Thursday, March 23, 2017

Korang Kalah Dengan Seller Jenis Buang Harga?


Bila korang menjual produk kat internet, korang kena terima hakikat bahawa bukan kau sorang je yang jual produk tu.

Kalau bukan produk dari syarikat yang sama, boleh jadi produk tu dari pesaing syarikat tu. Solution produk pun sama je. Harga pun sama.

Dah tu, bila kau berniaga, kau jumpa seller letak harga macam-macam.

Kat facebook lain harga. Kat instagram lagi. Lazada, lelong, mudah, dalam whatsapp... hermmm..
Boleh mati keras kalau tengok harga di jahanamkan oleh seller-seller lepasan universiti sakai ni.

Saat kau tengah excited nak jual produk tu, sekali kau bukak je kat facebook group kau jumpa ada sorang seller ni dok jual harga dengan hanya ambil untung 50 sen je.

Modal kau RM35 seketul. Dia pi jual RM35.50 je. Kegilaan apakah ni?

Apa kau nak buat bila jumpa seller main harga macam ni?

Tutup kedai online kau? Bersara? Kembali kerja dengan pejabat Perdana Menteri?

Kalau kau nak jadi seller yang disegani, kau jangan sesekali follow buang harga sesuka hati kau. Buat guideline berapa minima harga yang kau boleh jual. Terbaik kau refer syarikat pemilik produk tu.

Tanya berapa minima harga yang perlu kau jual. Ye la. Customer ni kau kona ikut mana pun, dia mesti nak diskaun kan?

So kau boleh je nak bagi diskaun tapi kena tahu berapa had limit dia. Kalau tak  nak bagi diskaun macam mana?

Ada caranya!

So, takyah follow seller yang kaki buang harga ni. Kau cuba deal macam ni;

Kau standbykan satu produk kedua untuk seller supaya dia tak rasa bersalah untuk bayar kau full amount tanpa sebarang diskaun.

So kalau kau jual gambir jantan, kau boleh la bagi kat dia free air kacip fatimah. Atau kau upsell dia dengan satu lagi produk tambahan, pil tongkat ali untuk nampakkan lagi kepoweran bila kau jual produk tu.

Customer yang memang nampak manfaat, dia akan bayar kau berapa sahaja harga tanpa banyak bicara.

So kau fikirlah dari sekarang, apa idea produk yang kau boleh jadikan sebagai produk kedua atau free bila dia buat pembelian dengan kau.

Sekarang, dah nampak beza antara kau dengan seller yang buang harga tu.

Sah-sah kau boleh je cakap, seller yang jual barang murah tu dikhuatiri jual produk fake.

Kau bagilah sikit contoh testimoni customer yang beli produk kau siap dapat freegift tu. So bila ada testimoni bersusun kau hantar kat dia, sure dia pun akan sama-sama angguk kepala tanda setuju dan beli simpan order lebih lagi buat stok.

Apa lagi idea kau boleh ikat prospek kau supaya beli barang tanpa minta diskaun?

Kalau kau follow seller-seller yang power ni, diaorang akan letak satu info dan declare kat customer dia yang seller tu dah berniaga lama, siapa bagi tau no register ssm lagi. Walaupun nampak macam poyo, kau percayalah akan ada prospek yang letak trust kat kau bila kau buat benda macam ni.

Buat bisnes kalau boleh laju. Kalau diaorang payment sebelum pukul 2 petang, kau cakap la kau akan pos pada hari yang sama (hari bekerja), terbaik kalau sabtu ahad, ada pejabat pos yang buka, kau pi hantar. Lagi cepat sampai lagi bagus. Customer happy, pasti dia bagi 5 star rating kat kau.


Satu lagi kaedah, tayang la sikit kotak-kotak, plastik-plastik poslaju atau kurier yang kau dah ready nak post tu. Lagi banyak, lagi nampak mengiurkan.

Dulu aku rajin post gambar parcel kat facebook aku. Tapi la ni jarang dah aku buat, sebab kat wall personal aku, bukan customer aku ada kat situ. Buat apa nak tunjuk, akan sentiasa nampak kepoyoan kepada pesaing aku nanti. Baik aku tunjuk kat customer aku je untuk nampak trusted.

Sebab aku deal jual beli dengan customer, bukannya dengan kengkawan facebook jenis kaki stalk.

Cara lain, kau offer dia jadi ejen bila dia suka dengan produk kau. Cara tak langsung, kalau dia guna sendiri, dia akan dapat jimat dan selebihnya dia dapat buat duit poket bila jual produk kau yang super duper berkesan tu.

Ok?

Chow!


Wednesday, March 22, 2017

Team EMORRA dah ready nak jumpa warga Terengganu!





Siap sedia warga Terengganu! Kami dari EMORRA bakal menerjah lokasi di Kuala Terengganu selama 3 hari bermula 24hb sampai 26hb Mac 2017.

Team kami petang tadi dah packing semua barang untuk setup booth di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Kalau korang perasan dan follow instagram LeFestour, ini adalah program ke 4 diaorang. So kami join sekali bila tengok Didi Alias beriya-iya promote event ni hari tu.

Dengar kata, booth dan full dengan pelbagai jenama yang join.

Ini event kedua yang terbesar kami join selepas event Jom Heboh. So kalau korang yang free hari tu jom ajak mak ayah, adik beradik, sedara mara, kawan-kawan untuk serbu event ni mula 10 pagi sampai 12 malam.

Ada banyak program dan aktiviti selama 3 hari tu. Dengar citer, hadiah cabutan bertuah pun lumayan!
Siap ada yang nak bagi 5000 free gift kepada pengunjung terawal lagi.

Dan kalau korang spend minima RM50 kat satu booth, korang berpeluang lagi untuk menang cabutah bertuah!

Fuh! Untung la orang Terengganu.

Pantai Timur, geng Lefest pergi Terengganu dulu tau! Bukan Kelantan atau Pahang!

Artis dan selebriti pun ramai, kalau korang yang minat artis tu boleh la sakan bergambar nanti.

Dan untuk korang yang beli produk EMORRA masa event ni nanti, korang akan dapat diskaun istimewa dan berpeluang juga menang cabutan bertuah dari kami bernilai RM1000.

So nanti, kami akan pacakkan satu backdrop EMORRA, korang jangan lupa selfie dan tag instagram dan facebook kami nanti okey!

Facebook kami: emorraofficial (korang boleh search emorra beauty)
Instagram: emorraofficial

Follow dan tag kami!

Mana tahu berbelanja minima RM50, boleh menang hadiah best-best! Untung nya!!

Jangan lupa pakat datang ramai-ramai okey!
Thursday, March 16, 2017

Baca Sekejap. Macam Mana Nak Hidup Selesa Walaupun Makan Gaji



Kau ingat best ke orang yang buat bisnes networking atau MLM bila kau pergi talk presentation dia, dok kondem orang kerja makan gaji.

Kerja makan gaji tak best. Kerja makan gaji tak kaya. Kerja makan gaji hidup tak berkembang.

Aku pun dulu pernah rasa tertipu. Ditipu minda bila masa join buat networking MLM ni. Kena sindir gila-gila orang kerja makan gaji ni hutang banyak walaupun hakikat masa aku join tu dah tak kerja makan gaji.

Sebenarnya, orang yang bekerja sendiri lagi la teruk. Untung lagi yang kerja makan gaji hujung bulan dapat duit. Orang yang kerja sendiri ni, kalau tak buat kerja, lagi la takda duit. Lagi sengkek.

Tanya la kawan-kawan yang kerja sendiri. Macam mana situasi diaorang masa takda projek. Takda job. Masakkkk bai.

Sebenarnyakan. Ia berbalik pada diri sendiri. Tanya apa halatuju hidup yang kita nak.

Tak kiralah kerja makan gaji ke. Kerja sendiri ke. Ada bisnes dan staff sendiri ke. Masing-masing ada misi dan visi.

Visi hidup korang apa.

Apa misi hidup korang.

Kalau tak tahu, memang korang akan jadi la sang sengkek macam yang aku lalui dulu.

Hari ni aku ada baca sebuah buku yang cerita pasal makan gaji. Bagaimana korang nak make sure hidup korang terjamin bukan setahun lagi tetapi bertahun-tahun lagi yang ko nak hadap.

Apa persediaan korang untuk 20-30 tahun akan datang. Nak still cukup makan macam sekarang atau korang nak hidup yang selesa masa korang tua nanti?

Now situasinya aku sama macam kengkawan yang lain. Aku bekerja untuk syarikat aku sendiri dan aku ambil gaji setiap bulan.

Jadi ertikatanya aku juga makan gaji. Jadi bila makan gaji, aku kena urus duit yang aku terima sebaik-baiknya.

Tak kisahlah gaji korang besar ke kecik. Makin besar gaji korang, for sure korang pun akan berbelanja lebih juga. Akhirnya baki dalam akaun bank langsung takda.

Untung untuk anak muda. Anak muda dapat belajar ilmu pengurusan kewangan sekarang dan dapat rancang hidupnya lebih banyak lagi.

Berbanding mereka yang dah masuk umur 30 tahun ke atas. Masa dah banyak terbuang. Tapi takda istilah terlambat untuk bermula sekarang.

Bila kita cakap pasal hidup selesa, tak semesti perlu ada kereta mewah dan rumah mewah. Tak semesti kena ada rumah berbiji-biji.

Semua ni kita ukur pada keadaan diri dan ekonomi kita sekarang. Ia boleh digandakan pada masa akan datang. Cumanya sekarang, macam mana nak bermula.

Idea banyak. Ada orang kata kurangkan perbelanjaan dan tingkatkan pendapatan.

Kalau kita biasa berbelanja berlebih dari biasa, apa kata untuk permulaan struktur semula kewangan kita, kita berbelanja seminima yang mungkin. Yang mana boleh tahan-tahan dulu. Yang wajib kita selesaikan dulu.

Contoh, bab nak pergi makan tempat sedap-sedap, kerap keluar naik kereta, kalau biasa hobi tengok wayang, start-start la berhenti tengok selama setahun.

Kalau kaki merokok tu downgrade la sikit jenama rokok tu. Kalau dah sangap sangat, hisap je rokok daun.

Kau bayangkan berapa banyak penjimatan kau mampu buat bila kau tahan selesa dan nafsu manusia kau tu.

Tambah pendapatan

Ada banyak cara untuk korang tambah income. Cuma kau kena pandai urus masa, urus tenaga dan urus duit.

Kalau kau dapat jumpa tune yang terbaik dan sesuai untuk kemampuan kau dan ia mampu beri kau sumber pendapatan tambahan yang bagus, start-start la dapat duit tu settlekan semua hutang lapuk yang kau ada dulu.

Dah settle semua hutang kau tu, start la menabung. Ambil perlindungan takaful ke, melabur dalam unit trust ke, simpan dalam tabung haji ke atau kau buat modal sebagai bisnes.

Belajar la ilmu bisnes. Dulu aku pun takut-takut juga nak ambil orang bekerja dengan aku. Aku ingat bila la aku lone ranger je. Setup syarikat tapi aku je kerja sorang-sorang.

Biasa la bila kau setup syarikat, kau akan hadap macam-macam cabaran. Sama juga macam kau kerja makan gaji, kau ingat boss kau suka kau mengular tak buat kerja. Dah buat kerja tapi hasilnya ntah apa-apa.

Kalau kau jadi boss, mesti kau pun tak suka. Syarikat kau nak bayar gaji ni, tapi kau tengok ala performance teruk macam budak sekolah. Takkan kau nak diam.

Hari ni kalau nak tambah income, korang boleh je buat bisnes online. Macam aku dulu, pun terjebak nak merasa duit tambahan ni, aku start jual produk orang.

Ada produk yang aku ambil dari pembekal tempatan, aku jual kat office aku. Ada yang aku jual kat internet pasaran Malaysia. Ada juga yang aku pi jual sampai Amerika.

Ada juga aku buat bisnes guna idea dalam kepala otak aku ni. Tulis dalam word, convert jadi PDF dan jual sebagai ebook. Berjaya juga aku buat duit tambah-tambah.

Dulu rasa macam terperanjat dan teruja giler bila tengok selepuk duit masuk puluh-puluh ribu. Sekarang kalau nampak transaksi masuk ratus ribu pun boleh buat muka biasa-biasa lagi. Takda dah rasa macam orang kampung masuk Bandar Bukit Bintang.

Kau nak hidup selesa, kau belajar uruskan komitmen bulanan kau dulu. Tengok berapa komitmen wajib yang diperlukan. Kalau boleh campurkan dengan hutang-hutang bank beli rumah, beli kereta, guna kad kredit, PTPTN, campurkan tengok berapa.

Kalau kau dah total, komitmen kau adalah RM6000 dan gaji bersih kau sebenarnya RM4500, kau kena listkan semua apa yang perlu kau catu dan apa yang perlu kau buat untuk tambah pendapatan sedia ada kau.

Tulis dan senaraikan dalam kertas. Kau kena buat ni. Kalau tak praktikkan apa yang aku share ni, sumpah memang buat penat je kau baca topik ni.

Biasanya manusia akan keluar dari segala kesulitannya bila dia dibawah tekanan. Allah uji dia supaya dia berusaha untuk keluar dari kesempitan.

Macam ada satu kes ni, seseorang ni pernah whatsapp saya tanya pasal salah satu produk yang saya jual.

Saya tanya, sebelum ni pernah jual apa-apa produk tak. Dia jawab tak pernah. Jadi saya tanya lagi, kenapa nak jual? Dia kata sebab nak selesaikan hutang kad kredit yang dah lama sangat tertunggak.

Oklah, saya bagitahu dia, untuk jadi rakan niaga saya senang je. Start dengan modal yang paling rendah. Biar pun untung jual produk tak besar mana tapi modal untuk starting tu ada.

2-3 bulan juga dia jual produk saya. Saya follow up dia. Macam mana, hutang dah berjaya kurangkan tak?

Dia kata cukup hujung bulan nanti, settlekan hutang kad kredit dia. Ini pun berkat usaha dia menjual kat kawan-kawan, kat online, offline. Semua platform dia cuba.

Tak pernah pun dia tanya macam mana cara nak jual. Dia usaha sendiri. Disebabkan dia bersungguh-sungguh, kini bukan setakat hutang kad kredit je settle, malah siap dapat simpan duit RM10,000 lagi dalam tabung haji.

So, berbalik kepada diri kita. Kita nak macam mana. Nak tengok je orang lain berubah? Atau kita sendiri fight bersama untuk hidup selesa macam orang lain.

P.s: Harap korang ok bila aku menulis dengan bahasa sekejap aku, sekejap saya. Aku tulis byheart je.





Menabung Bitcoin, Boleh Percaya Ke?


Bitcoin. Mata wang digital yang banyak diguna oleh mereka yang bergiat dalam urusan jual beli online.

Sekarang 1 bitcoin bernilai RM5426.36. Kalau kau ada 10 bitcoin, ko darab la sendiri berapa.

Bitcoin yang ada kat sekarang berlegar satu dunia. Pengguna interner sibuk jual beli bitcoin kat LocalBitCoin.com.

Kat mana diaorang dapat BitCoin ni?

Salah satu caranya adalah mining. Melombong. Macam melombong emas tu. Tapi yang ni kita guna special hardware (korang taip je kat google Bitcoin Mining Machine) yang akan buat kerja-kerja menyelesaikan masalah matematik di sesebuah server (inilah dinamakan mining) dan akan diberi upah dalam bentuk Bitcoin.

Sejarah Bitcoin korang google je la ya.

Apa yang aku nak share dengan korang kat sini, ada ramai orang Malaysia yang buat mining Bitcoin ni secara sambilan dan sepenuh masa. Siap sewa tempat lagi untuk letak hardware-hardware ni.

Kalau korang tengok video kat Youtube lagi dahsyat. Warga China siap sewa kilang kosong untuk jadikan pusat melombong bitcoin secara besar-besaran.

Sebulan berjuta USD Dollar juga dicollect hasil melombong Bitcoin.

Caj elektrik jangan cakap la, mahal. Kuasa elektrik yang digunakan sangat tinggi dan ko rasa macam kureng berbaloi kalau kau ada seketul dua machine mining ni.

Macam mana cara nak mining, yang tu aku keep secret dulu. Belum sesuai untuk di reveal lagi.

Cuma aku nak pesan kat korang je. Korang jangan terkeliru antara mining bitcoin dengan program yang melibatkan penggunaan bitcoin.

Kat internet ni bersepah program-program yang berselindung disebalik Bitcoin. Program network, program peer to peer, program forex dan macam-macam.

Bila buat presentation kat public, semua dok cerita pasal sejarah bitcoin dan half way lepas tu cerita program yang diorang buat untuk dapatkan bitcoin dengan cara menaja (cari orang) dan bukan proses mining bitcoin.

Yang gambar atas ni adalah hardware untuk simpan bitcoin. MyTrezo namanya. Berbanding korang simpan bitcoin korang dalam 3rd party (macam Paypal tu), dengan simpan bitcoin dalam MyTrezo, 'duit' ko ni terasa lebih selamat.

Dengan MyTrezo ia ada sistem password yang sangat licik dan kebarangkalian untuk si penceroboh nak hack akaun korang memang 99.99% susah.

So kalau nak menabung Bitcoin, aku cadangkan korang kena ada MyTrezo ni satu. Beli la bitcoin dalam waktu murah. Dulu aku beli bitcoin masa tu 1bitcoin = RM4600. Sekarang dah naik dekat sekali ganda.

Ada orang buat kerja trade jual beli bitcoin. Beli bitcoin masa harga jatuh (murah), jual bila harga naik (mahal). Macam-macam.

Soalnya, adakah bitcoin ni satu jaminan duit korang akan sentiasa ada kat situ? Adakah ia akan laku untuk di terima pada masa akan datang? Masa yang menentukan.

Apapun topik pasal Bitcoin ni dah banyak dibincangkan termasuk dari Bank Negara Malaysia.





Wednesday, March 8, 2017

EMORRA Di LeFest Tour 4.0 Kuala Terengganu Mac ini



24hb hingga 26hb Mac ini EMORRA akan sertai event LeFest Tour 4.0 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Team kami akan berada di sana bersama lebih dari 100 jenama dan artis ternama Malaysia.

Untuk warga Terengganu atau korang yang plan bercuti ke Terengganu pada date ni, jom serbu booth EMORRA nanti. Event ni akan ada 5000 hadiah percuma. Ada cabutan bertuah. Ada rezeki menang hadiah best!

Yang nak dapatkan produk EMORRA Skincare, EMORRA Lucent Glow Serum, EMORRA DD Air Cushion Foundation, EMORRA Glow C Shine dan Gambir Jantan boleh datang bermula jam 10 pagi sampai 12 tengah malam.

Poweer kan? Untung la orang Terengganu dapat pergi event best bulan ni!

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search