Monday, February 6, 2017

Antara Agoda Dan Trivago Mana Best?

Antara Agoda Dan Trivago Mana Best?



Korang  yang kaki cuti biasa guna website mana bila nak booking hotel? Aku biasa kalau nak cari hotel aku pilih Agoda. Bila selalu book guna agoda, aku boleh redeem point untuk dapatkan lagi diskaun bilik hotel.

Macam trivago, aku belum pernah try. Betul ke boleh dapat jimat sampai 35%? 

Yang aku faham bila keluar iklan kat tv, Trivago ni akan bandingkan mana-mana hotel dari pelbagai website seperti Booking, Expedia, Hotels, Agoda dan macam-macam lagi dan akan bagitau korang, bilik mana yang paling murah di antara laman web ni.

Ada masa kat Agoda murah. Ada time pula kat Expedia. So korang kena make sure ada semua akaun kat website ni untuk next step booking.

Kira Trivago ni macam  agen menyatukan semua maklumat di dalam satu platform. Korang tak perlu nak buka satu-satu website untuk compare. Kat Trivago kira dah cukup untuk korang banding-bandingkan.

Aku tak sure Trivago ada sistem point ke tak macam Agoda. Contoh, kalau booking je mana-mana hotel melalui trivago, kita akan dapat kumpul point. Dan point tu kita boleh tebus untuk diskaun next bilik yang kita tempah.

So  terpulang kat korang nak guna yang mana satu. So far, aku still layan Agoda lagi. Walaupun ada kawan kata kalau order kat website Booking.com dapat better price, tapi memandangkan point aku kat Agoda dah berpuluh ribu, macam sayang la pulak nak buat booking dari website lagi. 

Hahaha.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search