Esok dah pening kepala.

Mana yang boleh korang tahan nafsu korang tahan la.

Buat wishlist. Kalau gaji korang RM1500 sebulan. Cuba buat wishlist apa yang korang belanja pada masa terdekat atau akan datang.

Tengok berapa lama masa diperlukan untuk korang capai matlamat tu. Kalau nak pi travel ke New Zealand perlukan kos sekitar RM10,000, cuba buat kiraan berapa banyak yang perlu anda simpan dan berapa lama masa yang diperlukan untuk penuhi RM10,000 tu.

Kemudian fikir, apakah cara lain yang korang perlu buat untuk shortcut impian tu. Kalau anda bekerja sebagai salesman, cuba capai KPI yang ditetapkan oleh syarikat. Buat sehabis baik. Jika anda usaha keras, tak mustahil komisyen yang anda dapat tu je dah boleh cover kos nak pergi New Zealand.





Tak perlu usik gaji dah.

Sama juga pada mereka yang buat bisnes online. Sebelum plan nak duduk rumah besar-besar, start kecil-kecilan. Ramai orang hari ni berniaga dari rumah.

Rakan niaga Gel Gambir Jantan sebagai contoh, ramai je yang bermula secara kecil-kecilan. Dengan jual produk macam ni, dapat juga diaorang tampung pendapatan sediada. Gaji yang dapat lama-lama dah tak usik dah.

Bila ada duit lebih, simpan. Jangan pergi joli.

Terbaik rolling buat  besarkan stok. Order lagi stok supaya dapat buat duit lagi. Besarkan stok lama-lama dapatlah keluar dari masalah kesempitan wang.

Seller Gel Gambir Jantan, ramai je yang jana pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan. Dulu nak menjual pun malu. Tak berani. Takut-takut. Rasa tak yakin.

Sekarang, bukan mampu duduk kat rumah yang lebih baik, malah dapat buat duit belanja kahwin. Dapat beli kereta. Ada juga yang dapat beli apartment tak sampai setahun jual Gel Gambir Jantan.

Korang yang ada mindset kerja makan gaji, kena keluar sikit kepompong. Bukan nak suruh berhenti kerja. Tak. Tapi kalau dapat bina pendapatan tambahan. Dapat bantu keluarga. Bantu suami atau isteri. Dapat beli pampers anak. Dapat beli susu anak. Dapat bayar yuran sekolah anak. Dapat cover duit maintanence kereta, semua ni dah ok.

Takda la kepala serabut dok fikir, esok nak jadi apa. Esok macam mana.

2017 ni adalah masa korang tambah ilmu pengetahuan. Lagi-lagi ilmu bisnes. Korang nak harap harga petrol turun. Sekejap tu la dia turun, kemudian dia naik baik. Bila korang subsidi kerajaan tarik, korang bising, tapi diri sendiri tak nak ambil inisiatif untuk upgrade diri dengan ilmu bisnes. Rugi kat koranglah.

Diaorang yang dah grab peluang, memang lega sebab akhirnya korang-korang kat luar sana yang jadi pembeli berbelanja support seller-seller macam kami.

Nanti jangan pula ada yang menangis kat bucu katil sebab tersalah dan terjebak join skim cepat kaya. Ingat dok diam goyang kaki duit masuk. Duit hangus, kaki kejung.






Saturday, January 14, 2017

Kenapa Setiap Bulan Duit Macam Tak Cukup?

Pernah tak korang rasa macam ni, bila dapat gaji, nampak duit macam banyak. Tapi, sedar tak sedar bila dah beberapa hari gaji masuk, kita mula perasan duit kita sedikit demi sedikit susut.

Bila dah masuk hari yang ke 15 atau ke 18, kita rasa macam dah sengkek. Kita rasa macam sempit sangat. Walaupun ada yang gaji tiap bulan masuk bukan sikit. Cecah RM5000-RM9000 sebulan.

Makin besar gaji, tetap juga rasa macam tak cukup-cukup.

Kenapa jadi macam tu?

Ada orang kaitkan perkara ini salah satunya sebab keberkatan. Betul ke ni?



Cuba tanya pada diri sendiri,

Adakah rezeki kita berkat jika kalau kita masuk kerja setiap hari tapi waktu kerja, kita dok kutuk-kutuk bos kita, kita buat kerja lain selain amanah kerja di pejabat.  Kita mengular dan bermalas-malasan, kadang-kadang datang lambat,  selalu ambil cuti yang tak penting dan dalam sebulan beberapa kali ambil half day.

Bila boss tak ada kat office, kita minta kawan tolong punch card kan. Kita minta kawan tolong back up bila boss tanya kita pi mana.

Time hujung bulan, kita tau nak gaji penuh. Kita tau nak bonus sebab cakap kat boss kita dah buat sehabis baik. Hakikatnya, tak capaipun target dan KPI yang syarikat minta.

Macam mana tu? Betul tak korang ada buat perkara-perkara macam ni?

So, jangan complain bila korang diuji dengan anak sakit, tayar kereta pancit, tayar botak minta tukar baru, belanja bulan tu bertambah, kawan minta settlekan hutang dan macam-macam.

Pernah tak kita hari-hari sedekah dan tolong buat baik pada orang lain? Kadang-kadang benda kecik macam ni pun kita tak suka nak buat. Cuba korang try selama 40 hari try bersedekah duit tak banyak pun sikit ikut ikhlas hati.

Niat pula kerana Allah taala. Tengok dalam masa 40 hari selepas tu, Allah ganti rezeki dari pintu yang tak disangka-sangka!



Sah! Skandal Jabatan Air Negeri Sabah Tiada Unsur Rasuah



Korang ingat lagi pasal SPRM geledah sebuah rumah di Sabah dan jumpa berjuta-juta duit dalam kabinet? Ingat lagi pasal Kes skandal Jabatan Air Negeri Sabah?

Dikhabarkan SPRM Putrajaya ada keluarkan surat (refer website MiloSuam.Net) maklumkan bahawa SPRM tidak menjumpai sebarang urusan rasuah dan kes ini diluar bidang kuasa SPRM, jadi SPRM tidak ada tindakan lanjut berkenaan isu ini.

Namun begitu, kes ini telah berjalan di Mahkamah dengan pendakwaan atas kesalahan pengubahan wang haram.


Korang kalau ada cash berjuta ringgit, jangan simpan kat rumah ya. Naya nanti!
Friday, January 6, 2017

SPRM Pantau FB Penjawat Awam, Isteri Menunjuk-Nunjuk Kemewahan



PETALING JAYA: Penjawat awam dan isteri yang gemar menunjuk-nunjuk dengan memuatnaik gambar barangan mewah yang dimiliki seperti beg dan jam tangan, selain percutian keluarga bertaraf lima bintang perlu berwaspada kerana mereka sedang diperhatikan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini giat mengikuti status di laman media sosial terutama Facebook dan Instagram.
Selain itu, aktiviti bermain golf di luar negara melibatkan penjawat awam berjawatan tinggi, serta kegiatan pegawai kerajaan peringkat pertengahan dan rendah juga dipantau rapi kerana ada kes di mana gaya hidup mereka tidak seiring dengan pendapatan bulan.
The Star dimaklumkan, ada kes di Sabah di mana sekumpulan penjawat awam yang bercuti ke London dan menunjuk-nunjuk aktiviti sepanjang tempoh percutian itu di Facebook hingga ia menjadi bualan ramai.
Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan pihaknya memantau laman sosial penjawat awam yang gemar menunjuk-nunjuk gaya hidup mewah mereka.
"Kami bergantung kepada maklumat awam dan bukti yang dikumpul pegawai risikan bagi menyiasat kegiatan yang dikesan," katanya sambil menambah ia tugasan mencabar kerana melibatkan 1.6 juta penjawat awam.
Katanya, tidak salah bagi penjawat awam dan ahli keluarga untuk memiliki beg tangan dan jam tangan mewah.
"Tetapi memiliki lebih daripada satu beg tangan mewah jenama Hermes, Chanel or Louis Vuitto boleh menimbulkan keraguan dan rasa syak mengenai dari mana datangnya sumber kewangan itu.
"Jika penjawat awam atau ahli keluarga mereka memiliki banyak beg tangan mewah dan menunjuk-nunjuk pula, kami mahu tahu dari mana mereka dapatkan wang untuk membeli barangan mewah itu," katanya.
Azam diminta mengulas siasatan terkini berkaitan dakwaan rasuah melibatkan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian apabila sejumlah barangan mewah termasuk 150 beg tangan dan jam dirampas dan disita dalam operasi di sebuah rumah di Subang Jaya pada Rabu.
Oktober lalu, sejumlah barang kemas mencecah RM3.64 juta dan beg tangan berjenama bernilai RM500,000 dirampas daripada dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah.
Kata Azam, pihaknya juga akan bekerjsama rapat dengan pihak berkuasa lain seperti Jabatan Imigresen bagi memeriksa kekerapan perjalanan penjawat awam terlibat ke luar negara bersama ahli keluarga dan tujuan berbuat demikian.
"Inilah antara petunjuk yang digunakan sebagai sebahagian langkah siasatan terhadap penjawat awam yang menjalani kehidupan melebihi keupayaan mereka," katanya.

Pada Selasa, Azam menerusi radio online suruhanjaya itu, MACCfm. berkata, penjawat awam yang menaiki pesawat menggunakan kelas bisnes ke luar negara untuk bermain golf dan diiringi teman wanita serta perempuan simpanan turut disiasat terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Laporan berita kredit: Mstar Online
-----------------------------------

Korang yang main tender kerajaan, hati-hatilah bila berurusan dengan pegawai-pegawai kerajaan ni. Tak terlepas juga agensi-agensi kerajaan lain, bila nak masuk tender je, mula la ada geng-geng tukang lulus tender ni minta macam-macam.

Ada kawan-kawan saya yang selalu masuk tender kerajaan pun mengeluh, kadang dapat projek RM100k tapi dah kena cantas diminta macam-macam dari orang-orang tertentu. Lepas tolak itu ini  untungnya tak seberapa.

Memang patut pun SPRM pantau sikit geng-geng yang bekerja dalam bahagian pemberi projek kerajaan. Tengok facebook dan instagram diaorang. Sekarang ramai yang bijak-bijak.

SPRM kena lagi bijak. Jangan takut dengan jerung-jerung besar ni. Mereka la perosak negara!

Daftar Syarikat SSM Percuma Untuk Student 2017



Perhatian kepada student dari TVET (Politeknik, Kolej Kemahiran MARA, Kolej Komuniti dan setarafnya), jika anda dah berumur 18 tahun ke atas, korang boleh daftar syarikat perniagaan korang PERCUMA!

Tahun 2017, kerajaan memperuntukan bajet untuk SSM sebanyak RM10 juta. Inilah waktu terbaik korang untuk ada syarikat sendiri tahun ni. Daftar dulu. Nak buat bisnes apa, yang itu plan kemudian.

Percuma je. Sapa nak bagi kan?

Syaratnya mudah je.

1. Korang mesti berumur 18 tahun ikut tarikh kad pengenalan korang.
2. Datang sendiri ke pejabat SSM. 
3. Bawa kad pengenalan original dan copy sekeping (depan belakang)
4. Bawa 2 salinan kad pelajar.
5. Dan paling penting surat asal akaun korang sebagai pelajar dari IPT yang korang belajar.
Wednesday, January 4, 2017

Jom Lebih Ramai Capai Target 2017



Sebelum terlewat! Sempat lagi kalau saya nak ucapkan selamat tahun baru 2017!

Dikhabarkan tahun 2017 adalah tahun yang sangat mencabar terutama mereka yang jalankan bisnes melibatkan tukaran wang asing.

Matawang kita semakin lemah berbanding US Dolar. Bagi yang buat bisnes import barang dari China atau US, harga kos meningkat naik.

Mereka yang menjalankan bisnes penyedia perkhidmatan seperti web hosting pun mula menanggung kerugian.

Mereka yang berniaga di Mood Republik tahun lepas ramai mengeluh jualan tidak dapat cover kos sewa tapak yang mahal. Kalau di Kenanga Mall, KL banyak lot-lot kedai mula kosong tanpa penyewa.

Di One City, USJ juga begitu. Rata-rata banyak penyewa mula keluar dan menyewa di tempat lain. Boleh jadi tidak dapat menanggung sewa yang tinggi.

Pasaraya seperti AEON Big di Subang Jaya juga begitu. Syarikat-syarikat korporat mula memberhentikan ramai pekerja. Dijangka ramai yang tidak memiliki pekerjaan pada tahun ini.

Ada yang kata kuasa membeli mulai menurun. Banyak pemilik produk yang mula tutup bisnes.

Anda sebagai pemilik bisnes pula bagaimana?

Adakah nak exit juga?

2017 dijangkakan ramai yang aktif berniaga secara online. Bisnes online semakin rancak lebih-lebih lagi sekarang dah banyak program keusahawanan diadakan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Ramai orang nak jadi pendapatan lebih. Ramai yang nak buat pendapatan sampingan.

Sebagai contoh, ada yang nak jadi stokis produk Gel Kelapa Dara. Ada juga yang nak jadi ejen Gambir Jantan.

Dan semakin ramai yang jana pendapatan tambahan RM300-RM4000 sebulan. Memang best kalau dapat buat pendapatan tambahan. Boleh buat kumpul duit untuk kahwin. Boleh set target nak pergi travel.

Namun semua itu tidak akan jadi mudah, kalau kita tak set target secara bertulis. Korang kena set target secara bertulis atas kertas atau pun kat komputer.

Tulis apa yang korang nak capai tahun 2017 ni.

Dan lagi penting, fight! Jangan takut dengan prediction mengatakan ekonomi 2017 semakin suram!

Belajar mengenal siapa target market anda. Kuasai ilmu closing customer. Bertindak pantas!
Anda pasti dapat mengatasi pesaing!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search